Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kembali mendapat kelulusan untuk beraksi daripada pihak Malaysian Football League(MFL) selaku penganjur Liga Super 2020 pada 18 Februari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/Pengurusan-Kompleks-Sukan-Negeri-Terengganu-1400604390231788
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kembali bersedia sepenuhnya untuk menjadi gelanggang taruhan buat Terengganu Football Club(TFC) bagi mengharungi kempen Liga Super musim ini malah menambah manis merupakan perlawanan pembukaan buat pasukan ini.
Kehangatan pra musim yang diberikan oleh penyokong-penyokong meyakinkan tuan rumah untuk mengumumkan 30 ribu tiket bakal dijual bagi perlawanan pertama menentang Perak FA pada sabtu ini. Tiket tersebut akan dijual pada hari berkenaan di stadium itu sehingga waktu perlawanan dan juga Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sehingga jam 0500 petang.
2 laluan pintu khas disediakan sepanjang musim ini untuk pemegang pas bermusim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Setiap pintu merupakan laluan bagi ke semua jenis kategori pas bermusim iaitu Gold Pass, White Pass dan Black Pass. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim optimis untuk menjangkakan kehadiran seramai 20 ribu penyokong pada perlawanan pertama di laman sendiri ini. Sebelum ini juala tertinggi tiket bagi perlawanan pertama Liga Super melibatkan pasukan tuan rumah adalah pada 2019 bagi perlawanan di antara TFC menentang Pahang dengan kehadiran sekitar 28 ribu penonton di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim. Kredit Foto – Teganukita.net
“Jadi kalau orang Terengganu nak pecah rekod. Inilah kali pertama boleh dibuktikan. Kalau boleh 30 ribu. Memang pecah rekodlah berbanding pada musim lalu. Ini membuktikan bahawa orang Terengganu memang betul-betul minat bola. Kita memang telah bersedia dengan kapasiti(penonton) tersebut.’ ujar Hishamuddin Abdul Karim yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu dalam satu siaran langsung dalam talian.
TFC yang masih di bawah kendalian ketua jurulatih Nafuzi Zain buat musim kedua ini juga turut optimis untuk mencatatkan keputusan terbaik bagi perlawanan pembukaan di hadapan penyokong sendiri menentang Perak FA sekalu Juara Piala Malaysia 2018 nanti.
Peringkat pertama Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) membuka tirai pada 10 Januari 2020 mempertaruhkan 14 aksi perlawanan bagi pasukan hoki lelaki Terengganu; Terengganu Hockey Team(THT).
Keputusan keseluruhan perlawanan melibatkan Terengganu Hockey Team(THT) sahaja bagi sepanjang musim Liga Hoki Malaysia 2020:
Perlawanan #1 | 10 Jan 2020
UniKL vs THT 03-02
Perlawanan #2 | 12 Jan 2020
TNB THUNDERBOLTS vs THT 00-05
Perlawanan #3 | 15 Jan 2020
THT vs NURINSAFI HT 08-02
Perlawanan #4 | 17 Jan 2020
THT vs UiTM 05-03
Perlawanan #5 | 22 Jan 2020
TNB vs THT 04-02
Perlawanan #6 | 29 Jan 2020
HOCKADEMY KL vs THT 00-06
Perlawanan #7 | 31 Jan 2020
THT vs MAYBANK 04-01
Perlawanan #8 | 2 Feb 2020
THT vs UniKL 00-02
Perlawanan #9 | 5 Feb 2020
THT vs TNB THUNDERBOLTS 03-02
Perlawanan #10 | 7 Feb 2020
NURINSAFI HT vs THT 01-04
Perlawanan #11 | 9 Feb 2020
UiTM vs THT 00-03
Perlawanan #12 | 12 Feb 2020
THT vs TNB 01-00
Perlawanan #13 | 14 Feb 2020
THT vs HOCKADEMY KL 06-00
Perlawanan #14 | 16 Feb 2020
MAYBANK vs THT 02-02
Separuh Akhir Piala TNB 2020
Perlawanan #15 | 19 Feb 2020
TNB vs THT 03-04
Akhir Piala TNB 2020
Perlawanan #16 | 22 Feb 2020
UniKL vs THT 02-01
Terengganu Hockey Team(THT) menamatkan kempen kejuaraan Liga Hoki Malaysia 2020 di tangga ke-3 liga walaupun mara ke perlawanan terakhir musim ini bagi perebutan Piala TNB. Kredit – http://mhc.org.my
KEMENANGAN TERBESAR
Perlawanan #6 | 29 Jan 2020
HOCKADEMY KL vs THT 00-06
SERI
Perlawanan #14 | 16 Feb 2020
MAYBANK vs THT 02-02
TEWAS
Perlawanan #1 | 10 Jan 2020
UniKL vs THT 03-02
Perlawanan #5 | 22 Jan 2020
TNB vs THT 04-02
Akhir Piala TNB 2020
Perlawanan #16 | 22 Feb 2020
UniKL vs THT 02-01
Hanelang 7s merupakan kejohanan ragbi 7 sepasukan bawah 21 tahun yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk memberi pentas terbaik buat persiapan setiap pasukan ragbi yang akan berentap di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 pada Julai nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor tidak lama nanti, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk menganjurkan kejohanan ragbi tujuh sepasukan yang dijenamakan sebagai Hanelang Sevens bagi memberi pentas persiapan buat pasukan-pasukan SUKMA 2020 sebelum ke Johor nanti.
Tanggungjawab ini digalas oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pemegang taruh dan beberapa rakan penaja memandangkan ketandusan penganjuran kejohanan ragbi tujuh sepasukan dalam negara yang menyasarkan peringkat umur bawah 21 tahun sepenuhnya. Penganjuran seumpana ini amat penting buat pasukan-pasukan khususnya pasukan tuan rumah yang sentiasa dahagakan pendedahan kejohanan sebagai penanda aras semasa buat pasukan.
Malah penganjuran ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai pasukan dan ahli persatuan ragbi negeri ini untuk setiasa bersedia dalam sebarang penglibatan penganjuran kejohanan dalam negeri Terengganu.
Kejohanan selama dua hari yang dijadualkan bakal berlangsung pada 29 Februari sehingga 1 Mac nanti sehingga kini telah berjaya menghimpunkan penyertaan sebanyak 12 pasukan lelaki dan 9 pasukan wanita menjadikan keseluruhan sebanyak 21 pasukan.
Timbalan YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Kejohanan Hanelang 7s ini, kita memang adakan untuk bawah 21 tahun kerana untuk persiapan SUKMA lah dan InsyAllah kejohanan ini kita akan jadikan kejohanan tahunan kita lah pada masa-masa akan datang keranan dilihat pada kali pertama kita anjurkan ini mendapat sambutan yang luar biasa dari negeri-negeri yang ambil bahagian.”; ujar Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab selaku Timbalan YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.
Beliau ditemui PenyuSukan.com sewaktu menghadiri Majlis Pentaulihan Ketua Kontijen, Timbalan Ketua Ketua Kontinjen, Bapa Angkat dan Jabatan Angkat SUKMA Johor 2020 bagi kontijen negeri Terengganu. Temasya SUKMA 2020 edisi ke-20 dijadualkan bakal membuka gelanggang pada 11 Julai nanti melibatkan 31 jenis sukan yang dipertandingkan di 39 venue dari 3 daerah utama dalam negeri Johor.
Anak jati Kampung Bukit Putera, Chalok dari daerah Setiu; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff. Kredit Foto – https://www.facebook.com/teamsapuracycling.tsc/photos/2532959686979935
Anak jati Kampung Bukit Putera, Chalok dari daerah Setiu; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuat kejutan untuk melakar sejarah sebagai pelumba tempatan pertama untuk menyarung jersi merah sekaligus dinobatkan selaku Raja Bukit dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020(LTDL 2020) yang menutup tirai pada hari ini.
Kejayaan yang sangat dinantikan sejak 25 tahun penganjuran telah dibuktikan oleh pelumba berusia 23 tahun yang membuat penampilan pertama bagi musim ke-3 bersama Team Sapura Cycling (TSC).
Malah kejayaan ini juga telah melengkapkan trio anak Terengganu yang berjaya menyarung jersi di pentas Le Tour de Langkawi di mana sebelum ini jersi hijau selaku Raja Pecut dimiliki oleh Anuar Manan pada edisi penganjuran ke-15 2010 dan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia penganjuran edisi ke-20 2015 telah disarung kemas oleh Adiq Hussaini Othman.
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff(jersi merah) cipta sejarah penganjuran Le Tour de Langkawi sebagai pelumba tempatan pertama dinobatkan selaku Raja Bukit pada hari terakhir siri perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 yang berakhir di Langkawi pada 14 Februari 2020. Kredit Foto – Le Tour de Langkawi
Kejayaan ini juga cukup manis buat Aiman Zariff untuk menutup tirai LTDL 2020 dengan 34 kutipan mata pendakian sekaligus mendahului 11 mata kepada pelumba Perancis Quentin Pacher dari pasukan B&B Hotels – Vital Concept p/b KTM di kedudukan kedua manakala Samuele Battistella pelumba Itali dari pasukan NTT Pro Cycling di kedudukan ketiga dengan 18 mata pendakian.
Keputusan Raja Bukit(King of Mountains KOM) Le Tour de Langkawi LTDL 2020 Peringkat Akhir. Kredit – https://www.procyclingstats.com/race/tour-de-langkawi/2020/kom
Penganjuran LTDL 2020 ini juga turut menyaksikan pelumba dari Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Saleh yang mencipta sensasi perlumbaan untuk muncul juara dua peringkat siri perlumbaan iaitu di peringkat lima bagi jarak kayuhan 165.8km bermula dari Kuala Kubu Baru ke Ipoh dan peringkat tujuh bagi jarak 130.4km dari Bagan ke Alor Star.
Sebanyak 10 aksi perlawanan peringkat awal Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 yang perlu ditempuhi oleh Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) sebelum mara ke pusingan kedua liga di mana perlawanan penentuan separuh akhir dijadualkan pada 19 Februari 2020 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kredit Foto – PenyuSukan
Keputusan keseluruhan perlawanan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) sepanjang musim Liga Hoki Wanita Malaysia 2020:
Perlawanan #1 – SABAH vs TERENGGANU LADIES HT 03-00 Perlawanan #2 – HOCKADEMY KL vs TERENGGANU LADIES HT 02-01 Perlawanan #3 – TERENGGANU LADIES HT vs PDRM BLUE WARRIORS 01-00 Perlawanan #4 – TERENGGANU LADIES HT vs MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA 10-01 Perlawanan #5 – PKS UNITEN vs TERENGGANU LADIES HT 01-01 Perlawanan #6 – TERENGGANU LADIES HT vs SABAH 05-00 Perlawanan #7 – TERENGGANU LADIES HT vs HOCKADEMY KL 01-00 Perlawanan #8 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 01-02 Perlawanan #9 – MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA vs TERENGGANU LADIES 00-07 Perlawanan #10 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01
Separuh Akhir Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #11 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01 *TLHT tewas penentuan penalti 1-3 setelah terikat seri 01-01
Tempat Ke-3 & Ke-4 Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #12 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 02-01
Terengganu Ladies Hockey Team(THT) menamatkan kempen kejuaraan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 di tangga ke-2 liga setelah dinafikan oleh PDRM Blue Warriors dalam aksi perebutan tempat ke-3 & ke-4 Piala Vivian May Soars. Kredit – Mhc.org.my
KEMENANGAN TERBESAR Perlawanan #4 – TERENGGANU LADIES HT vs MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA 10-01
SERI Perlawanan #5 – PKS UNITEN vs TERENGGANU LADIES HT 01-01
TEWAS Perlawanan #2 – HOCKADEMY KL vs TERENGGANU LADIES HT 02-01 Separuh Akhir Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #11 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01 *TLHT tewas penentuan penalti 1-3 setelah terikat seri 01-01 Tempat Ke-3 & Ke-4 Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #12 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 02-01
PERTEMUAN KALI KE-2 Perlawanan #1 – SABAH vs TERENGGANU LADIES HT 03-00 Perlawanan #6 – TERENGGANU LADIES HT vs SABAH 05-00
Perlawanan #2 – HOCKADEMY KL vs TERENGGANU LADIES HT 02-01 Perlawanan #7 – TERENGGANU LADIES HT vs HOCKADEMY KL 01-00
Perlawanan #3 – TERENGGANU LADIES HT vs PDRM BLUE WARRIORS 01-00 Perlawanan #8 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 01-02
Perlawanan #4 – TERENGGANU LADIES HT vs MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA 10-01 Perlawanan #9 – MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA vs TERENGGANU LADIES 00-07
Perlawanan #5 – PKS UNITEN vs TERENGGANU LADIES HT 01-01 Perlawanan #10 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01
PERTEMUAN KALI KE-3 Perlawanan #5 – PKS UNITEN vs TERENGGANU LADIES HT 01-01 Perlawanan #10 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01 Separuh Akhir Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #11 – TERENGGANU LADIES HT vs PKS UNITEN 01-01 *TLHT tewas penentuan penalti 1-3 setelah terikat seri 01-01
Perlawanan #3 – TERENGGANU LADIES HT vs PDRM BLUE WARRIORS 01-00 Perlawanan #8 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 01-02 Tempat Ke-3 & Ke-4 Piala Vivian May Soars 2020 Perlawanan #12 – PDRM BLUE WARRIORS vs TERENGGANU LADIES 02-01
Reaksi Presiden Kerteh FC Mohd Razeman Mat Nashim setelah muncul juara perebutan cabaran Piala Liga Amatur Terengganu 2019-2020 menentang Markless ST. Hadir selaku bukan pasukan pilihan dan juga merupakan penampilan sulung buat Kerteh FC dalam Kejuaraan Liga Amatur Terengganu 2019-2020 yang kini masuk edisi penganjuran musim ke-5 ini.
Perlawanan penuh dramatik yang terikat seri tanpa gol sehingga tambahan masa perlawanan memaksa penentuan sepakan penalti menjadi taruhan. Debaran berganda buat setiap pasukan dengan jaringan gol penalti bersilih ganti mencari sang juara. Namun defisit penalti yang ditinggalkan oleh Markless ST dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kerteh FC melalui tendangan penalti terakhir milik Muhammad Hafidz Mohd Zahari.
Sebelum itu, Kerteh FC berjaya menempah tiket slot akhir setelah menjuarai Liga Perdana untuk bertemu pasukan Markless ST dari Liga Super yang telah beraksi selama 3 musim meburu kejuaraan di pentas akhir ini. Kejuaraan Liga Amatur Terengganu 2019-2020 yang kini masuk edisi penganjuran musim ke-5 ini telah bermula sejak November tahun lalu berjaya menghimpunkan lebih 20 pasukan seluruh negeri Terengganu. Penganjuran peringkat akar umbi pembangunan sukan bola sepak negeri ini yang bertaraf M4 mendapat pengiktirafan dari FAM selaku badan induk kebangsaan.
Kerteh FC selaku juara turut membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak RM12,500 selain piala pusingan kejohanan.
Reaksi Kapten Kerteh FC Mohd Ramadhan Jalil setelah muncul juara perebutan cabaran Piala Liga Amatur Terengganu 2019-2020 menentang Markless ST. Hadir selaku bukan pasukan pilihan dan juga merupakan penampilan sulung buat Kerteh FC dalam Kejuaraan Liga Amatur Terengganu 2019-2020 yang kini masuk edisi penganjuran musim ke-5 ini.
Perlawanan penuh dramatik yang terikat seri tanpa gol sehingga tambahan masa perlawanan memaksa penentuan sepakan penalti menjadi taruhan. Debaran berganda buat setiap pasukan dengan jaringan gol penalti bersilih ganti mencari sang juara. Namun defisit penalti yang ditinggalkan oleh Markless ST dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kerteh FC melalui tendangan penalti terakhir milik Muhammad Hafidz Mohd Zahari.
Sebelum itu, Kerteh FC berjaya menempah tiket slot akhir setelah menjuarai Liga Perdana untuk bertemu pasukan Markless ST dari Liga Super yang telah beraksi selama 3 musim meburu kejuaraan di pentas akhir ini. Kejuaraan Liga Amatur Terengganu 2019-2020 yang kini masuk edisi penganjuran musim ke-5 ini telah bermula sejak November tahun lalu berjaya menghimpunkan lebih 20 pasukan seluruh negeri Terengganu. Penganjuran peringkat akar umbi pembangunan sukan bola sepak negeri ini yang bertaraf M4 mendapat pengiktirafan dari FAM selaku badan induk kebangsaan.
Kerteh FC selaku juara turut membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak RM12,500 selain piala pusingan kejohanan.
Aksi pemain Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT); Nursyafiqah bt Mohd Zain(kiri) sewaktu membantu pasukan untuk mencalar rekod tanpa kalah Hockademy KL yang berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Gergasi hoki wanita pantai timur; Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) mencipta kejutan amat bermakna buat penyokong di laman sendiri dengan melunaskan hutang kepada pendahulu Liga Hoki Wanita Malaysia 2020(LHWM 2020) sekaligus mencalarkan rekod tanpa kalah Hockademy KL yang menjadi perhatian musim ini.
Hockademy KL hadir selaku pendatang baharu LHWM 2020 juga merupakan pasukan pilihan pada musim ini memandangkan dibarisi beberapa pemain berkualiti yang juga merupakan pemain-pemain kebangsaan dan juga beberapa bekas pemain TLHT.
Terdahulu di awal musim kedua-dua pasukan ini telah bertemu di mana TLHT selaku pasukan pelawat telah dinafikan untuk tewas nipis berkeputusan 2 berbalas 1.
Aksi anak jati Wakaf Tembesu, Kuala Nerus yang telah bersama Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) sejak 2018; Tuan Nurhidayah Tuan Ismail berjaya mencuri bola daripada import lawan dari Australia; Ashley Kate Fey sekali gus mencalar rekod tanpa kalah Hockademy KL yang juga pendahulu liga berkeputusan 1-0 ketika berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebaik wisel mula permainan ditiup untuk aksi perlawanan ke-6 buat kedua-dua pasukan ini, Hockademy KL mengasak laju untuk penguasaan sepenuhnya di kubu tuan rumah pada suku pertama permainan. TLHT yang seakan hilang rentak di awal permainan mula bangkit pada babak-babak suku permainan seterusnya.
Namun Hockademy KL yang bijak mencuri bola untuk mematahkan serangan demi serangan sekali gus memaksa barisan pertahanan tuan rumah ‘berpeluh jeruk’ di bawah matahari terik membahang Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Penjaga gawang Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang juga merupakan pemain import berpengalaman dari Kazakhstan; Guzal Bakhavaddin beraksi cemerlang sepanjang 60 minit perlawanan sewaktu menentang pendahulu liga; Hockademy KL pada 8 Februari 2020 di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kredit sudah tentu seharusnya milik buat penjaga gawang TLHT dari Kazakhstan; Guzal Bakhavaddin yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan ini. Malah mungkin pada perlawanan ini adalah persembahan terbaik sepanjang musim buat Guzal di mana banyak menangkis tepat terjahan-terjahan bola tepat ke dalam gawang dengan percubaan 9 pukulan sudut penalti selain deretan percubaan padang. Ketangkasan Guzal yang kini berusia 25 tahun ini juga turut membuat jentera pukulan sudut penalti Hockademy KL ‘mati kutu’ untuk mencipta ruang dan peluang.
Aksi kapten pasukan Terengganu Ladies Hockey Team; Siti Noor Amarina Ruhani(kiri) setelah menyumbangkan gol sulung perlawanan sekaligus menjadi gol tunggal untuk mencalar rekod tanpa kalah pendahulu liga iaitu Hockademy KL yang bertandang ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Setelah rentung bergasak, gol sulung perlawanan akhirnya memihak kepada kapten TLHT; Siti Noor Amarina Ruhani yang berjaya diterjemah hasil dari pukulan sudut penalti pada minit ke-37. Menambah menarik jaringan ini juga adalah percubaan kali ke-2 pasukan tuan rumah sepanjang 60 minit permainan di mana perlawanan ini sememangnya dikuasai oleh pendahulu liga sepenuhnya.
Aksi pemain Hockademy KL; Fatin Shafika Mahd Sukri(jersi merah biru bernombor 21) sewaktu bertemu Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang pernah disertai bagi musim 2019 bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020 di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sewaktu bersama TLHT, Fatin Shafika juga turut menyarung jersi bernombor 21. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Tersentak dengan gol pendahuluan milik TLHT, pasukan pelawat mula mengasak padu sehingga hampir-hampir mencipta jaringan gol padang. Kegopohan Hockademy KL yang kian tertekan di minit-minit akhir permainan kian terserlah apabila pemain kebangsaan berpengalaman besar; Fatin Shafika Mahd Sukri membawa pulang kad hijau pertama untuk musim ini. Namun sudah pasti TLHT perlu mempertahankan penguasaan bola sehingga tamat permainan untuk mencalar rekod tanpa kalah milik pasukan pilihan musim ini.
Sebanyak 10 aksi perlawanan peringkat awal Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 yang perlu ditempuhi oleh Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) sebelum mara ke pusingan kedua liga di mana perlawanan penentuan separuh akhir dijadualkan pada 19 Februari 2020 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kredit Foto – PenyuSukan
Seterusnya bagi aksi perlawanan ke-8 yang dijadualkan pada 11 Februari bertempat di di Stadium Hoki Tun Razak nanti TLHT akan kembali bertemu PDRM Blue Warriors yang kini menghuni tangga ke-4 kedudukan LHWM 2020. Sebelum ini kedua-dua pasukan ini pernah bertemu di mana TLHT berjaya meraih 3 mata liga berkeputusan 1 tanpa balasan di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) perkukuh kedudukan liga di tangga ke-2 untuk menghimpit rapat pendahulu liga; Hockademy KL yang telah ditewaskan di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi aksi perlawanan ke-7 Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 pada 8 Februari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *TLHT sahaja
08.02.2020 1700 | 020 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM vs HOCKADEMY KL 01-00
JARINGAN GOL TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM Siti Noor Amarina bt Ruhani 37″
Muhammad Dhaarma Raj Abdullah(kanan) yang menggalas jawatan ketua jurulatih THT bagi musim LHM 2020 ini telah digantung 1 perlawanan untuk berada di luar pada ketika aksi menentang TNB Thunderbolts berikutan mempersoalkan tentang mutu kepengadilan sewaktu bertemu UniKL sebelum ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Gergasi hoki pantai timur; Terengganu Hockey Team(THT) sekali lagi berdepan dengan situasi penggantungan menjelang aksi perlawanan ke-10 Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) untuk bertandang ke Sungai Petani menentang Kedah/Nurinsafi HT.
THT kini dalam kempen wajib memenangi ke semua baki perlawanan untuk kekal berada dalam kelompok teratas sekaligus menempah slot Piala TNB 2020 nanti. Sehingga kini setelah mengharungi 9 aksi perlawanan, THT hanya mencatatkan dua kekalahan berturut-turut ke atas UniKL yang gah berada di puncak tangga liga.
Terdahulu ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah telah digantung 1 perlawanan untuk berada di luar padang bagi aksi menentang TNB Thunderbolts di laman sendiri berikutan mengulas kepada pemberita tentang mutu pengadilan sewaktu perlawanan menentang UniKL di laman sendiri.
Tiada tambahan mata! Terengganu Hockey Team(THT) masih kekal tidak berganjak di tempat ke-3 kedudukan Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) setelah mengharungi 3 perlawanan terakhir dan terkini di laman sendiri setelah dinafikan oleh UniKL. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kegagalan demi kegagalan pengadil untuk memberi keputusan yang tepat merencatkan persembahan tuan rumah malah turut dirasai oleh pasukan pelawat iaitu UniKL yang telah memenangi pada perlawanan tersebut. Menambah tekanan buat pasukan yang telah membuat pelaburan besar musim ini, ianya suatu yang perlu dipandang serius oleh kerana situasi yang sama turut berlaku sewaktu perlawanan pembukaan dan juga perebutan Piala Sumbangsih melibatkan kedua-dua pasukan ini.
Bekas ketua jurulatih wanita kebangsaan; Muhammad Dhaarma Raj Abdullah galas tugas selaku ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi musim Liga Hoki Malaysia 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Masalah penggantungan ini merupakan satu tekanan buat kami. Sebelum ini saya dan untuk perlawanan seterusnya Jung Manjae pula digantung. Kami kini dalam misi untuk wajib menang dalam semua baki perlawanan untuk slot Piala TNB nanti. Untuk memenangi liga musim ini, kita sudah tiada peluang kerana UniKL sudah terlalu jauh mendahului liga.” ujar Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang menggalas jawatan ketua jurulatih THT bagi musim LHM 2020 ini.
Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang juga merupakan bekas ketua jurulatih wanita kebangsaan menegaskan pentingnya penggunaan rujukan video untuk kejohanan yang berprestij tinggi ini. Malah penggunaan video untuk membantu keputusan pengadil telah diguna pakai oleh beberapa negara kuasa besar hoki namun tidak buat Malaysia yang juga merupakan antara pasukan yang digeruni. Terkini seperti mana senarai kedudukan semasa di tangga dunia, pasukan hoki lelaki kebangsaan berada di tangga kedudukan ke-11 dan pasukan wanita di tangga ke-20 dunia.
Sepanjang 9 aksi perlawanan Liga Hoki Malaysia 2020; import Terengganu Hockey Team kelahiran Korea Selatan Jung Manjae telah mengutip 2 kad hijau dan 2 kad kuning di mana kad kuning pertama dikutip sewaktu membantu pasukan untuk menewaskan UiTM berkeputusan 5 berbalas 3. Sehingga kini Jung Manjae merupakan pengutip mata demerit tertinggi iaitu sebanya 12 mata. Kredit Foto –PenyuSukan.com
Setelah Dhaarma Raj, seterusnya Jung Manjae pula menjalani hukuman penggantungan 1 perlawanan rentetan insiden kad kuning yang menyumbang 12 mata demerit sewaktu bertemu TNB Thunderbolts dalam aksi sebelum ini. Sehingga kini, import dari Korea Utara ini merupakan pemain yang mengutip mata hukuman tertinggi sepanjang liga ini berlangsung.
Terdapat 3 jenis warna kad pengadil yang diguna pakai sepanjang kejohanan ini berlangsung iaitu kad hijau, kad kuning dan kad merah. Setiap layangan kad yang diterima akan menghukum pemain seperti berikut. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Untuk rekod, sekiranya pemain mempunyai jumlah mata demerit terkumpul sebanyak 8 mata maka akan digantung 1 perlawanan seterusnya. 8 mata demerit terkumpul sama ada setelah menerima 4 kad hijau atau 2 kad kuning atau 2 kad hijau bersama 1 kad kuning atau 1 kad merah sepanjang perlawanan yang telah berlangsung.
Aksi bertenaga pemain Terengganu Hockey Team(THT); Faizal Saari(jersi hitam putih) untuk mencipta ruang dan peluang sewaktu menewaskan TNB Thunderbolts berkeputusan 3 berbalas 2 untuk siri perlawanan ke-9 Liga Hoki Malaysia 2020 yang juga merupakan perlawanan ke-3 di laman sendiri bagi musim ini pada 5 Februari 2020 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Aksi perlawanan ke-9 Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) buat Terengganu Hockey Team(THT) menyaksikan tuan rumah kutip 3 mata liga penuh tekanan di laman sendiri setelah tipis menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3 berbalas 2. Pada perlawanan ini THT membuat percaturan taktikal dengan mengeluarkan penjaga gawang Muhammad Hafizuddin bin Othman dari senarai pemain untuk memberi kelebihan simpanan pemain di posisi lain.
Begitu juga dengan ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang terpaksa “dikeluarkan” lebih awal setelah digantung 1 perlawanan kerana mengkritik keputusan pengadil pada perlawanan sebelum ini bertemu UniKL.
Jentera pukulan sudut penalti Terengganu Hockey Team(THT) sewaktu menewaskan TNB Thunderbolts berkeputusan 3 berbalas 2 untuk siri perlawanan ke-9 Liga Hoki Malaysia 2020 yang juga merupakan perlawanan ke-3 di laman sendiri bagi musim ini pada 5 Februari 2020 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebaik wisel mula permainan ditiupkan, tuan rumah mula mencari ruang untuk mara ke kubu lawan namun TNB Thunderbolts mampu mematahkan serangan mengawal situasi. Walaupun pasukan pelawat merupakan pasukan belasahan sepanjang musim sehingga terduduk di dasar tangga kedudukan liga namun permainan kemas anak didik Nor Azlan Bakar mula menambah tekanan.
Jung Manjae menjadi mangsa pengadil dengan layangan kad hijau pertama permainan seawal minit ke-13 sekaligus memberi kelebihan buat lawan untuk mengutip gol pertama permainan hasil pukulan sudut penalti oleh Muhammad Fahmi Khalid. Selang dua minit kemudian gol penyamaan oleh pakar pukulan sudut penalti kelahiran Korea Selatan; Jang Jong Hyun sekaligus menjadi penamat sebelum rehat suku pertama permainan.
Sepanjang 9 aksi perlawanan Liga Hoki Malaysia 2020; import Terengganu Hockey Team kelahiran Korea Selatan Jung Manjae telah mengutip 2 kad hijau dan 2 kad kuning di mana kad kuning pertama dikutip sewaktu membantu pasukan untuk menewaskan UiTM berkeputusan 5 berbalas 3. Sehingga kini Jung Manjae merupakan pengutip mata demerit tertinggi dalam senarai liga iaitu sebanya 12 mata. Kredit Foto –PenyuSukan.com
Bahang tekanan buat tuan rumah mulai dirasai apabila Jung Manjae dilayakan kad kuning pada minit ke-22 babak suku kedua permainan memaksa Faizal Saari terpaksa pantas mendeposit jaringan gol padang di minit ke-24 untuk mendahului permainan. Kudrat pemain-pemain muda pasukan lawan berjaya memaksa pasukan berpengalaman THT untuk menghadiahkan jaringan gol penalti strok sekaligus mengikat permainan 2-2.
THT kian tersepit dihimpit masa yang mula menipis untuk tidak mengecewakan harapan setiap penonton yang hadir di waktu hari bekerja ini. Walaupun serangan demi serangan mula berkubu di gawang lawan namun masih gagal untuk diterjemahkan menjadi kiraan gol. Malah jentera pukulan sudut penalti tuan rumah turut gagal berpeluang menebuk pertahanan pasukan lawan. Namun bukan untuk ‘pisang seterusnya’ bagi jentera pukulan sudut penalti di mana Jang Jong Hyun akhirnya berjaya menebuk gawang lawan di minit ke-55 permainan sekaligus mendahului sehingga tamat permainan.
Seterusnya pada 7 Februari nanti THT dijadualkan untuk bertandang ke Sungai Petani untuk bertemu Kedah/Nurinsafi HT yang kini menghuni tangga ke-6 kedudukan LHM 2020. Untuk rekod sepanjang 9 aksi siri perlawanan kempen LHM 2020 ini, THT telah mencatatkan 2 rekod kekalahan manakala Kedah/Nurinsafi HT berjaya mencatatkan 2 rekod kemenangan. Situasi ini tidak meletakkan sebarang penanda aras terbaik buat ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah memandangkan Jung Manjae terpaksa direhatkan oleh kerana kutipan kad kuning terkini menyumbang jumlah mata demerit terkumpul untuk penggantungan.
THT dalam misi mesti menang dalam semua baki perlawanan untuk kekal berada di kelompok teratas LHM 2020 bagi menempah slot Piala TNB 2020. UniKL yang kini gah mendahului kutipan mata berada di puncak teratas kedudukan liga memaksa semua pasukan bertanding terpaksa melupakan untuk memburu kejuaraan LHM 2020 ini walaupun masih berbaki beberapa perlawanan.
Tangga kedudukan terkini setelah setiap pasukan Liga Hoki Malaysia 2020 mengharungi aksi ke-9 perlawanan pada 5 Februari 2020. UniKL gah mendahului kedudukan liga manakala Terengganu Hockey Team masih kekal di tangga kedudukan ke-3 walaupun berjaya mengutip 3 mata liga di laman sendiri. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *THT sahaja
05.02.2020 1700 | 033 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs TNB THUNDERBOLTS 03-02
JARINGAN GOL TERENGGANU HOCKEY TEAM Jang Jong Hyun 15″ Faizal bin Saari 24″ Jang Jong Hyun 55″
TNB THUNDERBOLTS Muhammad Fahmi bin Khalid 33″ Muhammad Fahmi bin Khalid 42″
‘Black And White Day 2020’ akan bermula seawal jam 0800 pagi sehingga 0630 petang pada 13 Februari 2020 bertempat di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu
Majlis memperkenalkan jersi dan pemain Terengganu Football Club (Terengganu FC) bagi musim 2020 berlangsung pada 13 Februari 2020 bertempat di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Majlis yang bermula seawal jam 0800 pagi sehingga 0630 petang di mana acara kemuncak perasmian bermula pada jam 0500 petang.
Pelbagai acara sampingan dijalankan iatu E-sports Challenge(PES 2020 – Liga Malaysia), pameran dan jualan daripada rakan penaja dan rakan sukan. Juga turut berlangsung jualan jersi rasmi TFC 2020.
Terdapat 3 jenis warna kad pengadil yang diguna pakai sepanjang kejohanan ini berlangsung iaitu kad hijau, kad kuning dan kad merah. Setiap layangan kad yang diterima akan menghukum pemain sepanjang kejohanan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kejohanan Liga Hoki Malaysia yang melibatkan pasukan hoki lelaki dan wanita ini mengguna pakai undang-undang peraturan hoki terkini yang dikawal selia oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa(International Hockey Federation) seperti mana menurut perlembagaan Konfederasi Hoki Malaysia selaku badan induk sukan hoki di Malaysia.
Terdapat 3 jenis warna kad pengadil yang diguna pakai sepanjang kejohanan ini berlangsung iaitu kad hijau, kad kuning dan kad merah. Setiap layangan kad yang diterima akan menghukum pemain seperti berikut.
Kad Hijau Pemain diarahkan untuk berada dalam bangku pegawai teknikal di luar padang untuk selama 2 minit permainan.
Kad Kuning Pemain diarahkan untuk berada dalam bangku pegawai teknikal di luar padang untuk selama tidak kurang 5 minit permainan dan tidak melebihi 10 minit permainan.
Kad merah Pemain menerima hukuman dibuang padang serta merta.
Setiap warna kad ini mempunyai nilai mata demerit yang akan dikutip oleh pemain untuk menentukan jenis tambahan hukuman yang boleh dikenakan. Berikut maklumat tentang mata-mata demerit mengikut jenis warna kad:
Kad Hijau – 2 mata demerit Kad Kuning – 4 mata demerit Kad Merah – 8 mata demerit
Sepanjang kejohanan sekiranya pemain mempunyai jumlah mata demerit terkumpul sebanyak 8 mata maka akan digantung 1 perlawanan seterusnya. 8 mata demerit terkumpul sama ada setelah menerima 4 kad hijau atau 2 kad kuning atau 2 kad hijau bersama 1 kad kuning atau 1 kad merah sepanjang perlawanan yang telah berlangsung.
Tiada tambahan mata! Terengganu Hockey Team(THT) masih kekal tidak berganjak di tempat ke-3 kedudukan Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) setelah mengharungi 3 perlawanan terakhir dan terkini di laman sendiri setelah dinafikan oleh UniKL. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Setelah mengharungi 3 perlawanan terakhir sebelum ini dan terkini sekali lagi terpaksa tewas kepada Universiti Kuala Lumpur(UniKL) yang hadir selaku pasukan pelawat, Terengganu Hockey Team(THT) masih kekal tidak berganjak di tempat ke-3 kedudukan Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020).
Untuk aksi kedua di laman sendiri bertemu perampas Piala Sumbangsih, THT terpaksa akur berkeputusan 2 tanpa balasan sekaligus gagal dalam misi untuk membalas dendam. Keputusan ini juga turut memperbaharui rekod tanpa kalah yang hanya dimiliki oleh UniKL pada musim ini sekaligus selesa untuk berada di puncak kedudukan LHM 2020 dengan kutipan 24 mata.
Aksi kapten Terengganu Hockey Team; Mohd Fitri bin Saari sewaktu bertemu UniKL yang berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk aksi perlawanan ke-8 Liga Hoki Malaysia 2020 pada 2 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebaik sahaja wisel permainan ditiupkan, kerakusan THT bermain tempo tinggi mengejutkan UniKL namun terpaksa menyimpan kad hijau seawal minit ke-4 yang diterima oleh Muhammad Rashid Baharom. Walaupun THT mendominasi permainan namun banyak percubaan gagal untuk menembusi gawang lawan yang dijaga kemas oleh penjaga gol bertaraf dunia; David John Harte.
Pada musim ini merupakan musim ke-3 buat David Harte bersama UniKL dan juga untuk beraksi di pentas Liga Hoki Malaysia sejak 2018. Ternyata pengalaman selaku bekas bkapten pasukan Ireland juga turut pernah beraksi di Piala Dunia 2018 dan Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 menjadi sandaran terbaik buat pasukan pelawat.
Minit demi minit perlawanan kian sengit di mana kedua-dua pasukan mengasak laju saling cuba menguasai bola sekaligus menambah debaran setiap penyokong yang hadir. Kehangatan kian membara sama ada di dalam padang mahupun di luar yang disebabkan oleh beberapa keputusan dari pengadil yang merencatkan tempo permainan.
Aksi Terengganu Hockey Team sewaktu bertemu UniKL yang berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk aksi ke-8 Liga Hoki Malaysia 2020 pada 2 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Setelah berehat untuk separuh masa kedua, kesilapan tuan rumah dihukum dengan jaringan gol pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-33 permainan. Namun keghairahan pasukan pelawat untuk menambah jurang juga turut dihukum pada minit ke-41 dengan layangan kad hijau yang disambut oleh Rafizul Ezry Mustafa. Menambah tekanan, selang dua minit kemudian Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menambah perit buat UniKL untuk kutipan kad kuning. Namun situasi ini gagal dimanfaatkan oleh tuan rumah sehingga tamat suku ke 3 separuh masa kedua permainan.
Berbaki 15 minit lagi perlawanan, kedua-dua pasukan bermain dengan penuh tekanan untuk mencari mata kedudukan liga dan juga reputasi pasukan tuan rumah di hadapan para penyokong. Keputusan pengadil sekali lagi mengejutkan tuan rumah dengan tambahan kad hijau di minit ke-57 milik Muhammad Azri Hassan. Tidak cukup di situ sahaja, selang seminit kemudian pengadil juga turut dengan cemerlang mencetus tekanan untuk menghadiahkan kad hijau Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil. Menambah dramatik, seminit kemudian Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin mengejutkan tuan rumah untuk jaringan gol padang sekaligus menjadi kutipan gol terakhir bagi aksi perlawanan ke-8 LHM 2020 ini. Untuk rekod, sebanyak 4 keping kad hijau dan sekeping kad kuning telah dikeluarkan manakala pada perlawanan pembukaan melibatkan kedua-dua pasukan ini juga sebanyak 4 keping kad hijau telah dilemparkan oleh pengadil.
Seterusnya THT masih lagi beraksi di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk membelasah TNB Thunderbolts yang kini terduduk kedudukan terakhir tangga liga. Aksi perlawanan ke-9 LHM 2020 buat THT ini yang dijadualkan pada 5 Februari 2020 jam 0500 petang merupakan perlawanan ke-3 dari 5 perlawanan di laman sendiri.
Terengganu Hockey Team(THT) masih kekal berada di tangga ke-3 kedudukan Liga Hoki Malaysia 2020 setelah mengharungi 3 perlawanan. Sebelum itu THT telah tercicir satu anak tangga pada aksi perlawanan ke -5 setelah tewas kepada Tenaga Nasional Berhad(TNB) 4-2 pada 22 Januari 2020. Terkini jurang defisit dua gol di laman sendiri setelah dinafikan oleh Universiti Kuala Lumpur(UniKL) yang berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 2 Februari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *THT sahaja
02.02.2020 1700 | 030 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIKL 00-02
JARINGAN GOL UNIKL Muhammad Razie Abd Rahim 33″ Izwan Firdaus bin Ahmad Tajuddin 59″
KAD HIJAU THT – Muhammad Rashid bin Baharom 04″ THT – Muhammad Azri bin Hassan 57″
UNIKL – Rafizul Ezry bin Mustafa 41″ UNIKL – Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil 58″
KAD KUNING UNIKL – Izwan Firdaus bin Ahmad Tajuddin 43″
“Tiada tekanan buat THT kerana bermain di laman sendiri. Walaupun mendahului 6 mata, ianya bukan tekanan buat kami sebaliknya buat pendahulu liga. Bermain di tempat kita, nak takut apa?” ujar Faizal Saari. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pemain profilik Terengganu Hockey Team(THT) juga selaku penjaring gol padang terbanyak dengan 8 gol; Faizal Saari memberi gambaran bahawa tekanan milik pendahulu Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) menjelang perlawanan berbaki kurang dari 24 jam nanti. UniKL selaku pendahulu liga dengan rekod tanpa kalah sehingga kini dilihat selesa berada di tangga kedudukan teratas dengan 21 mata. Namun THT yang berbekalkan 15 mata tetap optimis untuk terus memanjat tangga kedudukan merapatkan jurang. Terkini THT sekali lagi berjaya memperkemaskan kedudukan di tangga ke-3 liga setelah menewaskan Maybank dalam aksi perlawanan ke-7 untuk mengutip 3 mata penuh dalam aksi pertama kali di laman sendiri musim ini.
Aksi bertenaga pemain Terengganu Hockey Team(THT) yang juga anak jati Kuala Terengganu; Faizal Saari(jersi hitam putih) sewaktu membantu pasukan menewaskan Maybank berkeputusan 4 berbalas 1 untuk siri perlawanan ke-7 Liga Hoki Malaysia 2020 yang juga merupakan perlawanan pertama di laman sendiri pada musim ini pada 31 Januari 2020 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Faizal juga turut menjelaskan jadual padat sepanjang musim ini tidak menjadi halangan buat pasukan untuk menempuh setiap perlawanan. Setiap rakan pasukan sentiasa bersedia untuk berada di prestasi terbaik dalam setiap perlawanan.
Anak jati Kuala Terengganu ini juga turut menuntut setiap pemain agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan mudah yang bakal merencatkan perlawanan. Faizal juga turut menegaskan bahawa THT perlu memenangi setiap perlawanan untuk mengutip mata bagi memburu kejayaan musim ini.
Aksi pemain import Terengganu Hockey Team(THT) berusia 24 tahun(lahir 13 Januari 1996); Ammad Shakeel Butt(dua dari kanan) selaku pemain hoki profesional berasal dari Pakistan sewaktu menewaskan Maybank berkeputusan 4 berbalas 1 untuk siri perlawanan ke-7 Liga Hoki Malaysia 2020 yang juga merupakan perlawanan pertama di laman sendiri pada musim ini pada 31 Januari 2020 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kemenangan pertama di laman sendiri bagi musim ini merupakan penanda aras terbaik buat pasukan dan juga penghargaan buat para peminat yang hadir memberi sokongan untuk aksi bertemu UniKL selaku pendahulu LHM 2020 ini.
Walaupun sehingga kini mencatatkan dua kekalahan dan terlepas mempertahankan perebutan Piala Sumbangsih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selaku ketua jurulatih THT tetap mempunyai percaturan tersendiri untuk merebut kejuaraan.
Bekas ketua jurulatih wanita kebangsaan; Muhammad Dhaarma Raj Abdullah galas tugas selaku ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi musim Liga Hoki Malaysia 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Berbanding terdahulu, perlawanan menentang Maybank ini merupakan persembahan terbaik pasukan. Momentum yang kita dapat di laman sendiri ini merupakan masa yang sesuai untuk bertemu UniKL di sini nanti.” ujar ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang kini berusia 51 tahun(lahir 16 November 1969).
Bekas ketua jurulatih kebangsaan ini juga turut menegaskan agar pasukan sentiasa fokus dalam perlawanan. Banyak peluang telah dilepaskan oleh pasukan dalam perlawanan-perlawanan terdahulu walaupun mendominasi permainan sepenuhnya.
Aksi bertenaga pemain Terengganu Hockey Team(THT); B. Namasivayam a/l Matma Nathan(tiga dari kanan) sewaktu membantu pasukan menewaskan Maybank berkeputusan 4 berbalas 1 untuk siri perlawanan ke-7 Liga Hoki Malaysia 2020 yang juga merupakan perlawanan pertama di laman sendiri pada musim ini pada 31 Januari 2020 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Walaupun UniKL selaku pendahulu liga, THT perlu bijak mencuri mata di hadapan penyokong nanti. Sekiranya kemenangan berjaya diraih sekaligus berjaya mencalarkan rekod tanpa kalah yang dimiliki oleh UniKL di bawah kendalian ketua jurulatih Arul Selvaraj.
Perlawanan seterusnya menentang UniKL dijadualkan pada 2 Februari 2020 pada jam 0500 petang bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk. Perlawanan ini merupakan aksi ke-2 buat THT dari 5 perlawanan di laman sendiri untuk sepanjang musim LHM 2020 ini. Liga Hoki Malaysia 2020 melibatkan 60 perlawanan bagi pasukan lelaki dan 34 perlawanan bagi pasukan wanita menjadikan keseluruhan sebanyak 94 pertandingkan berlangsung.
Pada musim ini, sebanyak 5 perlawanan akan beraksi di Stadium Hoki Batu Buruk manakala dua lagi perlawanan selaku tuan rumah akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Pusingan kedua Liga Hoki Malaysia 2020 peringkat separuh akhir dijadualkan bakal bermula pada 19 Februari 2020 dan perlawanan akhir bakal berentap pada 22 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pusingan kedua Liga Hoki Malaysia 2020 bagi Divisyen Premier dan Wanita peringkat separuh akhir dijadualkan bakal bermula pada 19 Februari 2020 dan perlawanan akhir bakal berentap pada 22 Februari 2020.
Terkini THT sekali lagi berjaya memperkemaskan kedudukan di tangga ke-3 liga setelah menewaskan Maybank dalam aksi perlawanan ke-7 untuk mengutip 3 mata penuh dalam aksi pertama kali di laman sendiri musim ini. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *THT sahaja
31.01.2020 1700 | 026 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu TERENGGANU HOCKEY TEAM vs MAYBANK 04-01
JARINGAN GOL THT Jang Jong Hyun 22″ Jang Jong Hyun 43″ Jang Jong Hyun 48″ Muhammad Rashid bin Baharom 53″
MAYBANK Muhammad Nur Asyraf bin Ishak 41″
KAD HIJAU THT – Nabil Fiqri bin Mohd Noor 13″ THT – Muhammad Firdaus bin Omar 40″ MAYBANK – Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah 45″ MAYBANK – Joel Samuel Van Huizen 59″
Aksi kapten Terengganu Hockey Team; Mohd Fitri bin Saari (jersi hitam putih – kiri) bersama import THT Muhammad Umar Bhutta(kanan) mengapit asakan pemain Tenaga Nasional Berhad(TNB) pada aksi ke-5 liga berkeputusan 4-2 pada 22 Januari 2020 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kredit Foto – MHC.org.my
Terengganu Hockey Team(THT) terpaksa berganjak untuk turun satu tangga dengan bekalan 9 mata liga setelah dinafikan oleh Tenaga Nasional Berhad(TNB) selaku tuan rumah di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dalam aksi perlawanan ke-5 dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020). Kedua-dua pasukan ini bergasak seimbang di awal permainan dan TNB merupakan pasukan terawal melakukan pertukaran taktikal melibatkan 6 pemain untuk suku pertama perlawanan.
Pendahulu liga di bawah kendalian ketua jurulatih Nor Saiful Zaini dikejutkan dengan jaringan gol pertama perlawanan milik THT selaku pasukan pelawat yang bijak mengambil peluang gol padang yang disempurnakan oleh Faizal Saari pada minit ke-18 suku kedua perlawanan. Tertekan dengan situasi sedemikian namun gagal dimanfaatkan oleh THT, TNB mengambil masa 10 minit selepas itu untuk mendapatkan gol penyamaan melalui pukulan sudut penalti.
Aksi pemain Terengganu Hockey Team(THT); Muhammad Sufi Ismat Mr Rohulamin(jersi hitam putih) sewaktu menentang Tenaga Nasional Berhad(TNB) pada aksi ke-5 liga berkeputusan 4-2 pada 22 Januari 2020 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kredit Foto – Facebook.com/HokitaMY
Gawang THT milik Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri sekali lagi dibolosi oleh Muhammad Shahril bin Saabah melalui hantaran jaringan gol padang pada minit ke-38 suku ketiga permainan. Percaturan kedua-dua pasukan kian sengit memaksa pemain TNB; Syarman Mat Tee terpaksa menyimpan kemas kad hijau di luar padang. Namun situasi ini masih tidak dapat menterjemah perancangan ketua jurulatih THT; Muhammad Dhaarma Raj Abdullah untuk mencipta ruang yang diperlukan.
Sebaik tamat rehat suku akhir permainan, THT dikejutkan lagi dengan defisit perlawanan hasil dari jaringan gol padang dan pukulan sudut penalti meletakkan TNB selesa mendahului permainan. Gagal untuk mencari peluang pukulan sudut penalti, Faizal Saari sekali lagi terpaksa berhempas untuk menambah jaringan gol padang kedua buat beliau dalam perlawanan ini sekaligus menjadi kutipan gol penutup bagi perlawanan ini. Menambah duka buat THT, di minit terakhir permainan turut dikejutkan dengan layangan kad kuning pertama kepada Muhammad Rashid Baharom.
Liga Hoki Malaysia 2020 melibatkan 60 perlawanan bagi pasukan lelaki dan 34 perlawanan bagi pasukan wanita menjadikan keseluruhan sebanyak 94 pertandingkan berlangsung. Pusingan kedua Liga Hoki Malaysia 2020 bagi Divisyen Premier dan Wanita peringkat separuh akhir dijadualkan bakal bermula pada 19 Februari 2020 dan perlawanan akhir bakal berentap pada 22 Februari 2020. Kredit – MHC.org.my
Seterusnya bagi aksi perlawanan ke-6 LHM 2020, THT dijadualkan untuk bertemu pendatang baharu kejohanan iaitu HOCKADEMY KL pada 29 Januari 2020 jam 0730 petang bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. HOCKADEMY KL yang kini memiliki 6 mata liga berada di tangga kedudukan ke-5 liga turut pernah dibelasah TNB berkesudahan 6 tanpa balasan gol.
Untuk rekod, THT telah mencatatkan 2 kekalahan setelah mengharungi 5 aksi perlawanan LHM 2020. Kekalahan pertama terpaksa ditelan pada perlawanan pembukaan tirai dan juga perebutan Piala Sumbangsih yang gagal dipertahankan setelah tewas tipis kepada UniKL berkeputusan 2-3 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2020.
Terengganu Hockey Team(THT) jatuh satu anak tangga kedudukan terkini Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) setelah tewas kepada Tenaga Nasional Berhad(TNB) pada aksi ke-5 liga berkeputusan 4-2 pada 22 Januari 2020 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *THT sahaja
22.01.2020 1700 | 020 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
TENAGA NASIONAL BERHAD vs TERENGGANU HOCKEY TEAM 04-02
JARINGAN GOL THT Faizal bin Saari 18″ Faizal bin Saari 55″
TNB Syed Mohamad Syafiq bin Syed Cholan 28″ Muhammad Shahril bin Saabah 38″ Muhammad Azrai Aizad bin Abu Kamal 49″ Mohamad Akhimullah bin Anuar Esook 52″
Judoka-judoka Terengganu bersama barisan jurulatih dalam persiapan pasukan ke pentas SUKMA Johor 2020. Kredit Foto – Facebook.com/tgdanish
Menjelang penganjuran sukan dwi tahunan edisi ke-20 temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 yang akan berlangsung pada bulan Julai nanti, atlet judoka-judoka negeri Terengganu membuka lembaran tahun baru untuk terbang ke Manila bagi menjalani sesi latihan antarabangsa pertama bersama pasukan judo kebangsaan Filipina. Judoka-judoka yang dibarisi sepenuhnya anak jati kelahiran negeri Terengganu ini termasuk jurulatih-jurulatih akan berguru selama seminggu di sana bagi menimba pengalaman berprestasi tinggi.
Pasukan kebangsaan Filipina menjadi pilihan bagi program latihan bersama ini memandangkan terdapat judoka-judoka berprofil tinggi termasuk judoka yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun turut di negara itu. Percaturan ini dilihat tepat bagi persiapan pasukan judo Terengganu ke pentas SUKMA yang memerlukan program latihan dan pertandingan berimpak tinggi untuk menjadi penanda aras terbaik buat persediaan pasukan.
Majlis Sukan Negeri Terengganu merupakan venue latihan rasmi bagi pasukan sukan judo negeri Terengganu Darul Iman. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Filipina menjadi destinasi siri jelajah program latihan antarabangsa pertama di mana seterusnya bakal singgah ke beberapa negara lain yang juga merupakan kuasa besar sukan judo sebelum beraksi di Johor nanti. Persatuan Judo Negeri Terengganu mendapat kepercayaan besar daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pemegang taruh untuk merangka pelbagai program latihan berimpak tinggi demi memastikan sasaran pingat emas menjadi keutamaan sekaligus mempertahankan gelaran selaku juara keseluruhan. Hasil program pembangunan sukan judo di negeri Terengganu yang mensasarkan bakat-bakat anak jati tempatan, kini seramai 56 atlet judo menjalani latihan sepenuh masa di bawah kendalian 4 tenaga jurulatih.
Untuk rekod, kem judo negeri Terengganu ini di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan berpengalaman besar; Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih yang juga baru selesai menggalas tanggung jawab di Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini. Anak jati negeri Terengganu ini telah membimbing pasukan judo Terengganu sejak 2007.
Ketua jurulatih skuad judo Terengganu Hanelang; Marjan Abdullah merupakan anak jati Paka yang turut dilantik menjadi ketua jurulatih pasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan SEA Filipina 2019 yang lalu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Bagi kita adalah medan terbaik tahun ini untuk membuat pemilihan. Sebab hampir 50% atlet kita yang dah habis sekolah. Jadi saya boleh bagi 100% program latihan tanpa gangguan untuk tiga sesi latihan satu hari untuk atlet-atlet yang dah habis sekolah.”, ujar Ketua Jurulatih Judo Negeri Terengganu; Marjan Abdullah.
Marjan juga turut mengulas kepada PenyuSukan.com bahawa atlet-atlet sukan judo negeri ini yang tidak layak untuk bertanding di pentas SUKMA Johor 2020 nanti kini dalam rangka persediaan pasukan untuk beraksi di pentas kejohanan antarabangsa dan SUKAN SEA Hanoi 2021.
Barisan pemain-pemain pasukan bola sepak Markless Soccer Team yang berjaya menempah slot ke pentas akhir perebutan Piala Terengganu Amateur League 2019. Kredit Foto – Facebook.com/marklessst
Setelah 3 musim berturut-turut terkandas di pusingan separuh akhir perebutan Piala Terengganu Amateur League(TAL), akhirnya tuah memihak kepada Markless Soccer Team(Markless ST) setelah berjaya menafikan Besut United berkeputusan 3 tanpa sebarang balasan gol dalam cuaca hujan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Bertambah manis kejayaan ini juga sekaligus melunaskan hutang di mana pada musim lalu Besut United turut telah menafikan pada perlawanan yang sama untuk menempah tiket ke pentas akhir.
Markless ST juga turut mencalar sedikit rekod pasukan lawan ini di mana pada musim ini Besut United sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super TAL dengan rekod tanpa kalah sepanjang perjalanan liga musim ini. Mara ke pentas akhir Piala TAL 2019 ini sememangnya memberi satu keterujaan buat Mohd Salleh Isa selaku pemilik pasukan yang telah banyak melabur sejak penubuhan pasukan.
‘Respect All Fear None’ menjadi azimat buat pasukan Markless Soccer Team yang telah ditubuhkan sejak 2017. Kredit Foto – Facebook.com/marklessst
Menempah slot ke pentas akhir ini juga sedikit sebanyak bakal memahat kenangan nostalgia buat beberapa pemain utama pasukan Markless ST ini yang tidak dapat lagi untuk beraksi pada musim hadapan memandangkan peraturan TAL hanya mempertaruhkan pemain berusia bawah 25 tahun sahaja.
Anak jati Setiu, Akram Asidi(jersi bernombor 17) merupakan bekas pemain kebangsaan skuad bawah 16 tahun di pentas Konfederasi Bola Sepak Asia(Asian Football Confederation) pada 2011 dan kini bersama Markless ST untuk saingan kempen Terengganu Amateur League. Kredit Foto – Agensi
Penampilan sulung Markless ST di pentas gelanggang TAL pada 2017 turut telah dibarisi beberapa pemain anak jati Terengganu yang berpengalaman di pentas Asia bersama pasukan kebangsaan, Piala Presiden dan Piala Belia. Begitu juga dengan jurulatih pasukan ini yang merupakan anak jati Batu Buruk; Muhamad Ridzuan Mazlan yang mengutip pengalaman besar sepanjang bersama pasukan UPB MyTeam dan T-Team FC.
Pemilik Markless Soccer Team; Mohd Salleh Isa. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Tertubuhnya pasukan di Kuala Nerus ini di atas dasar berkawan. Setiap pemain yang diambil atas dasar berkawan tanpa mengira dari mana kampung mahupun daerah dalam negeri Terengganu ini… mereka hendak bermain dan saya rasa terpanggil untuk wujudkan ruang dan peluang buat mereka yang tidak mendapat tempat di mana-mana pasukan yang bertanding. 3 musim kami terkandas di pusingan separuh akhir berturut – turut sejak penampilan pertama. Pada musim ini pemain kami nekad untuk muncul juara kerana terdapat sebilangan pemain kami yang terpaksa meninggalkan pasukan ini di musim hadapan dengan satu kenangan terpahat di hati mereka.” ujar pemilik Markless Soccer Team; Mohd Salleh Isa kepada PenyuSukan.com.
Mengulas untuk bertemu Kerteh FC yang turut mara ke pentas akhir nanti, Mohd Salleh berkata pasukan itu merupakan pasukan pilihan kejohanan selaku juara Liga Premier TAL yang perlu dihormati. Setiap pasukan yang mara ke pentas akhir masing-masing mempunyai peluang sama rata kerana telah membuktikan kemampuan masing-masing pada perlawanan sebelumnya.
Sebanyak 20 pasukan dari kelompok Liga Super dan Liga Premier telah berentap bagi kempen Terengganu Amateur League 2019. Tamat saingan liga degan 2 juara telah dimuktamadkan maka seterusnya akan berlangsung saingan Piala TAL dengan 4 pasukan dari Liga Premier dan 6 pasukan dari Liga Super. Kredit Foto – Facebook.com/terengganuamateurleague
Beliau juga turut menzahirkan tanda terima kasih kepada pihak penganjur TAL kerana kekal komited untuk meneruskan musim liga ini sejak 2015 dan bukan hanya menjadi penganjuran pertama kali dan yang terakhir. Tidak dinafikan penganjuran ini memerlukan kos yang besar dan kesungguhan penganjur untuk mencari tajaan-tajaan bagi menampung kos wajar dipuji.
Pemain tengah Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT); Fazilla Sylvester Silin membuat kejutan dengan menghadiahkan jaringan pukulan sudut penalti di saat-saat akhir permainan di hadapan penyokong di laman sendiri setelah pasukan pelawat PDRM Blue Warriors hampir-hampir untuk mengikat keputusan perlawanan dalam aksi ke-3 buat pasukan kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 18 Januari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Gergasi hoki wanita pantai timur; Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) membuat kejutan di saat-saat akhir penentuan perlawanan penuh dramatik untuk tidak pertama kali mengecewakan penyokong-penyokong di laman sendiri. Dorongan laju pukulan sudut penalti di hadapan gawang lawan oleh Fazilla Sylvester Silin di minit ke-60 memecah kebuntuan perlawanan amat memberi tekanan kepada para penyokong sendiri setelah banyak peluang terpaksa dibazirkan oleh pasukan tuan rumah. 3 mata liga yang dikutip ini sekaligus mendahului pasukan pelawat; PDRM Blues Warriors di tangga kedudukan terkini Liga Hoki Wanita Malaysia 2020(LHWM 2020).
Aksi pemain tengah Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan; Fazilla Sylvester Silin membuat penampilan kali kedua bersama pasukan pada kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 sewaktu menentang PDRM Blue Warriors di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 18 Januari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kudrat pemain kebangsaan Fazilla Sylvester Silin yang beraksi di posisi tengah pasukan terpaksa berhempas pulas dari awal permainan bersama pasukan untuk sentiasa mencipta ruang dan peluang yang mampu direncanakan oleh jentera serangan. Namun beberapa kesilapan mudah merencatkan segala taktikal permainan yang telah dirancangan oleh Mohd Nasihin Nubli Ibrahim ketua jurulatih bagi musim ini.
Anak jati Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Tuan Nurhidayah bt Tuan Ismail merupakan pemain penyerang Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) kini berusia 21 tahun (lahir 13/01/1999) telah membuat penambilan bersama pasukan untuk musim ke-3 pada kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Lima minit awal amat memberi tekanan buat pasukan dengan keadaan matahari cuaca petang yang panas. Setelah berehat suku pertama permainan baru dapat mengawal permainan dengan baik. Pengalaman besar pemain-pemain kebangsaan dalam pasukan ini amat membantu pemain muda untuk beraksi pada hari ini. Musim ini banyak perlawanan hadir selaku pasukan pelawat sedikit sebanyak menganggu persediaan pasukan khususnya untuk latihan bersama.”; ujar anak jati Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail yang baru menyambut hari kelahiran pada 13 Januari lalu kini telah bersama TLHT sebanyak 3 musim.
Stamina yang dimiliki oleh pasukan pelawat memaksa pasukan tuan rumah terpaksa membuat beberapa pertukaran pemain seawal minit ke-3 permainan. PDRM Blues Warriors yang hanya dibarisi seramai 3 pemain bertaraf kebangsaan dan 2 pemain import dilihat mampu untuk memberi tekanan kepada penyandang juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 dan juga pemilik Piala Vivian May musim lalu namun masih tumpul di jentera penyudah.
Menambah duka di minit ke-42 permainan, jaringan kencang oleh Fatin Naimah Zaki terpaksa dibatalkan oleh pengadil sekaligus mengembalikan penguasaan padang kepada pasukan pelawat. Sehingga tamat permainan, sememangnya pujian harus diberikan kepada Fazilla Sylvester Silin yang membantu pasukan di saat akhir agar para penyokong tidak pulang dengan kecewa.
Pemain tengah Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan; Fazilla binti Sylvester Silin kini berusia 33 tahun (lahir 09/05/1987) berasal dari Mukah, Sarawak membuat penampilan kali kedua bersama pasukan pada kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Perlawanan ini memang mendebarkan kerana kita perlu mendapat 3 mata penuh di tempat sendiri. Saya amat teruja bermain di Batu Buruk ini kerana mempunyai penonton yang sentiasa hadir untuk memberi sokongan. Jika bercerita tentang hoki, peminat dan penyokong di Terengganu ini memang terbaik berbanding lain-lain negeri!” ujar Fazilla Sylvester Silin yang kini berusia 33 tahun sebagai pegawai bomba di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Fazilla juga membuat penampilan kedua bersama TLHT sebagai pemain tengah pada musim ini. Beliau yang berasal dari Mukah, Sarawak telah membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan dan turut membawa pulang pingat emas sewaktu misi ke Sukan SEA 2007 di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) raih 3 mata liga di saat – saat akhir yang amat berharga dalam perlawanan pertama di laman sendiri sendiri dengan kemenangan 1 tanpa balasan dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 sewaktu melayan kunjungan PDRM Blue Warriors di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 18 Januari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Aksi siri perlawanan ke-3 LHWM 2020 ini juga merupakan buat pertama kali pasukan TLHT beraksi di laman sendiri sejak membuka tirai musim ini pada 11 Januari lalu. Perlawanan ini juga turut tidak dicemari dengan insiden layangan kad kepada pemain. Seterusnya bagi aksi ke-4 LHWM 2020 yang dijadualkan pada 22 Januari nanti, TLHT bakal berkunjung selaku ‘tuan rumah’ ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil untuk membelasah Mutiara Impian-MSSPP-PSHA yang kini berada di tangga tercorot liga. Sehingga kini pasukan dari Pulau Pinang ini masih berjaya mengekalkan rekod kalah sepenuhnya setelah mengharungi 3 perlawanan.
Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) masih kekal berada di tangga kedudukan ke-3 semasa Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 manakala PDRM Blue Warriors terpaksa turun dua anak tangga setelah dicuri oleh PKS Uniten. pada Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI WANITA MALAYSIA 2020 *TLHT sahaja
17.01.2020 1700 | 015 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM vs PDRM BLUE WARRIORS 01-00
Gergasi hoki pantai timur Terengganu Hockey Team(THT) ungguli kumpulan perlawanan siri ke-4 Liga Hoki Malaysia 2020 dengan meraih kemenangan besar melalui 4 jaringan pukulan sudut penalti dan 1 gol padang untuk menewaskan UiTM berkeputusan 5 berbalas 3. Kredit Foto – Facebook.com/HokitaMY
Terengganu Hockey Team(THT) dikejutkan dengan layangan kad kuning pertama buat pasukan yang terpaksa ditelan oleh Jung Manjae pada minit ke-51 sewaktu menentang Universiti Teknologi Malaysia(UITM) untuk babak perlawanan ke-4 Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) ini. Situasi yang merencatkan taktikal THT ini sekali lagi menyebabkan gawang THT terpaksa menelan jaringan gol padang oleh pasukan lawan pada minit seterusnya. Jaringan yang merapatkan jurang permainan ini memaksa THT mendahului permainan 4-3 dalam penuh tekanan pada suku akhir separuh masa kedua permainan di Stadium Hoki Tun Razak ini.
Sebelum itu seawal minit pertama permainan, Jang Jong Hyun juga turut mengejutkan pasukan lawan dengan ledakan gol hasil dari pukulan sudut penalti. Setelah berehat seketika di suku kedua separuh masa pertama permainan, UITM mengejutkan THT dengan dua jaringan gol padang sekaligus mendahului permainan berkeputusan semasa 2-1. Situasi tegang ini memaksa pemain senior THT yang juga merupakan pemain kebangsaan; Faizal Saari untuk mengikat keputusan semasa melalui jaringan gol padang di minit ke-28. Selang seminit kemudian, THT sekali lagi diuji di mana terpaksa menyimpan kad hijau pertama dalam perlawanan ini yang diterima oleh Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran.
Terengganu Hockey Team(THT) kini di bawah kendalian ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah bagi saingan kempen Liga Hoki Malaysia 2020. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu
Sebaik wisel separuh masa kedua permainan ditiup, Mohd Fitri Saari yang juga kapten pasukan terpaksa mencipta jaringan gol padang di minit ke-33 sebelum insiden kad kuning untuk membakar semangat juang pasukan sekaligus kembali mendahului permainan dengan bekalan keputusan semasa 4-2. Insiden kad kuning memberi kelebihan buat UITM kembali bertenaga merapatkan jurang dan hanya perlu menambah 1 lagi jaringan gol untuk mengikat perlawanan. Namun dalam keghairahan untuk mengikat perlawanan di minit-minit akhir permainan, kesilapan taktikal UITM membawa padah sekaligus memberi peluang yang amat dinantikan oleh pakar pukulan sudut penalti; Jang Jong Hyun menambah jaringan gol di minit ke-54 permainan sekaligus membunuh semangat juang UITM hingga tamat permainan.
Setelah mengharungi 4 perlawanan, UiTM hanya berjaya mencatatkan satu kemenangan dalam perlawanan pembukaan menentang Kedah/Nurinsafi HT berkeputusan 4 berbalas 1. Tewas kepada THT bagi perlawanan ke-4 ini namun UiTM masih mampu untuk mencuri 3 gol menjadikan jumlah terbesar setakat ini dalam semua setiap perlawanan yang tewas sebelum ini. Manakala sehingga kini THT hanya tewas sekali kepada UniKL dalam perlawanan pembukaan liga sekaligus terpaksa memulangkan Piala Sumbangsih yang dimiliki pada musim lalu. Kemenangan ini meletakkan THT berada di tangga ke-3 kedudukan semasa LHM 2020 manakala UITM di tangga ke-5.
Pada perlawanan seterusnya, gergasi hoki pantai timur ini dijadualkan untuk bertandang selaku pasukan pelawat bertemu pendahulu liga iaitu Tenaga Nasional Berhad(TNB) pada 22 Januari 2020 jam 0500 petang bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Terkini TNB yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah telah membelasah pendatang baharu kejohanan iaitu HOCKADEMY KL berkeputusan 6 tanpa balasan.
Perlawanan ke-4 buat Terengganu Hockey Team(THT) menafikan UITM berkeputusan 5 berbalas 3 sekaligus menambah 3 mata untuk menduduki tempat ke-3 tangga Liga Hoki Malaysia 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation/
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *THT sahaja
17.01.2020 1700 | 015 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 05-03
JARINGAN GOL THT Jang Jong Hyun 01″ Faizal bin Saari 28″ Mohd Fitri bin Saari 33″ Jang Jong Hyun 50″ Jang Jong Hyun 54″
UITM Danial Asyraf bin Abdul Ghani 21″ Mohamad Zulhamizan bin Awang Abas 24″ Muhammad Luqman Hakim Mohamad Asri 52″
Kad Hijau UITM – Luqman Nul Hakim bin Ahmad Shukran 29″
Kejohanan Ragbi Marang 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan 2019 merupakan kejohanan ragbi anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST), Majlis Sukan Sekolah Daerah Marang dan Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai yang terletak di Kampung Padang Pak Wan, Marang.
Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Marang selaku tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Ragbi Marang 7s Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 17-18 Januari 2020 nanti. Sehingga kini sebanyak 24 pasukan sekolah dari pelbagai negeri telah mengesahkan penyertaan.
Kontijen tuan rumah merupakan jumlah pasukan terbesar iaitu sebanyak 12 pasukan diikuti Kelantan untuk 4 pasukan, Pahang dan Selangor diwakili 3 pasukan manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing mempertaruhkan satu pasukan.
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari penganjuran ini akan bermula seawal jam 0800 pagi di mana pusingan awal peringkat kumpulan berentap pada hari pertama dan peringkat akhir kejohanan di hari kedua penganjuran. Majlis penutup kejohanan ini dijangkakan pada jam 0500 petang di hari terakhir perlawanan.
SENARAI PASUKAN KEJOHANAN RAGBI MARANG 7s B12 KEBANGSAAN
Aksi pemain Kedah/Nurinsafi HT(jersi merah biru) sewaktu perlawanan menentang Terengganu Hockey Team(THT). Kedah/Nurinsafi HT berjaya membuat kejutan dengan jaringan gol pertama perlawanan seawal minit ke-3 namun tewas kepada THT berkeputusan 8 berbalas 2 dalam aksi perlawanan ke-3 Liga Hoki Malaysia 2020 buat kedua-dua pasukan bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 15 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Aksi perlawanan ke-3 buat gergasi hoki pantai timur, Terengganu Hockey Team dikejutkan dengan bolosan gol padang seawal minit ke-3 oleh pasukan bukan pilihan kejohanan iaitu Kedah/Nurinsafi HT yang berjaya dipukul padu oleh Muhammad Azfar Yaqoob.
Tersentak dengan jaringan itu, THT hadir selaku penyandang juara Liga Hoki Malaysia musim lalu pantas mengantur serangan untuk memberi ruang gol padang kepada Muhammad Rashid Baharom bagi memastikan gol penyamaan dikira pada minit ke-5 permainan. Selang dua minit kemudian, THT sekali lagi berjaya menambah gol padang yang disempurnakan oleh Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran.
Aksi pemain Terengganu Hockey Team; Faizal bin Saari(kanan) setelah membantu pasukan dengan dua jaringan gol padang untuk menewaskan Kedah/Nurinsafi HT berkeputusan 8 berbalas 2 dalam aksi perlawanan ke-3 Liga Hoki Malaysia 2020 buat kedua-dua pasukan bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 15 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Selesa mendahului perlawanan seketika sekali lagi THT dihukum dengan dengan jaringan padu gol padang oleh Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi di minit ke-11 permainan untuk mengikat keputusan terikat 2 berbalas 2 sehingga tamat suku pertama permainan.
Hasil percaturan strategi oleh ketua jurulatih THT Muhammad Dhaarma Raj Abdullah sewaktu rehat suku pertama permainan berjaya diterjemahkan sebaik mungkin oleh para pemain bagi mencipta ruang buat pakar pakar pukulan sudut penalti; Jung Manjae untuk menyumbang gol di minit ke-21. Situasi dua pemain Kedah/Nurinsafi HT yang menerima layangan kad hijau merencatkan rentak taktikal pasukan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Faizal Saari untuk membolos padu hasil jaringan gol padang di minit ke-29.
Aksi kapten Terengganu Hockey Team; Mohd Fitri bin Saari (jersi hitam putih – tiga dari kiri) sewaktu menewaskan Kedah/Nurinsafi HT berkeputusan 8 berbalas 2 dalam aksi perlawanan ke-3 Liga Hoki Malaysia 2020 buat kedua-dua pasukan bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 15 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Penguasaan padang sepenuhnya di ‘laman sendiri’ oleh THT pada minit-minit suku ketiga separuh masa kedua permainan sekali lagi berjaya mencipta jurang perlawanan dengan tambahan dua gol padang hasil pukulan padu oleh Muhammad Sufi Ismat Mr Rohulamin dan Muhammad Azri bin Hassan.
Faizal Saari sekali lagi mencipta sensasi kejohanan di minit ke-48 suku akhir separuh masa kedua permainan dengan menyumbang jaringan gol padang kedua untuk perlawanan ini. Keghairahan THT untuk terus ‘melaukkan’ pasukan pelawat ini telah direntap oleh pengadil yang menghadiahkan kad hijau sulung kepada Jung Manjae di minit ke-49.
Namun berbaki 4 minit sebelum wisel penamat ditiupkan, Luqman Nul Hakim bin Ahmad Shukran sekali lagi menghadiahkan jaringan gol padang sekaligus menjadi gol terakhir menoktahkan Kedah/Nurinsafi HT berkeputusan 8 berbalas 2 jaringan gol yang dikutip.
Ketua jurulatih pasukan Hoki Terengganu(THT) yang juga merupakan bekas ketua jurulatih wanita kebangsaan; Muhammad Dhaarma Raj Abdullah. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu
“Perlawanan hari ini, kita bermula dengan tidak berapa bagus untuk ketinggalan 1-0. Selepas kita mendahului 2-1 pun kita masih melepaskan gol lemah. Mindset untuk perlawanan ini nampak macam leka menyebabkan membawa padah di awal permainan. Setelah menegur para pemain, baru nampak kesungguhan dalam permainan. Kita perlu mengambil situasi ini dengan serius agar tidak berulang pada perlawanan akan datang. ” jelas ketua jurulatih THT, Muhammad Dharma Raj Abdullah.
Seterusnya untuk perlawanan ke-4 buat THT akan bertandang ke Stadium Hoki Tun Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku ‘tuan rumah’ untuk bertemu pasukan UITM yang dijadualkan pada 17 Januari 2020 jam 0500 petang.
Terengganu Hockey Team(THT) di tangga kedudukan ke-3 semasa Liga Hoki Malaysia 2020 setelah mengharungi 3 perlawanan dengan meraih 2 kemenangan. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *THT sahaja
15.01.2020 1700 | 009 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil TERENGGANU HOCKEY TEAM vs KEDAH/NURINSAFI HT 08-02
JARINGAN GOL THT Muhammad Rashid bin Baharom 05″ Luqman Nul Hakim bin Ahmad Shukran 07″ Jung Manjae 21″ Faizal bin Saari 29″ Muhammad Sufi Ismat bin Mr Rohulamin 36″ Muhammad Azri bin Hassan 42″ Faizal bin Saari 48″ Luqman Nul Hakim bin Ahmad Shukran 56″
KEDAH/NURINSAFI HT Muhammad Azfar Yaqoob 03″ Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi 11″
Kekalahan pertama buat Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) setelah dinafikan oleh HOCKADEMY KL di minit ke-58 dalam perlawanan penuh dramatik untuk aksi kedua Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pg/HokitaMY
Jurang 1 gol di minit-minit akhir ternyata merencatkan rentak Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) untuk mencipta rekod tanpa kalah setelah tewas di minit-minit akhir kepada HOCKADEMY KL berkeputusan 2 berbalas 1. Perhintungan yang menjadi tumpuan pada perlawanan kedua setiap pasukan ini menyaksikan TLHT turun selaku penyandang juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 dan juga pemilik Piala Vivian May musim lalu manakala HOCKADEMY KL merupakan pendatang baharu yang dibarisi sebahagian besar pemain-pemain berpengalaman besar di pentas antarabangsa.
Menambah menarik pasukan baharu ini adalah di bawah kendalian bekas ketua jurulatih TLHT musim lalu; Iman Gobinathan Abdullah yang berjaya membuat percaturan untuk muncul juara berganda buat gergasi pasukan hoki wanita dari pantai timur ini.
Gol pertama permainan milik TLHT yang disumbangkan melalui pukulan sudut penalti oleh Juliani bt Mohamad Din seawal minit ke-10 permainan namun saingan yang amat sengit dari pasukan lawan sehingga mengheret tamat suku kedua separuh masa pertama permainan tanpa sebarang tambahan jaringan.
Pada suku ketiga separuh masa kedua permainan, penjaga gawang TLHT terpaksa akur untuk melepaskan jaringan penyamaan melalui hantaran gol padang yang disempurnakan oleh Nuramirah Shakirah bt Zulkifli di minit ke-43 permainan. Tekanan mula dirasai buat anak buah Mohd Nasihin Nubli untuk memastikan TLHT kembali mendahului permainan memandangkan masa kian dicuri oleh pengadil perlawanan.
Namun berbaki 2 minit sebelum wisel penamat ditiup, pemain kebangsaan Wan Norfaiezah bt Md Saiuti meranapkan semangat TLHT dengan jaringan gol padang memecah kebuntuan sekaligus menjadi gol terakhir pada perlawanan penuh sengit ini.
Untuk rekod, sepanjang perlawanan TLHT melakukan pertukaran pemain sebanyak 6 pemain yang dimasukkan seawal suku pertama separuh masa perlawanan manakala HOCKADEMY KL hanya melakukan 4 pertukaran pemain pada masa yang sama. Kedua-dua pasukan ini tidak melakukan sebarang pertukaran pemain sehingga ke tamat permainan.
Tiada sebarang layangan kad di bawa pulang oleh setiap pasukan. Keputusan perlawanan ini meletakkan TLHT berada di tangga ke-3 kedudukan semasa liga di atasi HOCKADEMY KL selaku peneraju liga dan PDRM BLUE WARRIORS di tangga kedua.
Terkini PDRM BLUE WARRIORS telah ditewaskan oleh PKS Uniten berkeputusan 2 tanpa balasan. Perbezaan jumlah jaringan gol sepanjang liga juga menjadi penentu kedudukan penentuan di tangga Liga Hoki Malaysia ini walaupun PDRM BLUE WARRIORS dan PKS Uniten masing-masing mencatatkan 1 kemenangan.
Seterusnya bagi aksi perlawanan ke-3, TLHT dijadualkan untuk berentap bersama PDRM BLUE WARRIORS di laman sendiri pada 18 Januari 2020 jam 0500 petang. Stadium Hoki Batu Buruk merupakan venue rasmi kejohanan Liga Hoki Malaysia buat pasukan TLHT dan THT untuk beraksi di laman sendiri.
Pasukan hoki wanita Terengganu; Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) catat kekalahan pertama dalam perlawanan kedua Liga Hoki Malaysia 2020 setelah tewas tipis kepada HOCKADEMY KL berkesudahan 2 berbalas 1 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI WANITA MALAYSIA 2020 *TLHT sahaja
14.01.2020 1700 | 05 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil HOCKADEMY KL vs TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM 02-01
Sebanyak RM7,300 ganjaran wang tunai keseluruhan menanti pasukan-pasukan sepak takraw seluruh negara khususnya pasukan-pasukan sekitar negeri Terengganu ini memandangkan kejohanan ini akan berlangsung di Dewan FRU Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Kejohanan akan berlangsung seawal 0830 pagi pada 25-26 Januari 2020 bertempat di Dewan FRU Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Ganjaran wang tunai yang agak lumayan ini sudah pasti penganjuran kejohanan ini bakal mempamerkan aksi-aksi bertaraf tinggi bagi setiap pasukan yang mengintai peluang memburu kejayaan.
Sehingga kini sebanyak 36 pasukan sudah mengesahkan penyertaan di mana pasukan ternama seperti PKNS SepakTakraw yang dibarisi beberapa pemain berpengalaman di pentas antarabangsa juga turut hadir berentap. Kejohanan ini juga bakal diserikan dengan kehadiran pemain-pemain yang pernah beraksi di pentas Sepak Takraw League(STL) meletakkan satu penanda aras terbaik buat penganjuran ini.
Ngeng Gadget Station merupakan kedai aksesori telefon berpusat di pekan Kuala Berang penaja utama kejohanan ini. Selain itu pengeluar peralatan sukan sepak takraw terkemuka, Gajah Emas merupakan rakan penaja yang akan menaja peralatan sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Sebarang pertanyaan tentang penganjuran Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Piala Ngeng Gadget boleh hubungi:
Aksi kapten Terengganu Hockey Team; Mohd Fitri bin Saari (jersi hitam putih – dua dari kiri) bersama Muhammad Rashid bin Baharom(kanan) yang turut membantu pasukan meraih kemenangan sulung dalam aksi kedua Liga Hoki Malaysia 2020 menentang TNB Thunderbolts berkesudahan 5 tanpa balasan untuk aksi kedua Liga Hoki Malaysia 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 12 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Berkeputusan 5 tanpa balasan memberi kemenangan pertama buat Terengganu Hockey Team(THT) dalam aksi kedua saingan Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) mengiringi pemergian arwah Syamiru Aiman Bidin yang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1148 pagi (12 Januari 2020) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat penyakit kanser.
Pemergian ini sudah pasti teramat memberi kesan yang amat dalam kepada rakan-rakan sepejuangan yang pernah beraksi bersama sebelum ini. Pada perlawanan ini setiap pemain kedua-dua pasukan turut bertafakur selama seminit sebelum perlawanan bagi memperingati pemergian Allahyarham Syamiru Aiman Bidin.
Aksi pemain Terengganu Hockey Team; Nabil Fiqri bin Mohd Noor (jersi hitam putih) yang turut membantu pasukan meraih kemenangan sulung dalam aksi kedua Liga Hoki Malaysia 2020 menentang TNB Thunderbolts berkesudahan 5 tanpa balasan untuk aksi kedua Liga Hoki Malaysia 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 12 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sekali lagi menjadi menjadi venue bagi aksi perlawanan kedua buat THT menentang TNB Thunderbolts menyaksikan 3 jaringan gol pukulan sudut penalti disumbangkan oleh Jang Jong Hyun, Faizal bin Saari turut menambah satu jaringan pukulan sudut penalti dan juga tidak ketinggalan satu gol padang yang dihadiahkan oleh Nuhammad Abid Sufian bin Mat Ruslee pada minit ke-60 perlawanan. Perlawanan ini juga turut dicemari dengan insiden layangan kad kuning yang dikepit kemas oleh pemain TNB Thunderbolts Izzuan bin Ismail pada minit-minit akhir permainan. Sebelum itu dua layangan kad hijau turut cemerlang disambut oleh kedua-dua pasukan ini.
Ketua jurulatih pasukan Hoki Terengganu(THT) yang juga merupakan bekas ketua jurulatih wanita kebangsaan; Muhammad Dhaarma Raj Abdullah. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu
“Apabila kami mendahului tiga jaringan dalam suku kedua permainan, kami mula memperlahankan rentak dan sepatutnya kami perlu menambah seberapa banyak jaringan khususnya melalui pukulan sudut penalti kerana ia (jumlah jaringan) bakal beri impak yang besar untuk kedudukan dalam liga,” jelas jurulatih THT, Muhammad Dharma Raj Abdullah.
Berjaya mengutip 3 mata pertama liga ini sekaligus memperbaiki kedudukan tangga liga untuk berada di tempat ke-4 di belakang pasukan UniKl, Maybank dan Tenaga National Berhad. Sebelum ini THT terpaksa melepaskan kembali Piala Sumbangsih kepada penyandang juara Liga Hoki Malaysia musim lalu; UniKL setelah tewas tipis 3 berbalas 2 dalam perlawanan pembukaan tirai LHM 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Kekalahan pertama di awal musim ini juga sekaligus tidak memberi sebarang kelebihan bekalan mata buat pasukan dari pantai timur ini untuk percaturan liga pada perlawanan seterusnya.
Aksi pemain import Terengganu Hockey Team; Jung Manjae(jersi hitam putih-dua dari kanan) yang turut membantu pasukan meraih kemenangan sulung dalam aksi kedua Liga Hoki Malaysia 2020 menentang TNB Thunderbolts berkesudahan 5 tanpa balasan untuk aksi kedua Liga Hoki Malaysia 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 12 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Seterusnya THT dijadualkan untuk bertemu Kedah/Nurinsafi HT untuk aksi ketiga peringkat pusingan awal LHM 2020 ini. Sebelum itu, Kedah/Nurinsafi HT telah ditewaskan oleh Tenaga Nasional Berhad(TNB) berkeputusan 1 berbalas 6 sekaligus meletakkan pasukan dari utara ini di tangga tercorot kedudukan semasa liga.
Gergasi hoki pantai timur; Terengganu Hockey Team(THT) memperbaiki tangga kedudukan semasa untuk berada di tangga ke-4 setelah berjaya mengutip 3 mata penuh liga setelah menewaskan TNB Thunderbolts berkesudahan 5 tanpa balasan untuk aksi kedua Liga Hoki Malaysia 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 12 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *THT sahaja
12.01.2020 1700 | 005 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil TNB THUNDERBOLTS vs TERENGGANU HOCKEY TEAM 00-05
THT Jang Jong Hyun 08″ Jang Jong Hyun 13″ Jang Jong Hyun 24″ Faizal bin Saari 40″ Nuhammad Abid Sufian bin Mat Ruslee 60″
Kad Hijau TNB Thunderbolts – Muhammad Syahir Hasif bin Harun 40″ THT – Nurafiqah bt Abdul Rahman 43″
Kad Kuning TNB Thunderbolts – Izzuan bin Ismail 56″
Hari ini menjadi satu khabar suram buat peminat-peminat hoki tempatan khususnya peminat-peminat mahupun penggiat sukan hoki di negeri Terengganu ini apabila Syamiru Aiman Bidin yang berusia 27 tahun disahkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1148 pagi (12 Januari 2020) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Perkembangan bekas pemain pasukan hoki Terengganu Hockey Team(THT) yang banyak mencipta sejarah sejak awal penubuhan pasukan ini telah dimaklumkan dalam satu hantaran status di laman Facebook Persatuan Hoki Negeri Terengganu (facebook.com/TerengganuHT) pada jam 0130 tengah hari yang memaklumkan bahawa arwah Syamiru Aiman Bidin telah menghembuskan nafas terakhir oleh kerana mengidap penyakit kanser. Arwah akan dikebumikan di kampung halaman bertempat di Kampung Kua, Ajil sebaik sahaja selepas waktu solat Asar hari ini.
Persatuan Hoki Negeri Terengganu melalui satu hantaran status di Facebook pada jam 0130 tengah hari bertarikh 12 Januari 2020 memaklumkan bahawa arwah Syamiru Aiman Bidin mengidap penyakit kanser dan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/TerengganuHT
Sebelum itu pada 29 Disember 2019 yang lepas, PenyuSukan.com mendapat makluman bahawa arwah dalam keadaan lemah dan turut pengsan telah dihantar untuk rawatan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Setelah menerima rawatan dan keadaan beransur pulih untuk dibenarkan untuk pulang namun sekali lagi pengsan sebelum terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Arwah Syamiru Aiman Bidin yang ditempatkan di katil 2E Wad 5EF Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebaik sahaja dipindahkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pada saingan kempen Piala Razak yang baru melabuh tirai kejohanan pada September lalu, arwah turut pernah bersama membantu pasukan THT sehingga mara tempat ke-3 setelah menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebelum itu arwah pertama kali bersama THT untuk saingan Liga Hoki Malaysia adalah pada 2013 sehingga 2016 sering kali beraksi di posisi tengah pasukan. Pada musim 2014, arwah bersama pasukan mencipta sensasi kejohanan dengan meraih kemenangan dalam perlawanan akhir Liga Hoki Malaysia menentang Kelab Hoki Sapura berkeputusan 9 berbalas dua di laman sendiri(Stadium Hoki batu Buruk Kuala Terengganu). Arwah juga turut pernah mewakili Terengganu ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) di Perlis pada tahun 2014.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Syamiru Aiman Bidin, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan insan beriman. Amin
Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) membuka tirai musim Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 ini dengan meraih 3 mata penuh di tempat lawan setelah menewaskan Sabah berkeputusan 3-0 bertempat di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 11 Januari 2020. Kredit Foto – MHC.org.my
Pasukan hoki wanita Terengganu yang juga dikenali sebagai Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) membuka tirai dengan penuh bermakna untuk mengutip 3 mata penuh pertama di tempat lawan setelah menewaskan Sabah berkeputusan 3 tanpa balasan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu. TLHT yang turun selaku penyandang juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 dan juga pemilik Piala Vivian May musim lalu merupakan pasukan pilihan bagi musim 2020 ini.
Manakala pasukan hoki wanita Sabah yang pertama kali menyertai kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia(LHWM) ini membariskan pemain-pemain muda daripada skuad persiapan ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti.
Senarai penuh nama pemain hoki wanita Terengganu; Terengganu Ladies Hockey Team(THT) yang diturunkan dalam perlawanan membuka tirai Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 menentang Sabah. Kredit Foto – MHCCompetitions.com.org.my
TLHT di bawah kendalian ketua jurulatih Mohd Nasihin Nubli dilihat cuba membuat percaturan tepat untuk mencari keserasian pemain apabila membuat beberapa pertukaran pemain di awal-awal minit permainan ini. Ternyata Sabah yang masih mencari rentak mengutip pengalaman di pentas tertinggi ini mampu memberi tekanan untuk mengikat keputusan seri tanpa sebarang jaringan gol di suku kedua separuh masa pertama perlawanan pembukaan ini.
Pada suku ketiga separuh masa kedua permainan; pemain berpengalaman besar Juliani bt Mohamad Din berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan gol peribadi pertama musim ini melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-37 permainan. Sabah yang masih ‘mengelabah’ sekali lagi seminit kemudian dikejutkan oleh Siti Noor Amarina bt Ruhani yang menyumbangkan gol melalui pukulan sudut penalti.
TLHT yang mula mendapat rentak permainan terus merobek gol lawan pada minit ke-49 melalui jaringan gol padang yang disempurnakan oleh Fatin Naimah bt Zaki. Namun dalam kerakusan menambah gol, layangan kad hijau pertama kejohanan milik pasukan pelawat yang disimpan kemas oleh Nurafiqah bt Abdul Rahman merencatkan momentum pasukan menambah gol hingga tamat permainan.
“Kami sedikit gementar pada permulaan permainan tetapi mula temui keyakinan selepas itu dan penting untuk pemain dapat bentuk persefahaman kerana pemain import kami masih lagi belum tiba,” ujar Mohd Nasihin Nubli yang menggalas selaku ketua jurulatih TLHT bagi musim ini.
Untuk musim LHWM 2020 sebanyak enam pasukan hoki wanita bertanding iaitu Terengganu Ladies Hockey Team, PKS-UNITEN, PDRM Blue Warriors, Mutiara Impian-MSSPP-PSHA dan dua pasukan pendatang baharu iaitu Akademi Hoki Kuala Lumpur (HOCKADEMY KL) dan Sabah. Naib juara musim lalu PDRM Blue Warriors turut mencuri tumpuan pada perlawanan pembukaan musim ini apabila meraih kemenangan besar 7 tanpa balasan ke atas Mutiara Impian MSSPP-PSHA.
Seterusnya perlawanan kedua buat pasukan TLHT dijadualkan untuk bertemu HOCKADEMY KL pada 14 Januari 2020 jam 0500 petang nanti bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Laporan perlawanan pembukan tirai Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 (LHWM 2020) di antara Terengganu Hockey Team(THT) menentang Sabah di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 11 Januari 2020. Kredit Foto – MHCCompetitions.com.org.my
KEPUTUSAN LIGA HOKI WANITA MALAYSIA 2020 *TLHT sahaja
11.01.2020 0400 PETANG | Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM vs SABAH 03-00
TLHT Juliani bt Mohamad Din 37″ Siti Noor Amarina bt Ruhani 38″ Fatin Naimah bt Zaki 49″
Pasukan Hoki Terengganu(THT) membuka tirai perlawanan Liga Hoki Malaysia 2020 dengan perebutan Piala Sumbangsih yang gagal dipertahankan setelah tewas tipis kepada UniKL berkeputusan 2-3 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2020. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu
Pasukan Hoki Terengganu(THT) terpaksa melepaskan kembali Piala Sumbangsih kepada penyandang juara Liga Hoki Malaysia musim lalu; UniKL setelah tewas tipis 3 berbalas 2 dalam perlawanan pembukaan tirai kejohanan Liga Hoki Malaysia 2020 (LHM 2020) yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kekalahan pertama di awal musim ini juga sekaligus tidak memberi sebarang kelebihan bekalan mata buat pasukan dari pantai timur ini untuk percaturan liga pada perlawanan seterusnya.
THT di bawah kendalian bekas jurulatih wanita kebangsaan; Muhammad Dhaarma Raj Abdullah membuat pertukaran pertama pemain seawal minit ke-6 dengan memasukkan Muhammad Sufi Ismat Mr Rohulamin dan selang seminit kemudian sekali lagi melakukan 4 pertukaran pemain untuk mengatur serangan. Pada suku kedua permainan, hasil kesilapan percaturan THT di kubu sendiri menyaksikan pemain lawan jersi bernombor 17 Muhammad Razie Abd Rahim berjaya mengutip gol pertama kejohanan hasil dari pukulan sudut penalti pada minit ke-19 permainan.
Senarai penuh nama pemain Terengganu Hockey Team(THT) yang diturunkan dalam perlawanan membuka tirai Liga Hoki Malaysia 2020 menentang UniKL sekaligus dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimenangi pada musim lalu.
Faizal Saari yang juga merupakan antara pemain ikonik THT kembali merapatkan defisit dengan jaringan padang peribadi pertama kejohanan pada minit ke-25 sekaligus kembali memacu semangat pasukan untuk mencari ruang dan peluang. Beliau juga sekali lagi mencipta kejutan untuk menambah jaringan gol padang pada suku ketiga di minit ke-36 permainan. Namun kelebihan mendahului permainan hanya seketika di mana selang seminit kemudian UniKL kembali menyamakan kedudukan hasil dari jaringan pukulan sudut penalti oleh Muhammad Razie Abd Rahim. Menambah tekanan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah juga turut menyimpan kad hijau pertama untuk musim ini di minit ke-40.
Minit ke-50 suku terakhir permainan; Roel Franciscus Jacobus Bovendeert selaku pemain import UniKL dari Belanda yang baharu diperkenalkan menyumbang jaringan gol padang sekaligus memberi tekanan buat THT untuk mendahului permainan di minit-minit akhir.
THT yang agak tersentak mula memperkemaskan corak permainan menyaksikan layangan kad hijau kepada UniKL yang disimpan kemas oleh Kieran Ian Govers dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil. Rentak THT sekali lagi diuji dengan keputusan pengadil apabila Faizal bin Saari turut menerima layangan kad hijau di minit ke-59 sekaligus pasukan dari pantai timur ini terpaksa akur dengan keputusan perlawanan.
Ketua jurulatih pasukan Hoki Terengganu(THT) yang juga merupakan bekas ketua jurulatih wanita kebangsaan; Muhammad Dhaarma Raj Abdullah. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu
“Pasukan kita bermain dengan baik dalam perlawanan pembukaan ini. Kita ditewaskan hari ini ialah disebabkan oleh jaringan pukulan sudut penalti pihak lawan tidak dapat dibaca oleh penjaga gol kita. Sewaktu berkeputusan terikat seri, kita sepatutnya mendapat pukulan sudut penalti di mana pemain kita cuba memohon kepada pengadil untuk membuat keputusan berdasarkan rujukan video. Namun pengadil tidak memberhentikan permainan menyebabkan pihak lawan mencuri peluang untuk membuat serangan.”; ujar Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selaku ketua jurulatih THT.
Untuk rekod, pada musim lalu di laman sendiri THT mencipta sejarah sulung pertama kali merangkul Piala Sumbangsih untuk menewaskan UniKL. Sebelum itu THT telah berentap sebanyak 4 musim untuk perebutan piala ini. Pada perlawanan seterusnya LHM 2020 ini, THT dijadualkan untuk bertemu TNB Thunderbolts pada 12 Januari 2020 jam 0500 petang bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Pemain hoki ikonik THT yang juga merupakan pasangan adik beradik; Fitri Saari(kiri) menggalas tanggungjawab selaku kapten pasukan manakala Faizal Saari menyumbang dua gol peribadi pertama dalam perlawanan pembukaan menentang UniKL dalam kempen Liga Hoki Malaysia 2020. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *THT sahaja
10.01.2020 0800 malam | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI KUALA LUMPUR(UniKL) 02-03
THT
Faizal Saari 26″
Faizal Saari 36″
Unikl
Razie Rahim (PC) 19″
Razie Rahim (PC) 37″
Roel Bovendeert 50″
Kad Hijau THT – Mohd Shahrun Nabil bin Abdullah 40″ THT – Faizal bin Saari 59″ Unikl – Kieran Ian Govers 40″ Unikl – Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil 56″
Persatuan Hoki Negeri Terengganu telah memperkenalkan logo-logo baru bagi setiap pasukan hoki iaitu Terengganu Hockey Team(THT) dan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) dalam satu majlis memperkenalkan pasukan bagi kempen saingan Liga Hoki Malaysia 2020 pada 6 Januari 2020 lalu.
Logo tersebut telah direka oleh Mohd Fakhruddin Ahmad, seorang guru pendidikan seni visual yang mengajar di SMK Pelong, Setiu. Beliau yang berasal dari Kedah juga merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia(UiTM) dalam jurusan seni reka grafik.
Peringkat pertama Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) yang membuka tirai pada 10 Januari 2020 ini mempertaruhkan 14 aksi perlawanan bagi pasukan hoki lelaki Terengganu; Terengganu Hockey Team(THT) manakala 10 aksi perlawanan bagi pasukan hoki wanita Terengganu; Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT). Pada musim ini, Stadium Hoki Batu Buruk bakal menyaksikan 5 perlawanan bagi THT dan 3 perlawanan bagi TLHT.
Untuk rekod, THT ditubuhkan pada 2013 telah beraksi cemerlang meraih kejuaraan berganda dalam Liga Hoki Malaysia sebanyak 4 kali berturut-turut iaitu pada 2014,2015,2016 dan 2017 dengan membawa pulang Piala TNB dan Piala Liga. Piala P. Alagendra juga turut berjaya dirangkul pada edisi 2016 dan 2017.
Pada 2018, THT hanya mampu untuk sekadar bergelar juara liga sahaja dan pada tahun berikutnya berjaya membuat kejutan untuk membawa pulang Piala Sumbangsih dan Piala TNB.
Pasukan hoki wanita, TLHT yang ditubuhkan pada 2017 juga turut pantas mencipta sensasi kejohanan dengan meraih kejuaraan berganda sulung dengan memenangi Piala Liga dan Piala Vivian May Soar pada tahun tersebut. Walaupun pada 2018 sekadar berada di tempat ke-3 liga, namun pada tahun berikutnya berbekalkan semangat juang tinggi pasukan wanita ini berjaya mengembalikan kejuaraan berganda dengan membolot Piala Liga dan Piala Vivian May Soar.
Pelayar-pelayar cilik anak jati negeri Terengganu raih pingat emas di Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa 2019(Inter Club Team Racing and Individual Optimist Sailing Championship 2019) yang telah berlangsung pada 27 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020 bertempat di Doha, Qatar. Pasukan ini mengantikan pasukan pelayaran kebangsaan untuk kejohanan ini setelah badan induk sukan pelayaran kebangsaan tidak dapat menghantar pasukan rentetan prestasi buruk di Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini. Kredit Foto – Facebook.com/TerengganuWindsurfingSA
Skuad pelayaran Terengganu yang juga skuad persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 nanti telah berjaya mencipta sensasi perkembangan sukan pelayaran tempatan apabila muncul juara meraih pingat emas Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa yang telah berlangsung di Kelab Marina Doha, Qatar.
Pelayar-pelayar cilik anak jati negeri Terengganu raih pingat emas di Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa 2019(Inter Club Team Racing and Individual Optimist Sailing Championship 2019) yang telah berlangsung pada 27 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020 bertempat di Doha, Qatar. Pasukan ini mengantikan pasukan pelayaran kebangsaan untuk kejohanan ini setelah badan induk sukan pelayaran kebangsaan tidak dapat menghantar pasukan rentetan prestasi buruk di Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini. Kredit Foto – Facebook.com/TerengganuWindsurfingSA
Menambah manis, skuad bawah umur ini merupakan pasukan yang mengantikan pasukan kebangsaan untuk kejohanan ini setelah badan induk sukan pelayaran kebangsaan tidak dapat menghantar pasukan rentetan prestasi buruk di Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini.
Asmadi Azman, Muhd Idris Mohd Zawawi, Fikri Aqil Mohd Fauzi, Muhd Syazwan Kamaruzaman dan Nazmi Qusyairi Mohd Nazri tampil cemerlang dengan memenangi keenam-enam perlumbaan untuk mengutip 74 mata keseluruhan.
Asmadi Azman yang berusia 15 tahun(dua dari kanan) galas tanggungjawab selaku kapten bagi acara pelayaran berpasukan yang berjaya mencipta sensasi kejohanan setelah meraih pingat emas di Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa 2019(Inter Club Team Racing and Individual Optimist Sailing Championship 2019) yang telah berlangsung pada 27 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020 bertempat di Doha, Qatar. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Hadir sebagai bukan pasukan pilihan, pelayar-pelayar muda anak jati negeri Terengganu ini rata-rata berusia bawah 15 tahun berjaya membuat kejutan untuk menafikan pasukan Turki yang meraih pingat perak dan juga gangsa milik pasukan Thailand selaku antara kuasa besar sukan pelayaran di Asia Tenggara. Sementara itu, Terengganu juga tidak pulang tangan kosong dalam acara individu selepas pelayar cilik Muhd Idris menyumbang pingat gangsa di belakang dua pelayar Thailand.
Pelayar-pelayar cilik anak jati negeri Terengganu raih pingat emas di Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa 2019(Inter Club Team Racing and Individual Optimist Sailing Championship 2019) yang telah berlangsung pada 27 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020 bertempat di Doha, Qatar. Pasukan ini mengantikan pasukan pelayaran kebangsaan untuk kejohanan ini setelah badan induk sukan pelayaran kebangsaan tidak dapat menghantar pasukan rentetan prestasi buruk di Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini. Kredit Foto – Facebook.com/TerengganuWindsurfingSA
Sebelum itu, ke semua pelayar acara berpasukan ini turut telah muncul juara kebangsaan di Port Dickson akhir tahun lalu sekaligus secara tidak langsung membuktikan mereka layak mewakili negara ke kejohanan antarabangsa.
Bendera negeri Terengganu tertera di poster Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa 2019(Inter Club Team Racing and Individual Optimist Sailing Championship 2019) yang telah berlangsung pada 27 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020 bertempat di Doha, Qatar. Pasukan negeri Terengganu mengantikan pasukan pelayaran kebangsaan untuk kejohanan ini setelah badan induk sukan pelayaran kebangsaan tidak dapat menghantar pasukan rentetan prestasi buruk di Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini. Kredit Foto – Facebook.com/TerengganuWindsurfingSA/
Kemenangan yang membuka tirai kalendar pelayaran di awal tahun 2020 ini secara tidak langsung menjadi penanda aras terbaik buat pasukan negeri ini bagi persiapan SUKMA Johor 2020 yang berbaki kurang dari 7 bulan lagi. Malah seterusnya Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu turut mengintai peluang untuk menjalani beberapa latihan di luar negara bersama pasukan kebangsaan dari negara-negara kuasa besar sukan ini.
Pelayar-pelayar cilik anak jati negeri Terengganu yang juga merupakan skuad persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 nanti mencipta sensasi arena sukan pelayaran tempatan setelah muncul juara meraih pingat emas menewaskan Turki dan Thailand selaku kuasa besar sukan pelayaran di Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa 2019(Inter Club Team Racing and Individual Optimist Sailing Championship 2019) yang telah berlangsung pada 27 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020 bertempat di Doha, Qatar. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Untuk rekod pada penganjuran SUKMA Perak 2018 yang lalu, sukan pelajaran merupakan penyumbang terbesar pingat emas kepada kontinjen negeri Terengganu sekaligus telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada temasya edisi ke 19 itu.
Ketua jurulatih sukan pelayaran negeri Terengganu – Abdul Rani Idris. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Agak baik, walaupun masih banyak ruang-ruang yang boleh kita perbaiki. Kerana pasukan ini adalah pasukan yang baru dibentuk yang rata-ratanya adalah pelayar yang belum beraksi pada edisi SUKMA sebelum ini. Kita telah mengenal pasti, kita telah develop so kita berada pada masa sekarang ini proses pengukuhan dan pemantapan program latihan kita.”; ujar Abdul Rani Idris selaku ketua jurulatih sukan pelayaran negeri Terengganu kepada PenyuSukan.com
“Jangan mudah putus asa. Se lagi ingat doa mak bapak dan sembahyang jangan tinggal. Usahalah.. kalau kalah sekali itu tidak semestinya kalah sokmo ho gitu.”; berkata kapten pasukan Asmadi Azman.
Rentetan kejayaan demi kejayaan yang dicipta, ketua jurulatih pelayaran negeri Terengganu yang juga bekas jurulatih kebangsaan ini juga turut menzahirkan untuk mencari penaja-penaja bagi keperluan penganjuran dan program pembangunan sukan pelayaran di negeri ini. Pasukan pelayaran negeri Terengganu ditemui PenyuSukan.com sebaik sahaja sampai ke Kuala Terengganu setelah menempuh penerbangan transit hampir 25 jam dari Qatar.
Skuad pelayaran Terengganu yang juga skuad persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 nanti telah berjaya mencipta sensasi perkembangan sukan pelayaran tempatan apabila muncul juara meraih pingat emas Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa yang telah berlangsung di Kelab Marina Doha, Qatar. Menambah manis, skuad bawah umur rata-rata berusia 15 tahun ke bawah ini merupakan pasukan yang mengantikan pasukan kebangsaan untuk kejohanan ini setelah badan induk sukan pelayaran kebangsaan tidak dapat menghantar pasukan rentetan prestasi buruk di Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini.
Ulasan penuh daripada ketua jurulatih sukan pelayaran negeri Terengganu; Abdul Rani Idris tentang penyertaan pelayar-pelayar cilik anak jati Terengganu untuk berentap di Doha ini.
Juara Liga Perdana 2018; Pasukan Hoki Terengganu(THT) mencipta sejarah di laman sendiri apabila pertama kali menjulang Piala Sumbangsih setelah menafikan juara Piala TNB 2018; Universiti Kuala Lumpur(UniKL) menerusi penalti shoot out 3-1 berikutan keputusan terikat 02-02 di laman sendiri pada 11 Januari 2019. Kejayaan ini sekaligus menamatkan badi kemarau kemenangan Piala Sumbangsih, selepas gagal dalam empat kali edisi percubaan sebelum ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebanyak 14 aksi perlawanan peringkat pertama kejohanan Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) bakal menanti pasukan Hoki Terengganu(THT) untuk berentap dalam musim ini. THT akan membuka tirai kejohanan yang juga merupakan misi mempertahankan Piala Sumbangsih yang pertama kali melakar sejarah dimenangi dengan menafikan Universiti Kuala Lumpur(UniKL) pada musim lalu.
Perlawanan perebutan Piala Sumbangsih ini yang juga merupakan perlawanan pertama membuka tirai kejohanan untuk mengutip mata liga dan sekali lagi mengulangi sejarah untuk bertemu pasukan UniKL yang dijadualkan bakal berlangsung pada 10 Januari 2020 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Pada musim ini, sebanyak 5 perlawanan akan beraksi di Stadium Hoki Batu Buruk manakala dua lagi perlawanan selaku tuan rumah akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Pusingan kedua Liga Hoki Malaysia 2020 peringkat separuh akhir dijadualkan bakal bermula pada 19 Februari 2020 dan perlawanan akhir bakal berentap pada 22 Februari 2020.
Untuk musim LHM 2020 ini, THT mempertaruhkan bekas ketua jurulatih wanita kebangsaan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang dilantik sebagai ketua jurulatih THT. Beliau juga turut dibantu oleh Seo Jong-ho yang kini kembali ke pasukan THT selaku pembantu jurulatih.
Pada 2014, Seo Jong-ho merupakan pemain import kelahiran Korea Selatan yang telah mencipta sensasi kejohanan untuk muncul juara berganda bersama pasukan THT. Pasukan ini juga membariskan 12 anak jati negeri Terengganu, 6 pemain kelahiran negeri lain dan 4 pemain import untuk mencukupkan 22 pemain yang didaftarkan.
Pasukan Hoki Terengganu(THT) melakar sejarah di laman sendiri untuk julung kali menjulang Piala Sumbangsih 2019 setelah dinafikan sebanyak empat kali pada edisi-edisi terdahulu  yang telah berlansung di Stadium Hoki Batu Buruk pada 11 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
JADUAL PERLAWANAN LIGA HOKI MALAYSIA 2020 *Jadual perlawanan melibatkan pasukan THT sahaja
10.01.2020 2000 | 002 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI KUALA LUMPUR
12.01.2020 1700 | 005 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil TNB THUNDERBOLTS vs TERENGGANU HOCKEY TEAM
15.01.2020 1700 | 009 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil TERENGGANU HOCKEY TEAM vs KEDAH/NURINSAFI HT
17.01.2020 1700 | 015 GROUP | Stadium Hoki Tun Razak TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
22.01.2020 1700 | 020 GROUP | Stadium Hoki Tun Razak TENAGA NASIONAL BERHAD vs TERENGGANU HOCKEY TEAM
29.01.2020 1700 | 021 GROUP | Stadium Hoki Kuala Lumpur HOCKADEMY KL vs TERENGGANU HOCKEY TEAM
31.01.2020 1700 | 026 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk TERENGGANU HOCKEY TEAM vs MAYBANK
02.02.2020 1700 | 030 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI KUALA LUMPUR
05.02.2020 1700 | 033 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk TERENGGANU HOCKEY TEAM vs TNB THUNDERBOLTS
07.02.2020 1700 | 037 GROUP | Padang Hoki Astroturf Sungai Petani KEDAH/NURINSAFI HT vs TERENGGANU HOCKEY TEAM
09.02.2020 1700 | 043 GROUP | Stadium Hoki Tun Razak UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA vs TERENGGANU HOCKEY TEAM
12.02.2020 1700 | 048 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk TERENGGANU HOCKEY TEAM vs TENAGA NASIONAL BERHAD
14.02.2020 1700 | 049 GROUP | Stadium Hoki Batu Buruk TERENGGANU HOCKEY TEAM vs HOCKADEMY KL
16.02.2020 1700 | 055 GROUP | Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil TENAGA NASIONAL BERHAD vs UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Liga Hoki Malaysia 2020 melibatkan 60 perlawanan bagi pasukan lelaki dan 34 perlawanan bagi pasukan wanita menjadikan keseluruhan sebanyak 94 pertandingkan berlangsung. Pusingan kedua Liga Hoki Malaysia 2020 bagi Divisyen Premier dan Wanita peringkat separuh akhir dijadualkan bakal bermula pada 19 Februari 2020 dan perlawanan akhir bakal berentap pada 22 Februari 2020. Kredit – MHC.org.my