Pelumba TSG Kini Bersama TSC

Mohd Adiq Husainie Othman(kanan) dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff bakal memberi cabaran kepada bekas pasukan mereka; Terengganu Cycling Team (TSG)

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Adiq Husainie Othman dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuka kalendar karier 2018 ini bersama pasukan baru iaitu Team Sapura Cycling (TSC) yang baru ditubukan pada awal tahun 2017.

Mohd Adiq Husainie Othman yang sememangnya mempunyai nama besar di dalam sukan ini telah menyertai pasukan TSG sejak 2014 manakala Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff adalah pelumba muda yang kiat meningkat naik.





Kedua-dua pelumba anak jati Terengganu ini akan bergandingan bersama ahli pasukan lagi seperti teraju import Wilmar Jahir Perez dan Victor Nino Corredor dari Colombia serta pelumba Indonesia, Aiman Cahyadi. Malah TSC juga turut telah mengesahkan kehadiran pelumba import baru iaitu Dylan Page dari Switzerland, Jesse Ewart dari Australia serta Mario Vogt dari Jerman.

Adiq Husainie Othman merupakan pelumba tempatan pertama berjaya meraih gelaran pelumba Terbaik Asia(jersi putih) dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi 2016. Kredit Foto – Baikbike.com

TSC juga turut mengekalkan lima daripada enam pelumba tempatan musim 2017 iaitu Muhamad Zawawi Azman, Muhsin Al Redha Misbah, Fitri Saharil, Akmal Hakim Zakaria dan Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil selain Aiman Cahyadi dari Indonesia dan dua pelumba Colombia Wilmar Jahir Perez serta Victor Nino Corredor.

“Kita sudah pun memulakan persiapan untuk 2018. Perlumbaan pertama untuk musim depan ialah Jelajah Indonesia pada Januari, pada Februari kita akan ke Turki sebelum kembali ke Asia untuk Le Tour de Langkawi dan Jelajah Taiwan sebelum kembali ke Eropah. Pelan jangka masa panjang kami ialah untuk mencapai status Pro Benua dan seterusnya beraksi di Tour de France dalam masa enam tahun lagi”, ujar Pengurus TSC Mohd Sayuti Mohd Zahid kepada pemberita.

Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff berjaya meraih jersi putih dalam kejohanan Tour de Selangor 2017. Pada Jelajah Thailand 2016 beliau berjaya meraih jersi biru sebagai pelumba terbaik ASEAN. Kredit Foto – Facebook.com/pg/tourdeselangor

Beliau juga turut memberikan gambaran sasaran itu mampu dicapai selepas menempatkan diri dalam kelompok 30 teratas kalendar UCI Asia tahun ini selain muncul pasukan terbaik Jelajah Malaysia 2017. TSC juga mempunyai misi untuk membantu pelumba tempatan meraih mata kelayakan ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018 serta Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Oleh yang sedemikian sudah pasti pasukan baru ini boleh dikatakan merupakan pencabar terbaik untuk memberi saingan kepada pasukan benua negara iaitu TSG iaitu bekas pasukan kepada dua pelumba ini.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X