Liga Hoki Malaysia 2021: 7 Aksi Penentu THT

Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tidak lagi menjadi venue kejohanan Liga Hoki Malaysia 2021.

Sebanyak 7 aksi perlawanan peringkat pertama kejohanan Liga Hoki Malaysia 2021(LHM 2021) bakal menjadi penentu buat pasukan Hoki Terengganu(THT) untuk sekali lagi memperbaiki rekod memburu kejuaraan. Finalis Piala TNB dan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020), THT dijadualkan membuka tirai kejohanan penuh bergaya bertemu petandang baru yakni Sabah yang membuat penampilan sulung di pentas Liga Hoki Malaysia(LHM) pada 14 Januari nanti.

Sabah hadir melengkapkan 8 pasukan lelaki kumpulan Premier musim ini setelah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hockademy KL yang tidak dapat meneruskan penampilan kedua musim ini. Saingan LHM 2021 ini juga masih diteruskan oleh 7 pasukan musim lalu termasuk THT iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Nurinsafi HT.





Aksi kapten Terengganu Hockey Team; Mohd Fitri bin Saari (jersi hitam putih – tiga dari kiri) sewaktu menewaskan Kedah/Nurinsafi HT berkeputusan 8 berbalas 2 dalam aksi perlawanan ke-3 Liga Hoki Malaysia 2020 buat kedua-dua pasukan bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 15 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Peluang bertemu Sabah yang pertama kali menyertai LHM sejak diperkenalkan pada 1987 seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh THT bagi mencari bekalan mata liga sebelum beraksi sengit pada perlawanan seterusnya. UniKL selaku penyandang juara sudah pasti tidak mahu mencalar ego memberi laluan mudah kepada THT setelah muncul juara dengan kemenangan tipis 2-1 pada aksi akhir merebut Piala TNB kejuaraan lalu. Keputusan itu juga meletakkan THT di tangga ke-3 liga dengan kutipan 31 mata.

Percaturan musim ini yang hanya melibatkan separuh aksi penentuan awal liga berbanding musim lalu sebanyak 14 perlawanan dengan jangkaan ketiadaan kelibat import bagi setiap pasukan bertanding seharusnya memberi kelebihan buat THT selaku pasukan berpengalaman. Musim ini juga turut memperkenalkan format perlawanan baharu di mana setiap pasukan akan berentap secara saingan liga satu pusingan di mana pasukan yang berada di tangga teratas liga akan dinobatkan selaku juara LHM 2021 nanti.

Seterusnya empat pasukan teratas liga layak untuk berebut Piala TNB 2021 bagi kategori lelaki manakala Piala Vivian May Soars bagi perebutan kategori wanita. Saingan Piala Vivian May Soars akan memperlihatkan aksi timbal balik bagi pasukan yang mara ke separuh akhir bagi merebut slot ke pentas akhir perebutan piala wanita ini. Semua perlawanan melibatkan ke semua kejuaraan hoki berprestij ini akan berlangsung sepenuhnya di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di mana pada musim ini tiada sebarang pasukan menjadi tuan rumah seperti mana sebelum ini.

Aksi kapten Terengganu Hockey Team; Mohd Fitri bin Saari (jersi hitam putih – kiri) sewaktu bertemu UniKL yang berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk aksi perlawanan ke-8 Liga Hoki Malaysia 2020 pada 2 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

JADUAL PERLAWANAN LIGA HOKI MALAYSIA 2021
*Jadual perlawanan melibatkan pasukan Terengganu Hockey Team (THT) sahaja & semua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

14.01.2021 0600 Petang
SABAH vs TERENGGANU HOCKEY TEAM

17.01.2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI KUALA LUMPUR

21.01.2021 0800 Malam
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

24.01.2021 0800 Malam
MAYBANK vs TERENGGANU HOCKEY TEAM

31.01.2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs TNB THUNDERBOLTS

4.02.2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs NURINSAFI HT

7.02.2021 0800 Malam
TNB vs TERENGGANU HOCKEY TEAM

14.02.2021 0800 Malam
SEPARUH AKHIR – PUSINGAN PERTAMA

17.02.2021 0800 Malam
SEPARUH AKHIR – PUSINGAN KEDUA

20.02.2021 0830 Malam
AKHIR

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X