Anak jati Kampung Bukit Putera, Chalok dari daerah Setiu; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff. Kredit Foto – https://www.facebook.com/teamsapuracycling.tsc/photos/2532959686979935
Anak jati Kampung Bukit Putera, Chalok dari daerah Setiu; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuat kejutan untuk melakar sejarah sebagai pelumba tempatan pertama untuk menyarung jersi merah sekaligus dinobatkan selaku Raja Bukit dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020(LTDL 2020) yang menutup tirai pada hari ini.
Kejayaan yang sangat dinantikan sejak 25 tahun penganjuran telah dibuktikan oleh pelumba berusia 23 tahun yang membuat penampilan pertama bagi musim ke-3 bersama Team Sapura Cycling (TSC).
Malah kejayaan ini juga telah melengkapkan trio anak Terengganu yang berjaya menyarung jersi di pentas Le Tour de Langkawi di mana sebelum ini jersi hijau selaku Raja Pecut dimiliki oleh Anuar Manan pada edisi penganjuran ke-15 2010 dan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia penganjuran edisi ke-20 2015 telah disarung kemas oleh Adiq Hussaini Othman.
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff(jersi merah) cipta sejarah penganjuran Le Tour de Langkawi sebagai pelumba tempatan pertama dinobatkan selaku Raja Bukit pada hari terakhir siri perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 yang berakhir di Langkawi pada 14 Februari 2020. Kredit Foto – Le Tour de Langkawi
Kejayaan ini juga cukup manis buat Aiman Zariff untuk menutup tirai LTDL 2020 dengan 34 kutipan mata pendakian sekaligus mendahului 11 mata kepada pelumba Perancis Quentin Pacher dari pasukan B&B Hotels – Vital Concept p/b KTM di kedudukan kedua manakala Samuele Battistella pelumba Itali dari pasukan NTT Pro Cycling di kedudukan ketiga dengan 18 mata pendakian.
Keputusan Raja Bukit(King of Mountains KOM) Le Tour de Langkawi LTDL 2020 Peringkat Akhir. Kredit – https://www.procyclingstats.com/race/tour-de-langkawi/2020/kom
Penganjuran LTDL 2020 ini juga turut menyaksikan pelumba dari Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Saleh yang mencipta sensasi perlumbaan untuk muncul juara dua peringkat siri perlumbaan iaitu di peringkat lima bagi jarak kayuhan 165.8km bermula dari Kuala Kubu Baru ke Ipoh dan peringkat tujuh bagi jarak 130.4km dari Bagan ke Alor Star.
Kejuaraan Lawan Pedang Terbuka Negeri Sembilan 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 2-3 Sept 2023 namun venue kejohanan masih belum diumumkan adalah penganjuran yang dimasukkan di dalam kalendar takwim Persekutuan Lawan
Event Details
Kejuaraan Lawan Pedang Terbuka Negeri Sembilan 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 2-3 Sept 2023 namun venue kejohanan masih belum diumumkan adalah penganjuran yang dimasukkan di dalam kalendar takwim Persekutuan Lawan Pedang Malaysia.
Penganjuran acara berbasikal terbesar di dalam negeri Terengganu Darul Iman, TSG Shimano Fellowship Ride 2023 merupakan edisi penganjuran kali ke-4 yang menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah buat peserta.
Baca sepenuhnya -

Tour Gateh D'Tranung memasuki edisi penganjuran kali ke-3 setelah edisi terdahulu yang berakhir pada 25 Mac 2022 melabuhkan tirai dan merupakan penganjuran perlumbaan berbasikal tertua di tanah air yang
more
Event Details
Tour Gateh D’Tranung memasuki edisi penganjuran kali ke-3 setelah edisi terdahulu yang berakhir pada 25 Mac 2022 melabuhkan tirai dan merupakan penganjuran perlumbaan berbasikal tertua di tanah air yang telah diadakan sejak 1984.
Bagi edisi penganjuran ke-3 ini, perlumbaan peringkat pertama dijadualkan untuk bermula pada 4 September 2023 sehingga 8 September 2023 ini masih menawarkan 5 peringkat cabaran seperti mana edisi lalu. Cabaran akhir masih mempertaruhkan cabaran perlumbaan kriterium pada waktu malam di Jambatan Angkat Terengganu(Terengganu Drawbridge).
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby merupakan penganjuran melibatkan tiga kategori umur pelumba iaitu bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh Yayasan Kecemerlangan Sukan
more
Event Details
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby merupakan penganjuran melibatkan tiga kategori umur pelumba iaitu bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia(SportExcel) melalui penajaan bernilai RM2.7 juta oleh Yayasan Sime Darby bagi selama tiga tahun yang telah bermula sejak 2022.
Sebanyak 12 siri perlumbaan menjadi taruhan bagi musim 2023 ini.
Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang juga merupakan Pengasas dan Pengerusi SportExcel menzahirkan penganjuran perlumbaan ini adalah bagi mewujudkan fasiliti perlumbaan yang berkualiti dan selamat untuk pendedahan dan pembangunan bakat tempatan.
KALENDAR KEJOHANAN TREK YAYASAN SIME DARBY
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 1 – 11 FEB 2023
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 2 4 MAC 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 3 6 MAY 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 4 24 JUN 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 5 8 JULAI 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 6 22 JULAI 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 7 19 OGOS 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 8 9 SEPT 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 9 23 SEPT 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 10 7 OKTOBER 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 11 21 OKTOBER 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 12 5 NOV 2023
Siri perlumbaan ke-8 Cub Prix Malaysia 2023 musim ini sekali lagi akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus pada 22-23 September 2023 untuk berbaki dua lagi perlumbaan sebelum
Event Details
Siri perlumbaan ke-8 Cub Prix Malaysia 2023 musim ini sekali lagi akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus pada 22-23 September 2023 untuk berbaki dua lagi perlumbaan sebelum melabuhkan tirai musim ini.
Terdahulu, Terengganu menjadi destinasi ke-6 bagi siri perlumbaan Cub Prix Malaysia 2023 yang kini memasuki edisi-30 penganjuran untuk dijadualkan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus pada 21-22 Julai 2023.
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby merupakan penganjuran melibatkan tiga kategori umur pelumba iaitu bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh Yayasan Kecemerlangan Sukan
more
Event Details
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby merupakan penganjuran melibatkan tiga kategori umur pelumba iaitu bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia(SportExcel) melalui penajaan bernilai RM2.7 juta oleh Yayasan Sime Darby bagi selama tiga tahun yang telah bermula sejak 2022.
Sebanyak 12 siri perlumbaan menjadi taruhan bagi musim 2023 ini.
Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang juga merupakan Pengasas dan Pengerusi SportExcel menzahirkan penganjuran perlumbaan ini adalah bagi mewujudkan fasiliti perlumbaan yang berkualiti dan selamat untuk pendedahan dan pembangunan bakat tempatan.
KALENDAR KEJOHANAN TREK YAYASAN SIME DARBY
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 1 – 11 FEB 2023
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 2 4 MAC 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 3 6 MAY 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 4 24 JUN 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 5 8 JULAI 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 6 22 JULAI 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 7 19 OGOS 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 8 9 SEPT 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 9 23 SEPT 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 10 7 OKTOBER 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 11 21 OKTOBER 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 12 5 NOV 2023
Sukan Asia 2022 edisi penganjuran ke-19 yang sepatutnya dijadualkan telah berlangsung pada 23 September 2022 kini telah ditunda ke 23 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023 berikutan pandemik COVID-19 yang
Event Details
Sukan Asia 2022 edisi penganjuran ke-19 yang sepatutnya dijadualkan telah berlangsung pada 23 September 2022 kini telah ditunda ke 23 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023 berikutan pandemik COVID-19 yang telah melanda pada tahun lalu.
Warna-warni kalendar sukan pelayaran bagi tahun 2023 mencipta sensasi penganjuran tersendiri di mana dua penganjuran akan diadakan di perairan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan Tasik Puteri, Dungun yang mempertaruhkan kategori
more
Event Details
Warna-warni kalendar sukan pelayaran bagi tahun 2023 mencipta sensasi penganjuran tersendiri di mana dua penganjuran akan diadakan di perairan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan Tasik Puteri, Dungun yang mempertaruhkan kategori Optimist, ILCA7, ILCA6, ILCA4, Int 420, Int 470, Windsurfing: Techno 293, RS: One, Raceboard Junior Rig dan Hansa Access 2.3.
Menambah menarik perlumbaan melibatkan bot bagi kategori Hansa Access 2.3 ini akan menjadi tumpuan utama di mana merupakan acara pelibatan atlet-atlet orang kurang upaya(OKU).
4 siri penganjuran perlumbaan sukan perahu layar akan diadakan sepanjang tahun ini di mana Kejohanan Jemputan Terengganu Cabaran Monsoon(Terengganu Invitation Monsoon Challenge) menjadi acara penutup tirai bagi tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 28 sehingga 31 Disember 2023 bertempat di Duyong Marina Resorts, Kuala Terengganu.
30 SEPT 2023 - MINGGU KE-2
RAGBI PIALA AGONG - SELANGOR vs TERENGGANU
Padang Ragbi UiTM Shah Alam, Selangor
Baca perkembangan terkini pasukan ragbi Terengganu - https://penyusukan.com/v1/category/ragbi
Event Details
30 SEPT 2023 – MINGGU KE-2
RAGBI PIALA AGONG – SELANGOR vs TERENGGANU
Padang Ragbi UiTM Shah Alam, Selangor