Masalah kewangan pasukan menjadi faktor utama pasukan hoki wanita Terengganu untuk tidak menyertai Liga Hoki Wanita Malaysia 2021.
Penganjuran kejuaraan Liga Hoki Wanita Malaysia(LHWM) bagi musim 2021 ini dikejutkan dengan pengunduran penyertaan pasukan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang pertama kali mengambil keputusan sedemikian sejak penubuhan pada 2017.
Kekangan perbelanjaan pasukan pada musim ini menjadi faktor utama buat Terengganu membuat keputusan hanya menghantar pasukan lelaki bagi beraksi di pentas tertinggi sukan hoki tanah air ini.
Terdahulu dalam satu kenyataan pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu(PHNT), Mohd Fikri Harun turut menjelaskan bahawa ketandusan pemain hoki wanita berpengalaman untuk beraksi di pentas tertinggi di samping faktor kesuntukkan masa bagi persiapan pasukan menjadi halangan pada musim ini.
Dari kiri – Penaung Persatuan Hoki Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kemasik – YB IR Saiful Azmi Suhaili, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri – YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah dan pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun sewaktu hadir ke Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja dan Pemain Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) bagi musim 2021 yang telah berlangsung di pejabat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Kuala Terengganu pada 9 Mac 2021.
“Jumlah tajaan dari kerajaan negeri Terengganu berkurangan berbanding pada tahun lepas walaubagaimana pun di pihak kerajaan tetap hadir memberi komitmen. Pihak persatuan harus melakukan sesuatu yang mengikut apa yang kerajaan impikan dan insyAllah saya cukup yakin pihak persatuan mampu untuk berbuat sedemikian. Antara kesan pengurangan komitmen tajaan daripada kerajaan negeri kepada pasukan hoki Terengganu pada tahun ini adalah kita tidak dapat menghantar pasukan wanita untuk beraksi. Keputusan ini berkaitan dengan situasi kewangan semasa buat pasukan. Itu antara apa yang kita lakukan penyesuaian dengan belanjawan yang ada.” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah yang ditemui PenyuSukan.com sewaktu hadir di program Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja dan Pemain Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) bagi musim 2021.
Seperti mana musim lalu, sebanyak 6 pasukan hoki wanita berentap memburu kejuaraan Liga Hoki Wanita Malaysia 2021 dengan ketiadaan pasukan TLHT dan Hockademy KL selaku penyandang juara.
Selain TLHT, penyandang juara Hockademy KL yang membuat penampilan pertama kali pada edisi lalu juga turut berbuat sedemikian untuk menarik diri bagi kejuaraan 2021 ini. Dua slot kekosongan ini telah diisi oleh pasukan hoki wanita baharu iaitu UniKL Ladies dan Young Tigress yang membuat penampilan pertama.
Berdasarkan rekod pencapaian sepanjang penyertaan di pentas LHWM, pelaburan bagi pasukan hoki wanita negeri ini tidak pernah mengecewakan. Pada musim lalu walaupun berakhir di tangga kedudukan kedua tangga liga, TLHT berjaya mencipta sensasi kejuaraan dengan menewaskan pendahulu liga sekaligus mencalar rekod tanpa kalah UniKL dalam perlawanan ke-7 mereka di Stadium Hoki Batu Buruk.
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menambah koleksi kejuaraan kedua berturut-turut bagi musim 2019 ini setelah dinobatkan selaku juara bersama Piala Vivian May Soars 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Setelah masuk tahun ke-3 penubuhan, musim 2019 merupakan musim kemuncak buat pasukan hoki wanita Terengganu ini apabila merangkul juara berganda setelah dinobatkan selaku juara LHWM 2019 dan juga juara bersama Piala Vivian May Soars 2019. Pada musim ini juga TLHT turut berentap bersama pasukan Liaoning Infinite Space HC (LISHC) merupakan kelab dari China selaku juara Liga China 2018 yang pertama kali menyertai LHWM.
Manakala pada tahun pertama penubuhan pasukan hoki wanita ini berjaya membuktikan untuk muncul juara liga LHWM 2017 dengan rekod tanpa kalah setelah mengharungi 10 perlawanan melibatkan 6 pasukan termasuk TLHT yang berentap ketika itu.
TLHT juga telah diberi penjenamaan semula pada tahun 2020 dengan memperkenalkan logo tersendiri di mana sebelum ini menggunakan logo Persatuan Hoki Negeri Terengganu sebagai imej di mana-mana penyertaan kejohanan.
Pasukan hoki wanita Terengganu bagi kempen Piala Tun Abdul Razak 2020 ini membariskan pemain-pemain muda sepenuhnya yang kini dalam persediaan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20(SUKMA Johor 2020) sebagai salah satu program pendedahan latihan untuk menyertai kejohanan berprestasi tinggi.
Skuad hoki wanita Terengganu catat dua kekalahan awal berturut-turut setelah membuka tirai kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 sejak 18 September lalu yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Terengganu di bawah kendalian jurulatih Muhammad Sabran Mohamad Sharif telah diundi untuk berada di dalam kumpulan A bersama Selangor, Perak dan Pulau Pinang sehingga kini masih tercari rentak untuk beraksi dalam format round robin ini.
Namun kredit tetap seharusnya diberikan pada pasukan Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2020) yang membariskan sepenuhnya pemain-pemain muda setelah Nurul Farawahida berjaya mencuri 1 jaringan gol melalui pukulan sudut penalti pada aksi perlawanan kedua menentang Perak berkesudahan 1 berbalas 2. Manakala pada perlawanan pembukaan bertemu juara bertahan, Selangor yang dibarisi lapan pemain kebangsaan sememangnya satu pengalaman bermakna buat Terengganu walaupun tewas 8-0.
Aksi penjaga gol Terengganu; Nur Suriani Razali sewaktu perlawanan pembukaan Piala Tun Abdul Razak 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 18 September 2020. Kredit Foto – MHC.org.my
Pada kempen musim ini, sebanyak 11 pasukan wanita bertanding membentuk 3 kumpulan tanpa sebarang peraturan had umur ditetapkan oleh penganjur bakal memberi cabaran terbaik buat Terengganu untuk mengutip pengalaman sebelum ke Johor nanti.
Beraksi di pentas tertinggi kejohanan hoki kebangsaan ini sudah pasti menjadi platform terbaik buat atlet-atlet muda Terengganu yang teramat dahagakan penyertaan kejohanan berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.
Aksi Zahratul Farhana Sofea Muhd Roslan (hadapan – dua dari kanan) sewaktu cuba melepasi halangan pemain Perak dalam aksi kedua perlawanan Piala Tun Abdul Razak 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 19 September 2020. Kredit Foto – MHC.org.my
Perlawanan seterusnya bertemu Pulau Pinang 21 September nanti bakal melengkapkan aksi peringkat Kumpulan A sekaligus menjadi misi tunggal untuk mengutip 3 mata sebelum melangkah ke pusingan seterusnya.Sehingga kini Pulau Pinang telah meraih 3 mata pertama dalam perlawanan pertama untuk menewaskan Perak berkesudahan 3 berbalas dua. Namun Perak kembali berjaya mencuri 3 mata perlawanan untuk perkukuh kedudukan setelah menafikan Terengganu berkesudahan 2 berbalas 1.
KEPUTUSAN PIALA TUN ABDUL RAZAK 2020 (WANITA) *Pasukan Terengganu sahaja
18.09.2020 0730 pagi 01 GROUP A
SELANGOR vs TERENGGANU 08-00
19.09.2020 0930 pagi 15 GROUP A TERENGGANU vs PERAK 01-02
Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu merupakan venue latihan bagi pasukan hoki Terengganu yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020).
Latihan bercorak taktikal serta kecergasan menjadi rutin latihan setiap hari sepanjang minggu buat pasukan hoki Terengganu ini. Latihan kecergasan juga turut dilakukan di gymnasium Majlis Sukan Negeri Terengganu yang terletak di Kuala Nerus kira-kira 11km dari stadium ini.
JADUAL LATIHAN HARIAN PASUKAN HOKI WANITA TERENGGANU
Bekas kapten hoki negara yang berpengalaman besar di pentas antarabangsa, Shahrun Nabil Abdullah kini ditagih sepenuhnya untuk berbakti kepada skuad hoki wanita anak jati negeri Terengganu bagi persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2020) di Johor pada Julai nanti.
Shahrun Nabil yang juga pernah beraksi di pentas Piala Dunia Hoki 2014 di Holland menggalas tanggungjawab besar selaku jurulatih untuk pertama kali bersama skuad kelahiran negeri sendiri. Kini seramai 27 pemain hoki wanita negeri ini yang rata-rata adalah muka baru terlibat sepenuhnya dalam fasa program latihan sepenuh masa yang telah dirangka oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) selaku pemegang taruh kontijen negeri ini ke temasya dwi-tahunan nanti.
Pada temasya SUKMA 2018 di Perak lalu, Shahrun Nabil telah mencipta sensasi penganjuran dengan penuh kejutan setelah berjaya membimbing pasukan hoki wanita Sabah yang pertama kali dalam sejarah penganjuran SUKMA untuk mara ke pusingan akhir. Sebelum itu, anak jati Kuala Terengganu ini juga turut telah membantu Terengganu Hockey Team untuk mara ke pusingan akhir kempen Liga Hoki Malaysia pada akhir bulan lalu.
Perkembangan persiapan pasukan hoki wanita Terengganu ke temasya SUKMA Johor 2020 di bawah kendalian jurulatih Muhammad Sabran Mohd Sharif bersama Mohd Shahrun Nabil Abdullah. Sehingga kini seramai 27 pemain hoki wanita dalam program latihan sepenuh masa sebelum disenarai pendek untuk program latihan fasa akhir menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA) ini.
Sebanyak 10 aksi perlawanan peringkat awal Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 yang perlu ditempuhi oleh Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) sebelum mara ke pusingan kedua liga di mana perlawanan penentuan separuh akhir dijadualkan pada 19 Februari 2020 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kredit Foto – PenyuSukan
Keputusan keseluruhan perlawanan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) sepanjang musim Liga Hoki Wanita Malaysia 2020:
Perlawanan #1 – SABAH vs TERENGGANU LADIES HT 03-00 Perlawanan #2 – HOCKADEMY KL vs TERENGGANU LADIES HT 02-01 Perlawanan #3 – TERENGGANU LADIES HT vs PDRM BLUE WARRIORS 01-00 Perlawanan #4 – TERENGGANU LADIES HT vs MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA 10-01 Perlawanan #5 – PKS UNITEN vs TERENGGANU LADIES HT 01-01 Perlawanan #6 – TERENGGANU LADIES HT vs SABAH 05-00 Perlawanan #7 – TERENGGANU LADIES HT vs HOCKADEMY KL 01-00 Perlawanan #8 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 01-02 Perlawanan #9 – MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA vs TERENGGANU LADIES 00-07 Perlawanan #10 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01
Separuh Akhir Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #11 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01 *TLHT tewas penentuan penalti 1-3 setelah terikat seri 01-01
Tempat Ke-3 & Ke-4 Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #12 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 02-01
Terengganu Ladies Hockey Team(THT) menamatkan kempen kejuaraan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 di tangga ke-2 liga setelah dinafikan oleh PDRM Blue Warriors dalam aksi perebutan tempat ke-3 & ke-4 Piala Vivian May Soars. Kredit – Mhc.org.my
KEMENANGAN TERBESAR Perlawanan #4 – TERENGGANU LADIES HT vs MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA 10-01
SERI Perlawanan #5 – PKS UNITEN vs TERENGGANU LADIES HT 01-01
TEWAS Perlawanan #2 – HOCKADEMY KL vs TERENGGANU LADIES HT 02-01 Separuh Akhir Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #11 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01 *TLHT tewas penentuan penalti 1-3 setelah terikat seri 01-01 Tempat Ke-3 & Ke-4 Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #12 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 02-01
PERTEMUAN KALI KE-2 Perlawanan #1 – SABAH vs TERENGGANU LADIES HT 03-00 Perlawanan #6 – TERENGGANU LADIES HT vs SABAH 05-00
Perlawanan #2 – HOCKADEMY KL vs TERENGGANU LADIES HT 02-01 Perlawanan #7 – TERENGGANU LADIES HT vs HOCKADEMY KL 01-00
Perlawanan #3 – TERENGGANU LADIES HT vs PDRM BLUE WARRIORS 01-00 Perlawanan #8 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 01-02
Perlawanan #4 – TERENGGANU LADIES HT vs MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA 10-01 Perlawanan #9 – MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA vs TERENGGANU LADIES 00-07
Perlawanan #5 – PKS UNITEN vs TERENGGANU LADIES HT 01-01 Perlawanan #10 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01
PERTEMUAN KALI KE-3 Perlawanan #5 – PKS UNITEN vs TERENGGANU LADIES HT 01-01 Perlawanan #10 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01 Separuh Akhir Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #11 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01 *TLHT tewas penentuan penalti 1-3 setelah terikat seri 01-01
Perlawanan #3 – TERENGGANU LADIES HT vs PDRM BLUE WARRIORS 01-00 Perlawanan #8 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 01-02 Tempat Ke-3 & Ke-4 Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #12 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 02-01
Aksi pemain Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT); Nursyafiqah bt Mohd Zain(kiri) sewaktu membantu pasukan untuk mencalar rekod tanpa kalah Hockademy KL yang berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Gergasi hoki wanita pantai timur; Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) mencipta kejutan amat bermakna buat penyokong di laman sendiri dengan melunaskan hutang kepada pendahulu Liga Hoki Wanita Malaysia 2020(LHWM 2020) sekaligus mencalarkan rekod tanpa kalah Hockademy KL yang menjadi perhatian musim ini.
Hockademy KL hadir selaku pendatang baharu LHWM 2020 juga merupakan pasukan pilihan pada musim ini memandangkan dibarisi beberapa pemain berkualiti yang juga merupakan pemain-pemain kebangsaan dan juga beberapa bekas pemain TLHT.
Terdahulu di awal musim kedua-dua pasukan ini telah bertemu di mana TLHT selaku pasukan pelawat telah dinafikan untuk tewas nipis berkeputusan 2 berbalas 1.
Aksi anak jati Wakaf Tembesu, Kuala Nerus yang telah bersama Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) sejak 2018; Tuan Nurhidayah Tuan Ismail berjaya mencuri bola daripada import lawan dari Australia; Ashley Kate Fey sekali gus mencalar rekod tanpa kalah Hockademy KL yang juga pendahulu liga berkeputusan 1-0 ketika berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebaik wisel mula permainan ditiup untuk aksi perlawanan ke-6 buat kedua-dua pasukan ini, Hockademy KL mengasak laju untuk penguasaan sepenuhnya di kubu tuan rumah pada suku pertama permainan. TLHT yang seakan hilang rentak di awal permainan mula bangkit pada babak-babak suku permainan seterusnya.
Namun Hockademy KL yang bijak mencuri bola untuk mematahkan serangan demi serangan sekali gus memaksa barisan pertahanan tuan rumah ‘berpeluh jeruk’ di bawah matahari terik membahang Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Penjaga gawang Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang juga merupakan pemain import berpengalaman dari Kazakhstan; Guzal Bakhavaddin beraksi cemerlang sepanjang 60 minit perlawanan sewaktu menentang pendahulu liga; Hockademy KL pada 8 Februari 2020 di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kredit sudah tentu seharusnya milik buat penjaga gawang TLHT dari Kazakhstan; Guzal Bakhavaddin yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan ini. Malah mungkin pada perlawanan ini adalah persembahan terbaik sepanjang musim buat Guzal di mana banyak menangkis tepat terjahan-terjahan bola tepat ke dalam gawang dengan percubaan 9 pukulan sudut penalti selain deretan percubaan padang. Ketangkasan Guzal yang kini berusia 25 tahun ini juga turut membuat jentera pukulan sudut penalti Hockademy KL ‘mati kutu’ untuk mencipta ruang dan peluang.
Aksi kapten pasukan Terengganu Ladies Hockey Team; Siti Noor Amarina Ruhani(kiri) setelah menyumbangkan gol sulung perlawanan sekaligus menjadi gol tunggal untuk mencalar rekod tanpa kalah pendahulu liga iaitu Hockademy KL yang bertandang ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Setelah rentung bergasak, gol sulung perlawanan akhirnya memihak kepada kapten TLHT; Siti Noor Amarina Ruhani yang berjaya diterjemah hasil dari pukulan sudut penalti pada minit ke-37. Menambah menarik jaringan ini juga adalah percubaan kali ke-2 pasukan tuan rumah sepanjang 60 minit permainan di mana perlawanan ini sememangnya dikuasai oleh pendahulu liga sepenuhnya.
Aksi pemain Hockademy KL; Fatin Shafika Mahd Sukri(jersi merah biru bernombor 21) sewaktu bertemu Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang pernah disertai bagi musim 2019 bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020 di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sewaktu bersama TLHT, Fatin Shafika juga turut menyarung jersi bernombor 21. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Tersentak dengan gol pendahuluan milik TLHT, pasukan pelawat mula mengasak padu sehingga hampir-hampir mencipta jaringan gol padang. Kegopohan Hockademy KL yang kian tertekan di minit-minit akhir permainan kian terserlah apabila pemain kebangsaan berpengalaman besar; Fatin Shafika Mahd Sukri membawa pulang kad hijau pertama untuk musim ini. Namun sudah pasti TLHT perlu mempertahankan penguasaan bola sehingga tamat permainan untuk mencalar rekod tanpa kalah milik pasukan pilihan musim ini.
Sebanyak 10 aksi perlawanan peringkat awal Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 yang perlu ditempuhi oleh Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) sebelum mara ke pusingan kedua liga di mana perlawanan penentuan separuh akhir dijadualkan pada 19 Februari 2020 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kredit Foto – PenyuSukan
Seterusnya bagi aksi perlawanan ke-8 yang dijadualkan pada 11 Februari bertempat di di Stadium Hoki Tun Razak nanti TLHT akan kembali bertemu PDRM Blue Warriors yang kini menghuni tangga ke-4 kedudukan LHWM 2020. Sebelum ini kedua-dua pasukan ini pernah bertemu di mana TLHT berjaya meraih 3 mata liga berkeputusan 1 tanpa balasan di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) perkukuh kedudukan liga di tangga ke-2 untuk menghimpit rapat pendahulu liga; Hockademy KL yang telah ditewaskan di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *TLHT sahaja
08.02.2020 1700 | 020 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM vs HOCKADEMY KL 01-00
JARINGAN GOL TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM Siti Noor Amarina bt Ruhani 37″
Pemain tengah Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT); Fazilla Sylvester Silin membuat kejutan dengan menghadiahkan jaringan pukulan sudut penalti di saat-saat akhir permainan di hadapan penyokong di laman sendiri setelah pasukan pelawat PDRM Blue Warriors hampir-hampir untuk mengikat keputusan perlawanan dalam aksi ke-3 buat pasukan kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 18 Januari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Gergasi hoki wanita pantai timur; Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) membuat kejutan di saat-saat akhir penentuan perlawanan penuh dramatik untuk tidak pertama kali mengecewakan penyokong-penyokong di laman sendiri. Dorongan laju pukulan sudut penalti di hadapan gawang lawan oleh Fazilla Sylvester Silin di minit ke-60 memecah kebuntuan perlawanan amat memberi tekanan kepada para penyokong sendiri setelah banyak peluang terpaksa dibazirkan oleh pasukan tuan rumah. 3 mata liga yang dikutip ini sekaligus mendahului pasukan pelawat; PDRM Blues Warriors di tangga kedudukan terkini Liga Hoki Wanita Malaysia 2020(LHWM 2020).
Aksi pemain tengah Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan; Fazilla Sylvester Silin membuat penampilan kali kedua bersama pasukan pada kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 sewaktu menentang PDRM Blue Warriors di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 18 Januari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kudrat pemain kebangsaan Fazilla Sylvester Silin yang beraksi di posisi tengah pasukan terpaksa berhempas pulas dari awal permainan bersama pasukan untuk sentiasa mencipta ruang dan peluang yang mampu direncanakan oleh jentera serangan. Namun beberapa kesilapan mudah merencatkan segala taktikal permainan yang telah dirancangan oleh Mohd Nasihin Nubli Ibrahim ketua jurulatih bagi musim ini.
Anak jati Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Tuan Nurhidayah bt Tuan Ismail merupakan pemain penyerang Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) kini berusia 21 tahun (lahir 13/01/1999) telah membuat penambilan bersama pasukan untuk musim ke-3 pada kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Lima minit awal amat memberi tekanan buat pasukan dengan keadaan matahari cuaca petang yang panas. Setelah berehat suku pertama permainan baru dapat mengawal permainan dengan baik. Pengalaman besar pemain-pemain kebangsaan dalam pasukan ini amat membantu pemain muda untuk beraksi pada hari ini. Musim ini banyak perlawanan hadir selaku pasukan pelawat sedikit sebanyak menganggu persediaan pasukan khususnya untuk latihan bersama.”; ujar anak jati Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail yang baru menyambut hari kelahiran pada 13 Januari lalu kini telah bersama TLHT sebanyak 3 musim.
Stamina yang dimiliki oleh pasukan pelawat memaksa pasukan tuan rumah terpaksa membuat beberapa pertukaran pemain seawal minit ke-3 permainan. PDRM Blues Warriors yang hanya dibarisi seramai 3 pemain bertaraf kebangsaan dan 2 pemain import dilihat mampu untuk memberi tekanan kepada penyandang juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 dan juga pemilik Piala Vivian May musim lalu namun masih tumpul di jentera penyudah.
Menambah duka di minit ke-42 permainan, jaringan kencang oleh Fatin Naimah Zaki terpaksa dibatalkan oleh pengadil sekaligus mengembalikan penguasaan padang kepada pasukan pelawat. Sehingga tamat permainan, sememangnya pujian harus diberikan kepada Fazilla Sylvester Silin yang membantu pasukan di saat akhir agar para penyokong tidak pulang dengan kecewa.
Pemain tengah Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan; Fazilla binti Sylvester Silin kini berusia 33 tahun (lahir 09/05/1987) berasal dari Mukah, Sarawak membuat penampilan kali kedua bersama pasukan pada kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Perlawanan ini memang mendebarkan kerana kita perlu mendapat 3 mata penuh di tempat sendiri. Saya amat teruja bermain di Batu Buruk ini kerana mempunyai penonton yang sentiasa hadir untuk memberi sokongan. Jika bercerita tentang hoki, peminat dan penyokong di Terengganu ini memang terbaik berbanding lain-lain negeri!” ujar Fazilla Sylvester Silin yang kini berusia 33 tahun sebagai pegawai bomba di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Fazilla juga membuat penampilan kedua bersama TLHT sebagai pemain tengah pada musim ini. Beliau yang berasal dari Mukah, Sarawak telah membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan dan turut membawa pulang pingat emas sewaktu misi ke Sukan SEA 2007 di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) raih 3 mata liga di saat – saat akhir yang amat berharga dalam perlawanan pertama di laman sendiri sendiri dengan kemenangan 1 tanpa balasan dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 sewaktu melayan kunjungan PDRM Blue Warriors di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 18 Januari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Aksi siri perlawanan ke-3 LHWM 2020 ini juga merupakan buat pertama kali pasukan TLHT beraksi di laman sendiri sejak membuka tirai musim ini pada 11 Januari lalu. Perlawanan ini juga turut tidak dicemari dengan insiden layangan kad kepada pemain. Seterusnya bagi aksi ke-4 LHWM 2020 yang dijadualkan pada 22 Januari nanti, TLHT bakal berkunjung selaku ‘tuan rumah’ ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil untuk membelasah Mutiara Impian-MSSPP-PSHA yang kini berada di tangga tercorot liga. Sehingga kini pasukan dari Pulau Pinang ini masih berjaya mengekalkan rekod kalah sepenuhnya setelah mengharungi 3 perlawanan.
Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) masih kekal berada di tangga kedudukan ke-3 semasa Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 manakala PDRM Blue Warriors terpaksa turun dua anak tangga setelah dicuri oleh PKS Uniten. pada Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI WANITA MALAYSIA 2020 *TLHT sahaja
17.01.2020 1700 | 015 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM vs PDRM BLUE WARRIORS 01-00
Kekalahan pertama buat Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) setelah dinafikan oleh HOCKADEMY KL di minit ke-58 dalam perlawanan penuh dramatik untuk aksi kedua Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pg/HokitaMY
Jurang 1 gol di minit-minit akhir ternyata merencatkan rentak Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) untuk mencipta rekod tanpa kalah setelah tewas di minit-minit akhir kepada HOCKADEMY KL berkeputusan 2 berbalas 1. Perhintungan yang menjadi tumpuan pada perlawanan kedua setiap pasukan ini menyaksikan TLHT turun selaku penyandang juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 dan juga pemilik Piala Vivian May musim lalu manakala HOCKADEMY KL merupakan pendatang baharu yang dibarisi sebahagian besar pemain-pemain berpengalaman besar di pentas antarabangsa.
Menambah menarik pasukan baharu ini adalah di bawah kendalian bekas ketua jurulatih TLHT musim lalu; Iman Gobinathan Abdullah yang berjaya membuat percaturan untuk muncul juara berganda buat gergasi pasukan hoki wanita dari pantai timur ini.
Gol pertama permainan milik TLHT yang disumbangkan melalui pukulan sudut penalti oleh Juliani bt Mohamad Din seawal minit ke-10 permainan namun saingan yang amat sengit dari pasukan lawan sehingga mengheret tamat suku kedua separuh masa pertama permainan tanpa sebarang tambahan jaringan.
Pada suku ketiga separuh masa kedua permainan, penjaga gawang TLHT terpaksa akur untuk melepaskan jaringan penyamaan melalui hantaran gol padang yang disempurnakan oleh Nuramirah Shakirah bt Zulkifli di minit ke-43 permainan. Tekanan mula dirasai buat anak buah Mohd Nasihin Nubli untuk memastikan TLHT kembali mendahului permainan memandangkan masa kian dicuri oleh pengadil perlawanan.
Namun berbaki 2 minit sebelum wisel penamat ditiup, pemain kebangsaan Wan Norfaiezah bt Md Saiuti meranapkan semangat TLHT dengan jaringan gol padang memecah kebuntuan sekaligus menjadi gol terakhir pada perlawanan penuh sengit ini.
Untuk rekod, sepanjang perlawanan TLHT melakukan pertukaran pemain sebanyak 6 pemain yang dimasukkan seawal suku pertama separuh masa perlawanan manakala HOCKADEMY KL hanya melakukan 4 pertukaran pemain pada masa yang sama. Kedua-dua pasukan ini tidak melakukan sebarang pertukaran pemain sehingga ke tamat permainan.
Tiada sebarang layangan kad di bawa pulang oleh setiap pasukan. Keputusan perlawanan ini meletakkan TLHT berada di tangga ke-3 kedudukan semasa liga di atasi HOCKADEMY KL selaku peneraju liga dan PDRM BLUE WARRIORS di tangga kedua.
Terkini PDRM BLUE WARRIORS telah ditewaskan oleh PKS Uniten berkeputusan 2 tanpa balasan. Perbezaan jumlah jaringan gol sepanjang liga juga menjadi penentu kedudukan penentuan di tangga Liga Hoki Malaysia ini walaupun PDRM BLUE WARRIORS dan PKS Uniten masing-masing mencatatkan 1 kemenangan.
Seterusnya bagi aksi perlawanan ke-3, TLHT dijadualkan untuk berentap bersama PDRM BLUE WARRIORS di laman sendiri pada 18 Januari 2020 jam 0500 petang. Stadium Hoki Batu Buruk merupakan venue rasmi kejohanan Liga Hoki Malaysia buat pasukan TLHT dan THT untuk beraksi di laman sendiri.
Pasukan hoki wanita Terengganu; Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) catat kekalahan pertama dalam perlawanan kedua Liga Hoki Malaysia 2020 setelah tewas tipis kepada HOCKADEMY KL berkesudahan 2 berbalas 1 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI WANITA MALAYSIA 2020 *TLHT sahaja
14.01.2020 1700 | 05 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil HOCKADEMY KL vs TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM 02-01
Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) membuka tirai musim Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 ini dengan meraih 3 mata penuh di tempat lawan setelah menewaskan Sabah berkeputusan 3-0 bertempat di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 11 Januari 2020. Kredit Foto – MHC.org.my
Pasukan hoki wanita Terengganu yang juga dikenali sebagai Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) membuka tirai dengan penuh bermakna untuk mengutip 3 mata penuh pertama di tempat lawan setelah menewaskan Sabah berkeputusan 3 tanpa balasan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu. TLHT yang turun selaku penyandang juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 dan juga pemilik Piala Vivian May musim lalu merupakan pasukan pilihan bagi musim 2020 ini.
Manakala pasukan hoki wanita Sabah yang pertama kali menyertai kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia(LHWM) ini membariskan pemain-pemain muda daripada skuad persiapan ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti.
Senarai penuh nama pemain hoki wanita Terengganu; Terengganu Ladies Hockey Team(THT) yang diturunkan dalam perlawanan membuka tirai Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 menentang Sabah. Kredit Foto – MHCCompetitions.com.org.my
TLHT di bawah kendalian ketua jurulatih Mohd Nasihin Nubli dilihat cuba membuat percaturan tepat untuk mencari keserasian pemain apabila membuat beberapa pertukaran pemain di awal-awal minit permainan ini. Ternyata Sabah yang masih mencari rentak mengutip pengalaman di pentas tertinggi ini mampu memberi tekanan untuk mengikat keputusan seri tanpa sebarang jaringan gol di suku kedua separuh masa pertama perlawanan pembukaan ini.
Pada suku ketiga separuh masa kedua permainan; pemain berpengalaman besar Juliani bt Mohamad Din berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan gol peribadi pertama musim ini melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-37 permainan. Sabah yang masih ‘mengelabah’ sekali lagi seminit kemudian dikejutkan oleh Siti Noor Amarina bt Ruhani yang menyumbangkan gol melalui pukulan sudut penalti.
TLHT yang mula mendapat rentak permainan terus merobek gol lawan pada minit ke-49 melalui jaringan gol padang yang disempurnakan oleh Fatin Naimah bt Zaki. Namun dalam kerakusan menambah gol, layangan kad hijau pertama kejohanan milik pasukan pelawat yang disimpan kemas oleh Nurafiqah bt Abdul Rahman merencatkan momentum pasukan menambah gol hingga tamat permainan.
“Kami sedikit gementar pada permulaan permainan tetapi mula temui keyakinan selepas itu dan penting untuk pemain dapat bentuk persefahaman kerana pemain import kami masih lagi belum tiba,” ujar Mohd Nasihin Nubli yang menggalas selaku ketua jurulatih TLHT bagi musim ini.
Untuk musim LHWM 2020 sebanyak enam pasukan hoki wanita bertanding iaitu Terengganu Ladies Hockey Team, PKS-UNITEN, PDRM Blue Warriors, Mutiara Impian-MSSPP-PSHA dan dua pasukan pendatang baharu iaitu Akademi Hoki Kuala Lumpur (HOCKADEMY KL) dan Sabah. Naib juara musim lalu PDRM Blue Warriors turut mencuri tumpuan pada perlawanan pembukaan musim ini apabila meraih kemenangan besar 7 tanpa balasan ke atas Mutiara Impian MSSPP-PSHA.
Seterusnya perlawanan kedua buat pasukan TLHT dijadualkan untuk bertemu HOCKADEMY KL pada 14 Januari 2020 jam 0500 petang nanti bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Laporan perlawanan pembukan tirai Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 (LHWM 2020) di antara Terengganu Hockey Team(THT) menentang Sabah di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 11 Januari 2020. Kredit Foto – MHCCompetitions.com.org.my
KEPUTUSAN LIGA HOKI WANITA MALAYSIA 2020 *TLHT sahaja
11.01.2020 0400 PETANG | Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM vs SABAH 03-00
TLHT Juliani bt Mohamad Din 37″ Siti Noor Amarina bt Ruhani 38″ Fatin Naimah bt Zaki 49″
Persatuan Hoki Negeri Terengganu telah memperkenalkan logo-logo baru bagi setiap pasukan hoki iaitu Terengganu Hockey Team(THT) dan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) dalam satu majlis memperkenalkan pasukan bagi kempen saingan Liga Hoki Malaysia 2020 pada 6 Januari 2020 lalu.
Logo tersebut telah direka oleh Mohd Fakhruddin Ahmad, seorang guru pendidikan seni visual yang mengajar di SMK Pelong, Setiu. Beliau yang berasal dari Kedah juga merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia(UiTM) dalam jurusan seni reka grafik.
Peringkat pertama Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) yang membuka tirai pada 10 Januari 2020 ini mempertaruhkan 14 aksi perlawanan bagi pasukan hoki lelaki Terengganu; Terengganu Hockey Team(THT) manakala 10 aksi perlawanan bagi pasukan hoki wanita Terengganu; Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT). Pada musim ini, Stadium Hoki Batu Buruk bakal menyaksikan 5 perlawanan bagi THT dan 3 perlawanan bagi TLHT.
Untuk rekod, THT ditubuhkan pada 2013 telah beraksi cemerlang meraih kejuaraan berganda dalam Liga Hoki Malaysia sebanyak 4 kali berturut-turut iaitu pada 2014,2015,2016 dan 2017 dengan membawa pulang Piala TNB dan Piala Liga. Piala P. Alagendra juga turut berjaya dirangkul pada edisi 2016 dan 2017.
Pada 2018, THT hanya mampu untuk sekadar bergelar juara liga sahaja dan pada tahun berikutnya berjaya membuat kejutan untuk membawa pulang Piala Sumbangsih dan Piala TNB.
Pasukan hoki wanita, TLHT yang ditubuhkan pada 2017 juga turut pantas mencipta sensasi kejohanan dengan meraih kejuaraan berganda sulung dengan memenangi Piala Liga dan Piala Vivian May Soar pada tahun tersebut. Walaupun pada 2018 sekadar berada di tempat ke-3 liga, namun pada tahun berikutnya berbekalkan semangat juang tinggi pasukan wanita ini berjaya mengembalikan kejuaraan berganda dengan membolot Piala Liga dan Piala Vivian May Soar.
Ulasan dari jurulatih pasukan MSNT-PHT-MSST; Mohd Shahrun Nabil Abdullah setelah meraih kemenangan sulung di laman sendiri berkeputusan 2-0 menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ untuk perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita).
Pasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu-Persatuan Hoki Negeri Terengganu-Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSNT-PHT-MSST) yang dibarisi sebahagian besar adalah pelajar sekolah perlu mengharungi baki 6 perlawanan yang begitu ketat di peringkat kumpulan sehingga penghujung Julai 2019 nanti.
Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kembali ceria setelah skuad hoki wanita MSNT-PHT-MSST meraih kemenangan sulung dalam aksi kedua perlawanan Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) untuk menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ berkeputusan dua jaringan gol tanpa balasan.
Percaturan corak dan tempo permainan yang amat berbeza berbanding perlawanan pembukaan lalu sememangnya memberi kelebihan untuk penguasaan di atas padang. Sekaligus membina keyakinan pasukan yang baharu dibina rata-rata dibarisi pemain yang masih dibangku sekolah.
Siti Nur Hanisah Noordin(kanan) meraih gol sulung peribadi kejohanan dalam perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) sekaligus membantu MSNT-PHT-MSST untuk menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ berkesudahan 2-0 pada 30 Jun 2019 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Gol pertama tuan rumah yang juga kutipan gol sulung peribadi untuk musim ini milik Siti Nur Hanisah Noordin memecah kebuntuan hadir pada minit ke-19 melalui jaringan pukulan sudut penalti. Keghairahan mengasak mencipta serangan menyaksikan Siti Nur Hanisah bt Noordin juga terpaksa akur menerima kad hijau pertama permainan selang dua minit selepas jaringan gol pertama pasukan.
Reaksi kapten MSNT-PHT-MSST Nurul Norma Syafila Mazlan(dua dari kiri) sejurus menambah mata melalui jaringan gol padang untuk mendahului 2-0 perlawanan menentang Johor Girl-PHJ MSNJ sekaligus menjadi kutipan gol terakhir dalam perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) yang telah berlangsung pada 30 Jun 2019 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Tempo permainan yang laju dipersembahan oleh anak didik di bawah kendalian bekas kapten pasukan kebangsaan; Mohd Shahrun Nabil Abdullah memaksa pasukan pelawat hanya mampu menguasai bola dalam kubu pertahanan mereka. Penguasaan padang sepenuhnya oleh MSNT-PHT-MSST sekaligus memaksa pasukan pelawat bersilih ganti melakukan pertukaran pemain.
Babak-babak akhir permainan lebih padat dengan serangan demi serangan oleh MSNT-PHT-MSST sehinggakan pasukan tuan rumah menerima layangan kad kuning pertama untuk musim ini yang disimpan kemas oleh Nurnadhirah bt Mohd Sukri. Namun kekecewaan itu terubat apabila kapten pasukan; Nurul Norma Syafila bt Mazlan menambah jaringan melalui gol padang pada minit ke-56 sekaligus menjadi kutipan gol terakhir menutup perlawanan. Kapten pasukan ini juga turut telah menyumbang dua gol pada perlawanan pembukaan lalu sewaktu menentang Mutiara Impian-MSSPP-PSHA.
Aksi pemain MSNT-PHT-MSST Nur Rubiatul Alia Othman(kanan) mengasak ke kubu lawan sewaktu menentang JOHOR GIRL-PHJ MSNJ dalam perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) sekaligus membantu pasukan untuk menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ berkesudahan 2-0 pada 30 Jun 2019 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Perlawanan kedua hari ini kita cuma bermain secara taktikal di mana bergerak dalam satu pasukan. Alhamdullilah, semua taktikal hari ini berjalan dengan lancar. Para pemain bermain dengan baik walaupun ada kesilapan berlaku namun kami akan perbaiki untuk perlawanan seterusnya. Cabaran hari ini bukan sukar, tapi kita tidak pernah ambil mudah. Sekuat mana pasukan lawan kami tetap akan memberi cabaran yang terbaik dari kami.”; ujar Mohd Shahrun Nabil Abdullah selaku jurulatih skuad hoki wanita MSNT-PHT-MSST dan juga bekas kapten kebangsaan serta pernah beraksi di Piala Dunia Hoki Rabobank 2014.
Pada perlawanan pembukaan yang lalu, skuad hoki MSNT-PHT-MSST selaku pasukan tuan rumah telah dikecewakan oleh Mutiara Impian-MSSPP-PSHA berkeputusan 3 berbalas 6. Johor Girl-PHJ MSNJ juga turut mencatat kekalahan tanpa sebarang gol dalam perlawanan pembukaan setelah ditewaskan SSP-MSP PKS UNITEN berakhir dengan keputusan 0-4. Pada musim lalu, skuad hoki wanita negeri ini telah terkandas di peringkat kumpulan begitu juga pasukan dari selatan tanah air yang dikenali sebagai Johor Titanium ketika itu.
Skuad hoki wanita MSNT-PHT-MSST meraih kemenangan sulung di laman sendiri pada perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) setelah menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ pada 30 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Seterusnya MSNT-PHT-MSST dijadualkan untuk bertandang ke Stadium Hoki Kuala Lumpur selaku pasukan pelawat bertemu naib juara musim lalu; KL WIPERS – KLSS pada 5 Julai 2019 nanti.
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menambah koleksi kejuaraan kedua berturut-turut bagi musim 2019 ini setelah dinobatkan selaku juara bersama Piala Vivian May Soars 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menambah koleksi kejuaraan kedua berturut-turut bagi musim 2019 ini setelah dinobatkan selaku juara bersama Piala Vivian May Soars 2019 ini. Juara Liga China 2018; Liaoning Infinite Space HC (LISHC) yang beraksi pertama kali di arena hoki tanah air berjaya mara ke pusingan akhir piala ini turut diumumkan selaku juara berikutan faktor cuaca di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur.
Cuaca buruk hujan lebat berserta ribut petir hampir sejam memaksa Pengarah Pertandingan TNB Liga Hoki Malaysia 2019, En. Jusvir Singh mengumumkan kejuaraan bersama diberikan kepada kedua-dua pasukan.
Aksi pemain-pemain Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) setelah menewaskan pasukan Liaoning Infinite Space HC di Stadium Hoki Batu Buruk pada 19 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebelum ini TLHT telah diumumkan selaku juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 sekaligus berjaya berjaya menamatkan kempen Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 lebih awal setelah meraih kutipan mata tertinggi liga. Untuk rekod, TLHT berjaya mengutip mata tertinggi sekaligus berada di tangga teratas liga dengan hanya 10 perlawanan manakala pasukan lain terpaksa meneruskan baki perlawanan untuk memastikan kedudukan pasukan masing-masing.
Bekas pemain kebangsaan dan juga bekas jurulatih skuad hoki wanita negara; Iman Gobinathan Abdullah berusia 41 tahun(13 Januari 1978) pertama kali menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) untuk saingan musim 2019 ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Namun bagi pengendali TLHT; Iman Gobinathan Abdullah sedikit sebanyak tetap terkilan kerana pasukannya tidak dapat mempamerkan aksi sebenar untuk menambah manis merangkul kejuaraan ini.
“Tiada siapa menjangkakan hujan akan turun dengan lebat dan menyebabkan perlawanan tidak dapat diteruskan dan saya percaya perlawanan hari ini jika dapat dijalankan pastinya merupakan satu perlawanan yang hebat kerana ia aksi final dan untuk saya ia satu kerugian.
“Kejuaraan berganda pastinya cukup mengembirakan dan saya berterima kasih kepada pemain atas usaha keras mereka juga kepada pihak pengurusan yang telah banyak membantu pasukan ini,” ujar Iman kepada pemberita.
Liaoning Infinite Space HC (LISHC) merupakan kelab dari China selaku juara Liga China 2018 di bawah bimbingan Gao Lihua selaku pemenang pingat perak Olimpik Beijing 2008 yang pertama kali dijemput untuk memberi saingan dalam arena hoki tanah air. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Terdahulu berlangsung aksi perebutan tempat ketiga dan keempat yang menemukan PDRM Blue Warriors dan PKS Uniten yang menyaksikan PDRM Blue Warriors muncul selaku pemenang tempat ketiga selepas cemerlang membenam cabaran PKS Uniten, 3-0.
PDRM yang dihidangkan dengan deretan peluang untuk memecah kebuntuan jaringan akhirnya berjaya untuk meledak gol pada beberapa saat sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan apabila Qasidah Najwa Muhd Halimi yang tidak dikawal berada di sudut kiri pintu gol PKS Uniten menggunakan kesempatan yang dimiliki untuk menghadiahkan gol pembukaan PDRM Blue Warriors.
Jaringan pembukaan tersebut nyata memberikan suntikan moral buat PDRM Blue Warriors untuk menambah dua lagi gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-37 apabila tindakan susulan Nadia Abd Rahman berjaya membolosi pintu gol PKS Uniten.
Menerusi pukulan sudut penalti kelima yang dimiliki, PDRM Blue Warriors bijak memperdaya pertahanan PKS Uniten apabila “pusher” PDRM Blue Warriors, Nadia Abd Rahman menolak bola ke Norbaini Hashim dan Norbaini yang bertindak selaku pemukul kedua melakukan satu flik terus untuk PDRM memperolehi gol ketiga pada minit ke-40 dan jaringan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kapten Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Siti Noor Amarina Ruhani(tiga dari kiri) meraikan kejayaan jaringan gol di minit ke-52 yang disempurnakan oleh Jaspreet Kaur sekaligus menjadi gol terakhir tuan rumah untuk menewaskan pasukan PKS Uniten berkesudahan 3-2 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) berjaya menamatkan kempen Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 lebih awal untuk dinobatkan selaku juara setelah meraih kutipan mata tertinggi liga hasil kemenangan 10 perlawanan musim ini. Terkini kemenangan 3-0 ke atas pasukan KL Wipers mengenapkan 30 mata liga sudah cukup untuk mengesahkan TLHT selaku juara.
Untuk rekod, TLHT berjaya mengutip mata tertinggi sekaligus berada di tangga teratas liga dengan hanya 10 perlawanan manakala pasukan lain terpaksa meneruskan baki perlawanan untuk memastikan kedudukan pasukan masing-masing. Walaupun tewas tipis pada perlawanan terdahulu kepada PKS Uniten ianya tidak merencatkan kejuaraan malah sekiranya keputusan memihak kepada TLHT sudah pasti lebih awal untuk merangkul kejuaraan.
Kapten Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Siti Noor Amarina Ruhani(kanan) bersama Fatin Shafika meraikan kejayaan sewaktu menewaskan PKS Uniten selaku pasukan pelawat dalam aksi peringkat kumpulan bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Bagi kapten TLHT, Siti Noor Amarina dia tidak mahu rakan sepasukannya dibuai dengan kemenangan liga yang dikecapi kerana misi mereka masih belum berakhir di mana pusingan separuh akhir Piala Vivian May Soars akan berlangsung pada minggu hadapan dan pastinya kejuaraan berganda menjadi misi untuk mereka lunaskan.
“Alhamdulillah kami dapat mengharungi musim ini dengan baik sekali walaupun bukan mudah untuk bertemu dengan lawan seperti PKS Uniten, PDRM Blue Warriors dan LISHC kerana bertemu dengan pasukan-pasukan ini perlawanan pastinya sengit dan kemenangan boleh menjadi milik sesiapa sahaja.
Aksi pemain Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Nur Syuhada Suhaimi(kiri) sewaktu mengasak ke kubu lawan yang cuba dihalang oleh pemain Liaoning Infinite Space HC; Liu Hui di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 19 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Baki satu perlawanan bertemu LISHC pada Sabtu ini kami akan jadikan ia sebagai persediaan untuk kami menjelang Piala Vivian May Soars dan sekiranya kami dapat memenangi pertemuan tersebut, ia pastinya akan meningkatkan lagi moral kami sepasukan menjelang pusingan separuh akhir nanti.
“Sepuluh kemenangan setakat ini daripada 11 perlawanan adalah sesuatu yang cukup bagus untuk pasukan kami dan misi pertama telah selesai kini misi kedua menanti iaitu Piala Vivian May Soars dan kami tidak boleh terus dibuai dengan kejuaraan liga ini kerana sasaran kami adalah untuk cuba muncul selaku juara keseluruhan dan membawa pulang kedua-dua piala,” ujar kepada pemberita.
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) muncul juara dengan kutipan mata tertinggi walaupun baru mengharungi 11 perlawanan bagi kempen Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 setelah menewaskan KL Wipers 3-0 pada 7 Februari 2019 lalu. 30 mata untuk 10 kemenangan sudah cukup jauh untuk dikejar oleh pencabar lain yang masih berbaki perlawanan untuk musim ini. Kredit – Mhccompetitions.com
Pencabar terdekat PKS Uniten dengan bekalan 25 mata di tangga kedudukan kedua liga masih belum mampu untuk mencuri kejuaraan sekalipun jika meraih kemenangan pada perlawanan seterusnya. Malah PKS Uniten juga terpaksa melangsaikan baki perlawanan untuk memastikan mereka dinobatkan selaku naib juara liga.
Saingan sengit untuk slot naib juara memandangkan jurang satu mata kedudukan liga oleh PDRM Blue Warriors mampu meranapkan PKS Uniten. Menambah menarik Liaoning Infinite Space HC (LISHC) yang kini berada di tangga ke-3 kedudukan liga hanya berbeza 2 mata di belakang PDRM Blue Warriors antara watak yang mampu mengubah segalanya.
Perlawanan terakhir liga wanita akan berlangsung pada Sabtu 9 Februari 2019 pada jam 5.00 petang di mana PSHA-MSSP akan menerima kunjungan PDRM Blue Warriors di Stadium Hoki USM sementara KL Wipers akan menentang SSTMI di Stadium Hoki KLHA, Jalan Pantai Kuala Lumpur dan LISHC akan berentap dengan TLHT di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur.
Rekod tanpa kalah Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) tercalar setelah tewas tipis kepada PKS Uniten dalam aksi perlawanan ke-10 di minggu ke-4 saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Rekod tanpa kalah Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) sepanjang kempen Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 peringkat kumpulan tercalar setelah tewas tipis kepada PKS Uniten setelah bertandang sebagai pasukan pelawat di Stadium Hoki Tun Razak. Pasukan tuan rumah yang tewas kepada TLHT selaku tuan rumah dalam pertemuan pertama yang lalu sudah pasti tidak akan memberi laluan mudah dalam perlawanan ini. Perlawanan penuh sengit sepertimana jangkaan TLHT dikejutkan dengan gol pukulan sudut penalti seawal minit ke-2 permainan.
Asakan demi asakan diterima memaksa pengendali TLHT; Iman Gobinathan Abdullah membuat keputusan untuk memasukkan pemain import Domashneva Vera seawal minit ke-7 permainan dan juga Irene bt Hussin dimasukkan pada minit ke-10. Percaturan ini sedikit sebanyak berjaya berjaya mengekang PKS Uniten dari terus mencipta ruang dan peluang.
Suku masa kedua, pemain import berjersi nombor 6 Jaswinder Kaur berjaya merapatkan jurang melalui gol padang sekaligus menambah tekanan buat pasukan tuan rumah. Seterusnya pasukan tuan rumah terpaksa turut melakukan beberapa pertukaran taktikal permainan memandangkan TLHT mampu untuk menutup ruang asakan yang dirancang.
Permainan terus seimbang tanpa sebarang jaringan gol buat kedua-dua pasukan sehinggakan memaksa kudrat pemain gantian import TLHT; Jaspreet Kaur ditagih pada minit ke-41 untuk menambah tekanan. Namun kesilapan pasukan pelawat di suku akhir permainan berjaya menghadiahkan gol pukulan sudut penalti kepada PKS Uniten yang disempurnakan oleh Raja Norsharina bt Raja Shabuddin sekaligus menjadikan gol penutup perlawanan.
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) terus unggul teratas dalam carta liga untuk minggu ke-4 saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019. Kredit Foto – Mhccompetitions.com
Walaupun tewas pertama kali dalam aksi peringkat kumpulan ini, TLHT masih berada di puncak teratas liga dengan 37 kutipan mata. Manakala PKS Uniten berada di tangga ke-3 liga dengan 22 kutipan mata. Untuk rekod pada pertemuan lalu bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, TLHT telah menewaskan PKS Uniten berkeputusan 3 gol berbalas 2.
Seterusnya, sekali lagi TLHT dijadualkan untuk bertandang di Stadium Hoki Tun Razak bertemu KL Wipers pada 7 Februari ini. KL Wipers setakat ini telah mencatat 8 kekalahan dan 2 kemenangan meletakkan pasukan ini di tangga kedua terakhir liga.
Kapten Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Siti Noor Amarina Ruhani(tiga dari kiri) meraikan kejayaan jaringan gol di minit ke-52 yang disempurnakan oleh Jaspreet Kaur sekaligus menjadi gol terakhir tuan rumah untuk menewaskan pasukan PKS Uniten berkesudahan 3-2 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) hampir diuji di laman sendiri untuk mempertahankan rekod tanpa kalah setelah Pusat Kecemerlangan Sukan Universiti Tenaga Nasional(PKS Uniten) mendominasi permainan sehingga ke suku ketiga perlawanan. 2 jaringan gol di minit-minit akhir permainan ibarat ‘cencaru makan petang’ buat pasukan tuan rumah yang sebelum itu ketinggalan 2-1 sekaligus menewaskan pasukan PKS Uniten berkesudahan 3 berbalas 2.
Walaupun jaringan gol pembukaan milik pasukan tuan rumah seawal minit ke-12 permainan yang disumbangkan oleh kudrat import dari India; Jaspreet Kaur namun ianya masih belum cukup ‘panas’ untuk mencari rentak. Selang dua minit kemudian, gol pertama pasukan pelawat pantas merapatkan jurang setelah berjaya dicuri oleh Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 yang juga pemain kebangsaan; Hanis Nadiah bt Onn melalui pukulan sudut penalti.
Gol pukulan sudut penalti di minit ke-52 yang disempurnakan oleh pemain import dari India; Jaspreet Kaur sekaligus menjadi gol terakhir tuan rumah untuk menewaskan pasukan PKS Uniten berkesudahan 3-2 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Suku kedua permainan, kedua-dua pasukan mula menggandakan tekanan sehinggakan masing-masing mengutip layangan kad hijau. Pasukan tuan rumah yang masih mencari rentak di bawah matahari terik sekali lagi dikejutkan dengan jaringan gol padang oleh pemain import lawan dari Singapura; Syasya Rifqah Binte Sanip pada minit ke-26 sekaligus mendahului perlawanan. Reputasi pasukan PKS Uniten selaku juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2018 mula mendominasi permainan merencatkan segala perancangan TLHT sehingga ke suku ketiga permainan.
Tekanan kian berganda buat pasukan tuan rumah untuk menjaga rekod tanpa kalah memaksa pengendali Iman Gobinathan Abdullah pantas melakukan beberapa pertukaran taktikal. Kemasukkan pemain gantian Norul Ain bt Abd Mutalib dan Auni Athika bt Gahni mula memperkemaskan rentak permainan mencipta ruang namun pasukan tuan rumah masih belum berjaya menterjemah untuk jaringan gol. Menjelang suku akhir permainan, pasukan pelawat turut melakukan beberapa pertukaran bagi memastikan mereka terus bertenaga mendahului perlawanan dengan keputusan semasa 2-1.
Pemain import TLHT dari Kazakhstan; Domashneva Vera(dua dari kiri) menyimpan kad kuning pertama sewaktu bertemu PKS Uniten di Stadium Batu Buruk, Kuala Terengganu setelah beraksi dalam 6 perlawanan saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebaik sahaja suku akhir permainan bermula, TLHT bagaikan ‘dirasuk’ mula mengasak padu mencipta serangan demi serangan menyebabkan pasukan lawan tersentak hilang rentak. Kudrat pemain import TLHT terpaksa berpeluh lebih untuk mengalih perhatian kawalan pasukan lawan bagi memastikan rakan sepasukan terus mengasak mencipta peluang. Situasi itu berjaya diterjemahkan dengan baik oleh Nur Syafiqah bt Mohd Zain yang bijak mencuri peluang jaringan gol padang di minit ke-49 untuk merapatkan jurang permainan. Tekanan permainan kini beralih kepada pasukan pelawat apabila dilihat mula melakukan beberapa kesilapan mudah. Umpanan untuk pasukan pelawat mencipta kesilapan di kawasan sendiri akhirnya berjaya memberi kelebihan buat Jaspreet Kaur berjaya menambah gol hasil jaringan pukulan sudut penalti di minit ke-52.
Berbaki minit-minit terakhir perlawanan, tekanan untuk kedua-dua pasukan terus memuncak di mana TLHT terus pantas mengasak mencari peluang demi memastikan penguasaan permainan tidak bertukar pihak. Perlawanan ini juga turut menyaksikan kudrat import tuan rumah; Domashneva Vera menerima layangan kad kuning pertama perlawanan pada saat-saat akhir permainan. Namun situasi itu tidak merencatkan keputusan permainan di mana sekali lagi TLHT berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk ke semua perlawanan dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019.
Aksi pemain Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Nur Syuhada Suhaimi(kiri) sewaktu mengasak ke kubu lawan yang cuba dihalang oleh pemain Liaoning Infinite Space HC; Liu Hui di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 19 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) meneruskan dominasi dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 setelah berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Liaoning Infinite Space HC(LISHC) berkeputusan 04 berbalas 02 di laman sendiri. Reputasi gah pasukan lawan selaku juara Liga China 2018 menjadi sebutan antara pasukan pilihan untuk kejuaraan ini ternyata mampu dikekang oleh pasukan tuan rumah sekaligus memberi cabaran sebenar.
Awal permainan, pasukan LISHC yang dibarisi beberapa pemain berpengalaman besar sama ada di pentas Piala Dunia mahupun Olimpik bermain dalam tempo pantas sedikit sebanyak memberi tekanan kepada tuan rumah.
Chen Yiming berjaya mencuri gol pembukaan perlawanan hasil dari gol padang pada minit ke-5 memaksa pasukan tuan rumah melakukan pertukaran taktikal seawal minit ke-7 permainan. Setelah Tuan Nur Hidayah, Irene Hussin dan dua kudrat import Jaspreet Kaur dan Jaswinder Kaur dimasukkan kini TLHT mula mengawal permainan.
Pemain import dari India; Jaswinder Kaur mencipta sensasi buat peminat Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) setelah berjaya mencipta hatrik sewaktu bertemu pasukan Liaoning Infinite Space HC(LISHC) di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 19 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pemain import dari India; Jaswinder Kaur ternyata menceriakan para peminat di Stadium Hoki Batu Buruk setelah berhempas pulas untuk mendapatkan gol pertama pasukan tuan rumah di minit ke-15 hasil dari gol padang. Selang 12 minit kemudian, Jaswinder Kaur yang mula mendapat rentak sekali lagi memberi kejutan untuk ledakan gol padang ke dalam gawang lawan. Asakan demi asakan diterima pasukan pelawat memaksa untuk menyimpan satu kad hijau yang dihadiahkan kepada Li Yuqi sebelum berakhirnya suku kedua perlawanan.
Sebaik mula suku ketiga perlawanan, pasukan tuan rumah diuji pantas dengan ledakan gol pukulan sudut penalti menjadikan keputusan semasa terikat dua sama. LISHC merupakan kelab dari China yang pertama kali dijemput untuk memberi saingan dalam liga ini mula mengandakan serangan dan tempo permainan memaksa pemain tuan rumah untuk terus bertahan.
Semangat juang tinggi ingin mendahului perlawanan dengan pantas akhirnya menghukum pasukan lawan di mana TLHT berjaya menambah jaringan gol hasil dari pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jaswinder Kaur pada minit ke-39 sekaligus mencipta hatrik. Juliani Mohamad Din menambah duka LISHC di bawah bimbingan Gao Lihua selaku pemenang pingat perak Olimpik Beijing 2008 apabila berjaya menebuk gawang lawan melalui pukulan sudut penalti sekaligus memberi kelebihan kepada TLHT untuk mendahului keputusan 04-02 hingga tamat perlawanan.
Iman Gobinathan Abdullah selaku ketua jurulatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) untuk saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 yang telah bermula pada 10 Januari 2019 lalu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Cuaca panas memberi kelebihan buat pasukan kami untuk menentang pasukan terkuat dalam liga ini. Pemain TLHT mengambil kelebihan ini untuk memberi tekanan sekaligus bermain seperti mana dirancang. Walaupun mendominasi permainan hanya dengan 4 gol ianya sesuatu yang cukup bagus untuk saya di mana bukannya mudah untuk menjaringkan gol bertemu pasukan ini. Kami juga turut menerima tekanan hingga melakukan kesilapan walaubagaimana pun mereka sudah lakukan yang terbaik.”; ujar Iman Gobinathan Abdullah selaku ketua jurulatih TLHT yang berasal dari Perak ini.
