Warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan seluruh penggiat mahupun peminat sukan di negeri ini telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Abdul Ghani Ngah pada bulan mulia ini(2 Ramadhan 1440). Kredit Foto – Utusan.com.my
Warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan seluruh penggiat mahupun peminat sukan di negeri ini telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Abdul Ghani Ngah pada bulan mulia ini(2 Ramadhan 1440).
Kakitangan MSNT yang berusia 56 tahun ini telah meninggal dunia setelah rebah sewaktu menunaikan solat sunat Tarawih di Surau Simpang Kem Seberang Takir, Kuala Nerus kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Beliau yang berkhidmat sebagai pemandu Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu turut berkesempatan menunaikan solat bersama di surau berkenaan yang turut dihadiri oleh para atlet. Menurut laporan akhbar, sewaktu kejadian Abdul Ghani dalam tugasan untuk membawa Pengarah MSNT memantau program latihan atlet di bulan Ramadhan ini.
Abdul Ghani disahkan meninggal dunia setelah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Seberang Takir untuk rawatan.
Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abdul Ghani Ngah yang telah pulang ke rahmatullah. Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Lt. Kol (PA) Che Adam A. Rahman berjaya menggalas misi sulung MAKSAK Solo De Kinabalu 2019 untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 0615 pagi pada 12 April 2019. Kredit Foto – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu.
Alhamdulillah, 12 April 2019, Tepat jam 6.15 pagi, Lt. Kol (PA) Che Adam A. Rahman berjaya sampai di Puncak tertinggi Gunung Kinabalu bersama Misi MAKSAK SOLO DE KINABALU 2019. Dengan lengkap berbusana bersongket Terengganu, Tuan Adam dengan penuh bersemangat berdiri di puncak (Low’s Peak) setinggi 13,400 kaki (4095M) dari paras laut bersama kain rentang dan bendera MAKSAK Terengganu.
Misi yang cukup bermakna ini melibatkan cabaran 2 hari 1 malam pendakian yang bermula dari Timpohon Gate, Taman Kinabalu, Ranau. Rintangan cuaca suhu yang sejuk dan berangin, kecuraman laluan serta cabaran udara nipis altitud tinggi, Alhamdulillah Tuan Adam berjaya menempuh cabaran dan meraikan kejayaan ini bersama hampir 90 orang pendaki tempatan dan dari pelbagai negara lain.
Lt. Kol (PA) Che Adam A. Rahman berjaya menggalas misi sulung MAKSAK Solo De Kinabalu 2019 untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 0615 pagi pada 12 April 2019. Kredit Foto – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu.
Semoga pendakian ini menjadi inspirasi kepada seluruh penjawat awam di Malaysia untuk bergerak aktif, mencabar diri, mencipta sesuatu kelainan dalam diri khususnya dalam memartabatkan perkhidmatan awam di Malaysia.
Misi ini juga boleh dianggapkan bersifat serampang dua mata, yg mana di samping beliau mengibarkan panji MAKSAK Terengganu serta MAKSAK Malaysia, utk julung kalinya dalam sejarah negeri dan negara, beliau turut mengibarkan panji Terengganu Maju Berkat Sejahtera, dan panji APM bersempena sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam yang ke 67.
Projek julung kali ini adalah ilham daripada YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ Haji A. Rahman Yahya yang mahu melihat salah satu dimensi cabaran baharu kepada pegawai kanan kerajaan yang berkhidmat di negeri Terengganu ini. Untuk rekod, pencapaian ini merupakan kejayaan sulung yang belum pernah disempurnakan oleh mana-mana pegawai kanan jabatan mahupun agensi berkaitan sama ada di dalam negeri Terengganu mahupun dari seluruh negara.
MAKSAK Terengganu menaja sebahagian besar kos misi ini dengan peruntukan sebanyak RM4500.00 meliputi kos tempahan pakej pendakian, makan minum, kos latihan termasuk pengurusan dan sebagainya. Selebihnya ditanggung oleh peserta misi ini sendiri.
*MAKSAK(Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia) merupakan platform rasmi bagi pegawai dan kakitangan kerajaan negeri mahupun Persekutuan untuk bergerak aktif dalam bidang sukan, rekreasi serta kebajikan kepada semua warga kerja.
Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) raih anugerah sulung Pasukan Ragbi Wanita Terbaik Kebangsaan dalam majlis Anugerah Ragbi Kebangsaan 2019(ARK 2019) yang telah berlangsung pada 30 Mac 2019 bertempat di Mercu UEM, Kuala Lumpur. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT/
Kejayaan pasukan ragbi 7 sepasukan wanita Terengganu Hanelang mencipta fenomena muncul juara dalam ketiga-tiga siri penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2018 sekaligus melayakkan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) selaku badan induk peringkat negeri untuk dinobatkan sebagai Pasukan Ragbi Wanita Terbaik Kebangsaan dalam majlis sulung Anugerah Ragbi Kebangsaan 2019(ARK 2019).
Penganjuran yang pertama kali memperkenalkan format permainan untuk setiap pasukan mengharungi tiga siri kejohanan di mana pasukan ragbi wanita Terengganu Hanelang terpaksa menjelajah jauh ke beberapa negeri untuk berentap. Bermula dengan langkah kanan di Stadium Hang Tuah, Melaka untuk membelasah pasukan Selangor berkeputusan 39 berbalas 07 dalam perlawanan pembukaan. Sekaligus menjadi kutipan mata tertinggi sepanjang kejohanan siri 1 ini.
Seterusnya bertempat di Stadium Educity, Johor untuk siri kedua penganjuran pasukan ini terus mengukuhkan penguasaan setelah menewaskan beberapa pasukan pilihan. Padang Ipoh, Perak menjadi pentas terakhir untuk pasukan ini mengukir sejarah untuk muncul juara selaku kuasa besar pasukan ragbi wanita 7 sepasukan kebangsaan.
Barisan kepimpinan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) sewaktu hadir ke majlis Anugerah Ragbi Kebangsaan 2019(ARK 2019) yang telah berlangsung pada 30 Mac 2019 bertempat di Mercu UEM, Kuala Lumpur. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT
Pada majlis ini juga, YDP PRNT Encik Amir Amri Muhammad turut diberi penghormatan setelah kejayaan pasukan di temasya Sukan SEA 2017 di bawah kendalian beliau selaku pengurus pasukan merangkul Anugerah Khas Pencapaian Pasukan Ragbi Lelaki 7 Sebelah Negara 2019 ini. Menambah manis, pemain import yang setia beraksi bersama pasukan Piala Agong negeri ini Timochi Vonimoku Anugerah Pemain Import Terbaik Peringkat Antarabangsa 2019.
Sebanyak 27 anugerah telah dipertandingkan dalam Majlis ARK 2019 yang pertama kali diperkenalkan ini di mana telah berlansung dengan penuh gemilang di ibu kota.
Pelumba pasukan Team Rempit Kemaman; Zulkiffli Abdul Ghani yang berusia 47 tahun turut menyertai kayuhan sulung perlumbaan MJM BMCC Amateur Race 19. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Zulkiffli bin Abdul Ghani membuktikan usia bukan halangan untuk turut sama menyertai perlumbaan berbasikal lebuhraya dalam MJM BMCC Amateur Race 19. Zulkiffli turut bersaing bersama beberapa pelumba muda dalam kategori berbasikal lebuhraya untuk kayuhan sejauh 44km.
Beliau yang kini berusia 47 tahun dari Kemaman ini merupakan antara 15 pelumba bagi pasukan Team Rempit Kemaman. Selain berlumba di dalam negara, beliau bersama pasukan juga turut menyertai beberapa penganjuran perlumbaan di luar negara.
Zulkiffli bin Abdul Ghani membuktikan usia bukan halangan untuk turut sama menyertai perlumbaan berbasikal lebuhraya dalam MJM BMCC Amateur Race 19.
Beliau yang kini berusia 47 tahun dari Kemaman ini merupakan antara 15 pelumba bagi pasukan Team Rempit Kemaman. Selain berlumba di dalam negara, beliau bersama pasukan juga turut menyertai beberapa penganjuran perlumbaan di luar negara.
Kalendar penganjuran perlumbaan berbasikal lebuhraya di negeri Terengganu untuk tahun 2019 dibuka dengan jayanya setelah berlansung MJM bmcc Amateur Race 2019.
Seramai 285 peserta dari seluruh negeri ini dan juga turut disertai oleh pelumba sejauh dari Pahang dan Kelantan dilihat mampu untuk mengangkat status penganjuran walaupun penganjuran ini mensasarkan pelumba bertaraf amatur.
Sebanyak 3 kategori perlumbaan dipertandingkan iaitu Road Bike Open, Road Bike Amateur dan MTB Open dengan jumlah jarak kayuhan sejauh 44 KM.
Kalendar penganjuran perlumbaan berbasikal lebuhraya di negeri Terengganu untuk tahun 2019 dibuka dengan jayanya setelah berlansung MJM bmcc Amateur Race 2019. Seramai 285 peserta dari seluruh negeri ini dan juga turut disertai oleh pelumba sejauh dari Pahang dan Kelantan dilihat mampu untuk mengangkat status penganjuran walaupun penganjuran ini mensasarkan pelumba bertaraf amatur. Sebanyak 3 kategori perlumbaan dipertandingkan iaitu Road Bike Open, Road Bike Amateur dan MTB Open dengan jumlah jarak kayuhan sejauh 44 KM.
Matlamat penganjuran yang tidak membenarkan penyertaan dari pelumba bertaraf profesional dan atlet pelumba negeri sepenuh masa dilihat tepat untuk memberi ruang kepada pelumba amatur beraksi merebut podium.
Penganjuran sulung di daerah Marang ini juga adalah turut melibatkan kerjasama dari pihak Pejabat Daerah Marang, Persatuan Lumba Basikal Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Selain itu perlumbaan ini turut juga disertai oleh sebahagian besar pelumba veteran dan beberapa bekas-bekas pelumba berpengalaman secara tidak lansung menambah kemeriahan penganjuran.
Turut menyertai adalah bekas jurulatih kebangsaan; Syed Hussein Syed Mazlan yang kini berusia 41 tahun. Walaupun telah berusia untuk kudrat kayuhan, namun berkat pengalaman yang besar beliau masih lagi ditagih untuk menabur jasa sebagai ketua jurulatih pasukan berbasikal negeri Terengganu sehingga kini. Selain itu penganjuran ini turut juga disertai oleh bekas pelumba kebangsaan Azizul Azli atau lebih mesra dikenali sebagai Bujoe yang meraih tempat ke-3 dalam kategori Road Bike Open.
Ahmad Sabri Mustaffa atau lebih mesra dikenali sebagai Timbir merupakan penasihat kepada Batangan Mountain Bike Cycling Crew. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Alhamdullilah, penganjuran ini pada awalnya kita hanya suka-suka sahaja tapi kita tidak menyangka penyertaan hampir 300 peserta. Kita membuka ruang kepada pelumba amatur untuk merasai suasana perlumbaan seperti mana pelumba profesional yang lain.”, Ujar Ahmada Sabri Mustaffa atau lebih mesra dikenali sebagai Timbir selaku penganjur bersama Team BMCC(Batangan MTB Cycling Club).
Pelumba pasukan Team Rempit Kemaman; Zulkiffli Abdul Ghani yang berusia 47 tahun turut menyertai kayuhan sulung perlumbaan MJM BMCC Amateur Race 19. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Untuk penganjuran ini saya sangat-sangat berpuas hati dan amat berharap agar penganjuran seperti ini diadakan setiap bulan kerana kami semua amat dahagakan untuk berlumba di Terengganu.”, berkata pelumba veteran Zulkiffli bin Abdul Ghani yang berusia 47 tahun dari pasukan Team Rempit Kemaman.
Pelumba veteran ini secara serius terlibat dalam perlumbaan sejak 4 tahun lepas dan kini menyertai pasukan Team Rempit Kemaman yang dianggotai seramai 15 pelumba yang berpengkalan di Kemaman. Pasukan ini juga turut pernah menyertai beberapa perlumbaan sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara.
Penganjuran sulung di daerah Marang ini juga adalah turut melibatkan kerjasama dari pihak Pejabat Daerah Marang, Persatuan Lumba Basikal Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Ulasan penganjuran Terengganu Esports Challenge 2019 oleh Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Noorul Husna A. Rashid
TERENGGANU ESPORTS CHALLENGE 2019
Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dan FIFA 2019 menjadi taruhan di mana kedua-dua acara sukan elektronik ini adalah yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia). Kejohanan telah berlansung ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang.
Seramai 128 atlet sukan elektronik seluruh negeri Terengganu telah menyertai kejohanan ini untuk merebut slot mewakili negeri ini ke kejohanan di Hari Sukan Negara 2018 nanti.
Ulasan penganjuran Terengganu Esports Challenge 2019 daripada Setiausaha Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu), Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah.
TERENGGANU ESPORTS CHALLENGE 2019
Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dan FIFA 2019 menjadi taruhan di mana kedua-dua acara sukan elektronik ini adalah yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia). Kejohanan telah berlansung ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang.
Seramai 128 atlet sukan elektronik seluruh negeri Terengganu telah menyertai kejohanan ini untuk merebut slot mewakili negeri ini ke kejohanan di Hari Sukan Negara 2018 nanti.
Puan Zahrah Ismail dari Marang merupakan ibu kepada salah seorang peserta Terengganu Esports Challenge 2019 yang hadir untuk memberi sokongan. Tanda sokongan dari ibubapa ini secara tidak langsung memberi impak positif pada perkembangan sukan elektronik tanah air.
TERENGGANU ESPORTS CHALLENGE 2019 Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dan FIFA 2019 menjadi taruhan di mana kedua-dua acara sukan elektronik ini adalah yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia). Kejohanan telah berlansung ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang.
Seramai 128 atlet sukan elektronik seluruh negeri Terengganu telah menyertai kejohanan ini untuk merebut slot mewakili negeri ini ke kejohanan di Hari Sukan Negara 2018 nanti.
Terengganu ESports Challenge 2019 merupakan pentas pemilihan atlet sukan elektronik untuk mewakili negeri Terengganu di kejohanan Hari Sukan Negara 2019 nanti. Kredit – Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu)
Perkembangan sukan elektronik negeri Terengganu terus diwarnai dengan penganjuran Terengganu ESports Challenge 2019 yang bakal berlansung pada 22 sehingga 23 Mac 2019 nanti. Kejohanan elektronik dengan sasaran pengertaan seramai 128 atlet nanti akan berlansung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang merupakan pentas untuk pencarian atlet mewakili negeri ini ke kejohanan di Hari Sukan Negara pada Oktober 2019 nanti.
Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dan FIFA 2019 menjadi taruhan di mana kedua-dua sukan ini adalah yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia). Kejohanan yang bakal berlansung ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang. Malah turut ditawarkan hamper kepada pemenang tempat ke-4 sehingga tempat ke-8.
Kredit – Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu)
Menambah menarik pihak penganjur turut meletakkan beberapa syarat kepada peserta di mana hanya atlet tempatan negeri Terengganu sahaja dibenarkan. Selain itu atlet yang pernah beraksi mewakili negara mahupun atlet bertaraf profesional tidak dibenarkan bertanding.
Hal ini secara tidak lansung memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk beraksi sekaligus menyokong program pembangunan sukan elektronik yang telah dianjurkan di negeri Terengganu ini. Penyertaan hanya terbuka kepada 128 atlet sahaja di mana untuk setiap sukan hanya sebanyak 64 atlet sahaja. Oleh sedemikian kepada mereka yang berminat perlu merebut peluang ini sebelum terlambat.
SYARAT PENYERTAAN TERENGGANU ESPORTS CHALLENGE 2019
a) Pemain pernah mewakili MALAYSIA & pemain bertaraf profesional tidak dibenarkan sertai
b) Pemain bawah 18 tahun perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa
c) Rakyat negeri Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA & TERHAD!
Sebarang urusan pendaftaran sila klik pada pautan berikut:
Untuk rekod, penganjuran program berkaitan sukan elektronik ini merupakan kerjasama kali kedua di antara pihak Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Pada tahun lalu kedua-dua pihak telah menganjurkan ‘Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu’ pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu.
Montaj semperna Terengganu ESports Challenge 2019 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang & Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (Esports Malaysia Terengganu) diadakan untuk Pemilihan Atlet Anak Jati TERENGGANU untuk PES & FIFA berlangsung pada 22-23 Mac 2019 di Dewan Utama Majlis Daerah Marang
Ulasan daripada ketua jurulatih Terengganu Young Turtles; Mohd Futra Abd Ghani sewaktu majlis perlancaran skuad elit sepak takraw ini.
Majlis perlancaran pasukan elit sepak takraw yang diberi nama Terengganu Young Turtles telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim.
Terengganu Young Turtles telah ditubuhkan pada 4 Februari 2019 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu(PSNT). Lima pemain yang terdiri dari pasukan Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 telah dipilih untuk sertai pasukan elit ini.
Pasukan ini menyasarkan hanya menyertai sebarang kejohanan terbuka bertaraf elit yang tidak disertai oleh sebarang pasukan persiapan sepak takraw SUKMA Terengganu sama ada di peringkat negeri mahupaun antarabangsa.
Majlis perlancaran pasukan elit sepak takraw yang diberi nama Terengganu Young Turtles telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim.
Terengganu Young Turtles telah ditubuhkan pada 4 Februari 2019 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu(PSNT). Lima pemain yang terdiri dari pasukan Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 telah dipilih untuk sertai pasukan elit ini.
Pasukan ini menyasarkan hanya menyertai sebarang kejohanan terbuka bertaraf elit yang tidak disertai oleh sebarang pasukan persiapan sepak takraw SUKMA Terengganu sama ada di peringkat negeri mahupaun antarabangsa.
Perlawanan kedua Liga Copa Kuala Terengganu 2019 menyaksikan pasukan Jaya Bakti Chendering FC meraih kemenangan pertama dalam perlawanan penuh sengit menentang Tanjong Shahbandar FC berkesudahan 2-1. Kredit Foto – Facebook.com/LigaKT
Jaya Bakti Chendering FC raih kemenangan pertama dalam aksi sulung Liga Copa Kuala Terengganu 2019 setelah menewaskan pasukan Tanjong Shahbandar FC berkesudahan 2 berbalas 1. Namun sebelum itu gawang Jaya Bakti dikejutkan dengan gol pembukaan yang disempurnakan oleh Tiarramon bin Othman melalui tendangan penalti pada minit ke-36 separuh masa pertama permaianan.
Aksi separuh masa pertama permainan begitu sengit bagi kedua-dua pasukan sehinggakan Abdul Hafiz bin Suhaimi terpaksa menyimpan kemas kad kuning kejohanan pertama untuk Tanjong Shahbandar FC.
Pemain Jaya Bakti Chendering FC berjersi nombor 10; Muhammad Nazrul Hakim bin Azmi meraih kad merah kejohanan pertama dalam perlawanan pertama pasukan ini sewaktu menentang Tanjong Shahbandar FC di padang Raja Permin Arena, Chendering. Kredit Foto – Facebook.com/LigaKT
Sebaik separuh masa kedua bermula, Jaya Bakti tidak menunggu lama untuk merencanakan perancangan jurulatih sekaligus meraih gol pertama hasil daripada Muhammad Syakirin bin Zakaria di minit ke-45. Namun seminit kemudian setelah jaringan gol tersebut, semangat pasukan sekali lagi diuji apabila layangan kad merah kejohanan pertama diterima pedih oleh Muhammad Nazrul Hakim bin Azmi.
Permainan yang kian sengit dengan kelebihan memihak kepada Tanjong Shahbandar FC masih gagal dimanfaatkan apabila Amirul Hakimie bin Roslan bijak mengambil peluang untuk menambah jaringan. Jaringan gol kedua milik Jaya Bakti di minit ke-50 ini meletakkan pasukan ini mendahului perlawanan dengan semangat juang yang tinggi.
Sehingga tamat permainan penuh tekanan, kejayaan Jaya Bakti Chendering FC meraih kemenangan pertama sedikit sebanyak mampu menjadi motivasi buat pasukan untuk perlawanan seterusnya.
Liga Copa Kuala Terengganu 2019 melibatkan 31 perlawanan selama 8 minggu penganjuran dengan penyertaan 8 pasukan untuk musim ini. Kredit – Facebook.com/LigaKT
KEPUTUSAN PERLAWANAN MINGGU PERTAMA LIGA COPA KUALA TERENGGANU 2019
8 MAC 2019 0500 PETANG | PADANG RAJA PERMIN ARENA RAJA PERMIN FC vs BUKIT PAYONG FC 4-0
9 MAC 2019 0500 PETANG | PADANG RAJA PERMIN ARENA TANJONG SHAHBANDAR FC vs JAYA BAKTI CHENDERING FC 2-1
Majlis perasmian dan pelancaran pasukan Terengganu Young Turtles yang telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) giat mempersiapkan pasukan sepak takraw bertaraf elit untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) pada tahun 2020 nanti. Persiapan awal ini sememangnya menjadi sebahagian dari program pembangunan sukan yang dikelolakan oleh MSNT sejak sekian lama.
Majlis perasmian dan pelancaran pasukan sepak takraw Terengganu Young Turtles yang telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019. . Kredit – Facebook.com/Persatuan-Sepaktakraw-Negeri-Terengganu-975840209211272
Skuad elit yang dijenamakan sebagai Terengganu Young Turtles dibarisi pemain seawal usia 17 tahun sehingga 20 tahun merupakan atlet sepenuh masa di bawah kendalian 3 jurulatih berpengalaman besar.
Dari kiri; Ketua jurulatih Terengganu Young Turtles Mohd Futra Abd Ghani, jurulatih Mohd Yusof Chik bersama peminat sukan tegar negeri Terengganu, Rohaizam Ramli
Mohd Futra Abd Ghani dan Mohd Yusof Chik yang merupakan bekas regu emas negara dan juga jurulatih kelahiran Thailand, Vitaya Boontai merupakan jurulatih sepenuh masa yang dilantik untuk membentuk skuad ini. Malah penubuhan skuad ini juga tidak hanya meletakkan SUKMA 2020 sebagai hala tuju di mana jangka masa panjang untuk turut melahirkan pemain bertaraf kelas dunia yang mampu memikul tugas pasukan negara suatu hari nanti. Sekaligus mampu menjadikan sukan sepak takraw satu kerjaya sepenuh masa untuk setiap atlet yang telah mengorbakan masa mereka sejak dari awal.
“Kejohanan Terbuka Shah Alam nanti menjadi ujian pertama buat pasukan ini di mana kejohanan itu bakal disertai oleh pemain-pemain profesional. Itu yang kita mahukan sebagai pendedahan kepada regu Young Turtles ini. “; ujar Muhd Futra Abd. Ghani selaku ketua jurulatih Terengganu Young Turtles
Skuad muda ini menyasarkan penyertaan dalam sebarang kejohanan bertaraf 5 bintang peringkat senior sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara demi memastikan skuad ini berjaya mencapai penanda aras yang ditetapkan. Perancangan rapi telah dibuat sejak awal di mana pasukan ini akan sentiasa berentap secara kompetitif sepanjang tahun. Lima pemain yang terpilih membarisi skuad Young Turtle ini ialah Ahmad Syazwan Ramzi; Muhammad Aidil Haikal Ghani; Alif Mursyid Rusli; Muhammad Hasmadi Wahab dan Mohammad Fareez Azrai Othman.
“Kita telah tetapkan penanda aras yang tinggi perlu dicapai untuk setiap pemain dalam skuad elit ini. Halatuju penubuhan skuad ini bukan hanya untuk mewakili negeri ke SUKMA nanti malah ke peringkat lebih tinggi sebagai pasukan profesional ke peringkat antarabangsa. Tanggungjawab kami tidak hanya kepada pasukan malah kepada pihak penaja.”; ujar Che Kamaruzaman Yusof selaku Presiden Terengganu Young Turtles kepada PenyuSukan.com
Majlis perasmian dan pelancaran pasukan Terengganu Young Turtles yang telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Terengganu Young Turtles yang baru ditubuhkan ini juga turut menerima tajaan dari beberapa syarikat korporat sekaligus bakal melancarkan setiap program yang telah diatur. Selain tajaan wang tunai untuk menampung perbelanjaan pasukan termasuk elaun pemain selama setahun, skuad ini juga turut menerima tajaan sebuah bas dan kelengkapan sukan untuk keperluan pasukan ini.
Raja Permin FC meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan Liga Copa Kuala Terengganu 2019 sewaktu menentang Bukit Payong FC yang telah berlangsung di padang Raja Permin Arena. Kredit Foto – Facebook.com/rajaperminfc
Penyandang juara edisi lalu, Raja Permin FC gah membuka tirai Liga Copa Kuala Terengganu 2019(Liga Copa KT 2019) setelah membelasah Bukit Payong FC berkesudahan 4 gol tanpa balasan dalam aksi 80 minit permainan. Perlawanan pertama liga yang telah berlansung di padang Raja Permin Arena, Chendering menyaksikan perlawanan bermula seimbang bagi kedua-dua pasukan mencari rentak.
Namun hasil dorongan cantik yang tidak disia-siakan oleh Muhamad Hanif bin Anuar memastikan jaringan gol pertama milik pasukan Raja Permin FC pada minit ke-22.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Bukit Payong FC di bawah bimbingan jurulatih Hafeez Nadzreen Asnawi terus mengatur serangan untuk mengawal permainan. Rata-rata saiz fizikal pemain Bukit Payong FC memberi kelebihan untuk penguasaan bola namun gagal untuk mencari penyudah. Beberapa cubaan gagal dimanfaatkan sebaik mungkin hingga tamat separuh masa pertama.
Pemain serangan Raja Permin FC yang berusia 19 tahun; Muhamad Hanif bin Anuar mencipta jaringan hatrik dalam perlawanan pembukaan Liga Copa Kuala Terengganu 2019 sewaktu menentang Bukit Payong FC yang telah berlangsung di padang Raja Permin Arena. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebaik sepak mula separuh masa kedua permainan bermula, Bukit Payong FC terus pantas mengasak rapat ke kubu pertahanan lawan namun masih gagal untuk mencari gol penyamaan. Buntu dengan cubaan demi cubaan secara tidak langsung para pemain kian hilang rentak permainan sekaligus Raja Permin FC bijak membaca permainan.
Situasi kucar-kacir di hadapan gawang Bukit Payong FC sekali lagi memberi peluang kepada pemain senior Raja Permin FC Muhamad Hanif untuk menambah jaringan pada minit ke-48. 10 minit kemudian, Muhamad Hanif yang beraksi di bahagian serangan sekali lagi mencipta sensasi perlawanan dengan jaringan hatrik untuk memastikan pasukannya selesa mendahului permainan. Kealpaan pasukan Bukit Payong FC sekali lagi dihukum dengan jaringan gol penyudah yang disempurnakan oleh pemain berjersi nombor 11; Muhamad Uzair bin Sanadi di minit ke-62 permainan.
Pengurus pasukan Raja Permin FC; Mohd Dede Ellanne. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Alhamdullilah, kita berjaya mendapat 4 gol hasil daripada gandingan pemain-pemain muda di atas padang. Segala-galanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang dan keputusan hari ini adalah menjangkaui apa yang disasarkan. Pasukan lawan sebenarnya merupakan antara pasukan yang terkuat seperti mana di awal minit-minit permainan kita boleh lihat mereka memaksa kami bekerja keras untuk mencipta ruang. Mungkin faktor kecergasan memberi kelebihan kepada kami. Untuk perlawanan seterusnya kami perlu perbaiki taktikal perlawanan dan persefahaman pemain di atas padang.”; ujar Mohd Dede Ellanne selaku pengurus pasukan Raja Permin FC kepada PenyuSukan.com.
Padang Raja Permin Arena merupakan salah satu venue rasmi pertandingan Liga Copa Kuala Terengganu 2019. Kredit Foto – Facebook.com/rajaperminfc
Untuk rekod, Raja Permin FC di bawah kendalian jurulatih Ck Ahmad Fakharudin bin Che Ku Setia baru menamatkan kempen penyertaan sulung dalam Piala FA 2019. Untuk kempen Liga Copa KT 2019 ini, Raja Permin FC dibarisi para pemain-pemain yang berasal dari Chendering berusia seawal usia 17 tahun dan paling berusia adalah 49 tahun!
Liga Copa Kuala Terengganu 2019 melibatkan 31 perlawanan selama 8 minggu penganjuran dengan penyertaan 8 pasukan untuk musim ini. Kredit – Facebook.com/LigaKT
Setelah penganjuran pertama kali yang diberi nama “Copa Del Rey” pada tahun lalu mendapat reaksi positif daripada pasukan-pasukan yang berpusat dalam dan pinggir bandaraya Kuala Terengganu, kini penganjuran diteruskan dengan penjenamaan semula sebagai “Liga Copa Kuala Terengganu”. Pada edisi kedua ini sebanyak 8 pasukan bakal berentap untuk merebut kejuaraan yang dijadualkan berlangsung selama 9 minggu. FC Pemanis, Raja Permin FC, GSN FC, Bukit Payong FC, Jaya Bakti Chendering FC, Island FC, Errong FC dan Tanjung Shahbandar FT merupakan pasukan yang mewarnai Liga Copa Kuala Terengganu 2019.
Sebanyak 31 perlawanan dijadualkan berlangsung di mana melibatkan dua venue pertandingan iaitu di padang Pok Mat, Lagun Chendering dan Raja Permin Arena. Pusingan kedua kalah mati kejohanan dijadualkan pada minggu ke 8 dimulai dengan perlawanan separuh akhir pertama pada 26 April 2019 nanti. Seterusnya perlawanan akhir dijadualkan pada 3 May 2019.
Football Terengganu bersama Komuniti Kuala Terengganu selaku penganjur liga sosial ini merupakan satu inisiatif yang sewajarnya diberi perhatian kerana mampu untuk mengangkat martabat pembangunan sukan bola sepak setempat. Penganjuran ini juga secara tidak lansung memberi ruang dan peluang kepada remaja serta belia setempat untuk beraksi dalam satu pentas yang kompetitif selain untuk menghidupkan suasana bola sepak di bandaraya ini.
Pasukan Raja Permin FC menentang Bukit Payong FC bertempat di padang Raja Permin Arena merupakan perlawanan pertama pembuka tirai Liga Copa Kuala Terengganu 2019 pada jam 0500 petang. Untuk rekod, pada edisi lalu pasukan Raja Permin FC telah merangkul kejuaraan sulung ini.
Tiada sebarang tiket dikenakan untuk ke semua perlawanan oleh itu ayuh bersama kita untuk turun ke padang memberi sokongan!
JADUAL PERLAWANAN MINGGU PERTAMA LIGA COPA KUALA TERENGGANU 2019
8 MAC 2019 0500 PETANG | PADANG RAJA PERMIN ARENA
RAJA PERMIN FC vs BUKIT PAYONG FC
9 MAC 2019 0500 PETANG | PADANG RAJA PERMIN ARENA
TANJUNG SHAHBANDAR FC vs JAYA BAKTI CHENDERING FC
Kontijen sukan pelayaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang telah berkampung selama 4 hari bertempat di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu untuk program Sirkit 1 Sukan Pelayaran MSS Pahang. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Seramai 52 murid-murid sekolah dari beberapa daerah sekitar negeri Pahang telah berkampung selama 4 hari bertempat di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu untuk turut serta bersama dalam program Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019. Kejohanan yang telah berlansung pada 28 sehingga 3 Mac 2019 lalu telah dijadikan platform oleh Majlis Sukan Sekolah Negeri Pahang(MSS Pahang) bagi menganjurkan Sirkit 1 Sukan Pelayaran MSS Pahang. Jalinan kerjasama program pembangunan akar umbi di antara dua negeri ini dilihat satu langkah yang terbaik demi masa depan sukan pelayaran ini.
Rata-rata peserta yang hadir adalah murid-murid sekolah seawal usia darjah 1 sehingga tingkatan 3 merupakan bakat-bakat yang telah dicungkil melalui program pembangunan yang dijalankan oleh MSS Pahang. Berpusat di SK Cherating tidak memberi halangan untuk adik-adik cilik ini yang rata-rata hadir dari daerah-daerah seperti Kuantan, Pekan, Maran Jerantut malah ada yang sejauh dari Bentong, Bera dan Rompin.
Wajah-wajah peserta program Sirkit 1 Sukan Pelayaran MSS Pahang berusia di antara 6 sehingga 15 tahun dari pelbagai daerah dalam negeri Pahang. Kredit Foto – PenyuSukan.com
MSS Pahang kini dalam rangka mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Kejohanan Pelayaran Majlis Sukan Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) yang dijangkan akan diadakan pada bulan Ogos nanti.
Terengganu menjadi negeri singgahan kedua buat kontijen dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ini di mana sebelum ini turut menganjurkan program yang sama di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jalinan program kerjasama dan juga merupakan siri kejohanan sukan pelayaran bagi negeri Pahang ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos penganjuran di samping memberi pendedahan dan cabaran berbeza bagi setiap atlet. Kelebihan ini juga turut memberi pendedahan kepada atlet untuk bersaing dalam kelompok yang lebih besar di antara dua negeri hasil dari program latihan yang berbeza. Oleh yang sedemikian sekaligus memberi pengalaman kepada setiap peserta untuk beraksi di peringkat kebangsaan.
Pegawai Teknik & Pembangunan Sukan(PTPS) Pelayaran Negeri Pahang; Khairul Azizi bin Abdul Aziz mengetuai rombongan kontijen sukan pelayaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk turut sama dalam program Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Pertama sekali ingin saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menerima kami malah turut membantu menyediakan bot-bot untuk kejohanan. Walaupun tanpa kelengkapan lain seperti set pelayaran namun ianya sudah amat membantu meringankan bebanan kos logistik kepada kami. Kami hanya perlu membawa lain-lain kelengkapan pelayaran yang diperlukan yang sememangnya kami tersedia ada. Sukan ini sememangnya memerlukan kos penganjuran yang tinggi oleh yang sedemikian jalinan kerja sama ini merupakan salah satu serampang dua mata yang terbaik.”; ujar Khairul Azizi bin Abdul Aziz selaku Pegawai Teknik & Pembangunan Sukan(PTPS) Pelayaran Negeri Pahang dan juga merupakan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Cherating, Pahang.
Beliau juga turut mengulas bahawa lokasi penganjuran yang terletak di pintu muara Sungai Terengganu merupakan lokasi terbaik untuk program pembangunan sukan pelayaran ini berikutan kawasan yang luas dan perairan yang tenang tanpa ombak besar. Kelebihan ini sememangnya menjadi satu faktor terbaik untuk memberi pendedahan awal kepada pelayar-pelayar muda yang baru menceburi sukan ini.
Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi berusia 16 tahun dinobatkan sebagai ‘Pelayar Terbaik Kejohanan’ bagi Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019 yang telah berlansung pada 28 sehingga 3 Mac 2019 bertempat di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019 yang baru melabuhkan tirai mencipta sensasi kejohanan setelah adik cilik berusia 16 tahun dinobatkan sebagai Pelayar Terbaik Kejohanan. Pelajar tingkatan empat SMK Bukit Tunggal, Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi berjaya mengungguli 4 kategori yang disertai untuk meraih ke semua pingat emas. Kejayaan ini juga turut telah menafikan beberapa pelayar senior yang turut bertanding di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang telah bermula sejak 28 sehingga 3 Mac 2019.
Kejayaan ini juga sudah pasti akan terus membakar semangat dalam diri adik cilik ini untuk terus menempa nama di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Untuk rekod pada 2017 dalam satu kejohanan di Vietnam, Muhammad Faizzudin turut berjaya memberi kejutan setelah meraih 3 pingat emas dalam kategori Optimist. Pada Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018, walaupun sekadar berjaya meraih pingat perak dalam acara Optimist berpasukan namun pelayar muda ini masih mempunyai pelayaran yang cerah untuk terus memperbaiki rekod pencapaian.
Mula menceburi sukan pelayaran sejak berusia 6 tahun, sudah pasti suatu hari nanti mampu untuk mencipta nama di peringkat yang lebih tinggi sekaligus menjadi pelayar profesional. Disiplin yang tinggi dan sentiasa menghormati barisan jurulatih serta rakan-rakan sepelayaran menjadi kunci kepada adik yang berasal dari Kampung Pulau Ketam, Kuala Terengganu ini.
Muhammad Faizzudin yang turut menanam cita-cita untuk mewakili Malaysia ke pentas Olimpik juga pernah melalui saat getir suatu ketika dahulu di mana hampir lemas setelah bot yang dikemudi dibadai ribut sewaktu sesi latihan. Namun berkat tunjuk ajar daripada jurulatih-jurulatih berpengalaman menjadi azimat untuk beliau mengawal situasi sekaligus menjadi lebih cekal. Menjadikan atlet perahu layar negara, Khairulnizam Mohd Affendy sebagai idola dan penanda aras pencapaian sekaligus segala usaha penat lelah dan cabaran getir dijadikan pembakar semangat untuk adik Muhammad Faizzudin ini.
Jurulatih perahu layar negeri Terengganu; Hamdan bin Mohd Rozi(kiri) bersama Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Ahmad Syahrizal bin Yahaya(kanan) menyampaikan piala pusingan Pelayar Terbaik Kejohanan kepada Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Pertama ingin saya ucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih-jurulatih yang telah mendidik saya sejak sekian lama. Saya bebetul teruja diumumkan sebagai Pelayar Terbaik Kejohanan ini liga ini. Satu kepercayaan yang amat besar bagi saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan tanpa mengira masa dan kemampuan. Tiada apa yang mampu saya berikan kepada mereka(ibu bapa) selain dari kejayaan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan sepasukan walaupun kami bersaing untuk merebut kemenangan namun kerana mereka juga saya di sini. Saya gembira bersama mereka semua seperti satu keluarga yang besar.”; ujar Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi yang ditemui sejurus tamat kejohanan.
Seterusnya Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP siri keempat dijadualkan bakal berlansung pada 4 sehingga 7 April 2019 nanti. Setiap kejohanan menawarkan sistem kutipan mata untuk menentukan tangga kedudukan para atlet dilihat satu platform terbaik yang secara tidak lansung menjadi serampang dua mata bagi program pembangunan sukan di negeri ini.
Liga layar ini mempertandingan kategori bagi semua kelas bot di mana terbuka kepada semua atlet Program Pembangunan Sukan Negeri Terengganu termasuk peserta yang telah menyertai program My Try Layar baru-baru ini. Sebanyak 10 siri Liga Layar TSDL 2019 dijadualkan untuk berlansung bertempat di beberapa venue pertandingan sekitar negeri Terengganu ini.
