Program Khidmat Masyarakat Bina Sahsiah Atlet


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/9bRfx9Mhhcg

Reaksi pendapat daripada pemain ragbi wanita Terengganu Puteri NurFatihah Abdul Rahman bersama-sama rakan sepasukan yang lain sewaktu hadir membantu mangsa pasca banjir yang telah terjejas teruk dalam negeri ini.

Rombongan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) yang hadir dengan kekuatan 28 pemain bersama barisan kepimpinan badan induk sukan ragbi negeri ini telah menempuh perjalanan hampir sejauh 200 kilometer dari bandar Kuala Terengganu untuk menyampaikan bantuan.

Daerah Kemaman menjadi destinasi pertama dalam usaha murni bagi menggembleng seluruh kudrat meringankan beban penduduk setempat yang menjadi mangsa banjir. Kemaman merupakan daerah yang terjejas teruk turut mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi setelah dilanda gelombang banjir buat kali ke-5 dalam tempoh ini.

Atlet Ragbi Bantu Mangsa Banjir


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/QTUTJEsIk3k

Jadual padat menjalani program latihan sepenuh masa bagi persiapan pasukan ragbi negeri Terengganu di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) tidak menghalang atlet-atlet ragbi lelaki dan wanita negeri ini untuk turut sama hadir membantu mangsa pasca banjir yang telah terjejas teruk dalam negeri ini.

Rombongan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) yang hadir dengan kekuatan 28 pemain bersama barisan kepimpinan badan induk sukan ragbi negeri ini telah menempuh perjalanan hampir sejauh 200 kilometer dari bandar Kuala Terengganu untuk menyampaikan bantuan. Daerah Kemaman menjadi destinasi pertama dalam usaha murni bagi menggembleng seluruh kudrat meringankan beban penduduk setempat yang menjadi mangsa banjir. Kemaman merupakan daerah yang terjejas teruk turut mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi setelah dilanda gelombang banjir buat kali ke-5 dalam tempoh ini.

Dari kiri – Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu YB Haji Hanafiah Mat, Presiden Persatuan Ragbi Kemaman Aminuddin Sulung sewaktu hadir ke program gotong-royong membantu mangsa banjir di Kampung Tempurung, Chukai pada 12 Januari 2021.

“Sekurang-kurangnya rakyat di kawasan Kemaman ini khususnya di Kampung Tempurung ini merasai kehadiran pemain-pemain ragbi bukan sahaja bijak beraksi di padang tetapi tetap bijak bersama-sama dengan rakyat..masyarakat bagi rakyat merasa ada sedikit ada orang yang tolong mereka walaupun dalam kesusahan.”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu YB Haji Hanafiah Mat kepada PenyuSukan.com

Selain membantu untuk menyediakan persiapan makanan dan pengurusan logistik di pusat operasi bencana, mereka juga turut sama berganding bahu sepenuhnya untuk membersihkan rumah penduduk yang terjejas. Selain sokongan kudrat pasukan ragbi turut disampaikan sokongan moral buat mereka yang terkesan berikutan musibah banjir ini.

Dari kiri – Nur Syuhada Kamrul Azman, Puteri NurFatihah Abdul Rahman, Nur Asmah Mat Jusoh di antara barisan pemain ragbi wanita yang kini dalam persiapan pasukan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) yang turut hadir membantu mangsa banjir di di Kampung Tempurung, Chukai pada 12 Januari 2021.

“Bagi saya, tugas kita bukan hanya untuk bersukan. Kita juga seperti orang lain, jadi bila ada orang susah gini kita wajiblah tolong diaorang pun.”, berkata pemain ragbi wanita Terengganu Puteri NurFatihah Abdul Rahman

Usaha yang dilaksanakan oleh persatuan sukan ini secara tidak langsung mampu untuk beroperasi sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat tepat pada waktunya memandangkan ketika ini ketandusan sebarang penganjuran kejohanan ragbi untuk disertai.

Untuk rekod, PRNT antara entiti pasukan sukan dalam negeri Terengganu yang aktif melakukan kerja-kerja di luar padang untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Terdahulu persatuan ini juga turut pernah menyampaikan bantuan keperluan kepada anggota-anggota barisan hadapan yang berhujan panas di sekatan jalan raya sewaktu perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) seluruh negeri Terengganu.

Penundaan Liga Hoki Malaysia

Sebanyak 55 perlawanan Liga Hoki Malaysia 2021 edisi ke-34 yang dijadualkan berlangsung melibatkan 14 pasukan hoki terdiri daripada pasukan lelaki dan wanita pada musim ini akan ditunda pada Julai atau Ogos nanti.

Berbaki sehari sebelum tirai penganjuran Kejohanan Liga Hoki Malaysia 2021 edisi ke-34 yang sepatutnya bermula pada 14 Januari 2020 ini terpaksa ditunda berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari sehingga 26 Januari ini.

Keputusan muktamad itu telah diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Seri Anil Jeet Singh sejurus perbincangan bersama pemegang-pemegang taruh liga hoki yang telah diadakan secara dalam talian. Beliau juga memberi gambaran bahawa saingan kejohanan liga hoki ini dijangkakan akan kembali beraksi pada bulan Julai atau Ogos nanti.

Sabah membuat penampilan sulung sejak sejarah penganjuran Liga Hoki Malaysia bermula pada 1987 sekaligus melengkapkan 8 pasukan lelaki kumpulan Premier musim ini setelah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hockademy KL yang tidak dapat meneruskan penampilan kedua musim ini.

Walaupun terdahulu perancangan penganjuran diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperketatkan dalam acuan ‘gelombang sukan’ namun Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil yang juga venue tunggal kejohanan kini juga berada di dalam senarai negeri yang diwartakan sebagai zon perlaksanaan PKP.

Finalis Piala TNB dan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia musim lalu, pasukan hoki lelaki dari Terengganu juga turut telah berkampung di venue pertandingan sejak awal tahun ini untuk menjalani program latihan sepenuh masa bagi mengharungi kempen musim ini. Tiada sebarang aksi daripada pasukan hoki wanita Terengganu bagi musim ini berikutan kekangan kewangan yang dihadapi oleh pasukan.

Sebanyak 55 perlawanan yang dijadualkan berlangsung melibatkan 14 pasukan hoki terdiri daripada pasukan lelaki dan wanita di mana ke semua perlawanan akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan tiada perlawanan di venue pasukan diadakan.

Demi Keluarga Kembali Bersama TSG


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/jYeizvKjSPI

Berjauhan dengan keluarga selama hampir 6 tahun demi komitmen mengejar kayuhan, Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff kini kembali untuk menyarung jersi Terengganu Cycling Team (TSG) bagi musim ini setelah penampilan terakhir bersama pasukan pada 2017 lalu.

Demi kasih sayang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa pelumba muda berusia 24 tahun yang berada di Kampung Bukit Putera, Chalok, Setiu, Aiman Zariff terpaksa meninggalkan pasukan terdahulu Team Sapura Cycling(TSC) walaupun pasukan itu masih memberi ruang kepadanya.

Malah setelah 3 musim bersama bersama TSC, Aiman Zariff berjaya mencipta kejutan untuk melakar sejarah selaku pelumba tempatan pertama dinobatkan sebagai Raja Bukit setelah berjaya menyarung jersi merah di Le Tour De Langkawi edisi lalu. Kejayaan itu juga turut hampir membuka ruang kepadanya untuk menyertai sebuah pasukan antarabangsa berstatus Pro Benua yang berpangkalan di Itali

Pelumba muda Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff kembali bersama Terengganu Cycling Team (TSG) untuk musim 2021 setelah penampilan terakhir bersama adalah pada 2017 di mana pada tahun itu juga merupakan penampilan sulung bersama pasukan berbasikal profesional. Kredit Foto – Terengganu Cycling Team

“Berpeluang kembali bersama TSG amat bermakna untuk dekat dengan keluarga Aiman. 6 tahun berjauhan dengan keluarga dan sekarang ini keluarga pun tidak berapa sihat. Lagipun saya anak sulung dan kami bukan daripada keluarga yang senang. Oleh itu saya perlu buktikan untuk pencapaian yang lebih baik berbanding sebelum ini. Sasaran saya adalah jersi kuning untuk musim ini bersama TSG.”, ujar anak sulung daripada lima beradik yang pernah mendapat perhatian pasukan Androni Giacattoli-Sidermec(ANS) yang berstatus Pro Benua berpangkalan di Itali.

Kepulangan Aiman Zariff bersama TSG juga turut mendapat reaksi positif daripada kapten pasukan TSG, Zamri Saleh yang turut pernah bersama dalam pasukan sebelum ini.

Zamri Saleh merupakan kapten pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dan merupakan pelumba paling senior setelah menyertai pasukan sejak 2012.

“Bagi saya macam ke Aiman itu, saya tau dia sebelum ini pernah bersama kita sebelum Sapura dia bersama TSG. Dengan Sapura sekalipun dia mempunyai result yang bagus, saya tengok dengan komitmen yang dia ada itu pada dia itu rasa dah balik ke tempat sendiri lagi bersemangat”, ujar Zamri Saleh.

Kredit -https://www.procyclingstats.com/rider/muhammad-nur-aiman-mohd-zariff/overview/start

Untuk rekod pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 yang berstatus ProSeries, pelumba berusia 24 tahun ini berjaya mencipta melakar rekod penganjuran untuk menjadi pelumba berbasikal tanahair pertama yang menyarung jersi merah untuk dinobatkan selaku Raja Bukit sejak 25 tahun lalu bermula edisi sulung pada 1996.

Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Aiman Zariff yang juga merupakan produk Program Kecemerlangan Basikal SUKMA Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan memulakan kerjaya selaku pelumba profesional pada 2017 bersama TSG dan pada tahun berikutnya berhijrah ke TSC selama tiga musim sehingga 2020 sebelum kini kembali bersama TSG.

Reaksi Presiden PBSNT: TFC-UniSZA Jalin Kerjasama


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/3-t-4wQNfqc

Reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu merangkap Menteri Besar Negeri Terengganu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sewaktu selesai majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Terengganu FC Sdn. Bhd.(TFC Sdn Bhd) dan Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 6 Januari 2021.

Kerjasama bagi tempoh selama 7 tahun yang melibatkan 10 bidang utama termasuk akan membenarkan Terengganu FC(TFC) menggunakan infrastruktur dan fasiliti sukan yang dimiliki oleh UniSZA di samping membantu perkembangan akademik dan penguasaan bahasa Inggeris kepada pelatih akademi.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/tfc-unisza-jalin-kerjasama-perkukuh-pasukan/

Reaksi Naib Canselor UniSZA Jalin Kerjasama Terengganu FC


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/Av1xlhlW40Q

Reaksi Naib Canselor UniSZA Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan sewaktu selesai majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Terengganu FC Sdn. Bhd.(TFC Sdn Bhd) dan Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 6 Januari 2021.

Kerjasama bagi tempoh selama 7 tahun yang melibatkan 10 bidang utama termasuk akan membenarkan Terengganu FC(TFC) menggunakan infrastruktur dan fasiliti sukan yang dimiliki oleh UniSZA di samping membantu perkembangan akademik dan penguasaan bahasa Inggeris kepada pelatih akademi.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/tfc-unisza-jalin-kerjasama-perkukuh-pasukan/

UniSZA Hasilkan Pakaian Sukan Patuhi Syariah


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/szFa0uTYdPs

Perkembangan terkini daripada Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) tentang kerjasama menghasilkan pakaian patuhi syariah bagi keperluan atlet sukan negeri Terengganu.

Difahamkan kerjasama melibatkan kerajaan negeri Terengganu melalui agensi Majlis Sukan Negeri Terengganu telah bermula khususnya memfokuskan pemakaian atlet di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA).

TSG Sabar Nantikan Perlepasan

Barisan pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) bagi musim 2021 sewaktu program latihan sekitar negeri Terengganu dalam persediaan ke Turki untuk membuka tirai kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini.. Kredit Foto – Facebook.com/TSGterengganucyclingteam

Setelah hampir setahun berhujan berpanas malah menempuh banjir demi komitmen meneruskan kayuhan program latihan, Terengganu Cycling Team(TSG) kini tekad untuk kembali ke litar perlumbaan setelah terpaksa menarik diri dalam beberapa siri perlumbaan pada musim lalu berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.

Turki menjadi destinasi pertama buat pasukan berstatus Pro Benua yang berpangkalan di Terengganu untuk membuka tirai kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini dengan penyertaan 4 perlumbaan padat berstatus 1.2 UCI yang semuanya berlangsung pada Februari ini.

Barisan pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) meneruskan komitmen program latihan tanpa mengira keadaan cuaca. Kredit Foto – Sharon Jane Liau

GP Alanya yang dijadualkan pada 6 Februari ini dengan jarak kayuhan sejauh 105.9km menjadi taruhan pertama yang akan disertai dan kayuhan padat seterusnya pada 7 Februari bagi perlumbaan GP Gazipasa dengan kayuhan sejauh 157.7km Kemudian sasaran seterusnya adalah penyertaan dalam GP Velo Manavgat pada 20 Februari dan GP Velo Alanya pada 21 Februari.

Namun sebelum itu tekanan tidak hanya dirasai oleh barisan pelumba elit ini di mana pengurusan pasukan berhempas pulas membuat percaturan teliti berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah. Situasi semasa perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta proklamasi darurat juga turut merumitkan lagi keadaan.

Terengganu Cycling Team(TSG) menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan pada tahun 2021 dalam situasi pandemik COVID-19 yang menjadi isu global yang belum bernoktah.

Setelah menempuh pelbagai ranjau Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat menjadi kekangan, kini dengan segala usaha yang telah dilakukan hanya perlu sedikit bersabar menanti proses akhir untuk menanti keputusan Kementerian Dalam Negeri(KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia(JIM). Sebelum itu walaupun TSG merupakan satu entiti sukan yang disokong penuh oleh Kementerian Belia & Sukan(KBS), pasukan berbasikal bertaraf elit ini turut mendapatkan surat sokongan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) dalam usaha untuk mendapat kebenaran dari pihak berwajib.

Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.

Walaupun sedemikian Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood tetap optimis keputusan positif akan diterima oleh pasukan berbasikal profesional antarabangsa yang berpangkalan di Terengganu ini. Beliau juga tidak menolak di mana berkemungkinan TSG akan terus ‘berkampung’ di luar negara bagi memberi fokus siri jelajah perlumbaan antarabangsa.

Ketika ini pasukan badminton kebangsaan yang sedang beraksi Thailand menjadi penanda aras terbaik untuk ‘dicontohi’ oleh TSG dalam kembali memburu mata kedudukan dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) setelah tercicir pada musim lalu.

TFC-UniSZA Jalin Kerjasama Perkukuh Pasukan

Kerjasama termenterai di antara Terengganu FC Sdn. Bhd. dan Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) bagi tempoh selama 7 tahun tanpa melibatkan sebarang kos bagi kedua-dua pihak.

Terengganu FC Sdn. Bhd.(TFC Sdn Bhd) selaku pemegang taruh utama pasukan bola sepak negeri ini telah mementerai perjanjian kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) dalam rangka untuk memperkukuhkan kualiti pasukan bola sepak dalam mengharungi kempen Liga Malaysia.

Kerjasama bagi tempoh selama 7 tahun yang melibatkan 10 bidang utama termasuk akan membenarkan Terengganu FC(TFC) menggunakan infrastruktur dan fasiliti sukan yang dimiliki oleh UniSZA di samping membantu perkembangan akademik dan penguasaan bahasa Inggeris kepada pelatih akademi.

UniSZA melalui Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan menjadi pemegang taruh untuk perlaksanaan di mana setiap hasil yang dilakukan akan dikongsi bersama pasukan bola sepak ini. Selain menawarkan kepakaran sains sukan, kejuruteraan dan perubataan, UniSZA juga turut akan bekerjasama dalam pemasaran dan penjanaan pendapatan buat entiti bola sepak yang baru diswastakan ini. Selain TFC, UniSZA juga turut pernah menjalinkan kerjasama berkaitan bersama Majlis Sukan Negara(MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) sejak 2016.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu merangkap Menteri Besar Negeri Terengganu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sewaktu hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 6 Januari 2021.

“Ianya satu situasi memihak kepada semua pihak, UniSZA sendiri memperolehi kemahiran-kemahiran dan data-data tertentu yang sangat berguna kepada komuniti akademik termasuk para penyelidik dan pelajar itu sendiri. Pendekatan ini boleh menjadi bahan rujukan dalam bentuk penulisan dan artikel-artikel akademik yang dihasilkan. Pada masa yang sama sudah tentu pendekatan secara saintifik ini amat berguna kepada pasukan bola sepak negeri Terengganu. Sebenarnya pendekatan ini telah lama diwujudkan melibatkan sukan berprestasi tinggi di luar negara.” ujar Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada PenyuSukan.com

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak ini yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn. Bhd., Ab Rasid Jusoh manakala UniSZA diwakili Naib Canselor UniSZA Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Berikut maklumat yang disediakan kepada media oleh penganjur:

Dari kiri – Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn. Bhd Mohd Sabri Abas, Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn. Bhd Ab Rasid Jusoh, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Canselor UniSZA Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Exco Sukan Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pendaftar UniSZA Ismail Musa. Kredit Foto – https://www.trdi.my/

Q&A BERSAMA YAB MENTERI BESAR
TETAMU: YAB DR SAMSURI MOKHTAR, PRESIDEN PBSNT
TEMPAT: WISMA DARUL IMAN
TARIKH: 6 JANUARI 2021
WAKTU: 11:30 PAGI
PERKARA: MEMORANDUM ANTARA TFC DAN UNISZA

1.Bagaimanakah boleh tercetusnya idea untuk menjalinkan kerjasama dan terhasilnya memorandum ini?
Cetusan ini hadir setelah idea oleh YAB Presiden dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dari sudut teknikal, pengurusan dan nilai komersial kelab ke peringkat lebih tinggi selari dengan pelan tindakan yang telah dirancang bagi meluaskan lagi jaringan Kerjasama bagi memastikan kelab mampu untuk maju dan berdaya saing dalam era perubahan yang semakin mencabar lebih-lebih lagi setelah proses penswastaan yang telah disarankan oleh Malaysia Football League (MFL) menjadi Terengganu FC Sdn Bhd.

2.Apakah objektif yang disasarkan oleh TFC Sdn Bhd setelah memilih UniSZA untuk menjalinkan kerjasama ini?
Cadangan kerjasama ini telah disambut baik oleh pihak UniSZA dan dalam tempoh 7 tahun kersama yang telah ditetapkan, UniSZA yang telah berkembang dan memiliki 4 kampus (Gong Badak, Tembila, Kampus Perubatan, Kampus Antarabangsa) dilihat mempunyai beberapa kriteria khidmat sokongan yang mampu untuk menambah baik kecemerlangan pendidikan bagi warga UniSZA dan juga perkembangan TFC Sdn Bhd. Hal ini juga bersesuaian dengan nilai teras UniSZA yang antaranya menekankan aspek kepimpinan, keusahawanan, transformasi dan juga inovasi.

3.Apakah kepentingan yang diperoleh menerusi memorandum ini kepada TFC Sdn Bhd?
Terdapat hampir 10 bidang kerjasama yang telah dimetrai kedua-dua pihak antaranya ialah UniSZA telah pun bersetuju untuk membenarkan penggunaan infrastruktur dan fasiliti sukan yang mereka miliki dan juga membantu perkembangan para pelatih akademi dari sudut akademik dan penguasaan Bahasa Inggeris. Pembangunan bolasepak TFC juga akan disokong menerusi kepakaran dari bidang saintis sukan, kejuruteraan dan perubatan di UniSZA. Selain itu beberapa lagi kepakaran yang telah ditawarkan oleh UniSZA adalah dari sudut pemasaran, penjanaan pendapatan, psikologi, nutrisi, fisioterapi dan juga analisis pencapaian.

4.Apakah manfaat yang diperolehi UniSZA, apabila menjalinkan kerjasama dalam MoU bersama TFC ini?
Bagi pihak UniSZA pula, TFC Sdn Bhd telah bersetuju akan membuka ruang dan menyediakan peluang bagi para pelajar mereka di bidang berkaitan untuk melakukan Latihan Industri di bawah penyeliaan TFC Sdn Bhd. Ruang yang tersedia ini semestinya amat dinantikan oleh para pelajar untuk mengalami sendiri bagaimanakah cara sebuah organisasi swasta yang berkaitan dengan sukan bola sepak itu berfungsi. Tambahan pula, dengan kewujudan kerjasama ini, hal-hal yang berkaitan dengan program pembangunan dan pengkomersialan sukan bolasepak di UniSZA akan turut dibantu oleh TFC Sdn Bhd.

5.Apkah harapan dan pesanan YAB setelah kejayaan usahasama di antara TFC dan UniSZA ini?
Saya berharap dengan kerjasama yang telah disepakati ini akan dapat membuka lebih ruang bagi kedua-dua pihak iaitu TFC Sdn Bhd dan UniSZA untuk maju ke peringkat yang lebih baik dan dikenali secara lebih meluas di pringkat global dalam visi yang sama untuk memberikan lebih nilai kepada masyarakat setelah mengambil kira sukan bolasepak merupakan sukan nombor 1 di Malaysia secara amnya. Mungkin juga dengan usahasama ini akan mampu untuk memberikan contoh yang terbaik kepada masyarakat umum bahawa bidang akademik dan sukan perlu bergerak seiringan bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.

Ismail Abu Kembali Bersama THT

Setelah 5 tahun meninggalkan Terengganu Hockey Team(THT), kini bekas penyerang kebangsaan Ismail Abu kembali bersama gergasi hoki pantai timur bagi mengharungi kempen kejuaraan Liga Hoki Malaysia(LHM 2021) musim ini. Anak kelahiran Pahang yang kini berusia 37 tahun(Lahir pada 8 April 1984) sekali lagi akan bergandingan dengan Faizal Saari di barisan jentera serangan seperti mana yang pernah menjadi perhatian suatu ketika dulu.

Terdahulu trio jentera serangan THT yang menghimpunkan Ismail Abu, Faizal Saari dan Firhan Ashaari sememangnya menjadi sebutan dengan melakar sejarah kejayaan pasukan yang terbaik pada musim 2014 dan 2015.

Bekas penyerang kebangsaan, Ismail Abu yang kali terakhir beraksi bersama Terengganu Hockey Team(THT) pada musim 2016 kini kembali bersama pasukan untuk kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu

“Faktor umur tidak menghalang untuk kita bermain selagi kita ada komitmen dan kemahuan untuk bermain. Bagi jentera serangan pada tahun ini saya lihat ada kombinasi menarik antara pemain muda dan pemain senior THT. Saya harap kombinasi serangan pada tahun ini akan memberi persembahan yang menarik untuk THT dan liga tahun ini.” ujar Ismail Abu dalam satu kenyataan.

Kali terakhir Ismail bersama THT adalah pada musim 2016 sebelum memberi fokus sepenuhnya bersama pasukan kebangsaan dan turut berkelana ke beberapa pasukan Liga Hoki Malaysia(LHM). Ismail Abu juga turut pernah beraksi di Hong Kong pada 2018 bersama pasukan Singh Sabah Hockey Club (SSHC) pada masa yang sama ketika itu bersama Maybank bagi saingan LHM. Pada aksi LHM musim lalu, Ismail Abu beraksi bersama pasukan Kedah/Nurinsafi HT.

Pencarian Bakat Baru Berbasikal Wanita

Terengganu menjadi destinasi ke-9 dalam siri jelajah pencarian pelumba muda yang dijadualkan berlangsung pada 12 sehingga 13 Januari ini bertempat di Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Majlis Sukan Negara(MSN) kini dalam program menjelajah ke seluruh negara dalam misi pencarian bakat baru sukan berbasikal wanita untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet kebangsaan.

Terengganu menjadi destinasi ke-9 dalam siri jelajah pencarian pelumba muda yang dijadualkan berlangsung pada 12 sehingga 13 Januari ini bertempat di Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Pencarian yang menyasarkan 100 pelumba berbakat peringkat umur 13 sehingga 15 tahun akan dinilai sebelum terpilih untuk proses penilaian akhir melalui ujian spesifik di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan. Seterusnya hanya 15 bakat muda akan dipilih untuk diserapkan dalam Program Pelapis Berbasikal Wanita nanti.

Program pemilihan ini di bawah kendalian sepenuhnya bekas atlet berbasikal kebangsaan yang juga anak jati Kampung Langgar, Kuala Berang Fatehah Mustapa bersama ketua jurulatih skuad pelapis negara Sood Husain.

Untuk rekod, Fatehah Mustapa telah mengumumkan persaraannya pada April lepas setelah 17 tahun berkecimpung dalam arena sukan berbasikal ini. Ratu berbasikal trek negara ini juga merupakan di antara produk hasil dari program pencarian bakat pada 2002 lalu. Beliau yang pernah membuat penampilan sebanyak dua kali di pentas Olimpik London dan Rio turut pernah meraih gangsa di Sukan Komanwel Glasgow dan sebelum itu meraih emas di Sukan Asia New Delhi pada 2013.

Borang pendaftaran perlu diisikan secara dalam talian di – https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScylxg8BxAq6_0E1pUWrGJwg5mtGIajlqaaQ6ZngRf7Ar4H_Q/viewform

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus Majlis Sukan Negeri Terengganu – https://www.facebook.com/MSNTerengganu/posts/1395981970572095

Liga Hoki Malaysia: Senarai Nama Pemain Terengganu Hockey Team 2021

Finalis musim lalu, Terengganu Hockey Team(THT) bertemu Sabah bagi aksi perlawanan pembukaan tirai Liga Hoki Malaysia musim ini yang dijadualkan pada 17 Januari 2020 ini.


SENARAI PENUH PASUKAN TERENGGANU HOCKEY TEAM(THT)

*KEJOHANAN LIGA HOKI MALAYSIA 2021 14 JANUARI-20 FEBRUARI 2021

  SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN
  NO. JERSI  
  NAMA  
  NO. KAD PENGENALAN  
TARIKH LAHIR
  1.  Mohd Shahrun Nabil bin Abdullah  850921-11-54XX   21/09/1985
  2.  Mohd Khairul Ikhwan bin Mohd Shabudin  960220-02-52XX   20/02/1996
  5.  Muhammad Firdaus bin Omar  960612-04-51XX   12/06/1996
  6.  Shello Silverius  990403-12-64XX   03/04/1999
  7.  Mohd Fitri b Saari  930304-11-50XX   04/03/1993
  8.  Abdul Khaliq bin Hamirin  970924-12-51XX   24/09/1997
  9.  Luqman Nul Hakim bin Ahmad Shukran  970423-11-53XX   23/04/1997
  10.  Faizal bin Saari  910113-11-57XX   13/01/1991
  11.  Muhammad Sufi Ismat bin Mr Rohulamin  950313-11-52XX   13/03/1995
  12.  Muhammad Abid Sufian bin Mat Ruslee  000612-06-00XX   12/06/2000
  13.  Ismail bin Abu  840408-02-60XX   08/04/1984
  15.  Nabil Fiqri bin Mohd Noor  870414-14-54XX   14/04/1987
  18.  Muhammad Arif Syafie bin Ishak  000122-06-05XX   22/01/2000
  19.  Mohamad Akhimullah bin Anuar Esook  000502-11-03XX   02/05/2000
  20.  Muhammad Fakhri Ardillah bin Saifullah  970123-06-57XX   23/01/1997
  21.  Muhammad Hafizuddin bin Othman  920107-11-53XX   07/01/1992
  24.  Ameer Aiman bin Mohamad Saberi  991121-11-53XX   21/11/1999
  27.  Syarman bin Mat Tee  010715-11-00XX   15/07/2001
  29.  Nukman Hakim bin Mohammad  010408-11-06XX   08/04/2001
  30.  Muhammad Noor Firdaus bin Rosdi  001004-03-11XX   04/10/2000
  32.  Mohamad Hazrul Faiz bin Ahmad Sobri  931112-11-56XX   12/11/1993

 

  SENARAI NAMA PENGURUSAN PASUKAN
  PENGURUS PASUKAN   MOHD RAFHAN BIN HARUN
  PENOLONG PENGURUS PASUKAN   MOHD RASHIDI BIN HASHIM
  PENOLONG PENGURUS PASUKAN   MOHD AZRIN BIN MOHD ARIS
  KETUA JURULATIH   RAJAN KRISHNAN
  PENOLONG JURULATIH   MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
  PENOLONG JURULATIH   ZANUSI BIN AB LATIFF
  DOKTOR/FISIO PASUKAN   PREM GANESH CHANDRA
SEGERAN

 

Liga Hoki: Bekas Jurulatih Piala Dunia Kendali THT

Finalis Piala TNB dan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020), Terengganu Hockey Team(THT) melantik bekas ketua jurulatih kebangsaan ke pentas Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2009, K. Rajan untuk mengharungi kempen musim ini yang dijadualkan bermula pada 14 Januari nanti.

Setelah hampir 5 tahun bermula Ogos 2016 menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih pasukan hoki Singapura, K. Rajan yang kini berusia 64 tahun(lahir pada 1957) menggantikan slot yang ditinggalkan oleh Muhammad Dhaarma Raj Abdullah setelah berjaya membimbing THT mara ke pentas akhir pada musim lalu.

K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto - Terengganu Hockey Team
K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Terengganu Hockey Team

K. Rajan anak kelahiran negeri Perak ini juga turut pernah menyarung jersi kebangsaan selaku penyerang pada tahun 1977 sehingga 1980 sebelum menceburi bidang kejurulatihan untuk membimbing pasukan hoki Bank Simpanan Nasional(BSN) pada 1990 sehingga 1991. Setelah itu beliau membimbing pasukan Persatuan Hoki Kuala Lumpur(KLHA) sebelum membimbing pasukan Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan kemudian melapor diri ke Singapura. Pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2009, K. Rajan berjaya meletakkan pasukan remaja kebangsaan di tangga kedudukan ke-12 dari 20 pasukan yang berentap.

“Kontrak saya bersama Singapura berakhir pada Dec 2020 lepas dan saya bercadang untuk pulang ke Ipoh menolong pasukan Perak dan pada masa yang sama Terengganu menawarkan untuk membimbing pasukan ke Liga Hoki Malaysia. Rata-rata pemain Terengganu saya pernah membimbing jadi saya rasa selesa untuk terima tawaran tersebut.”, ujar K. Rajan kepada pemberita.

Terdahulu Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berjaya membimbing THT untuk mara ke perlawanan akhir merebut Piala TNB LHM 2020 akhir namun terpaksa akur tewas tipis kepada Universiti Kuala Lumpur berkeputusan 2-1. Keputusan itu juga meletakkan THT di tangga ke-3 liga dengan kutipan 31 mata. Kini Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengembangkan karier dengan tugasan baru sebagai pengarah teknikal Persatuan Hoki Jawa Barat, Indonesia.

PENGLIBATAN K. RAJAN

2016-2021 – Jurulatih Singapura (Sukan SEA)
2009 – Jurulatih Malaysia (Piala Dunia Remaja 2009)
2008 – Jurulatih Tenaga Nasional Berhad(TNB)
2007 – Jurulatih Tenaga Nasional Berhad(TNB)
2007 – Jurulatih Tenaga Nasional Berhad(TNB)
Jurulatih Thailand (Pasukan Lelaki Piala Asia & Sukan SEA)
2003 – Jurulatih Tenaga Nasional Berhad(TNB)
2002 – Jurulatih Tenaga Nasional Berhad(TNB)
1992- Jurulatih Persatuan Hoki Kuala Lumpur(KLHA)
1991 – Jurulatih Bank Simpanan Nasional(BSN)
1990 – Jurulatih Bank Simpanan Nasional(BSN)

1977-1980 – Pemain mewakili Perak & Malaysia

Liga Hoki Malaysia 2021: 7 Aksi Penentu THT

Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tidak lagi menjadi venue kejohanan Liga Hoki Malaysia 2021.

Sebanyak 7 aksi perlawanan peringkat pertama kejohanan Liga Hoki Malaysia 2021(LHM 2021) bakal menjadi penentu buat pasukan Hoki Terengganu(THT) untuk sekali lagi memperbaiki rekod memburu kejuaraan. Finalis Piala TNB dan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020), THT dijadualkan membuka tirai kejohanan penuh bergaya bertemu petandang baru yakni Sabah yang membuat penampilan sulung di pentas Liga Hoki Malaysia(LHM) pada 14 Januari nanti.

Sabah hadir melengkapkan 8 pasukan lelaki kumpulan Premier musim ini setelah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hockademy KL yang tidak dapat meneruskan penampilan kedua musim ini. Saingan LHM 2021 ini juga masih diteruskan oleh 7 pasukan musim lalu termasuk THT iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Nurinsafi HT.

Aksi kapten Terengganu Hockey Team; Mohd Fitri bin Saari (jersi hitam putih – tiga dari kiri) sewaktu menewaskan Kedah/Nurinsafi HT berkeputusan 8 berbalas 2 dalam aksi perlawanan ke-3 Liga Hoki Malaysia 2020 buat kedua-dua pasukan bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 15 Januari 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Peluang bertemu Sabah yang pertama kali menyertai LHM sejak diperkenalkan pada 1987 seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh THT bagi mencari bekalan mata liga sebelum beraksi sengit pada perlawanan seterusnya. UniKL selaku penyandang juara sudah pasti tidak mahu mencalar ego memberi laluan mudah kepada THT setelah muncul juara dengan kemenangan tipis 2-1 pada aksi akhir merebut Piala TNB kejuaraan lalu. Keputusan itu juga meletakkan THT di tangga ke-3 liga dengan kutipan 31 mata.

Percaturan musim ini yang hanya melibatkan separuh aksi penentuan awal liga berbanding musim lalu sebanyak 14 perlawanan dengan jangkaan ketiadaan kelibat import bagi setiap pasukan bertanding seharusnya memberi kelebihan buat THT selaku pasukan berpengalaman. Musim ini juga turut memperkenalkan format perlawanan baharu di mana setiap pasukan akan berentap secara saingan liga satu pusingan di mana pasukan yang berada di tangga teratas liga akan dinobatkan selaku juara LHM 2021 nanti.

Seterusnya empat pasukan teratas liga layak untuk berebut Piala TNB 2021 bagi kategori lelaki manakala Piala Vivian May Soars bagi perebutan kategori wanita. Saingan Piala Vivian May Soars akan memperlihatkan aksi timbal balik bagi pasukan yang mara ke separuh akhir bagi merebut slot ke pentas akhir perebutan piala wanita ini. Semua perlawanan melibatkan ke semua kejuaraan hoki berprestij ini akan berlangsung sepenuhnya di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di mana pada musim ini tiada sebarang pasukan menjadi tuan rumah seperti mana sebelum ini.

Aksi kapten Terengganu Hockey Team; Mohd Fitri bin Saari (jersi hitam putih – kiri) sewaktu bertemu UniKL yang berkunjung ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk aksi perlawanan ke-8 Liga Hoki Malaysia 2020 pada 2 Februari 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

JADUAL PERLAWANAN LIGA HOKI MALAYSIA 2021
*Jadual perlawanan melibatkan pasukan Terengganu Hockey Team (THT) sahaja & semua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

14.01.2021 0600 Petang
SABAH vs TERENGGANU HOCKEY TEAM

17.01.2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI KUALA LUMPUR

21.01.2021 0800 Malam
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

24.01.2021 0800 Malam
MAYBANK vs TERENGGANU HOCKEY TEAM

31.01.2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs TNB THUNDERBOLTS

4.02.2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs NURINSAFI HT

7.02.2021 0800 Malam
TNB vs TERENGGANU HOCKEY TEAM

14.02.2021 0800 Malam
SEPARUH AKHIR – PUSINGAN PERTAMA

17.02.2021 0800 Malam
SEPARUH AKHIR – PUSINGAN KEDUA

20.02.2021 0830 Malam
AKHIR

X