Pengumuman Kalendar Kejuaraan Cub Prix

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 – Barisan Juara

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan menyambut ulangtahun penganjuran musim ke-25 telah mengumumkan kalendar sementara perlumbaan untuk musim 2018.

Selepas memperkenalkan kategori baharu CP150 sebagai perlumbaan kelas perdana pada musim ini, tiada sebarang perubahan kategori lain dilakukan dengan Litar Tangkak, Johor akan menjadi venue pembuka musim pada 1 April diikuti negeri Melaka sebagai tuan rumah pusingan kedua pada bulan berikutnya.





Cuti rehat pertengahan musim kejuaraan bagi menyambut bulan Ramadhan dan Syawal akan berlangsung lebih awal. Penggal kedua kejuaraan akan bersambung di Selangor pada 1 Julai sebelum menuju ke pantai Timur untuk Pusingan 4 dan Pusingan 5 di Pahang dan Kelantan.

Bandar Penawar, Johor yang menjadi lokasi penamat musim 2017 kekal di dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix dipilih sebagai hos pusingan ketujuh pada bulan September. Batu Kawan, Pulau Pinang muncul lokasi tunggal di Utara tanah air menjadi tuan rumah pusingan kelapan pada penghujung Oktober.

Pusingan kedua terakhir akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pada 18 November sebelum saingan musim 2018 melabuhkan tirai di Teluk Intan, Perak pada 16 Disember.

KALENDAR PERLUMBAAN KEJUARAAN CUB PRIX AAM MALAYSIA PETRONAS 2018

31 Mac–1 April
Pusingan 1: Tangkak, Johor

5–6 Mei
Pusingan 2: Melaka

30 Jun–1 Julai
Pusingan 3: Selangor

20–21 Julai
Pusingan 4: Temerloh, Pahang

3–4 Ogos
Pusingan 5: Terengganu

31 Ogos–1 September
Pusingan 6: Kelantan

22–23 September
Pusingan 7: Bdr Penawar, Johor

27 – 28 Oktober
Pusingan 8: Batu Kawan, P. Pinang

17 – 18 November
Pusingan 9: Jempol, N. Sembilan

15 – 16 Disember
Pusingan 10: Teluk Intan, Perak

(*Tertakluk kepada perubahan)

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X