MIRC 2024 Kembali Warnai Arena Perlumbaan Rali Tanah Air

Kejuaraan Rali Antarabangsa Malaysia 2024 (MIRC 2024) mempertaruhkan 4 pusingan perlumbaan rali melibatkan 4 negeri selaku tuan rumah yang menyasarkan penyertaan dari pelumba-pelumba rali antarabangsa. Kredit Foto – Facebook Malaysia International Rally Championship 2024.

Lembaran tahun 2024 bakal menjadi keterujaan buat komuniti sukan permotoran jentera rali tanah air setelah diumumkan Kejuaraan Rali Antarabangsa Malaysia 2024 (MIRC 2024) untuk kembali mewarnai arena sukan permotoran lasak setelah 5 tahun sepi tanpa sebarang penganjuran perlumbaan.

Menambah prestij perlumbaan berstatus antarabangsa yang mendapat pengiktirafan daripada badan induk sukan permotoran tanah air Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia(KBS) ini menjangkakan penyertaan pelumba-pelumba rali dari China, Thailand dan Indonesia untuk memberi cabaran kepada pelumba-pelumba tempatan yang kian menyinar di rantau ini.





Tirai perlumbaan bagi pusingan pertama yang berlangsung selama tiga hari perlumbaan di Kuantan, Pahang pada 8 Mac sehingga 10 Mac 2024 sebelum menuju ke destinasi pusingan kedua perlumbaan di Melaka pada 7 Jun sehingga 9 Jun 2024.

Kejuaraan Rali Antarabangsa Malaysia 2024 (MIRC 2024) mempertaruhkan 4 pusingan perlumbaan rali melibatkan 4 negeri selaku tuan rumah. Kredit Foto – Facebook Malaysia International Rally Championship 2024

Johor menjadi destinasi perlumbaan bagi pusingan ketiga perlumbaan rali yang dijadualkan pada 6 September sehingga 8 September 2024 sebelum Perlis menjadi destinasi terakhir untuk menutup tirai perlumbaan yang dijadualkan pada 6 Disember sehingga 8 Disember 2024 nanti.

Kejuaraan perlumbaan rali MIRC 2024 yang dianjurkan oleh Millennium Motorsport Adventure Club (MMAC) diketuai oleh Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan Abdul Latif memberi gambaran penganjuran perlumbaan kali ini adalah berbeza berbanding lain-lain penganjuran terdahulu di mana turut berlangsung adalah pelbagai acara sampingan berbentuk karnival sebagai usaha untuk menarik kehadiran orang ramai merasai pengalaman sukan perlumbaan lasak ini.

Untuk rekod, kali terakhir penganjuran perlumbaan kereta rali dalam negara adalah pada perlumbaan Tri Nation Sprint Rally yang hanya disertai sebanyak 12 jentera lumba telah berlangsung pada 23 Mac sehingga 24 Mac 2019 di Tanamera, Sungai Buluh. Pada tahun itu juga, perlumbaan tahunan Kejuaraan Rali Malaysia(MRC) turut terhenti berikutan masalah kewangan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

012 242 2784  Azmeer Yusri
016 333 8261  Dinie Nazmie

atau lawati Facebook Malaysia International Rally Championship 2024

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X