Demi Keluarga Kembali Bersama TSG


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/jYeizvKjSPI

Berjauhan dengan keluarga selama hampir 6 tahun demi komitmen mengejar kayuhan, Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff kini kembali untuk menyarung jersi Terengganu Cycling Team (TSG) bagi musim ini setelah penampilan terakhir bersama pasukan pada 2017 lalu.

Demi kasih sayang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa pelumba muda berusia 24 tahun yang berada di Kampung Bukit Putera, Chalok, Setiu, Aiman Zariff terpaksa meninggalkan pasukan terdahulu Team Sapura Cycling(TSC) walaupun pasukan itu masih memberi ruang kepadanya.

Malah setelah 3 musim bersama bersama TSC, Aiman Zariff berjaya mencipta kejutan untuk melakar sejarah selaku pelumba tempatan pertama dinobatkan sebagai Raja Bukit setelah berjaya menyarung jersi merah di Le Tour De Langkawi edisi lalu. Kejayaan itu juga turut hampir membuka ruang kepadanya untuk menyertai sebuah pasukan antarabangsa berstatus Pro Benua yang berpangkalan di Itali

Pelumba muda Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff kembali bersama Terengganu Cycling Team (TSG) untuk musim 2021 setelah penampilan terakhir bersama adalah pada 2017 di mana pada tahun itu juga merupakan penampilan sulung bersama pasukan berbasikal profesional. Kredit Foto – Terengganu Cycling Team

“Berpeluang kembali bersama TSG amat bermakna untuk dekat dengan keluarga Aiman. 6 tahun berjauhan dengan keluarga dan sekarang ini keluarga pun tidak berapa sihat. Lagipun saya anak sulung dan kami bukan daripada keluarga yang senang. Oleh itu saya perlu buktikan untuk pencapaian yang lebih baik berbanding sebelum ini. Sasaran saya adalah jersi kuning untuk musim ini bersama TSG.”, ujar anak sulung daripada lima beradik yang pernah mendapat perhatian pasukan Androni Giacattoli-Sidermec(ANS) yang berstatus Pro Benua berpangkalan di Itali.

Kepulangan Aiman Zariff bersama TSG juga turut mendapat reaksi positif daripada kapten pasukan TSG, Zamri Saleh yang turut pernah bersama dalam pasukan sebelum ini.

Zamri Saleh merupakan kapten pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dan merupakan pelumba paling senior setelah menyertai pasukan sejak 2012.

“Bagi saya macam ke Aiman itu, saya tau dia sebelum ini pernah bersama kita sebelum Sapura dia bersama TSG. Dengan Sapura sekalipun dia mempunyai result yang bagus, saya tengok dengan komitmen yang dia ada itu pada dia itu rasa dah balik ke tempat sendiri lagi bersemangat”, ujar Zamri Saleh.

Kredit -https://www.procyclingstats.com/rider/muhammad-nur-aiman-mohd-zariff/overview/start

Untuk rekod pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 yang berstatus ProSeries, pelumba berusia 24 tahun ini berjaya mencipta melakar rekod penganjuran untuk menjadi pelumba berbasikal tanahair pertama yang menyarung jersi merah untuk dinobatkan selaku Raja Bukit sejak 25 tahun lalu bermula edisi sulung pada 1996.

Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Aiman Zariff yang juga merupakan produk Program Kecemerlangan Basikal SUKMA Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan memulakan kerjaya selaku pelumba profesional pada 2017 bersama TSG dan pada tahun berikutnya berhijrah ke TSC selama tiga musim sehingga 2020 sebelum kini kembali bersama TSG.

Pelumba Chalok Lakar Sejarah LTDL

Anak jati Kampung Bukit Putera, Chalok dari daerah Setiu; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff. Kredit Foto – https://www.facebook.com/teamsapuracycling.tsc/photos/2532959686979935

Anak jati Kampung Bukit Putera, Chalok dari daerah Setiu; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuat kejutan untuk melakar sejarah sebagai pelumba tempatan pertama untuk menyarung jersi merah sekaligus dinobatkan selaku Raja Bukit dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020(LTDL 2020) yang menutup tirai pada hari ini.

Kejayaan yang sangat dinantikan sejak 25 tahun penganjuran telah dibuktikan oleh pelumba berusia 23 tahun yang membuat penampilan pertama bagi musim ke-3 bersama Team Sapura Cycling (TSC).

Malah kejayaan ini juga telah melengkapkan trio anak Terengganu yang berjaya menyarung jersi di pentas Le Tour de Langkawi di mana sebelum ini jersi hijau selaku Raja Pecut dimiliki oleh Anuar Manan pada edisi penganjuran ke-15 2010 dan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia penganjuran edisi ke-20 2015 telah disarung kemas oleh Adiq Hussaini Othman.

Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff(jersi merah) cipta sejarah penganjuran Le Tour de Langkawi sebagai pelumba tempatan pertama dinobatkan selaku Raja Bukit pada hari terakhir siri perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 yang berakhir di Langkawi pada 14 Februari 2020. Kredit Foto – Le Tour de Langkawi

Kejayaan ini juga cukup manis buat Aiman Zariff untuk menutup tirai LTDL 2020 dengan 34 kutipan mata pendakian sekaligus mendahului 11 mata kepada pelumba Perancis Quentin Pacher dari pasukan B&B Hotels – Vital Concept p/b KTM di kedudukan kedua manakala Samuele Battistella pelumba Itali dari pasukan NTT Pro Cycling di kedudukan ketiga dengan 18 mata pendakian.

Keputusan Raja Bukit(King of Mountains KOM) Le Tour de Langkawi LTDL 2020 Peringkat Akhir. Kredit – https://www.procyclingstats.com/race/tour-de-langkawi/2020/kom

Penganjuran LTDL 2020 ini juga turut menyaksikan pelumba dari Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Saleh yang mencipta sensasi perlumbaan untuk muncul juara dua peringkat siri perlumbaan iaitu di peringkat lima bagi jarak kayuhan 165.8km bermula dari Kuala Kubu Baru ke Ipoh dan peringkat tujuh bagi jarak 130.4km dari Bagan ke Alor Star.

SUKMA PERAK 2018: Aiman ‘Demam’ Hadiahkan Emas

Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot BerbasikalMuhammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri menetapi ramalan untuk merangkul podium bagi acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) sekaligus menceriakan kem skuad berbasikal Terengganu di hari pertama penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini.

Beraksi dengan kayuhan sejauh 40km dengan catatan masa 43 minit 53.128 memahat nama Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff untuk merangkul pingat emas malah menambah manis rakan sepasukan Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri turut memastikan pingat perak milik Terengganu sekaligus menafikan pelumba dari Selangor Muhsin Al Redha Misbah yang sekadar meraih pingat gangsa.

Pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff(dua dari kiri) meraih pingat emas dan rakan sepasukan Muhammad Shaiful Adlan bin Mohd Shukri(kiri) pingat perak dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Pelumba Terengganu Hanelang; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff(dua dari kiri) meraih pingat emas dan rakan sepasukan Muhammad Shaiful Adlan bin Mohd Shukri(kiri) pingat perak dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Walaupun berentap dalam situasi demam dengan catatan masa berkurangan dari waktu latihan, namun dengan kejayaan ini sudah pasti menjadi satu kenangan terindah buat Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang membuat penampilan terakhir di pentas SUKMA berikutan had umur pada edisi seterusnya.

Pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Pelumba Terengganu Hanelang; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Seterusnya buat pelumba anak jati Setiu ini akan menyasarkan untuk menambah kutipan pingat seterusnya bagi acara lebuh raya dan kejar mengejar berpasukan sebelum acara berbasikal akan tamat sepenuhnya pada 14 September nanti.

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Basikal Lebuhraya

Pelumba TSG Kini Bersama TSC

Mohd Adiq Husainie Othman(kanan) dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff bakal memberi cabaran kepada bekas pasukan mereka; Terengganu Cycling Team (TSG)

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Adiq Husainie Othman dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuka kalendar karier 2018 ini bersama pasukan baru iaitu Team Sapura Cycling (TSC) yang baru ditubukan pada awal tahun 2017.

Mohd Adiq Husainie Othman yang sememangnya mempunyai nama besar di dalam sukan ini telah menyertai pasukan TSG sejak 2014 manakala Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff adalah pelumba muda yang kiat meningkat naik.

Kedua-dua pelumba anak jati Terengganu ini akan bergandingan bersama ahli pasukan lagi seperti teraju import Wilmar Jahir Perez dan Victor Nino Corredor dari Colombia serta pelumba Indonesia, Aiman Cahyadi. Malah TSC juga turut telah mengesahkan kehadiran pelumba import baru iaitu Dylan Page dari Switzerland, Jesse Ewart dari Australia serta Mario Vogt dari Jerman.

Adiq Husainie Othman merupakan pelumba tempatan pertama berjaya meraih gelaran pelumba Terbaik Asia(jersi putih) dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi 2016. Kredit Foto – Baikbike.com

TSC juga turut mengekalkan lima daripada enam pelumba tempatan musim 2017 iaitu Muhamad Zawawi Azman, Muhsin Al Redha Misbah, Fitri Saharil, Akmal Hakim Zakaria dan Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil selain Aiman Cahyadi dari Indonesia dan dua pelumba Colombia Wilmar Jahir Perez serta Victor Nino Corredor.

“Kita sudah pun memulakan persiapan untuk 2018. Perlumbaan pertama untuk musim depan ialah Jelajah Indonesia pada Januari, pada Februari kita akan ke Turki sebelum kembali ke Asia untuk Le Tour de Langkawi dan Jelajah Taiwan sebelum kembali ke Eropah. Pelan jangka masa panjang kami ialah untuk mencapai status Pro Benua dan seterusnya beraksi di Tour de France dalam masa enam tahun lagi”, ujar Pengurus TSC Mohd Sayuti Mohd Zahid kepada pemberita.

Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff berjaya meraih jersi putih dalam kejohanan Tour de Selangor 2017. Pada Jelajah Thailand 2016 beliau berjaya meraih jersi biru sebagai pelumba terbaik ASEAN. Kredit Foto – Facebook.com/pg/tourdeselangor

Beliau juga turut memberikan gambaran sasaran itu mampu dicapai selepas menempatkan diri dalam kelompok 30 teratas kalendar UCI Asia tahun ini selain muncul pasukan terbaik Jelajah Malaysia 2017. TSC juga mempunyai misi untuk membantu pelumba tempatan meraih mata kelayakan ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018 serta Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Oleh yang sedemikian sudah pasti pasukan baru ini boleh dikatakan merupakan pencabar terbaik untuk memberi saingan kepada pasukan benua negara iaitu TSG iaitu bekas pasukan kepada dua pelumba ini.

X