TSG Tagih Perlumbaan Musim 2021

Pembatalan Le Tour de Langkawi edisi ke-26 (LTdL 2021) memaksa pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sekali lagi ‘terkandas’ untuk menyertai sebarang kejohanan perlumbaan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah.

Pembatalan siri perlumbaan berstatus Pro Series 2.0, Le Tour de Langkawi edisi ke-26 (LTdL 2021) yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan, sememangnya memberi kesan buat pasukan-pasukan berbasikal tanah air untuk membuka tirai kalendar perlumbaan di laman sendiri.

Buat pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), tiada sebarang pilihan yang boleh ditoleransikan setelah keputusan muktamad diumumkan oleh pemegang-pemegang taruh LTDL 2021 baru-baru ini.

Pembatalan ini juga turut sekali lagi memberi kesan kepada pelumba-pelumba TSG yang teramat dahagakan perlumbaan sejak sekian lama. Sebelum ini, TSG juga telah menarik diri dari menyertai lima jelajah perlumbaan di luar negara berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah di seluruh dunia.

Namun, TSG tetap optimis untuk kembali beraksi di laman sendiri dengan mengharapkan sekurang-kurangnya terdapat satu penganjuran perlumbaan kompetitif dalam negara di tahun hadapan.

Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.

“Kita berharaplah..di peringkat TSG berharap supaya pada tahun 2021 akan ada race ataupun perlumbaan di peringkat lebuh raya ini yang akan masih ada lagi contohnya macam Tour of Penisular. Kita berharap ada satu race yang melibatkan tempatan. Sebab kita tahu apabila melibatkan wabak atau pandemik COVID-19 ini ia lebih kepada menjaga keselamatan terutama rider dan kru yang terlibatlah. Kita terpaksa akurlah dengan keputusan yang telah diputuskan baru-baru ini.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood

Beliau yang ditemui PenyuSukan.com turut mengulas di mana TSG tidak sesekali akan mengambil risiko untuk memperjudikan nyawa mahupun kesihatan setiap pelumba yang juga merupakan aset bernilai tinggi kepada pasukan bertaraf profesional ini.

Namun sedemikian TSG tetap perlu menilai setiap peluang dan ruang untuk menyertai sebarang kejohanan perlumbaan seterusnya yang menawarkan kutipan mata berharga untuk kekal sebagai pasukan berstatus benua yang berpengkalan di pantai timur Malaysia ini.

Velodrom Azizulhasni Awang Siap April 2022

Penantian sejak dicadangkan pada 2010, akhirnya projek pembinaan velodrom pertama di pantai timur yang terletak di Dungun dijadualkan bakal siap sepenuhnya pada April 2022 nanti. Mendapat jolokan ‘Velodrom Azizulhasni Awang’ merupakan aset di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara(MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) yang terletak di atas PT 14878(Lot 71834) berhampiran Masjid Balai Besar dan Sekolah Menengah Balai Besar serta Sekolah Kebangsaan Balai Besar dengan jarak lebih kurang 4km dari pusat Bandar Dungun.

Pembinaan velodrom yang pertama di Terengganu malah di negeri-negeri pantai timur telah bermula sejak 12 Disember 2019 di bawah tanggungjawab kontraktor Serada Reality Sdn. Bhd.

Kerja-kerja pembinaan yang bermula sejak 12 Disember 2019 lalu sepatutnya siap pada 8 Disember 2021 tertunda berikutan kekangan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sewaktu penularan pandemik COVID-19. Walaupun sedemikian, projek pembinaan yang dijalankan Serada Reality Sdn. Bhd. iaitu kontraktor anak jati Terengganu ini berjaya meneruskan kerja pembinaan dengan jitu sehingga 85 hari lebih awal dari jadual seperti mana laporan yang dibentangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu lawatan ke tapak pembinaan velodrome pertama di pantai timur yang terletak di Kampung Balai Besar, Dungun pada 17 November 2020.

“Setelah 8 tahun kita menunggu, setelah 8 tahun tapak ini diberikan kepada pihak KBS untuk dibangunkan velodrom ini akhirnya pada tahun 2019 kita berjaya memulakan projek ini dan Alhamdullilah sekarang ini sudah nampak rupa dan mudah-mudahan ia akan bakal menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang bakal melahirkan ramai lagi atlet seperti Azizulhasni Awang, InsyAllah.”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah kepada PenyuSukan.com

Butiran am projek Kompleks Velodrom Dungun yang dibentangkan sewaktu lawatan tapak pembinaan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah pada 17 November 2020. Kredit – Serada Reality Sdn. Bhd

Terbinanya velodrom ini sudah pasti mampu untuk memberi manfaat sepenuhnya pada program pembangunan sukan berbasikal negeri Terengganu yang sejak sekian lama berlatih di tempat yang tidak sepatutnya. Selama ini rata-rata atlet negeri ini terpaksa berkayuh ke luar dari negeri sendiri untuk mendapatkan pengalaman kayuhan di dalam velodrom. Selain itu sudah pasti negeri Terengganu ini bakal menjadi destinasi penganjuran sukan perlumbaan berbasikal yang mampu memberi cabaran tersendiri kepada setiap pelumba yang selama ini tiada pilihan untuk berada di velodrome tertentu.

Tapak cadangan projek Kompleks Velodrom Dungun terletak di atas sebahagian tanah seluas yang berjumlah 10,8092m² / 26.71 acres / 10.81 Ha. Keluasan tanah yang digunakan untuk projek ini melibatkan 24192.0m² / 5.98 acres/ 2.42 Ha (22.4%) daripada keseluruhan yang dibentangkan sewaktu lawatan tapak pembinaan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah pada 17 November 2020. Kredit – Serada Reality Sdn. Bhd

Sehingga kini, sekiranya siap velodrom di Dungun menjadikan venue sukan berbasikal yang ke-5 dibina dalam negara setelah Velodrome Rakyat yang terletak di Ipoh menjadi velodrom yang pertama di bina dalam negara pada 1985, Velodrom Nasional Malaysia yang terletak di Nilai dan sebuah lagi di Johor bagi venue pertandingan Sukan Malaysia Edisi Ke-20 nanti. Manakala Velodrom Cheras yang siap dibina pada tahun 1989 kini dilaporkan dalam proses kerja-kerja perobohan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.

Untuk rekod, Terengganu sememangnya merupakan kuasa besar sukan berbasikal dalam pelbagai disiplin perlumbaan seperti lebuh raya, trek, BMX, Downhill dan MTB di mana kesemuanya di bawah tunjuk ajar jurulatih berpengalaman besar sama ada di arena perlumbaan tempatan mahupun antarabangsa. Program pembangunan yang digarap rapi bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu sentiasa berjalan untuk memastikan kesinambungan pelumba-pelumba yang tersedia ada berterusan.

Penantian sejak dicadangkan pada 2010, akhirnya projek pembinaan velodrom pertama di pantai timur yang terletak di Dungun dijadualkan bakal siap sepenuhnya pada April 2022.

SENARAI PEMBINAAN VELODROM DALAM NEGARA

Velodrom Rakyat, Ipoh (Dibina pada 1985)
Velodrom Cheras, W.P Kuala Lumpur (Dibina pada 1989)
Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan (Dibina pada 2015)
Velodrom Johor, Iskandar Puteri, Johor (Dibina pada 2019)
Velodrom Dungun, Terengganu (Dibina pada 2019)

 

Terengganu FC Raih Tiket Piala AFC 2021

Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Walaupun pembatalan saingan Piala Malaysia merencatkan sasaran piala musim ini buat Terengganu FC(TFC) yang telah mara ke pusingan suku akhir, namun pasukan ini tetap bertuah apabila layak mendapat slot ke kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan. TFC selaku tempat ke-3 dalam saingan Liga Super musim ini layak secara automatik berikutan pembatalan saingan Piala Malaysia ini yang sekaligus memadam peluang pasukan-pasukan lain untuk merebut tiket ke Piala AFC 2021 nanti.

Perkara itu telah disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam kenyataan bersama pengumuman pembatalan Piala Malaysia sebelum ini. TFC di bawah kendalian Nafuzi Zain sebagai pendatang baharu kejurulatihan di pentas Liga Super menyifatkan bahawa layak ke pentas asia ini merupakan hadiah paling bermakna buat pasukan dan penyokong.

“Kemenangan ini adalah atas usaha setiap pemain saya.” – Nafuzi Zain. Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

“Bagi AFC ini saya macam memberi penghargaan terima kasih lah kepada MFL sebab memberi slot kepada Terengganu sebab itulah macam sasaran daripada kelab terutama dari segi penyokonglah yang ingin kita ke AFC dan target pemain untuk layak ke AFC. Penghargaan yang untuk MFL memberi peluang yang baik untuk kelab dan pemain.”, ujar Nafuzi Zain yang telah membimbing TFC sejak 2019.