Pada cabaran seterusnya setelah berehat selama satu hari, TLHT dijaduakan selaku pasukan pelawat bertemu KL Wipers pada 21 Januari 2019 bertempat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Untuk rekod, pasukan KL Wipers telah mencatat kekalahan dalam kesemua perlawanan yang disertai setakat ini. Manakala bagi pasukan TLHT kini berada di tangga pertama kedudukan semasa carta Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 dengan 12 kutipan mata. Menambah menarik pasukan lelaki THT juga turut mengungguli untuk berada di carta teratas kedudukan semasa liga.
Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) bangkit di saat akhir untuk memastikan kemenangan 3-1 di laman sendiri sekaligus menewaskan juara bertahan Piala Vivian Mays Soars PDRM Blue Warriors dalam perlawanan ke-3 saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) meneruskan momentum dengan rekod tanpa kalah untuk 3 perlawanan awal saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 yang telah bermula pada 10 Januari 2019 lalu. Terkini TLHT berjaya menafikan rentak PDRM Blue Warriors yang berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk berkeputusan 03-02. Ledakan gol pertama milik pasukan tuan rumah hadir seawal minit ke-2 sekaligus menjadi gol peribadi pertama buat pemain import dari Kazakhstan Vera Domashneva untuk musim ini.
Namun pada minit-minit permainan seterusnya penguasaan kawalan bola oleh pasukan tuan rumah mula longgar tanpa sebarang asakan serangan padu. Peluang ini diambil oleh pengendali PDRM Blue Warriors, Zulkhairi Ariffin untuk melakukan beberapa pertukaran taktikal dan terus memberi tekanan kepada TLHT.
Pemain import Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) dari Kazakhstan; Vera Domashneva berusia 34 tahun catat gol peribadi pertama di laman sendiri melalui pukulan gol padang dalam perlawanan ketiga saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Percaturan membuahkan hasil pada suku ketiga permainan, asakan demi asakan memberi dorongan kepada Norazlin bt Sumantri untuk merapatkan jurang permainan melalui pukulan sudut penalti untuk gol pertama bagi pasukan pelawat. Tersentak dengan situasi semasa, pengendali TLHT Iman Gobinathan Abdullah memasukkan pemain berpengalaman besar Juliani bt Mohamad Din pada minit ke-38. Masih tidak dapat mencari rentak menyebabkan pada minit ke-41 sekali lagi gawang tuan rumah dirobek melalui pukulan sudut penalti oleh Norbaini bt Hashim.
Ketinggalan 02-01 di babak suku ketiga permainan sememangnya memberi tekanan kepada setiap pemain tuan rumah untuk mengasak mencari ruang dan peluang hingga melakukan beberapa kesilapan. Namun semangat juang para pemain hoki wanita tuan rumah kembali bangkit pada minit ke-50 permainan setelah Nur Syuhada bt Suhaimi berjaya mendapatkan gol padang untuk mengikat kedudukan semasa.
Pasukan PDRM Blue Warriors antara pasukan pilihan untuk musim Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 tewas kepada Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) setelah hadir sebagai pasukan pelawat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 17 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Gol padang tersebut sedikit sebanyak membakar semangat pasukan THT kembali mengawal permainan. Pasukan pelawat yang kian hilang rentak sekali lagi terpaksa akur untuk menerima ledakan gol pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Siti Rahmah bt Othman sekaligus menjadi gol terakhir sehingga tamat permainan. Menambah menarik gol itu juga merupakan ‘hadiah istimewa’ buat Siti Rahmah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 hari ini.
Iman Gobinathan Abdullah selaku ketua jurulatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) untuk saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 yang telah bermula pada 10 Januari 2019 lalu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Ketika ketinggalan 2-1, saya beritahu kepada pasukan untuk perlu sentiasa mengasak membuat serangan. Kita tidak boleh terus “selesa” awal untuk mendahului permainan dengan jaringan gol yang sedikit. Pukulan sudut penalti teramat penting, perlu yakin untuk setiap perancangan yang telah dirancang.”; ujar Iman Gobinathan Abdullah selaku ketua jurulatih TLHT yang pernah membimbing pasukan kebangsaan Bangladesh musim lalu.
Untuk perlawanan seterusnya menentang pasukan Liaoning Infinite Space HC(LISHC), jurulatih yang mesra dikenali sebagai Gobi ini akui bahawa pasukan lawan sememangnya satu pasukan yang amat kuat dan bagus dibarisi oleh empat pemain Olimpik. Beliau memberi gambaran bahawa TLHT tetap fokus pada perancangan yang telah dirancang tanpa melakukan sebarang perubahan drastik yang mungkin memberi risiko besar kepada pasukan. Walaupun mencatat tiga kemenangan berturut-turut, TLHT masih mencari keserasian di antara pemain tempatan bersama import baharu mereka.
Keputusan Minggu Ke-2 Liga Hoki Wanita Malaysia 2018 – 17 Januari 2019
TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM vs PDRM BLUE WARRIORS 03-02
PKS UNITEN vs KL WIPERS 01-00
LIONING INFINITE SPACE HC vs SSTMI 03-00
Aksi anak jati Terengganu; Auni Atikah binti Gahni(tengah) sewaktu membantu Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) meraih kemenangan berturut untuk saingan minggu ke-2 setelah menewaskan Persatuan Hoki Pulau Pinang – Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang berkesudahan 13 tanpa balasan bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) berjaya meraih kemenangan besar dalam perlawanan sulung di laman sendiri setelah menewaskan pasukan Persatuan Hoki Pulau Pinang – Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang(PSHA – MSSPP) berkeputusan 13 tanpa balasan dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019. Sebelum ini pasukan TLHT turut telah meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan selaku pasukan pelawat menewaskan pasukan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail(SSTMI) berkeputusan 5 tanpa balasan.
Bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, gol pertama perlawanan milik pasukan tuan rumah yang dihadiahkan oleh pemain kebangsaan penuh berpengalaman; Fatin Shafika bt Mahd Sukri pada minit ke-6 permainan. Sepanjang perlawanan Fatin Shafika telah meledakkan 4 jaringan gol iaitu 2 gol padang dan 2 gol pukulan sudut penalti yang berjaya diterjemahkan.
Pemain kebangsaan Malaysian Tigress; Wan Norfaiezah binti Md Saiuti(kiri) bergandingan bersama Auni Atikah binti Gahni(dua dari kiri) untuk jentera serangan TLHT bagi musim 2019 ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Siti Noor Amarina bt Ruhani, Nur Syuhada bt Suhaimi, Tuan Nur Hidayah bt Tuan Ismail dan Nur Syafiqah bt Mohd Zain masing-masing berjaya mendapatkan gol untuk memastikan perlawanan ini dikuasai sepenuhnya oleh TLHT.
‘Flicker’ import dari India; Jaspreet Kaur turut beraksi cemerlang dalam perlawanan kedua bersama TLHT setelah menyempurnakan 4 gol pukulan sudut penalti. Rakan senegara yang bermain di posisi serangan; Man Meet Kaur telah menyumbang kutipan gol terakhir melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-60 permainan.
Bekas pemain kebangsaan dan juga bekas penolong jurulatih skuad hoki wanita negara; Iman Gobinathan Abdullah berusia 41 tahun(13 Januari 1978) pertama kali menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) untuk saingan musim 2019 ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Saya masih mencari keserasian terbaik di antara pemain tempatan dan import. Saya perlu pastikan jentera pukulan sudut penalti berfungsi dengan baik. Kerjasama setiap pemain di dalam padang amat penting. Jentera pukulan sudut penalti adalah faktor penting untuk menang atau tewas dalam sesuatu permainan.”; ujar Iman Gobinathan Abdullah selaku ketua jurulatih TLHT dan juga bekas penolong jurulatih skuad wanita kebangsaan. Jurulatih yang lebih mesra dikenali sebagai Gobi berasal dari Perak ini juga turut mengulas bahawa strategi perbezaan kutipan gol amat penting untuk kempen liga ini.
Pada perlawanan seterusnya, TLHT sekali lagi dijadualkan untuk menjadi pasukan tuan rumah bertemu PDRM Blue Warriors(Blue Warriors) pada 17 Januari 2018 ini. Untuk rekod, Blue Warriors telah mencatat 2 kemenangan dan 1 kekalahan untuk kempen musim ini yang telah bermula sejak 10 Januari 2019.
Keputusan Minggu Ke-2 Liga Hoki Wanita Malaysia 2018 – 14 Januari 2019
TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM vs PSHA – MSSPP 13-00 PDRM BLUE WARRIORS vs SSTMI 07-00 LIAONING INFINITE SPACE HC vs PKS UNITEN 02-00