

Kejuaraan Liga Ragbi Terengganu 2025 yang membuka tirai pada 16 Mei 2025 ini menyaksikan sebanyak 5 pasukan telah mengesahkan untuk berentap bagi musim ini iaitu Royal Malaysia Police Terengganu(RMP Terengganu), Marang Rugby, Universiti Malaysia Terengganu(UMT), Kemaman Rugby dan SM Sains Mahmud Old Boys (SESMA OB).
Pada kempen saingan musim ini yang berlangsung selama 5 minggu perlawanan mempertaruhkan format pertandingan ’round robin’ melibatkan dua venue pertandingan iaitu Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.


Perlawanan pembukaan pada 16 Mei ini menyaksikan dua perlawanan di antara RMP Terengganu bertemu Marang Rugby dan Kemaman Rugby bertemu UMT dan pada minggu-minggu seterunya turut berlangsung melibatkan dua perlawanan sehingga akhir musim.
Perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 20 Jun 2025 di antara UMT bertemu RMP Terengganu dan Marang Rugby bertemu SESMA OB bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Pasukan yang mengumpul mata liga tertinggi untuk berada di tangga teratas kedudukan liga akan dinobatkan selaku juara bagi Liga Ragbi Terengganu musim ini.
Untuk rekod, kali terakhir penganjuran Liga Ragbi Terengganu adalah pada tahun 2023 di mana menyaksikan Sultan Sulaiman Old Boys(SS OB) dinobatkan selaku juara setelah menewaskan SESMA OB yang berkeputusan 33-30. Manakala bagi edisi penganjuran tahun 2022 menyaksikan pasukan RMP Terengganu merangkul juara setelah menewaskan Kemaman Rugby 19-05 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail.