Pasukan ragbi negeri Terengganu menempah tiket ke suku akhir di laman sendiri setelah menewaskan Kelantan berkeputusan 75 berbalas 8 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Premier Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019. Kredit Foto – Stadiumastro.com
Terengganu melangkah ke pusingan suku akhir dengan penuh keyakinan setelah meraih 3 kemenangan berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37. Terkini bertempat di laman sendiri, Terengganu berjaya menewaskan pasukan Kelantan selaku finalis musim lalu berkeputusan 75 berbalas 8 sekali gus memperbaiki rekod pasukan. Pada musim lalu, Terengganu telah terkandas di pusingan suku akhir setelah dinafikan oleh Kelantan.
Aksi anak jati Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu; Muhammad Faris Abdullah selaku pemain flanker cipta kejutan membuat jatuhan try tidak sampai seminit permainan bermula untuk kutipan mata pertama buat pasukan Terengganu sewaktu menentang Kelantan bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan Premier Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37 berlangsung di Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak pada 20 Oktober 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Anak jati Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu; Muhammad Faris Abdullah mencipta sensasi perlawanan setelah mengejutkan pasukan pelawat dengan jatuhan try pertama seawal kurang seminit masa permainan. Tambahan dua mata lagi melalui tendangan conversion berjaya sempurnakan oleh pemain flyhalf Terengganu; Mohammad Nazreen Fitri Nasrudin.
Gandingan mantap antara pemain-pemain berpengalaman anak jati negeri Terengganu bersama beberapa pemain kebangsaan di pentas Asia dan juga pemain import Fiji berpengalaman besar di pentas dunia menjadi taruhan kali ini buat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu untuk melakar kejayaan sulung dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 edisi ke-37 nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Terengganu yang selesa bermain di Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak yang baru dinaik taraf ini terus menambah mata untuk mendahului perlawanan. Mata pertama buat pasukan pelawat hadir di minit ke-27 melalui tendangan penalti yang disempurnakan oleh pemain scrum half; Mohamad Syarif Saiful Aazwan untuk menghukum pasukan tuan rumah yang ghairah menambah mata. Namun tuan rumah terus selesa untuk mengikat perlawanan 40 berbalas 3 pada separuh masa pertama perlawanan.
Sebaik separuh masa kedua permainan bermula, pasukan tuan rumah mengasak laju untuk menambah 5 lagi mata yang berjaya disempurnakan oleh pemain import kelahiran Fiji Iowane Teba. Iowane Teba juga merupakan antara pemain profilik yang beraksi cemerlang bersama pasukan setelah mengharungi dua perlawanan sebelum ini.
Sebanyak tambahan 35 mata berjaya diraih oleh pasukan tuan rumah manakalan pasukan pelawat hanya mampu menambah 5 mata lagi di separuh masa kedua permainan ini sekaligus menamatkan perlawanan akhir peringkat kumpulan Premier ini.
Pasukan tuan rumah Terengganu untuk menewaskan Kelatan berkesudahan 75 berbalas 8 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Premier Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37 berlangsung di Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak pada 20 Oktober 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Seterusnya bagi aksi peringkat suku akhir nanti, Terengganu dijadualkan untuk berentap bersama pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 17 November 2019 nanti bertempat di padang ragbi Universiti Putra Malaysia. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Angkatan Tentera Malaysia merupakan wakil dari kumpulan Divisyen 1 yang berjaya mara ke pusingan suku akhir.
KEPUTUSAN KEJOHANAN PIALA AGONG 2019 EDISI KE-37 (PERINGKAT KUMPULAN PREMIER) * Melibatkan pasukan Terengganu sahaja
MINGGU PERTAMA – 5 OKTOBER 2019 Mini Stadium Majlis Daerah Kota Tinggi JOHOR vs TERENGGANU 26-35
MINGGU KEDUA – 12 OKTOBER 2019 Stadium Suka Menanti, Alor Star KEDAH vs TERENGGANU 00-118
MINGGU KE-3 – 20 OKTOBER 2019 Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus TERENGGANU vs KELANTAN 75-08
KEPUTUSAN MUSIM LALU (KEJOHANAN PIALA AGONG 2018) (Peringkat Kumpulan Premier) Kedah vs Terengganu 37-24 Johor vs Terengganu 24-08
KEJOHANAN TENIS REMAJA TERENGGANU 2026 SIRI 3Kompleks Tenis Kompleks Tenis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)Jalan Hiliran, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Kejohanan Tenis Remaja Terengganu 2026 dijadualkan untuk berlangsung sebanyak 5 siri kejuaraan yang bermula seawal Januari 2026 sehingga Julai 2026.
6 kategori peringkat usia bawah 21 tahun menjadi taruhan untuk setiap
Event Details
Kejohanan Tenis Remaja Terengganu 2026 dijadualkan untuk berlangsung sebanyak 5 siri kejuaraan yang bermula seawal Januari 2026 sehingga Julai 2026.
6 kategori peringkat usia bawah 21 tahun menjadi taruhan untuk setiap perlawanan berlangsung di Kompleks Tenis MBKT Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
Time
may 22 (Friday) - 23 (Saturday)
Location
Kompleks Tenis Kompleks Tenis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
Jalan Hiliran, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu