Penganjuran kejohanan UMT-TERENGGANU eSailing League mencipta sejarah menjadi acara sukan pelayaran tempatan yang pertama kali dianjurkan di dalam talian di mana Virtual Regatta Inshore menjadi platform pilihan untuk penganjuran sukan elektronik ini. Kredit Foto – Facebook.com/TerengganuWindsurfingSA
Penganjuran perlumbaan sukan air; Liga Layar Terengganu yang selama ini berlangsung di perairan negeri ini turut menerima tempias norma baharu format penganjuran berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global masa kini. Terkini layar penganjuran mengubah haluan 360 darjah memberi transformasi cabaran baharu kepada atlet-atlet untuk berentap dalam talian.
Berikutan maklum balas positif setelah penganjuran itu, seterusnya dijenamakan sebagai UMT-Terengganu e Sailing League 2020 membuka penyertaan kepada orang ramai. Asasnya penyertaan kejohanan ini hanya dibuka kepada semua pelayar dan bekas pelayar pasukan negeri Terengganu serta pelajar dari UMT.
Namun bagi penyertaan orang ramai selain daripada itu setelah membuat pendaftaran akan menerima jemputan penyertaan dari pihak penganjur. Menambah prestij penganjuran, kejohanan ini juga turut secara rasmi diberi perhatian oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dan juga Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu(TESA) sebagai salah satu program pembangunan sukan ini.
Virtual Regatta Inshore(VR) menjadi platform sukan elektronik bagi penganjuran kejohanan perlumbaan UMT-TERENGGANU eSailing League di mana VR ini juga turut mempunyai jalinan kerjasama dengan badan induk sukan pelayaran dunia(Sailing World). Kredit Foto – Play.google.com
Tiada sebarang bayaran dikenakan oleh pihak penganjur kepada setiap penyertaan yang diterima. Walaupun sedemikian selain menawarkan mata kedudukan liga, pihak penganjur turut menyediakan medal kejohanan, sijil penyertaan dan hadiah iringan kepada setiap pemenang. Sebanyak 6 kategori peringkat umur dipertandingkan iaitu Keseluruhan, Tertutup IPT, 12 tahun ke bawah, 13-15 tahun, 16-21 tahun dan 22 tahun ke atas. Manakala pemilihan bot untuk berentap akan ditentukan oleh penganjur bagi kejohanan ini.
‘Virtual Regatta Inshore'(VR) menjadi platform pilihan terbaik untuk mempertandingkan sukan pelayaran elektronik ini yang boleh di muat turun secara percuma. Pemilihan VR ini dilihat tepat kerana pembangun platform ini juga turut mempunyai jalinan kerjasama dengan badan induk sukan pelayaran dunia(Sailing World) di mana badan induk ini juga turut menganjurkan kejohanan dalam talian bertaraf dunia menggunakan platform VR ini. VR boleh dimuat turun secara percuma dari https://play.google.com/store/apps/details?id=com.virtualregatta.inshore&hl=en
Sehingga kini skuad pelayaran Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Edisi Ke-20 di Johor nanti termasuk beberapa atlet pelayar kebangsaan telah mengesahkan penyertaan untuk memberi saingan. Walaupun penganjuran ini dijalankan secara elektronik, namun ianya satu mekanisma terbaik buat para atlet untuk mengasah kemahiran motor(motor skills) yang terkesan sepanjang perlaksanaan PKP ini.
KEJOHANAN TENIS REMAJA TERENGGANU 2026 SIRI 3Kompleks Tenis Kompleks Tenis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)Jalan Hiliran, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Kejohanan Tenis Remaja Terengganu 2026 dijadualkan untuk berlangsung sebanyak 5 siri kejuaraan yang bermula seawal Januari 2026 sehingga Julai 2026.
6 kategori peringkat usia bawah 21 tahun menjadi taruhan untuk setiap
Event Details
Kejohanan Tenis Remaja Terengganu 2026 dijadualkan untuk berlangsung sebanyak 5 siri kejuaraan yang bermula seawal Januari 2026 sehingga Julai 2026.
6 kategori peringkat usia bawah 21 tahun menjadi taruhan untuk setiap perlawanan berlangsung di Kompleks Tenis MBKT Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
Time
may 22 (Friday) - 23 (Saturday)
Location
Kompleks Tenis Kompleks Tenis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
Jalan Hiliran, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu