SUKMA: Skuad Ragbi Terengganu Dalam Persiapan

Izami Zainuddin(dua dari kiri) selaku ketua jurulatih adalah individu yang telah dipertanggungjawabkan untuk membentuk pasukan ini yang turut dibantu oleh dua jurulatih pasukan. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Izami Zainuddin(dua dari kiri) selaku ketua jurulatih adalah individu yang telah dipertanggungjawabkan untuk membentuk pasukan ini yang turut dibantu oleh dua jurulatih pasukan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Perjalanan yang panjang buat skuad ragbi 7 sepasukan Terengganu untuk memastikan kejuaraan di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 nanti. Untuk pembentukan pasukan ini, seawal tahun 2017 pihak pengurusan telah bermula dengan menyertai Kejohanan Liga Ragbi Kesatuan Ragbi Malaysia Divisyen 2 2017. Rata-rata pemain muda berusia bawah 20 tahun telah berentap dalam kejohanan ragbi 15 sepasukan kebangsaan berprestasi tinggi ini untuk menjadi titik tolak pembentukan pasukan di Perak nanti.

Seramai 35 pemain telah disenarai awal pada awal tahun 2017 untuk program persediaan SUKMA 2018 ini dan kini tinggal 23 pemain setelah menjalani proses saringan. Pihak pengurusan akan melakukan proses saringan terakhir di jangka pada bulan Jun 2018 nanti untuk memastikan pasukan ini bersedia sepenuhnya untuk fasa terakhir persiapan pasukan. Hanya para pemain yang berkualiti memiliki ciri-ciri pemain ragbi 7 sepasukan menjadi kriteria pemilihan akhir nanti demi memastikan misi kejuaraan tercapai.





Percaturan membariskan pemain muda di pentas kebangsaan untuk bersaing dengan peringkat umur lebih tinggi sudah pasti mampu memberi impak kepada pasukan yang dibentuk ini. Pemain paling muda di dalam skuad ini yang berusia 18 tahun ketika ini turut dipertaruhkan agar mampu memberi aksi di kejohanan sebenar nanti. Namun isu komitmen dalam pelajaran dan peluang bercuti untuk di kumpulkan bersama menjalani latihan di kalangan pemain yang rata-rata adalah para pelajar pasti sedikit sebanyak memberi cabaran membentuk pasukan yang mantap.

Skuad barisan pemain ragbi 7 sepasukan Terengganu yang terpilih bakal diketahui pada Jun 2018 nanti. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Skuad barisan pemain ragbi 7 sepasukan Terengganu yang terpilih bakal diketahui pada Jun 2018 nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Jangka masa persediaan awal yang panjang sudah pasti memberi kelebihan kepada jurulatih berpengalaman Izami Zainuddin yang menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih. Beliau juga turut membimbing pasukan negeri Terengganu sewaktu Kejohanan Liga Ragbi Kesatuan Ragbi Malaysia Divisyen 2 2017 yang lalu di mana berjaya meraih tempat ke-2 setelah tewas tipis kepada ATM Navy Orca dalam perlawanan akhir. Namun dengan beberapa masalah yang menggusarkan ketua jurulatih ini dijangka dapat diselesaikan lebih awal sebelum temasya SUKMA 2018 bermula.

“Kami mempunyai bakat-bakat berkualiti di kalangan anak muda Terengganu ini. Ianya satu kelebihan buat skuad negeri ini untuk bertandang ke Perak nanti. Namun beberapa kekangan awal di kalangan pemain yang rata-rata adalah para pelajar sedikit sebanyak program persiapan pasukan harus dirancang dengan teliti. Kami juga harus berwaspada dengan negeri-negeri lain yang menjadi kuasa besar dalam temasya SUKMA 2018 ini.”, ujar Izami Zainuddin selaku ketua jurulatih skuad ragbi 7 sepasukan negeri Terengganu bagi SUKMA 2018 nanti.

Untuk rekod pada edisi SUKMA 2008, skuad ragbi 7 sepasukan Terengganu telah pertama kali merangkul pingat emas sejak dipertandingkan pada tahun 2004 di mana ketika itu negeri Terengganu Darul Iman menjadi tuan rumah. Pada 2010 sekali pasukan ini mengekalkan kejuaraan merangkul pingat emas dalam temasya yang sama diadakan di negeri Melaka. Namun bagi edisi 2011 dan 2013 hanya sekadar meraih di tempat ke-4.

Menjelang temasya kejohanan SUKMA 2018 nanti sebanyak 369 acara bakal dipertandingan terdiri dari 26 jenis sukan di mana 16 sukan berstatus wajib dipertandingankan yang merupakan sukan teras manakala baki 10 jenis sukan lagi adalah sukan pilihan ditentukan oleh tuan rumah.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X