Cub Prix 2024: Hanya Satu Pusingan Buat Terengganu

Setelah tiga tahun berturut-turut sejak 2021 edisi perlumbaan motorsikal Cub Prix menyaksikan Terengganu menjadi destinasi perlumbaan motorsikal Cub Prix sebanyak dua kali siri perlumbaan dalam semusim namun bagi pada perlumbaan bagi tahun 2024 ini hanya sekali diberi peluang selaku tuan rumah.

Litar Permotoran Terengganu yang terletak di Kuala Nerus kekal menjadi venue rasmi perlumbaan ini bagi pusingan ke-6 yang dijadualkan pada 9 dan 10 Ogos 2024 nanti. Perlumbaan musim 2024 ini juga menyaksikan Johor menjadi tuan rumah perlumbaan sebanyak tiga kali berbanding musim lalu yang  hanya sebanyak dua kali di mana Bandar Medini Iskandar menjadi destinasi baharu buat penganjur bagi pusingan ke-9 perlumbaan yang dijadualkan pada 8 sehingga 9 November 2024 ini.





Kalendar perlumbaan Cup Prix 2024 masih mengekalkan 10 pusingan seperti mana dikeluarkan oleh pihak penganjur yang dikemaskini pada 18 Disember 2023.

“Musim ke-30 adalah suatu pencapaian yang sangat berbeza kerana ia menandakan usaha kami selama tiga dekad dalam pembinaan dan pembangunaan sukan permotoran peringkat nasional. Dengan pengalaman yang telah ditimba, kami akan mara ke musim seterusnya dengan matlamat untuk menaikkan lagi taraf sukan permotoran ini supaya bakat-bakat tempatan kita mempunyai peluang untuk bersaing dengan lebih kompetitif bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.

“Pelbagai inisiatif telah dirancang untuk musim yang akan datang dan kami berharap ia akan membangkitkan kesedaran di kalangan generasi muda untuk lebih mengenali dan memahami sukan permotoran ini. Kami juga berharap bahawa usaha kami akan membuka jalan kepada mereka yang berminat untuk menceburi sukan ini.”

“Pencapaian kami sudah pasti tidak kesampaian jikalau bukan kerana langkah-langkah teratur dan kerjasama daripada pihak penaja Cub Prix terutamanya PETRONAS dan semua pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengecapi misi bersama. Terima kasih dan Syabas kepada semua. Jumpa lagi di musim yang akan datang!” ujar Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh penganjur melalui email bertarikh 22 Disember 2023.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X