Dalam perkembangan lain, Nafuzi berkata beliau masih menunggu keputusan daripada pihak pengurusan TFC Sdn Bhd berhubung kontraknya yang bakal tamat hujung bulan ini.

Tirai kempen kejohanan Piala AFC 2021 edisi ke-18 dijadualkan bakal bermula pada Januari depan dengan perlawanan pusingan kelayakkan pertama sebelum melabuhkan tirai pada November 2021.

SUKMA 2022: Juara Bertahan Kekalkan Misi

Penganjuran temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) secara rasminya ditunda untuk tempoh masa dua tahun lagi pada 2020 setelah sebelum ini telah ditunda sebanyak dua kali dalam tempoh masa kurang dari 10 bulan berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah.

Susulan perkembangan terkini penganjuran temasya Sukan Malaysia 2020 (SUKMA Johor 2020) yang ditunda pada tahun 2022 berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah, Terengganu dilihat tetap optimis untuk mempertahankan kejuaraan walaupun dijangka akan terkesan dengan keputusan tersebut. Keputusan cadangan kenaikan had umur penyertaan pada penganjuran seterusnya bakal menjadi percaturan drastik buat kontijen negeri ini.

Sama ada perlu merombak sepenuhnya atau mengekalkan barisan atlet-atlet yang telah bertungkus lumus berlatih sejurus tirai SUKMA Perak 2018 dilabuhkan merupakan keputusan sukar perlu dibuat secepat mungkin. Keputusan awal ini juga teramat penting memandangkan prospek sasaran pingat masih menyandarkan kudrat atlet-atlet senior yang sepatutnya membuat penampilan terakhir bagi temasya dwi tahunan yang dijadualkan pada tahun ini. Begitu juga dengan persediaan barisan atlet pelapis yang masih belum menimba pengalaman sepenuhnya bakal menjadi taruhan untuk beraksi di pentas tertinggi temasya SUKMA ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya.

“Walaubagaimanapun kita masih menunggu keputusan mesyuarat teknikal SUKMA yang akan diadakan pada masa terdekat untuk menentukan had umur penyertaan atlet bagi SUKMA 2022. Namun begitu kita menyokong penuh cadangan yang diutarakan dalam mesyuarat jawatan kuasa tertinggi SUKMA untuk menaikkan had umur atlet yang bertanding SUKMA 2022 iaitu kepada 23 tahun. Ini kerana kita mengambil kira pelaburan, persediaan yang telah lama kita buat oleh kerajaan, Majlis Sukan Negeri Terengganu.”; ujar Ahmad Shahrizal Yahaya selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu kepada PenyuSukan.com. Beliau yang baharu menggalas jawatan selaku Pengarah MSNT mengantikan Ibni Amin Busu yang bersara wajib ini juga turut menekankan bahawa halatuju MSNT tetap tidak berubah dalam kempen untuk mempertahankan kejuaraan.

Selain percaturan baharu persiapan kontijen yang memberi tekanan buat Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT), perancangan kewangan perbelanjaan kontijen juga perlu dirangka secepat mungkin memandangkan perbentangan belanjawan negeri akan berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu, jutaan ringgit telah dilaburkan oleh kerajaan negeri melalui MSNT untuk mengekalkan momentum selaku juara keseluruhan pada edisi lalu. MSNT juga telah memulakan kempen ‘2020 Victory Mission’ bagi mempersiapakan kontijen sejurus tamat SUKMA Perak 2018 untuk memberi fokus pada edisi seterusnya SUKMA Johor 2020 yang telah dibatalkan pada tahun ini.

Untuk rekod pada SUKMA Perak 2018 yang lalu, Terengganu muncul juara keseluruhan setelah merangkul 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa dengan penyertaan seramai 555 atlet negeri ini.

Piala Malaysia: Dilema Terengganu FC


Rentetan keputusan muktamad penangguhan perlawanan suku akhir Piala Malaysia yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN), Terengganu FC(TFC) kini berada dalam dilema untuk percaturan seterusnya khususnya melibatkan kebajikan pasukan.

Sebahagian besar kontrak pemain-pemain TFC yang akan berakhir pada hujung bulan ini untuk menamat musim sememangnya memberi tekanan besar kepada pasukan dan juga pemain itu sendiri tentang hala tuju masing-masing. Selain itu perancangan pasukan untuk musim hadapan juga tidak dapat dinafikan akan turut terganggu berikutan situasi semasa ini.

Berikutan itu TFC mengesa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku penganjur untuk segera membuat keputusan muktamad sama ada diteruskan atau ditamatkan sepenuhnya. Keputusan ini juga tidak hanya menyelesaikan masalah buat TFC malah lain-lain pasukan masih bersaing dalam Piala Malaysia ini.

Walaubagaimanapun sekiranya keputusan saingan piala berprestij ini dibatalkan, bakal menjadi kelebihan buat TFC yang akan layak secara automatik untuk beraksi dalam Piala AFC musim depan. Untuk rekod, dalam saingan Liga Super terdahulu Terengganu FC berjaya menamatkan kempen Liga Super pada musim ini untuk berada di tangga kedudukan ke-3 liga.

“Keputusan! Penangguhan ini tiada masalah..sebab kita nak teruskan atau sampai bila sebab kalau boleh hendak tau cepat. Sama ada ditangguhkan sampai bila atau pun dibatalkan terus. Sebab itu untuk persiapan pasukan sebab kita ada kontrak sampai hujung bulan ini, senang kita nak release player. Kalau boleh kita hendak teruskan Piala Malaysia tapi atas arahan MKN nak suruh batal, minta MFL buat kenyataan keputusan cepat, senang kita nak release player dan persiapan musim.”, ujar Pengurus Terengganu FC Ahmad Shahrizal Yahaya kepada PenyuSukan.com

Juara Bertahan Akur SUKMA Johor 2020 Ditunda

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/kvkWCK7sQYY

Susulan perkembangan terkini penganjuran temasya Sukan Malaysia 2020 (SUKMA Johor 2020) yang ditunda pada tahun 2022 berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah, Terengganu dilihat tetap optimis untuk mempertahankan kejuaraan walaupun dijangka akan terkesan dengan keputusan tersebut. Keputusan cadangan kenaikan had umur penyertaan pada penganjuran seterusnya bakal menjadi percaturan drastik buat kontijen negeri ini.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/sukma-2022-juara-bertahan-kekalkan-misi/

Piala Malaysia: TFC Buka Tirai Di Laman Sendiri


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/s8QeQzCKmRI

Terengganu FC(TFC) optimis untuk mengharapkan tuah beraksi di laman sendiri tanpa kehadiran penyokong dalam aksi pembukaan tirai kempen kejuaraan Piala Malaysia 2020 untuk bertemu Petaling Jaya City FC(PJ City FC) pada sabtu ini (7 November 2020).

Tempoh rehat yang cukup panjang setelah menamatkan kempen Liga Super yang lalu memberi kelebihan percaturan buat skuad kendalian Nafuzi Zain. Malah buat ketua jurulatih ini juga turut mempunyai pilihan gabungan para pemain yang terbaik daripada pasukan TFC 1 dan TFC 2 yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam format perlawanan kalah mati ini.

Berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah, saingan Piala Malaysia musim ini menyaksikan tiada lagi saingan peringkat kumpulan mahupun aksi timbal balik sebagaimana musim-musim terdahulu.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu pada saingan awal Liga Super musim ini di mana Terengganu FC selaku pasukan pelawat berjaya menewaskan PJ City FC berkesudahan 2 gol tanpa balasan. Terengganu FC telah menamatkan kempen Liga Super pada musim ini untuk berada di tangga kedudukan ke-3 liga manakala PJ City FC berada di tangga ke-7.

Mohd Nafuzi Mohd Zain selaku ketua jurulatih pasukan bola sepak Terengganu FC setelah mengambil alih tugasan daripada Irfan Bakti sejak 2019.

“Kalah mati ini adalah kedua-dua pasukan mempunyai peluang. PJ City pun di tangga ke 7 Liga Super tidak jauh beza dengan kita. Maknanya harus manfaatkan peluang yang ada, elakkan melakukan kesilapan. Satu sahaja kalah mati, memang setiap perlawanan itu ibarat perlawanan akhir.”; ujar Mohd Nafuzi Mohd Zain selaku ketua jurulatih Terengganu FC kepada PenyuSukan.com

Pada musim ini sebanyak 15 pasukan layak untuk merebut kejuaraan Piala Malaysia 2020 yang menghimpunkan 10 pasukan Liga Super dan 5 pasukan Liga Premier. Berikutan situasi semasa pandemik COVID-19, Sabah yang turut layak terpaksa akur untuk terus melupakan kempen kejuaraan musim ini berikutan tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara(MKN). Berikutan itu, Sabah terpaksa memberi tiket percuma kepada Kuala Lumpur untuk terus mara ke pusingan suku akhir.

