Perlawanan terakhir Liga Malaysia 2024/2025 untuk Terengganu FC di laman sendiri bertemu Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 20 April 2025. Kredit Foto – Terengganu FC
Pemain tengah berpengaruh Terengganu FC, Akram Mahinan, menegaskan bahawa tiada ruang untuk bersikap sambil lewa apabila skuad Penyu turun menentang Kedah Darul Aman FC dalam aksi terakhir Liga Super Malaysia 2024/2025 Ahad ini.
Dalam satu kenyataan kepada media, Akram berkata pasukan berazam tinggi untuk menghadiahkan kemenangan penutup kepada para penyokong yang setia berdiri di belakang pasukan sepanjang musim ini.
Akram Mahinan menyertai Terengganu FC secara rasmi pada Februari 2024 selepas meninggalkan KL City FC, dengan harapan memperkukuh jentera tengah skuad Penyu dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/2025. Kredit Foto – Terengganu FC.
“Ini perlawanan penutup. Tiada alasan nak tarik gear atau santai-santai. Kami sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi Kedah, lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri,” katanya.
Tambah beliau, musim ini penuh pancaroba, namun segala pengalaman harus dijadikan landasan kukuh untuk membina semula kekuatan yang lebih jitu bagi musim akan datang.
“Musim ini perlu jadi pengajaran. Letakkan sasaran lebih tinggi musim depan dan bina semula kekuatan,” tegasnya.
Perlawanan dijangka menjadi pentas terakhir buat beberapa pemain yang akan meninggalkan pasukan, menjadikan aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bukan sahaja sebagai saingan liga, tetapi juga detik emosional buat pasukan dan penyokong.
Ketua jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali, dijangka menurunkan kesebelasan terbaik termasuk kapten pasukan, Safawi Rasid, serta penyerang sensasi Nurillo Tukhtasinov untuk memastikan kemenangan di laman sendiri menjadi kenyataan.
KEJOHANAN TENIS REMAJA TERENGGANU 2026 SIRI 3Kompleks Tenis Kompleks Tenis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)Jalan Hiliran, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Kejohanan Tenis Remaja Terengganu 2026 dijadualkan untuk berlangsung sebanyak 5 siri kejuaraan yang bermula seawal Januari 2026 sehingga Julai 2026.
6 kategori peringkat usia bawah 21 tahun menjadi taruhan untuk setiap
Event Details
Kejohanan Tenis Remaja Terengganu 2026 dijadualkan untuk berlangsung sebanyak 5 siri kejuaraan yang bermula seawal Januari 2026 sehingga Julai 2026.
6 kategori peringkat usia bawah 21 tahun menjadi taruhan untuk setiap perlawanan berlangsung di Kompleks Tenis MBKT Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
Time
may 22 (Friday) - 23 (Saturday)
Location
Kompleks Tenis Kompleks Tenis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
Jalan Hiliran, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu