TFC REHATKAN BADRUL AFZAN SELEPAS PRESTASI MERUDUM

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) membuat keputusan drastik apabila merehatkan ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali, berkuat kuasa serta-merta selepas prestasi pasukan yang kurang meyakinkan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) melalui kenyataan rasmi di laman Facebook kelab, dengan menegaskan bahawa keputusan tersebut diambil selepas menilai keseluruhan aspek prestasi skuad Sang Penyu dalam Liga Super dan Piala FA.





Bagi memastikan kelancaran pasukan, penolong jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan, dilantik sebagai pengendali interim sehingga pengganti tetap diumumkan. TFCSB turut merakamkan penghargaan kepada Badrul Afzan atas komitmen dan sumbangan beliau sejak dilantik pada Jun 2025.

Jurulatih berusia 49 tahun itu sebelum ini pernah menggalas tugas sebagai pemangku jurulatih pada Oktober 2024 selepas Tomislav Steinbruckner melepaskan jawatan. Namun, prestasi pasukan yang tidak konsisten musim ini memaksa pengurusan membuat perubahan demi memastikan TFC kembali bersaing di peringkat tertinggi.

YOUTUBE - PENYU SUKAN

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

KALENDAR SUKAN

november, 2026

13novalldayGRAND FINAL PGT JUNIOR MEDAL

27novalldayTERENGGANU SURF FESTIVAL 2026

MENGENAI KAMI

Penyu Sukan adalah sebuah entiti agensi berita sukan subsidiari kepada GOMBUGDOTNET (Suruhanjaya Syarikat Malaysia – TR0109982-D) memfokuskan berita perkembangan atlet, pasukan mahupun persatuan dan sebarang penganjuran acara sukan tempatan.

Hubungi kami: sukan@penyusukan.com

TINGKAT 1, TERENGGANU DIGITAL 1303(TD1303),
JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN,
20000 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

X