Pusingan pertama kejuaraan Piala Malaysia 2020 dijadualkan berlangsung bermula pada 6 hingga 8 November ini sebelum menutup tirai kempen dengan perlawanan akhir pada 22 November depan.

Hala Tuju Terengganu Football Club Sdn Bhd


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/TZxc_KAB00Q

Ulasan yang disampaikan Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) tentang hala tuju Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang baharu ditubuhkan untuk memenuhi syarat wajib saingan pasukan di musim hadapan mula mengorak langkah dengan merangka ekosistem sukan bola sepak secara menyeluruh bagi negeri Terengganu. Penswastaan pasukan bola sepak negeri ini yang tidak hanya memfokuskan untuk kejuaraan, malah turut perlu melalui proses transfomasi ekosistem bola sepak moden melalui suntikan penjenamaan entiti itu sendiri.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/tfc-rangka-ekosistem-bola-sepak/

Majlis Jalinan Kasih Lagenda Pemain Bola Sepak Negeri Terengganu

Majlis Jalinan Kasih Lagenda Pemain Bola Sepak Negeri Terengganu yang telah dicetus oleh Nor Zaidi Mohamed melalui Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu kepada Ab Rasid Jusoh telah dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd berjaya menarik lebih daripada 70 lagenda bola sepak negeri ini.

Majlis yang telah berlangsung ringkas namun penuh bermakna untuk merapatkan silaturahim sesama mereka telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 31 Oktober 2020.

TFC Rangka Ekosistem Bola Sepak

Galeri khas yang akan menempatkan segala infomasi berkaitan sejarah sukan bola sepak Terengganu akan diwujudkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka mampu menjadi daya tarikan bagi sektor pelancongan sukan.

Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang baharu ditubuhkan untuk memenuhi syarat wajib saingan pasukan di musim hadapan mula mengorak langkah dengan merangka ekosistem sukan bola sepak secara menyeluruh bagi negeri Terengganu. Penswastaan pasukan bola sepak negeri ini yang tidak hanya memfokuskan untuk kejuaraan, malah turut perlu melalui proses transfomasi ekosistem bola sepak moden melalui suntikan penjenamaan entiti itu sendiri.

Meletakkan moto ‘Win Back Mission’ sebagai azimat yang perlu diterjemahkan oleh barisan pengurusan, dalam usaha untuk memperkukuhkan TFC sebagai jenama pasukan nombor satu di persada bola sepak negara. Selain tanggungjawab mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan di musim hadapan, entiti berstatus sendirian berhad ini juga kini sedang giat mengatur langkah bersama pemegang-pemegang taruh dalam usaha menjana pendapatan kepada pasukan yang menjadi keutamaan. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menjadi venue rasmi bagi TFC juga turut bakal menerima tambah nilai tersendiri di mana akan diwujudkan galeri khas yang bakal memberi impak pada sektor pelancongan sukan.

Majlis Jalinan Kasih Lagenda Bola Sepak Negeri Terengganu yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 31 Oktober 2020 menjadi detik penting permulaan Terengganu Football Club Sdn Bhd selaku entiti badan bola sepak negeri yang diswastakan bagi memenuhi syarat wajib saingan pasukan di musim hadapan.

Perancangan itu telah dizahirkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh pada satu majlis yang telah menghimpunkan bekas pemain -pemain bola sepak negeri ini di era 60an sehingga 2000. Program yang merapatkan hubungan silaturrahim dan berkongsi pandangan serta pengalaman dalam arena bola sepak juga turut menjadi serampang dua mata buat TFC untuk merencanakan program yang dirancang nanti.

Ab Rasid Jusoh telah dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd. bermula pada 26 Oktober 2020. Sebelum itu beliau juga pernah menjawat jawatan yang sama bagi mengemudi pasukan T-Team FC pada 2013 sehingga 2016.

“Perancangan pada masa akan datang kita akan buat stadium ini sebagai stadium tour macam Jeventus sebagai contoh dan sebagainya. Jadi kita tengok black and white ini sinonim dengan Jeventus. Jadi itulah sebabnya kita rasa walaupun kita tidak sampai peringkat JDT tapi kita berusaha ke arah supaya menjadikan stadium ini tempat himpunan anak muda dan sebagainya yang kita akan buat untuk menjana pendapatan TFC itu sendiri lah.”, berkata Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd kepada PenyuSukan.com

CEO TFC Sdn Bhd – Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang

Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan dari Universiti Curtin, Australia; Ab Rasid Jusoh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) pertama yang dilantik untuk menguruskan Terengganu Football Club Sdn Bhd. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Perlantikan Ab Rasid Jusoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sulung bagi menerajui Terengganu Football Club Sdn Bhd(TFC Sdn Bhd). yang baru ditubuhkan ibarah sirih pulang ke gagang di mana beliau sendiri merupakan ‘orang kuat’ yang mewarnai perkembangan sukan bola sepak di Terengganu. Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan dari Universiti Curtin, Australia ini juga merupakan bekas pemain bola sepak yang aktif sejak di zaman universiti sebelum secara serius menceburi bidang pengurusan kelab dan persatuan bola sepak.

Bermula selaku Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu bagi penggal 2006 sehingga 2008 kemudian kembali mendapat mandat sebagai Naib Presiden bagi penggal 2015 sehingga 2017. Sebelum itu di awal penubuhan pasukan T-Team FC, Ab Rasid Jusoh memperkemaskan pasukan selaku pengurus pasukan bagi penggal 2007 sehingga 2008 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2013 sehingga 2016. Untuk rekod sebelum meneruskan tugasan di TFC Sdn Bhd beliau juga merupakan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang telah banyak mencipta beberapa penanda aras baharu pelancongan di negeri ini.

TFC Sdn Bhd yang baharu daftarkan ini adalah untuk memenuhi syarat wajib saingan pasukan TFC di musim hadapan di mana entiti berstatus perniagaan ini mula mengorak langkah dengan merangka ekosistem sukan bola sepak secara menyeluruh bagi negeri Terengganu. Penswastaan pasukan bola sepak negeri ini yang tidak hanya memfokuskan untuk kejuaraan, malah turut perlu melalui proses transfomasi ekosistem bola sepak moden melalui suntikan penjenamaan entiti itu sendiri.

Manakala pasukan bola sepak Terengganu FC(TFC) kini akan bergerak sebagai sebuah kelab bola sepak profesional yang diuruskan oleh syarikat berstruktur korporat. Ini adalah merupakan permulaan bagi sesuatu yang baru khususnya dalam arena sukan bola sepak di negeri Terengganu. Ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam memastikan TFC bakal bergerak dengan langkah positif dengan berlandaskan pelan atur dan pelan tindakan yang telah dirancang untuk memastikan kelab ini dapat bersaing dan terus membangun maju dari tahun ke tahun.

Kejayaan dalam kejohanan semestinya menjadi keutamaan bagi semua pasukan bola sepak namun di TFC kini kita perlu mula membina penstrukturan pengurusan yang kukuh dari pelbagai sudut kerana itulah kunci untuk kejayaan bagi keseluruhan aspek dalam sesebuah pasukan bola sepak.

 

Ab Rasid Jusoh telah dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd. bermula pada 26 Oktober 2020. Sebelum itu beliau juga pernah menjawat jawatan yang sama bagi mengemudi pasukan T-Team FC pada 2013 sehingga 2016.

PROFIL AB RASID JUSOH
Penglibatan dalam sukan bola sepak

1989-1993 Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)  -Pemain
1992 University Asian  – Pemain
1997 Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia(MAKSAK) – Pemain
1988-1990 Kelab Bola Sepak UKM – Setiausaha
1990-1993 Kelab Bola Sepak UKM – Presiden

2006-2008 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) – Ahli Majlis
2015-2017 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) – Naib Presiden

2007-2008 T-Team FC – Pengurus Pasukan
2013-2016 T-Team FC – Ketua Pegawai Eksekutif

2020 – ~ Terengganu Football Club Sdn Bhd – Ketua Pegawai Eksekutif

Polo Blue Juarai Piala Presiden Terengganu Polo Club


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/6oxoCtotawM

Polo Blue menepati ramalan selaku pasukan pilihan untuk menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya, setelah menjuarai kejohanan peringkat negeri untuk menafikan Polo Orange dalam aksi merebut Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

Sebaik perlawanan dimulakan, Polo Blue melalui Mohd Suhi Iskandar Razari pantas bergasak mencuri bola sekaligus membuat kejutan seawal minit pertama bagi jaringan gol sulung perlawanan. Tempo permainan semakin deras memaksa kuda-kuda Polo Orange untuk bekerja lebih keras mendominasi permainan di atas padang berkeluasan 300 meter panjang dan 200 meter lebar ini.

Kejohanan Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort pada 17 Oktorber 2020.

Namun taktikal permainan yang memihak pada Polo Blue sekali gus mendahului 3-0 bagi set pertama ‘Chukka’ iaitu separuh masa permainan yang beraksi dalam tempoh 7 minit permainan. Pada pusingan ‘Chukka’ kedua, pemainan mula seimbang buat kedua-dua pasukan namun beberapa peluang terpaksa dilepaskan oleh Polo Orange begitu sahaja.

Kesempatan ini diambil oleh Ahmad Basir An Nur Mohd Nasir dengan sumbangan tambahan dua jaringan gol sehingga tamat permainan yang berkesudahan 5 tanpa balasan dari pasukan lawan. Keputusan ini sekaligus menobatkan Polo Blue selaku juara kejohanan.

Pada musim ini sebanyak empat pasukan telah layak ke pusingan akhir dengan format pertandingan dua ‘Chukka’ bagi tempoh masa 14 minit setiap satu perlawanan berlangsung. Setiap pasukan dibarisi oleh pemain anak jati tempatan dari luar bandar sepenuhnya walaupun sukan ini sinonim disertai oleh pemain golongan elit mahupun bangsawan di negeri lain.

Polo Blue menewaskan Polo Orange sekaligus menutup tirai dengan merangkul Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort pada 17 Oktorber 2020.

“Sebenarnya pasukan kami memang membuat satu taktikal dari awal lagi iaitu kita panggil taktikal ‘follow the front man’. Bila orang di depan dia miss the ball, pemain di belakang akan ‘follow through’. Jadi di situ kita dapat tengok pemain kita yang terlepas bola, ada pemain di belakang menunggu dan menyambung bola tersebut. Sebab itu kami rasa taktikal itu menjadi pada hari ini.”; ujar Mohd Nazri Nainy selaku kapten Polo Blue.

Dato’ Harry Isaacs selaku setiausaha Kelab Polo Terengganu sewaktu menutup tirai kejohanan Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort pada 17 Oktorber 2020.

“Matlamat asal kita memanglah bukan hanya untuk beri peluang dia main polo tapi untuk beri dia satu peluang untuk langkah menjadi pemain profesional dan ini yang kita capai dua orang sekarang. Ini adalah kejayaan yang amat-amat menggalakkan.”; berkata Setiausaha Kelab Polo Terengganu Dato’ Harry Isaacs kepada PenyuSukan.com

Untuk rekod, sukan polo mula bertapak di negeri Terengganu sejak tahun 70an setelah diasaskan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah. Sehingga kini pasukan negeri ini di antara pasukan yang mampu memberi cabaran di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa. Terkini terdapat dua pemain polo negeri ini telah diintai oleh pasukan elit yang berpangkalan di ibu negara.

Ulasan Kapten Polo Blue – Mohd Nazri Nainy

Polo Blue menepati ramalan selaku pasukan pilihan untuk menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya, setelah menjuarai kejohanan peringkat negeri untuk menafikan Polo Orange dalam aksi merebut Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

“Sebenarnya pasukan kami memang membuat satu taktikal dari awal lagi iaitu kita panggil taktikal ‘follow the front man’. Bila orang di depan dia miss the ball, pemain di belakang akan ‘follow through’. Jadi di situ kita dapat tengok pemain kita yang terlepas bola, ada pemain di belakang menunggu dan menyambung bola tersebut. Sebab itu kami rasa taktikal itu menjadi pada hari ini.”; ujar Mohd Nazri Nainy selaku kapten Polo Blue.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/polo-blue-juarai-piala-presiden-terengganu-polo-club/

Ulasan Setiausaha Kelab Polo Terengganu

Polo Blue menepati ramalan selaku pasukan pilihan untuk menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya, setelah menjuarai kejohanan peringkat negeri untuk menafikan Polo Orange dalam aksi merebut Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

“Matlamat asal kita memanglah bukan hanya untuk beri peluang dia main polo tapi untuk beri dia satu peluang untuk langkah menjadi pemain profesional dan ini yang kita capai dua orang sekarang. Ini adalah kejayaan yang amat-amat menggalakkan.”; berkata Setiausaha Kelab Polo Terengganu Dato’ Harry Isaacs kepada PenyuSukan.com

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/polo-blue-juarai-piala-presiden-terengganu-polo-club/

Arkitek Sukan Terulung Wariskan Legasi

Ibni Amin Busu menerima cenderahati kenang-kenangan semperna persaraan beliau daripada Ahmad Shahrizal bin Yahaya(kanan) yang kini menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu. Majlis ringkas telah berlangsung di Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Arkitek sukan Terengganu terulung yang sememangnya tidak dapat dinafikan; Ibni Amin Busu mewariskan legasi ekosistem pembangunan sukan negeri itu dengan menamatkan perkhidmatannya penuh cemerlang untuk bersara wajib selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu bermula pada 13 Oktober 2020

Beliau yang juga bekas pemain ragbi kebangsaan di era 80an, mula memperkemaskan takbir urus badan sukan negeri ini secara bersepadu setelah dipinjamkan daripada Majlis Sukan Negara(MSN) pada 2006 untuk pertama kali berkhidmat di negeri kelahirannya, dalam persediaan Terengganu selaku tuan rumah bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-12 pada 2008.

Tugasan pertama tersebut sekaligus berjaya mencipta penanda aras baharu untuk muncul juara keseluruhan dan seterusnya mencipta sensasi kejayaan demi kejayaan sehinggakan meletakkan Terengganu selaku kuasa besar sukan tanah air. Malah turut telah berjaya melahirkan beberapa atlet bertaraf Olimpik seperti Azizulhasni Awang dan Khairul Anuar Mohamad yang sehingga kini layak secara merit ke Olimpik Tokyo 2020. Begitu juga hasil program plan pembangunan sukan 10 tahun ke hadapan, yang telah dirangka sejak dari awal sehingga kini berjaya menempatkan ramai atlet-atlet kelahiran negeri ini untuk berada dalam kem pasukan kebangsaan.

Sebahagian besar resepi kejayaan yang dicipta bersama Terengganu ini adalah hasil dari pengalaman yang ditimba sewaktu terlibat dalam merangka penganjuran sulung Sukan Komanwel di tanah air pada tahun 1998. Momentum kejayaan itu tidak terhenti di situ sahaja di mana pada tahun seterusnya, anak jati Kuala Terengganu ini telah dipanggil mengetuai deligasi khas dari Malaysia untuk membantu sepenuhnya penganjuran temasya Sukan SEA 1999 di Brunei.

Ibni Amin Busu(tengah) merakamkan detik terakhir berkhidmata selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

“Kepada persatuan-persatuan sukan, saya harapkan kerjasama yang padu kepada pengarah baru dalam mencipta kejayaan yang berterusan kerana kejayaan ini bukanlah dicipta oleh individu seorang tetapi dicipta oleh satu pasukan. Bagi atlet-atlet saya, saya tau mereka merupakan aset besar kepada negeri dan mereka ada keupayaan-keupayaan tersendiri. Sebab kita telah kenal pasti daripada awal. Jadi saya harap mereka terus perjuangan dalam membantu negeri mencipta nama kejayaan yang cemerlang kepada diri, kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada negeri dan sudah tentu kerajaan negeri. Supaya kejayaan yang telah kita kecapi dan telah bina selama ini akan berterusan di masa-masa akan datang”; berkata beliau kepada PenyuSukan sewaktu menanti detik-detik terakhir menamatkan perkhidmatannya.

Legasi yang ditinggalkan ini juga dilihat berjaya membentuk satu ekosistem sukan yang sempurna untuk tidak hanya memfokuskan pungutan pingat semata-mata dengan penerokaan bidang-bidang baharu lain yang berkaitan. Beberapa kerjasama telah berjaya dijalinkan dengan beberapa agensi lain sama ada di sektor pendidikan mahupun korporat secara tidak langsung memberi ruang dan peluang buat lepasan atlet untuk pergi lebih jauh demi masa depan mereka.

Ibni Amin Busu diraikan dengan penuh penghormatan oleh warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu pada detik-detik akhir persaraan beliau sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu. Majlis ringkas telah berlangsung di Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Sebagai penghormatan terakhir oleh warga Majlis Sukan Negeri Terengganu, satu majlis ringkas telah berlangsung dalam suasana hujan lebat yang diadakan sejurus tamatnya detik terakhir perkhidmatan arkitek sukan negeri itu dirakamkan.

Persaraan ini sudah pasti amat dirasai oleh seluruh penggiat dan peminat sukan dalam negeri Terengganu mahupun di peringkat kebangsaan. Kami dari bilik berita PenyuSukan, mengucapkan ribuan terima kasih di atas dan tahniah di atas segala jasa yang telah dicurahkan. Selamat bersara!

SUKMA Terengganu MLBB Dominasi Malaysia Esports Masters 2020

Pasukan sukan elektronik(eSports) Terengganu bagi acara Mobile Legend Bang-Bang di bawah kendalian jurulatih Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar(tiga dari kiri) yang akan pertama kali membawa cabaran ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor 2020.

Skuad sukan elektronik(esports) Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor 2020 telah mendominasi sepenuhnya untuk muncul juara dalam acara Mobile Legend Bang-Bang(MLBB) bagi kejohanan kebangsaan yang dijenamakan sebagai Malaysia Esports Masters 2020. Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan(KBS) ini telah mempertandingkan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB), PUBG Mobile dan FIFA20 Pro Club dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000.

Pasukan sukan elektronik(eSports) Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor 2020 berlatih sepenuh masa di fasiliti latihan Majlis Sukan Negeri Terengganu yang terletak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Johor merupakan tuan rumah sulung yang mencipta sejarah mempertandingkan sukan elektronik di temasya SUKMA Johor 2020.

Menambah manis buat pasukan di bawah naungan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) sepenuhnya ini, mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah bermula seawal pusingan pertama sehingga perlawanan akhir setelah berentap sepenuhnya dari fasiliti latihan sukan elektronik yang terletak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Berentap dengan format permainan ‘Best of Three’, memperlihatkan aksi cemerlang buat Terengganu untuk beraksi kurang dari 30 minit menewaskan wakil dari Negeri Sembilan(Saiyan Nogori) pada perlawanan akhir.

Skuad Elektronik Majlis Sukan Negeri Terengganu(Mobile Legend Bang-Bang) Dominasi Malaysia Esports Masters 2020.

Pentas kejohanan ini yang telah menghimpunkan 15 pasukan terbaik dari seluruh negara setelah masing-masing berentap menewaskan lawan di peringkat negeri masing-masing. Platform kejohanan ini juga menjadi tumpuan sebagai serampang dua mata program latihan buat pasukan-pasukan persediaan ke SUKMA Johor 2020 memandangkan ketandusan penganjuran berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah.

Tempat ketiga berjaya disandang oleh wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah menewaskan wakil dari Pulau Pinang untuk berada di tempat ke empat. Kesemua pemenang telah diumumkan oleh penganjur secara dalam talian sejurus tamat kejohanan.

Mobile Legend Bang-Bang merupakan salah satu acara sukan elektronik(esports) yang pertama kali dipertandingkan di pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor yang mempertaruhkan 5 pingat keseluruhan untuk ke semua kontijen yang bertanding.

Pada temasya SUKMA Johor 2020 nanti, Mobile Legend Bang-Bang merupakan salah satu acara sukan elektronik yang bakal dipertandingkan di mana sukan ini menawarkan 5 pungutan pingat keseluruhan kepada setiap kontijen yang bertanding.

Pasukan sukan elektronik(eSports) Terengganu bagi acara Mobile Legend Bang-Bang di bawah kendalian jurulatih Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar yang akan pertama kali membawa cabaran ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor 2020.

“Kemenangan ini tidak memberikan keselesaan kepada pasukan SUKMA Terengganu, sebab kita masih ada lagi 6 bulan sebelum menjelang SUKMA 2020 di Johor. Dan dalam masa 6 bulan itu kita sangat berhati-hati dengan pasukan lain. Jadi kemenangan kejohanan Esports Master di peringkat negeri Terengganu dan kebangsaan ini memang tidak memberi keselesaan kepada pasukan SUKMA Terengganu tetapi ini mungkin permulaan untuk SUKMA 2020.”, ujar Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar selaku jurulatih pasukan.

Skuad E-Terengganu ‘Lari’ Dari Dunia Digital

Barisan atlet sukan elektronik Terengganu bersama kepimpinan Esports Malaysia Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu sewaktu hadir ke program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Skuad sukan elektronik(e-sports) Terengganu yang kini julung-julung kali dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) berkelana jauh meninggalkan dunia digital mereka seketika dalam usaha mencari realiti jati diri sebagai atlet elektronik.

Program yang dijenamakan sebagai ‘Team Realignment Program(TRiM) telah berlangsung selama dua hari pada 17 & 18 September lalu di pendalaman Tasik Kenyir, Hulu Terengganu disertai seramai 25 peserta di mana 15 daripadanya adalah barisan atlet sepenuhnya manakala selebihnya adalah pasukan pengurusan yang terdiri dari Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Esports Malaysia Terengganu selaku badan induk sukan elektronik di peringkat negeri dan penceramah jemputan.

Barisan atlet sukan elektronik Terengganu sewaktu pengisian slot aktiviti bagi program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Kehadiran pemenang 3 pingat emas di pentas antarabangsa yang pernah menduduki tangga kedudukan ke-4 dunia bagi atlet elektronik profesional FIFA, Rinie Ramli yang turut sama ‘terapung’ selaku penceramah jemputan menjadi tambah nilai yang tiada nilainya bagi memantapkan lagi pengisian program. Color Blind, Team Dynamic Eye Maze, Sniper Story Telling antara slot slot modul pengisian dalam program ini yang telah berlangsung selama dua hari satu malam yang dikendalikan sepenuhnya oleh Rinie Ramli atau turut dikenali sebagai si_jali di kalangan penggiat sukan elektronik seluruh dunia.

Barisan atlet sukan elektronik Terengganu sewaktu pengisian slot aktiviti bagi program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

“Kesimpulannya, setiap anak-anak muda ada bakat dan memang berusaha keras untuk mencapai impian mereka tetapi tanpa bimbingan yang betul, mereka mungkin sukar untuk mencari jalan yang lain merentasi halangan yang berada di hadapan mereka. Kerana itulah MSN dan ESMT mengambil jurulatih bagi membantu mereka kerana jurulatih ni ada pengalaman yang banyak untuk membimbing mereka. Yang penting, mereka kerana terus bergerak ke hadapan dan tidak selesa dengan di mana mereka berada sekarang.”, ujar Rinie Ramli yang pernah menjawat jawatan selaku setiausaha agung Esports Malaysia selaku badan induk kebangsaan bagi sukan elektronik.

Kiri – Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah merangkap pengurus pasukan sukan elektronik Terengganu bersama barisan atlet esports Terengganu sewaktu program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

“Sememangnya tasik Kenyir ini menjadi pemilihan lokasi yang tepat bagi program ini. Kami ingin lari jauh dari dunia digital yang sememangnya tidak boleh dinafikan bagi kami selaku pasukan esports. Namun ini yang perlu kami lakukan untuk mencari dan membina realiti jati diri setiap atlet sukan elektronik ini. Kami perlu pupuk kesefahaman dan kerjasama dalam berpasukan yang secara tidak langsung menjadi elemen pembangunan sahsiah atlet itu sendiri. Sukan elektronik ini bukanlah suatu sukan yang terletak di bahu individu atlet semata-mata. Bukan itu yang kami mahupun dan kerana itu kami di berada di tasik Kenyir ini.”, ujar Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah merangkap pengurus pasukan sukan elektronik Terengganu yang akan membawa cabaran di temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20(SUKMA Johor 2020) nanti.

Beliau juga turut mengulas kepada PenyuSukan.com bahawa selepas ini lebih banyak program – program sedemikian mahupun kursus-kursus berkaitan dengan sukan esports untuk diberi pendedahan kepada atlet-atlet sukan elektronik Terengganu ini memandangkan corak persediaan pasukan telah berubah seiring dengan perkembangan semasa di peringkat dunia.

Untuk rekod, pada temasya SUKMA Johor 2020 nanti merupakan penganjuran sulung yang mempertaruhkan sukan elektronik. Sebanyak 5 pingat keseluruhan dipertandingkan yang dijadualkan akan berlangsung bertempat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor pada 30 Mac 2021 sehingga 1 April 2021 nanti.

Terengganu FC Kini Berstatus Sdn Bhd

Terengganu FC(TFC) kini merupakan entiti berstatus sendirian berhad yang didaftarkan sebagai Terengganu Football Club Sdn Bhd. Kredit – FAM.org.my

Terengganu FC(TFC) hari ini secara rasmi telah diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) sebagai sebuah entiti kelab bola yang telah lulus untuk penswastaan sekaligus telah memisahkan pasukan bola sepak ini dari pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT). TFC yang telah didaftarkan berstatus sendirian berhad yakni Terengganu Football Club Sdn Bhd merupakan di antara 12 pasukan Liga Super 2020 yang berjaya diswastakan.

Pada sidang media Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional dan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang telah berlangsung pada 5 Oktober lalu, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalinggam menjelaskan bahawa proses penswastaan yang juga merupakan pemisahan pasukan bola sepak dari persatuan bola negeri akan memberi fungsi pada pemilik dan pengarah kelab pada satu entiti yang berlainan dari persatuan negeri sepenuhnya. Situasi ini secara tidak langsung dapat mengelakkan hutang-hutang yang tidak dibayar oleh barisan presiden dan exco dalam persatuan setelah mereka meletak jawatan.

Tinjauan di beberapa laman media sosial penyokong bola sepak Terengganu rata-rata mempersoalkan siapakah pemilik TFC ini kerana tiada sebarang pengumuman sepenuhnya dilakukan. Penyokong beranggapan seharusnya individu-individu di dalam TFC bukan terdiri daripada kalangan ahli persatuan di mana kedua-dua entiti bola sepak ini seharusnya berbeza pengurusan.

Piala Tun Abdul Razak: Hanelang Mencari Rentak

Pasukan hoki wanita Terengganu bagi kempen Piala Tun Abdul Razak 2020 ini membariskan pemain-pemain muda sepenuhnya yang kini dalam persediaan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20(SUKMA Johor 2020) sebagai salah satu program pendedahan latihan untuk menyertai kejohanan berprestasi tinggi.

Skuad hoki wanita Terengganu catat dua kekalahan awal berturut-turut setelah membuka tirai kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 sejak 18 September lalu yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Terengganu di bawah kendalian jurulatih Muhammad Sabran Mohamad Sharif telah diundi untuk berada di dalam kumpulan A bersama Selangor, Perak dan Pulau Pinang sehingga kini masih tercari rentak untuk beraksi dalam format round robin ini.

Namun kredit tetap seharusnya diberikan pada pasukan Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2020) yang membariskan sepenuhnya pemain-pemain muda setelah Nurul Farawahida berjaya mencuri 1 jaringan gol melalui pukulan sudut penalti pada aksi perlawanan kedua menentang Perak berkesudahan 1 berbalas 2. Manakala pada perlawanan pembukaan bertemu juara bertahan, Selangor yang dibarisi lapan pemain kebangsaan sememangnya satu pengalaman bermakna buat Terengganu walaupun tewas 8-0.

Aksi penjaga gol Terengganu; Nur Suriani Razali sewaktu perlawanan pembukaan Piala Tun Abdul Razak 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 18 September 2020. Kredit Foto – MHC.org.my

Pada kempen musim ini, sebanyak 11 pasukan wanita bertanding membentuk 3 kumpulan tanpa sebarang peraturan had umur ditetapkan oleh penganjur bakal memberi cabaran terbaik buat Terengganu untuk mengutip pengalaman sebelum ke Johor nanti.

Beraksi di pentas tertinggi kejohanan hoki kebangsaan ini sudah pasti menjadi platform terbaik buat atlet-atlet muda Terengganu yang teramat dahagakan penyertaan kejohanan berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.

Aksi Zahratul Farhana Sofea Muhd Roslan (hadapan – dua dari kanan) sewaktu cuba melepasi halangan pemain Perak dalam aksi kedua perlawanan Piala Tun Abdul Razak 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 19 September 2020. Kredit Foto – MHC.org.my

Perlawanan seterusnya bertemu Pulau Pinang 21 September nanti bakal melengkapkan aksi peringkat Kumpulan A sekaligus menjadi misi tunggal untuk mengutip 3 mata sebelum melangkah ke pusingan seterusnya.Sehingga kini Pulau Pinang telah meraih 3 mata pertama dalam perlawanan pertama untuk menewaskan Perak berkesudahan 3 berbalas dua. Namun Perak kembali berjaya mencuri 3 mata perlawanan untuk perkukuh kedudukan setelah menafikan Terengganu berkesudahan 2 berbalas 1.

KEPUTUSAN PIALA TUN ABDUL RAZAK 2020 (WANITA)
*Pasukan Terengganu sahaja

18.09.2020 0730 pagi 01 GROUP A
SELANGOR vs TERENGGANU 08-00

19.09.2020 0930 pagi 15 GROUP A
TERENGGANU vs PERAK 01-02

Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya: Terengganu Bermula Terakhir Berakhir Pertama

Dari kiri – pelumba Siti Nur Alia Mansor, Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan(ketua jurulatih), Nurul Najwa Mohamad Fauzi dan Fatin Noryasminajwa Norhisham setelah merangkul pingat emas bagi acara ujian masa berkumpulan pada Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Instagram.com/aliaa.mansorr

Tirai Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 dikejutkan dengan sensasi perlumbaan yang dicipta oleh pasukan berbasikal wanita Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2020) setelah berjaya merangkul pingat emas dengan penuh bergaya dalam acara ujian masa berpasukan(Team Time Trial) yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka.

Kejayaan ini juga sudah pasti amat bermakna buat ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan sekaligus menjadi penanda aras terbaik bagi program pembangunan yang telah dijalankan bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu selama ini.

Kuatet berbasikal wanita Terengganu cipta sensasi perlumbaan Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020 untuk menafikan Selangor selaku naib juara dan Johor di tempat ke-3. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia

Walaupun bermula di perlepasan terakhir di mana kedua-dua kategori lelaki dan wanita telah dilepaskan serentak, kayuhan padu kuartet barisan pelumba Terengganu berjaya membuktikan ianya bukan satu halangan untuk muncul juara dengan catatan masa 1:08:32.940. Pasukan berbasikal Terengganu ini juga turut membuat kejutan setelah aksi kejar mengejar berjaya memintas pasukan wanita Selangor dan Sabah yang bermula kayuhan lebih awal malah menambah menarik turut berjaya untuk menyamai kelajuan dengan pasukan lelaki dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM).

Dari kiri – pelumba berbasikal Terengganu Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham bersama Siti Nur Alia Mansor menyarung sendiri jersi kemenangan bersama pingat emas sebagaimana menuruti Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah sewaktu berlangsung perlumbaan Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia

Walaupun gagal untuk memintas pasukan wanita Johor dihadapan, namun keputusan catatan masa terpantas yang menjadi taruhan sudah pasti menjadi takdir buat pasukan wanita Terengganu ini untuk muncul juara. Kejayaan ini juga bukan kayuhan mudah barisan pelumba Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Nurul Najwa Mohamad Fauzi, Siti Nur Alia Mansor dan Fatin Noryasminajwa Norhisham yang terpaksa mengekalkan momentum dengan keadaan jalan raya beralun dan rintangan angin kuat di hari perlumbaan.

Aksi kuatet berbasikal wanita Terengganu sebelum perlumbaan di mana menjadi pasukan terakhir untuk dilepaskan dalam acara perlumbaan ujian masa berkumpulan wanita dalam Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia

Malah menambah duka buat pelumba Fatin Noryasminajwa Norhisham yang tercicir di belakang pasukan setelah mengalami masalah teknikal ketika kayuhan berbaki 200 meter ke garisan penamat sedikit sebanyak menambah cabaran buat pasukan ini.

Dari kiri – pelumba Siti Nur Alia Mansor, Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Nurul Najwa Mohamad Fauzi dan Fatin Noryasminajwa Norhisham setelah merangkul pingat emas bagi acara ujian masa berkumpulan pada Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Instagram.com/aliaa.mansorr

“Walaupun saya tercicir pada 200 meter terakhir disebabkan masalah teknikal pada basikal saya, saya tetap berbangga dengan pencapaian ahli pasukan saya. Tidak dinafikan kredit kepada mereka semua yang telah berusaha keras selama ini. Bermula di perlepasan terakhir, namun kami dapat memintas Sabah dan Selangor yang mendahului kami sesuatu yang membakar semangat kami untuk terus ke hadapan. Kami juga tidak menyangka dapat menyamai kelajuan pasukan lelaki(Angkatan Tentera Malaysia) walaupun dengan keadaan jalan yang beralun dan tentangan angin yang kuat pada hari ini. Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang berusaha keras selama ini untuk kejayaan hari ini.”; ujar Fatin Noryasminajwa Norhisham kepada PenyuSukan.com

“Saya begitu teramat teruja untuk kejayaan hari ini kerana ini adalah pertama kali saya berlumba dalam acara ini. Saya amat terharu dan bangga dengan kejayaan ini bersama ahli pasukan lain. Terima kasih kepada jurulatih yang memberi kepercayaan kepada saya. Kejayaan ini juga bukan mudah untuk saya kerana saingan sengit kejar mengejar oleh Johor dan Selangor yang dipintas oleh kami. Angin yang kuat juga turut menambah halangan buat kami.”; berkata pelumba Siti Nur Alia Mansor yang begitu teruja setelah pertama kali berentap bagi acara ujian masa berkumpulan.

 

Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 membuka tirai perlumbaan di Bukit Katil, Melaka bermula 18 September sehingga 20 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia
Keputusan rasmi Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020 bagi acara Ujian Masa Berpasukan Wanita yang telah dimenangi oleh pelumba Terengganu.

MyEsports Terengganu: ZS NanNine Ungguli PUBG Mobile

ZS NanNine muncul juara PUBG Mobile bagi acara perseorangan dalam kejohanan MyEsports Terengganu 2020 manakala tempat kedua diduduki oleh GXS SYED dan tempat ke-3 oleh YoodoRude yang telah berlangsung pada 11 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Adnan Syauqi Hafizi atau lebih mesra dikenali sebagai ZS NanNine yang kini berusia 18 tahun telah mencipta sensasi kejohanan MyEsports Terengganu 2020 setelah muncul johan dalam acara PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile(PUBG Mobile) bagi kategori perseorangan.

Atlet yang berasal dari Lumut, Perak dan kini menetap di Negeri Sembilan ini berjaya menafikan 60 atlet lain termasuk mengejutkan beberapa atlet pilihan yang layak ke pusingan akhir. Menambah manis buat atlet yang bernaung di bawah pasukan Zeus Strike Clan, kemenangan ini merupakan kejayaan terbesar yang pernah dikecapi sejak berkecimpung dalam dunia sukan elektronik ini.

Aksi ZS NanNine sewaktu berentap di pusingan akhir PUBG Mobile bagi acara perseorangan dalam kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang telah berlangsung pada 11 September 2020. Setiap perlawanan disiarkan secara langsung di laman Facebook Jabatan Belia Sukan dan Negeri Terengganu dan juga Esports Malaysia Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

“Ini adalah kejayaan terbesar bagi saya buat masa ini. Terdahulu pernah juga menjuarai di kejohanan ‘Mini Tournament Online by Chel Nbwn (SQUAD)’ pada 10 Jun lepas dan sebelum itu di kejohanan yang dianjurkan oleh The Lions Esport Short Tournament (SQUAD) pada 1 Jun lepas. Saya juga pernah mendapat gunslinger dalam salah satu kejohanan yang dianjurkan oleh RiotXGank (SQUAD).”; ujar ZS NanNine kepada PenyuSukan.com

Namun sebelum itu untuk muncul juara ternyata bukan laluan mudah buat ZS NanNine yang bergelut dengan masalah emosi berikutan terhimpit dengan beberapa masalah peribadi sehingga hampir-hampir untuk menarik diri. Namun sokongan moral dari rakan-rakan ternyata mampu untuk memberi fokus sepenuhnya untuk berentap dengan beberapa nama besar dalam arena sukan elektronik yang turut berentap dalam MyEsports Terengganu 2020 ini.

ZS NanNine(dua dari kanan) bersama ahli pasukan Zeus Strike Clan sewaktu berkampung di Terengganu untuk berentap dalam kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang telah berlangsung pada 11 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/ZeusStrikeLivestream

ZS NanNine juga turut menzahirkan berterima kasih dan tahniah kepada penganjur di atas ruang dan peluang yang telah diberikan. Satu kejohanan yang berprestij dan amat dinantikan berikutan ketandusan penganjuran berikutan pandekmik COVID-19 yang belum bernoktah. Beliau juga turut berpendapat di mana kejohanan yang diadakah secara ‘offline’ mampu memberikan pengalaman yang berbeza buat setiap atlet yang bertanding.

Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 kembali mewarnai komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge 2.0 peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas.

Kerjasama strategik di antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSNT) bersama Esports Malaysia Terengganu(EMT) selaku badan induk sukan elektronik Terengganu sekaligus meletakkan penanda aras prestij penganjuran yang menawarkan ganjaran wang tunai kemenangan.

Malah penganjuran di fasa pasca COVID-19 ini juga dilihat tepat pada waktunya memandangkan ketandusan penganjuran sedemikian yang sering dinanti-nanti oleh atlet elektronik seluruh negara. Penyertaan adalah seramai 644 atlet melibatkan kategori perseorangan dan berpasukan bagi acara Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) yang telah berentap sejak 11 September lalu. Kemuncak penganjuran ini bagi acara berkumpulan bakal melabuhkan tirai elektronik pada 19 September di mana ianya turut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook JBSNT dan EMT selaku penganjur bersama.

 

KEPUTUSAN PENUH MYESPORTS TERENGGANU 2020
PUBG MOBILE(SOLO)

JUARA – ZS NanNine
NAIB JUARA – GXS SYED
TEMPAT KE-3 – YoodoRude

Bapa Angkat Sukan Ragbi Terengganu


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/kLebqK2NFB4

Skuad ragbi lelaki dan wanita Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) mendapat suntikan moral setelah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM lima ribu ringgit. Inisiatif ini dilihat tepat pada waktunya memandangkan pasukan ragbi negeri ini kian menghampiri fasa-fasa terakhir program latihan yang kini berbaki kurang 6 bulan sebelum penganjuran nanti.

Sumbangan yang disampaikan oleh bapa angkat sukan ragbi iaitu Tuan Haji Alias Harun dalam satu majlis ringkas bersama jabatan angkat dan barisan kepimpinan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu untuk meraikan kesungguhan atlet-atlet muda ragbi negeri ini. Turut hadir adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu bersama Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia merangkap YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad yang menyempurnakan majlis ini.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/skuad-ragbi-terima-suntikan-rm-5k

Skuad Ragbi Terengganu Terima Suntikan RM 5k

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia merangkap YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad(kiri) menerima replika sumbangan wang tunai sebanyak RM 5,000.00 daripada Tuan Haji Alias Harun selaku bapa angkat sukan ragbi negeri Terengganu dalam satu majlis yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 8 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Skuad ragbi lelaki dan wanita Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) mendapat suntikan moral setelah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM lima ribu ringgit. Inisiatif ini dilihat tepat pada waktunya memandangkan pasukan ragbi negeri ini kian menghampiri fasa-fasa terakhir program latihan yang kini berbaki kurang 6 bulan sebelum penganjuran nanti.

Sumbangan yang disampaikan oleh bapa angkat sukan ragbi iaitu Tuan Haji Alias Harun dalam satu majlis ringkas bersama jabatan angkat dan barisan kepimpinan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu untuk meraikan kesungguhan atlet-atlet muda ragbi negeri ini. Turut hadir adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu bersama Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia merangkap YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad yang menyempurnakan majlis ini.

Tuan Haji Alias Harun yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang turut menzahirkan ingin menghadiahkan pungutan pingat emas nanti kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Ibni Amin Busu yang bakal menamatkan perkhidmatannya sejurus SUKMA Johor 2020 menutup tirai.

“Yang paling saya bangga ialah pasukan wanita tahun ini fully anak Terengganu. Ini satu kebanggaan kepada negeri Terengganu dan saya ucap tahniah lah kepada MSNT terutama sekali kepada pengarah dan presiden ragbi kerana mengambil langkah persediaan awal untuk kita menterjemahkan bahawa anak Terengganu memang mampu untuk berada dalam apa sahaja arena kesukanan ini.”; ujar Bapa Angkat Sukan Ragbi Tuan Haji Alias Harun kepada PenyuSukan.com

“Kami amat berterima kasih bagi pihak pasukan ragbi lelaki dan perempuan SUKMA 2020 dan sumbangan ini insyAllah akan menjadi satu motivasi kepada pemain-pemain untuk lebih giat menjalani persiapan SUKMA tahun depan. InsyAllah kami akan gunakan sumbangan ini untuk membeli keperluan-keperluan pasukan terutamanya makanan tambahan dan beberapa peralatan asas untuk setiap atlet.”; berkata Izaimi Zainuddin selaku ketua jurulatih yang telah membentuk skuad ragbi ke pentas SUKMA sejak 2017.

Manakala atlet ragbi wanita, Puteri Nurfatihah Abdul Rahman turut menzahirkan tanda terima kasih di atas keprihatinan bapa angkat kepada ke semua ahli pasukan. Beliau yang akan membuat penampilan pertama dan terakhir bersama pasukan di pentas SUKMA Johor nanti berazam sepenuhnya untuk membantu pasukan membawa pulang pingat.

Untuk rekod, pada penampilan SUKMA Perak 2018 lalu skuad ragbi lelaki Terengganu berjaya mara ke pusingan akhir dengan merangkul pingat perak setelah dinafikan oleh Kelantan. Manakala pasukan ragbi wanita yang pertama kali beraksi di pentas SUKMA mengutip pengalaman penuh bermakna walaupun pulang tanpa sebarang kutipan pingat.

Sukan Elektronik Terengganu Pasca COVID-19

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/Pt4KTaQ9M-A

Ulasan perkembangan terkini sukan elektronik di negeri Terengganu oleh Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah selaku penganjur Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang dianjurkan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang mempertaruhkan dua acara sukan elektronik iaitu Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG).

Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 menjadi penanda aras baharu perkembangan komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas.

Penganjuran ini yang juga merupakan sebahagian dari program pembangunan sukan elektronik yang dikelolakan oleh JBSNT dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat terpendam khususnya bagi atlet yang berada dari kawasan luar bandar. Melalui program kerjasama ini juga sudah pasti dapat membantu pihak persatuan sukan berkaitan bagi merangka pelbagai program berkaitan masa depan sukan ini.

MyEsports Terengganu: Ulasan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/UwPId_Vw8Cg

Ulasan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Izwandy Ismail selaku penganjur Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang dianjurkan bersama Esports Malaysia Terengganu selaku badan induk sukan elektronik negeri Terengganu yang mempertaruhkan dua acara sukan elektronik iaitu Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG).

Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 menjadi penanda aras baharu perkembangan komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas.

Penganjuran ini yang juga merupakan sebahagian dari program pembangunan sukan elektronik yang dikelolakan oleh JBSNT dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat terpendam khususnya bagi atlet yang berada dari kawasan luar bandar. Melalui program kerjasama ini juga sudah pasti dapat membantu pihak persatuan sukan berkaitan bagi merangka pelbagai program berkaitan masa depan sukan ini.

Piala Tun Abdul Razak: Tai Beng Hai Kemudi Terengganu

Tai Beng Hai dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan hoki Terengganu bagi kempen Piala Tun Abdul Razak 2020 Edisi Ke-58

Pasukan hoki Terengganu kembali membuka tirai pasca COVID-19 untuk saingan kempen Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 Edisi Ke-58 yang dijadualkan bermula pada 18 hingga 26 September 2020 nanti. Finalis 2018 yang telah dikecewakan oleh Johor pada peringkat separuh akhir musim lalu kini giat membancuh resepi baharu bersama bekas jurulatih kebangsaan; Tai Beng Hai untuk pertama kali membimbing gergasi hoki pantai timur ini.

Ketua jurulatih yang kini berusia 55 tahun bergandingan bersama Nordin Musa selaku pembantu jurulatih tidak mengambil masa yang lama untuk memulakan tugas baru di mana terus melakukan penilaian jentera pasukan. Telah berlangsung selama 3 hari pemilihan pemain berjaya menarik perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang kini berkelana di ibu kota untuk hadir sendiri ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu ini.

Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Pada saingan kempen musim ini, Terengganu membariskan pemain anak jati Terengganu sepenuhnya juga turut mempertaruhkan pemain-pemain muda yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA Johor 2020 pada tahun hadapan. Kesempatan serampang dua mata ini diambil oleh pemegang taruh sebagai pendedahan perlawanan memandangkan ketandusan penganjuran hoki berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah.

“Saya berasa bangga dan berbesar hati untuk mewakili Terengganu. Saya daripada KL turun ke Terengganu untuk membuat pemilihan. Saya harap saya boleh buat kembali ke skuad kebangsaan dengan platform Piala Razak ini.”, ulas Faizal Saari yang juga bekas pemain kebangsaan.

Menambah menarik bagi musim ini juga, pasangan adik beradik Faizal Saari bersama Mohd Fitri bin Saari turut akan melengkapkan lagi percaturan Tai Beng Hai untuk misi ke pentas final Piala Razak nanti. Sebelum ini komitmen Faizal Saari yang terikat bersama pasukan kebangsaan membantutkan keinginan untuk berbakti pada pasukan kelahiranya. Pentas Piala Razak ini juga menjadi titik penting buat pemain berusia 29 tahun membuktikan kudratnya masih berbisa setelah disisihkan dari pasukan kebangsaan oleh Roelant Oltmans yang baru ditamatkan kontrak.

Selain pasangan adik beradik, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Firhan Ashari, Hazrul Faiz dan Zaimi Mat Deris merupakan di antara beberapa pemain senior kebangsaan bakal menjadi tunjang perkukuhkan pasukan Terengganu nanti. Gandingan mantap ini memberi gambaran awal buat Terengganu untuk memiliki pasukan yang terbaik pada musim ini.

“Untuk pasukan Terengganu pada tahun ini sebenarnya adalah hasil dari program pembangunan yang telah dilakukan 10 tahun lepas di mana kita amat berbangga di mana mereka bermain di peringkat tertinggi. Mereka dapat balik ke negeri Terengganu untuk berbakti pada negeri di mana mereka boleh fokus untuk mencapai target menjadi juara tahun 2020 ini.”, ujar Mohd Rafhan Harun selaku pengurus pasukan bagi musim ini.

“Apa yang saya lihat, pasukan ini banyak pemain. So ada banyak pemain bekas pemain negara, ada pemain pemain dari sekolah sukan nasional Bukit Jalil Bandar Penawar jadi kita gabungkan mereka untuk bermain sebagai satu pasukan untuk Piala Razak ini.”, berkata ketua jurulatih Tai Beng Hai yang turut mengulas kepada PenyuSukan

Penganjuran Kejohanan Piala Tun Abdul Razak yang kini melangkah ke edisi Ke-58 merupakan antara kejohanan hoki tertua di dalam negara yang mempertaruhkan pasukan dari negeri-negeri dalam negara secara tidak langsung menjadi penanda aras terbaik pembangunan hoki buat sesuatu negeri itu.

Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bakal menjadi venue rasmi kejohanan yang dijadualkan bermula pada 18 hingga 26 September 2020 dengan 15 pasukan lelaki dan 11 pasukan wanita telah mengesahkan penyertaan mereka bagi edisi kali ini.

Piala Tun Abdul Razak: Ulasan Kapten Pasukan Hoki Terengganu

Ulasan kapten pasukan hoki Terengganu; Fitri Saari yang akan membawa cabaran di pentas Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 Edisi ke-58.

Menambah menarik bagi musim ini juga, pasangan adik beradik Faizal Saari bersama Mohd Fitri bin Saari turut akan melengkapkan lagi percaturan Tai Beng Hai untuk misi ke pentas final Piala Razak nanti. Sebelum ini komitmen Faizal Saari yang terikat bersama pasukan kebangsaan membantutkan keinginan untuk berbakti pada pasukan kelahiranya. Pentas Piala Razak ini juga menjadi titik penting buat pemain berusia 29 tahun membuktikan kudratnya masih berbisa setelah disisihkan dari pasukan kebangsaan oleh Roelant Oltmans yang baru ditamatkan kontrak.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/piala-tun-abdul-razak-tai-beng-hai-kemudi-terengganu/

Piala Tun Abdul Razak: Ulasan Faizal Saari

Menambah menarik bagi musim ini juga, pasangan adik beradik Faizal Saari bersama Mohd Fitri bin Saari turut akan melengkapkan lagi percaturan Tai Beng Hai untuk misi ke pentas final Piala Razak nanti. Sebelum ini komitmen Faizal Saari yang terikat bersama pasukan kebangsaan membantutkan keinginan untuk berbakti pada pasukan kelahiranya. Pentas Piala Razak ini juga menjadi titik penting buat pemain berusia 29 tahun membuktikan kudratnya masih berbisa setelah disisihkan dari pasukan kebangsaan oleh Roelant Oltmans yang baru ditamatkan kontrak.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/piala-tun-abdul-razak-tai-beng-hai-kemudi-terengganu/

Piala Tun Abdul Razak: Ulasan Ketua Jurulatih

Pasukan hoki Terengganu kembali membuka tirai pasca COVID-19 untuk saingan kempen Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 Edisi Ke-58 yang dijadualkan bermula pada 18 hingga 26 September 2020 nanti. Finalis 2018 yang telah dikecewakan oleh Johor pada peringkat separuh akhir musim lalu kini giat membancuh resepi baharu bersama bekas jurulatih kebangsaan; Tai Beng Hai untuk pertama kali membimbing gergasi hoki pantai timur ini.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/piala-tun-abdul-razak-tai-beng-hai-kemudi-terengganu

X