Piala AFC: Bantut Terengganu FC Jadi Tuan Rumah

Syarat tempoh kuaratin wajib selama tiga hari yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia(AFC) bertentangan dengan polisi yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN) sekaligus membantutkan usaha Terengganu FC sebagai tuan rumah.

Nasib Terengganu FC di pentas kelayakkan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC 2021) Zon Asean sekali lagi diuji berikutan ketiadaan pasukan yang sanggup menawarkan diri selaku tuan rumah. Situasi ini susulan penarikan diri oleh Singapura selaku tuan rumah berikutan situasi pandemik COVID-19 di negara itu memaksa Konfederasi Bola Sepak Asia(AFC) selaku penganjur perlu mencari venue pertandingan baharu dalam masa terdekat yang dilihat agak mustahil ketika ini.

Kredit – https://twitter.com/theaseanball/status/1406599339313532928

Sekiranya tiada sebarang kata putus, dalam satu ciapan di laman Twitter @theaseanball bahawa Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor John memberi gambaran segala keputusan akan ditetapkan di dalam mesyuarat jawatan kuasa nanti. Situasi ini secara tidak langsung memberi gambaran berkemungkinan besar penganjuran melibatkan zon Asean berisiko untuk dibatalkan.





TFC melalui badan induk sukan bola sepak Malaysia(FAM) juga sudah tentu tidak dapat menawarkan diri selaku tuan rumah penganjuran berikutan syarat yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia(AFC) selaku penganjur bertentangan dengan polisi yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN) sewaktu pandemik COVID-19 yang menjadi isu global masa kini.

Pengurus Pasukan TFC Zul Fadli Rozi. Kredit Foto – Terengganufc.com

“Salah satu syarat utama AFC juga kepada negara yang ingin menjadi hos, negara tersebut bersedia atau boleh membenarkan mana-mana individu atau pasukan untuk masuk negara kita ini hanya perlu melalui kuarantin maksimum 3 hari sahaja. Sedangkan dalam makluman bahawa tempoh kuaratin wajib negara kita adalah selama 14 hari. Jadi dekat situ pun dah satu orang kata konflik yang tidak mungkin sama sekali kita dapat lakukan beri 3 hari kuaratin maksimum.”, ujar Pengurus Pasukan TFC Zul Fadli Rozi kepada PenyuSukan.com

Begitu juga dalam satu kenyataan kepada media oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam turut memberi pandangan yang sama. Malah Malaysia selaku tuan rumah juga tidak mahu memperjudikan nasib penganjuran sekiranya terpaksa dibatalkan disebabkan oleh situasi semasa kes COVID-19 dalam negara.

Terengganu FC dan Terengganu FC II merupakan dua pasukan terawal yang memperolehi kebenaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk melakukan latihan secara ‘Camp Based Training’ sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Buat skuad Penyu ini, sebarang penangguhan pada suatu tarikh penganjuran yang akan ditentukan nanti adalah lebih baik dari dibatalkan terus begitu sahaja sekaligus tidak menghampakan barisan pemain mahupun penaja yang telah bekerja keras musim ini.

Selain itu kos persediaan pasukan juga turut telah meningkat berikutan keperluan meneruskan latihan secara kem berpusat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Namun sedemikian skuad di bawah kendalian ketua jurulatih Nafuzi Zain ini tidak sesekali akan menyerah awal untuk menarik diri berikutan pandemik COVID-19 yang berlaku.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X