Program ‘My Try Layar de Tasik’ anjuran Persatuan Pelayaran dan Luncur Layar Negeri Terengganu adalah satu program pengenalan sukan pelayaran khususnya kepada penduduk sekitar negeri Terengganu yang berlansung pada 21 Disember sehingga 26 Disember 2018 yang lalu. Program ini juga menjadi sebahagian dari plan program pembangunan sukan untuk mencungkil bakat-bakat muda. Kredit Foto – PenyuSukan.com
KEPUTUSAN LIGA LAYAR TSDL 2019 SIRI 3 *Keputusan melibatkan Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi sahaja
INTERNATIONAL 420 OVERALL – PINGAT EMAS HELMSMAN – MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MOHD FAUZI CREW – MUHAMMAD SOLIHIM BIN ABDULLAH
INTERNATIONAL 420 MEN – PINGAT EMAS HELMSMAN – MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MOHD FAUZI CREW – MUHAMMAD SOLIHIM BIN ABDULLAH
LASER 4.7 OPEN – PINGAT EMAS MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MOHD FAUZI
LASER 4.7 BOY – PINGAT EMAS MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MOHD FAUZI
Muhammad Rafiq Firdaus(kiri) muncul juara Kejohanan PES 2019 anjuran PES Malaysia pada 24 Februari lalu sekaligus pertama kali meraih slot mewakili Malaysia ke pentas akhir PES SEA Finals 2019 di Bangkok pada 3 Mac 2019 ini. Kredit Foto – Facebook.com/officialPESMY
Atlet sukan elektronik negeri Terengganu; Muhammad Rafiq Firdaus membuka tirai kalendar arena sukan elektronik dengan langkah kanan setelah layak untuk mewakili Malaysia ke ke pentas akhir Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals (Road to Asia) di Bangkok, Thailand pada 3 Mac 2019 ini. Menambah manis anak jati dari Kampung Tasik, Setiu ini merupakan anak jati pertama dari negeri Terengganu yang layak mewakili negara untuk berentap di pentas antarabangsa sukan elektronik ini.
Berusia 19 tahun kini dikenali sebagai ‘FL|Rafiq’ (FL adalah merupakan nama ‘clan’ bagi FourLife) meraih slot mewakili negara setelah muncul juara dalam kejohanan PES 2019 yang baru tamat pada 24 Februari 2019 lalu di Epicenter, Sungai Buloh, Selangor. Selain layak mendapat slot untuk mewakili negara, Rafiq juga selaku juara turut meraih tiket penerbangan dan juga penginapan untuk meneruskan pejuangan di Bangkok nanti.
Kredit – Facebook.com/officialPESMY
Kejohanan PES 2019 anjuran PES Malaysia ini merupakan acara tumpuan terbesar menghimpunkan atlet-atlet seluruh negara untuk merebut slot mewakili negara ke Bangkok nanti. Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu Rafiq telah mencipta kejutan untuk muncul juara acara tahunan sukan elektronik terbesar iaitu Kejohanan Selangor Cyber Games 2018 setelah menewaskan pasukan pilihan kejohanan.
Kredit – Facebook.com/sea.pes
Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals sememangnya menjadi satu pentas sukan elektronik paling berpretij di negara rantau Asia Tenggara yang menjadi idaman bagi setiap atlet untuk layak bertanding. Penganjuran sulung pada tahun 2016 hanya melibatkan 4 negara sahaja iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Kini masuk edisi penganjuran ke-4 memperlihatkan pertambahan beberapa negarai seperti Singapura, Myanmar, Kemboja dan Laos menjadikan keseluruhan 8 negara yang bertanding.
Pada tahun ini diperkenalkan sistem kedudukan kutipan mata bagi setiap atlet yang ingin berentap di pentas terakhir kejohanan ini. 2 atlet yang memperolehi kutipan mata tertinggi secara automatik berjaya meraih slot untuk mewakili negara manakala 2 atlet lagi bakal ditentukan melalui slot ‘wildcard’. Kedudukan kutipan mata terkini boleh dilihat di – https://www.pesmalaysia.com/rank.php?platform=1
Sebarang perkembangan terkini Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals (Road to Asia) boleh dilihat di – https://www.facebook.com/sea.pes
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menambah koleksi kejuaraan kedua berturut-turut bagi musim 2019 ini setelah dinobatkan selaku juara bersama Piala Vivian May Soars 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menambah koleksi kejuaraan kedua berturut-turut bagi musim 2019 ini setelah dinobatkan selaku juara bersama Piala Vivian May Soars 2019 ini. Juara Liga China 2018; Liaoning Infinite Space HC (LISHC) yang beraksi pertama kali di arena hoki tanah air berjaya mara ke pusingan akhir piala ini turut diumumkan selaku juara berikutan faktor cuaca di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur.
Cuaca buruk hujan lebat berserta ribut petir hampir sejam memaksa Pengarah Pertandingan TNB Liga Hoki Malaysia 2019, En. Jusvir Singh mengumumkan kejuaraan bersama diberikan kepada kedua-dua pasukan.
Aksi pemain-pemain Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) setelah menewaskan pasukan Liaoning Infinite Space HC di Stadium Hoki Batu Buruk pada 19 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebelum ini TLHT telah diumumkan selaku juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 sekaligus berjaya berjaya menamatkan kempen Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 lebih awal setelah meraih kutipan mata tertinggi liga. Untuk rekod, TLHT berjaya mengutip mata tertinggi sekaligus berada di tangga teratas liga dengan hanya 10 perlawanan manakala pasukan lain terpaksa meneruskan baki perlawanan untuk memastikan kedudukan pasukan masing-masing.
Bekas pemain kebangsaan dan juga bekas jurulatih skuad hoki wanita negara; Iman Gobinathan Abdullah berusia 41 tahun(13 Januari 1978) pertama kali menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) untuk saingan musim 2019 ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Namun bagi pengendali TLHT; Iman Gobinathan Abdullah sedikit sebanyak tetap terkilan kerana pasukannya tidak dapat mempamerkan aksi sebenar untuk menambah manis merangkul kejuaraan ini.
“Tiada siapa menjangkakan hujan akan turun dengan lebat dan menyebabkan perlawanan tidak dapat diteruskan dan saya percaya perlawanan hari ini jika dapat dijalankan pastinya merupakan satu perlawanan yang hebat kerana ia aksi final dan untuk saya ia satu kerugian.
“Kejuaraan berganda pastinya cukup mengembirakan dan saya berterima kasih kepada pemain atas usaha keras mereka juga kepada pihak pengurusan yang telah banyak membantu pasukan ini,” ujar Iman kepada pemberita.
Liaoning Infinite Space HC (LISHC) merupakan kelab dari China selaku juara Liga China 2018 di bawah bimbingan Gao Lihua selaku pemenang pingat perak Olimpik Beijing 2008 yang pertama kali dijemput untuk memberi saingan dalam arena hoki tanah air. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Terdahulu berlangsung aksi perebutan tempat ketiga dan keempat yang menemukan PDRM Blue Warriors dan PKS Uniten yang menyaksikan PDRM Blue Warriors muncul selaku pemenang tempat ketiga selepas cemerlang membenam cabaran PKS Uniten, 3-0.
PDRM yang dihidangkan dengan deretan peluang untuk memecah kebuntuan jaringan akhirnya berjaya untuk meledak gol pada beberapa saat sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan apabila Qasidah Najwa Muhd Halimi yang tidak dikawal berada di sudut kiri pintu gol PKS Uniten menggunakan kesempatan yang dimiliki untuk menghadiahkan gol pembukaan PDRM Blue Warriors.
Jaringan pembukaan tersebut nyata memberikan suntikan moral buat PDRM Blue Warriors untuk menambah dua lagi gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-37 apabila tindakan susulan Nadia Abd Rahman berjaya membolosi pintu gol PKS Uniten.
Menerusi pukulan sudut penalti kelima yang dimiliki, PDRM Blue Warriors bijak memperdaya pertahanan PKS Uniten apabila “pusher” PDRM Blue Warriors, Nadia Abd Rahman menolak bola ke Norbaini Hashim dan Norbaini yang bertindak selaku pemukul kedua melakukan satu flik terus untuk PDRM memperolehi gol ketiga pada minit ke-40 dan jaringan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kapten Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Siti Noor Amarina Ruhani(tiga dari kiri) meraikan kejayaan jaringan gol di minit ke-52 yang disempurnakan oleh Jaspreet Kaur sekaligus menjadi gol terakhir tuan rumah untuk menewaskan pasukan PKS Uniten berkesudahan 3-2 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) berjaya menamatkan kempen Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 lebih awal untuk dinobatkan selaku juara setelah meraih kutipan mata tertinggi liga hasil kemenangan 10 perlawanan musim ini. Terkini kemenangan 3-0 ke atas pasukan KL Wipers mengenapkan 30 mata liga sudah cukup untuk mengesahkan TLHT selaku juara.
Untuk rekod, TLHT berjaya mengutip mata tertinggi sekaligus berada di tangga teratas liga dengan hanya 10 perlawanan manakala pasukan lain terpaksa meneruskan baki perlawanan untuk memastikan kedudukan pasukan masing-masing. Walaupun tewas tipis pada perlawanan terdahulu kepada PKS Uniten ianya tidak merencatkan kejuaraan malah sekiranya keputusan memihak kepada TLHT sudah pasti lebih awal untuk merangkul kejuaraan.
Kapten Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Siti Noor Amarina Ruhani(kanan) bersama Fatin Shafika meraikan kejayaan sewaktu menewaskan PKS Uniten selaku pasukan pelawat dalam aksi peringkat kumpulan bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Bagi kapten TLHT, Siti Noor Amarina dia tidak mahu rakan sepasukannya dibuai dengan kemenangan liga yang dikecapi kerana misi mereka masih belum berakhir di mana pusingan separuh akhir Piala Vivian May Soars akan berlangsung pada minggu hadapan dan pastinya kejuaraan berganda menjadi misi untuk mereka lunaskan.
“Alhamdulillah kami dapat mengharungi musim ini dengan baik sekali walaupun bukan mudah untuk bertemu dengan lawan seperti PKS Uniten, PDRM Blue Warriors dan LISHC kerana bertemu dengan pasukan-pasukan ini perlawanan pastinya sengit dan kemenangan boleh menjadi milik sesiapa sahaja.
Aksi pemain Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Nur Syuhada Suhaimi(kiri) sewaktu mengasak ke kubu lawan yang cuba dihalang oleh pemain Liaoning Infinite Space HC; Liu Hui di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 19 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Baki satu perlawanan bertemu LISHC pada Sabtu ini kami akan jadikan ia sebagai persediaan untuk kami menjelang Piala Vivian May Soars dan sekiranya kami dapat memenangi pertemuan tersebut, ia pastinya akan meningkatkan lagi moral kami sepasukan menjelang pusingan separuh akhir nanti.
“Sepuluh kemenangan setakat ini daripada 11 perlawanan adalah sesuatu yang cukup bagus untuk pasukan kami dan misi pertama telah selesai kini misi kedua menanti iaitu Piala Vivian May Soars dan kami tidak boleh terus dibuai dengan kejuaraan liga ini kerana sasaran kami adalah untuk cuba muncul selaku juara keseluruhan dan membawa pulang kedua-dua piala,” ujar kepada pemberita.
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) muncul juara dengan kutipan mata tertinggi walaupun baru mengharungi 11 perlawanan bagi kempen Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 setelah menewaskan KL Wipers 3-0 pada 7 Februari 2019 lalu. 30 mata untuk 10 kemenangan sudah cukup jauh untuk dikejar oleh pencabar lain yang masih berbaki perlawanan untuk musim ini. Kredit – Mhccompetitions.com
Pencabar terdekat PKS Uniten dengan bekalan 25 mata di tangga kedudukan kedua liga masih belum mampu untuk mencuri kejuaraan sekalipun jika meraih kemenangan pada perlawanan seterusnya. Malah PKS Uniten juga terpaksa melangsaikan baki perlawanan untuk memastikan mereka dinobatkan selaku naib juara liga.
Saingan sengit untuk slot naib juara memandangkan jurang satu mata kedudukan liga oleh PDRM Blue Warriors mampu meranapkan PKS Uniten. Menambah menarik Liaoning Infinite Space HC (LISHC) yang kini berada di tangga ke-3 kedudukan liga hanya berbeza 2 mata di belakang PDRM Blue Warriors antara watak yang mampu mengubah segalanya.
Perlawanan terakhir liga wanita akan berlangsung pada Sabtu 9 Februari 2019 pada jam 5.00 petang di mana PSHA-MSSP akan menerima kunjungan PDRM Blue Warriors di Stadium Hoki USM sementara KL Wipers akan menentang SSTMI di Stadium Hoki KLHA, Jalan Pantai Kuala Lumpur dan LISHC akan berentap dengan TLHT di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur.
Rekod tanpa kalah Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) tercalar setelah tewas tipis kepada PKS Uniten dalam aksi perlawanan ke-10 di minggu ke-4 saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Rekod tanpa kalah Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) sepanjang kempen Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 peringkat kumpulan tercalar setelah tewas tipis kepada PKS Uniten setelah bertandang sebagai pasukan pelawat di Stadium Hoki Tun Razak. Pasukan tuan rumah yang tewas kepada TLHT selaku tuan rumah dalam pertemuan pertama yang lalu sudah pasti tidak akan memberi laluan mudah dalam perlawanan ini. Perlawanan penuh sengit sepertimana jangkaan TLHT dikejutkan dengan gol pukulan sudut penalti seawal minit ke-2 permainan.
Asakan demi asakan diterima memaksa pengendali TLHT; Iman Gobinathan Abdullah membuat keputusan untuk memasukkan pemain import Domashneva Vera seawal minit ke-7 permainan dan juga Irene bt Hussin dimasukkan pada minit ke-10. Percaturan ini sedikit sebanyak berjaya berjaya mengekang PKS Uniten dari terus mencipta ruang dan peluang.
Suku masa kedua, pemain import berjersi nombor 6 Jaswinder Kaur berjaya merapatkan jurang melalui gol padang sekaligus menambah tekanan buat pasukan tuan rumah. Seterusnya pasukan tuan rumah terpaksa turut melakukan beberapa pertukaran taktikal permainan memandangkan TLHT mampu untuk menutup ruang asakan yang dirancang.
Permainan terus seimbang tanpa sebarang jaringan gol buat kedua-dua pasukan sehinggakan memaksa kudrat pemain gantian import TLHT; Jaspreet Kaur ditagih pada minit ke-41 untuk menambah tekanan. Namun kesilapan pasukan pelawat di suku akhir permainan berjaya menghadiahkan gol pukulan sudut penalti kepada PKS Uniten yang disempurnakan oleh Raja Norsharina bt Raja Shabuddin sekaligus menjadikan gol penutup perlawanan.
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) terus unggul teratas dalam carta liga untuk minggu ke-4 saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019. Kredit Foto – Mhccompetitions.com
Walaupun tewas pertama kali dalam aksi peringkat kumpulan ini, TLHT masih berada di puncak teratas liga dengan 37 kutipan mata. Manakala PKS Uniten berada di tangga ke-3 liga dengan 22 kutipan mata. Untuk rekod pada pertemuan lalu bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, TLHT telah menewaskan PKS Uniten berkeputusan 3 gol berbalas 2.
Seterusnya, sekali lagi TLHT dijadualkan untuk bertandang di Stadium Hoki Tun Razak bertemu KL Wipers pada 7 Februari ini. KL Wipers setakat ini telah mencatat 8 kekalahan dan 2 kemenangan meletakkan pasukan ini di tangga kedua terakhir liga.
Pemain UniKL dari Belanda Robbert Kemperman(dua dari kiri) merobek gol pembukaan seawal minit ke-8 permainan sewaktu menentang Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang hadir sebagai pelawat bertempat di Stadium Tengku Abdullah pada 3 Februari 2019. Kredit Foto – Agensi
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menewaskan Pasukan Hoki Terengganu 3-1 hari ini di Stadium Tengku Abdullah sekali gus kekal di tangga teratas Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia dengan 19 mata.
Kemenangan UniKL itu juga menyaksikan peluang THT untuk mempertahankan kejuaraan liga semakin tipis selepas menduduki tangga ketiga liga dengan 13 mata.
Ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj bagaimanapun tidak mahu barisan pemainnya terlalu meraikan kemenangan itu kerana perjalanan untuk memenangi kejuaraan liga masih panjang.
“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal kejuaraan liga. Kami perlu terus fokus dan sudah pasti kejayaan akan hadir juga selepas itu.
“Tapi apa yang positif dengan kemenangan ini ia membolehkan kami untuk terus menjarakkan diri dengan pasukan lain,” katanya selepas tamat perlawanan.
Turun di gelanggang sendiri, UniKL dilihat cukup bersemangat untuk mencari gol awal dan usaha mereka itu membuahkan hasil pada minit ke-8 selepas Robbert Kemperman meledak gol padang.
Tersentak dengan jaringan itu, THT lebih agresif untuk mencari gol penyamaan.
Anak buah I Vikneswaran akhirnya memperoleh dua pukulan sudut penalti tetapi kedua-duanya disia-siakan begitu saja.
Suku kedua menyaksikan tempo permainan kedua-dua pasukan lebih agresif dengan THT berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil selepas Jang Jonghyun menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-48.
Namun gol itu tidak bertahan lama selepas Muhamad Hafiz Zainol kembali meletakkkan UniKL di depan seminit kemudian apabila bertindak bijak di dalam kawasan D lawan.
Penyerang UniKL, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin semakin mengukuhkan kedudukan apabila menjaringkan gol ketiga ketiga hasil jaringan padang minit ke-54.
Kapten UniKL Marhan Jalil meraikan gol menentang Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah, Bangi hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto – Agensi
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berdepan detik cemas sebelum dapat menewaskan Nur Insafi 3-1 pada saingan Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia di Stadium Tengku Abdullah, hari ini.
Ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj nyata lega dengan keputusan itu selepas menyaksikan barisan pemainnya bergelut untuk mendapatkan gol sepanjang 45 minit pertama perlawanan.
“Saya harus berikan pujian kepada Nur Insafi kerana mereka bermain dengan bersungguh-sungguh serta memberi komitmen tinggi ketika beraksi.
Faridzul Afiq Mohd meraikan jaringanya di minit ke-49 sekaligus menjadi jaringan gol terakhir buat UniKL sewaktu menentang Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah, Bangi hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto – Agensi
“Jika mereka mempamer aksi yang sama seperti hari ini, ia pasti akan menyukarkan pasukan lain. Apapun yang penting ialah kami dapat meraih tiga mata penuh dan saya harap pemain dapat meneruskan aksi konsisten ini pada perlawanan seterusnya,” katanya.
Nur Insafi bermula baik apabila di depan seawal minit ke-8 menerusi gol padang bekas pemain kebangsaan, Ismail Abu yang menerima hantaran dari jauh.
Nur Insafi berpeluang untuk menambah gol kedua apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti minit ke-17, namun ia dinafikan penjaga gol UniKL, David Harte.
Pemain UniKL dari Belanda Robbert Kemperman(dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika bertemu Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto – Agensi
UniKL melakukan serangan pantas selepas itu dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi tonggak import, Robert Kemperman minit ke-18.
Bersambung separuh masa kedua, UniKL dilihat menggandakan asakan tetapi mereka masih kekal buntu untuk mencari gol tambahan sehinggalah berakhir suku ketiga.
Pemain skuad kebangsaan, Marhan Jalil akhirnya melegakan UniKL apabila menjaringkan gol kedua minit ke-49.
Belum sempat untuk Nur Insafi memperkemaskan rentak permainan mereka, UniKL meraih gol ketiga menerusi Faridzul Arif Mohd pada minit yang sama.
Kapten Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Siti Noor Amarina Ruhani(tiga dari kiri) meraikan kejayaan jaringan gol di minit ke-52 yang disempurnakan oleh Jaspreet Kaur sekaligus menjadi gol terakhir tuan rumah untuk menewaskan pasukan PKS Uniten berkesudahan 3-2 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) hampir diuji di laman sendiri untuk mempertahankan rekod tanpa kalah setelah Pusat Kecemerlangan Sukan Universiti Tenaga Nasional(PKS Uniten) mendominasi permainan sehingga ke suku ketiga perlawanan. 2 jaringan gol di minit-minit akhir permainan ibarat ‘cencaru makan petang’ buat pasukan tuan rumah yang sebelum itu ketinggalan 2-1 sekaligus menewaskan pasukan PKS Uniten berkesudahan 3 berbalas 2.
Walaupun jaringan gol pembukaan milik pasukan tuan rumah seawal minit ke-12 permainan yang disumbangkan oleh kudrat import dari India; Jaspreet Kaur namun ianya masih belum cukup ‘panas’ untuk mencari rentak. Selang dua minit kemudian, gol pertama pasukan pelawat pantas merapatkan jurang setelah berjaya dicuri oleh Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 yang juga pemain kebangsaan; Hanis Nadiah bt Onn melalui pukulan sudut penalti.
Gol pukulan sudut penalti di minit ke-52 yang disempurnakan oleh pemain import dari India; Jaspreet Kaur sekaligus menjadi gol terakhir tuan rumah untuk menewaskan pasukan PKS Uniten berkesudahan 3-2 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Suku kedua permainan, kedua-dua pasukan mula menggandakan tekanan sehinggakan masing-masing mengutip layangan kad hijau. Pasukan tuan rumah yang masih mencari rentak di bawah matahari terik sekali lagi dikejutkan dengan jaringan gol padang oleh pemain import lawan dari Singapura; Syasya Rifqah Binte Sanip pada minit ke-26 sekaligus mendahului perlawanan. Reputasi pasukan PKS Uniten selaku juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2018 mula mendominasi permainan merencatkan segala perancangan TLHT sehingga ke suku ketiga permainan.
Tekanan kian berganda buat pasukan tuan rumah untuk menjaga rekod tanpa kalah memaksa pengendali Iman Gobinathan Abdullah pantas melakukan beberapa pertukaran taktikal. Kemasukkan pemain gantian Norul Ain bt Abd Mutalib dan Auni Athika bt Gahni mula memperkemaskan rentak permainan mencipta ruang namun pasukan tuan rumah masih belum berjaya menterjemah untuk jaringan gol. Menjelang suku akhir permainan, pasukan pelawat turut melakukan beberapa pertukaran bagi memastikan mereka terus bertenaga mendahului perlawanan dengan keputusan semasa 2-1.
Pemain import TLHT dari Kazakhstan; Domashneva Vera(dua dari kiri) menyimpan kad kuning pertama sewaktu bertemu PKS Uniten di Stadium Batu Buruk, Kuala Terengganu setelah beraksi dalam 6 perlawanan saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sebaik sahaja suku akhir permainan bermula, TLHT bagaikan ‘dirasuk’ mula mengasak padu mencipta serangan demi serangan menyebabkan pasukan lawan tersentak hilang rentak. Kudrat pemain import TLHT terpaksa berpeluh lebih untuk mengalih perhatian kawalan pasukan lawan bagi memastikan rakan sepasukan terus mengasak mencipta peluang. Situasi itu berjaya diterjemahkan dengan baik oleh Nur Syafiqah bt Mohd Zain yang bijak mencuri peluang jaringan gol padang di minit ke-49 untuk merapatkan jurang permainan. Tekanan permainan kini beralih kepada pasukan pelawat apabila dilihat mula melakukan beberapa kesilapan mudah. Umpanan untuk pasukan pelawat mencipta kesilapan di kawasan sendiri akhirnya berjaya memberi kelebihan buat Jaspreet Kaur berjaya menambah gol hasil jaringan pukulan sudut penalti di minit ke-52.
Berbaki minit-minit terakhir perlawanan, tekanan untuk kedua-dua pasukan terus memuncak di mana TLHT terus pantas mengasak mencari peluang demi memastikan penguasaan permainan tidak bertukar pihak. Perlawanan ini juga turut menyaksikan kudrat import tuan rumah; Domashneva Vera menerima layangan kad kuning pertama perlawanan pada saat-saat akhir permainan. Namun situasi itu tidak merencatkan keputusan permainan di mana sekali lagi TLHT berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk ke semua perlawanan dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019.
Penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) melibatkan beberapa acara sukan seperti bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan sebagainya.
Temasya Sukan Terengganu (Sutera) dijadualkan bakal berlangsung pada 5 September sehingga 9 September 2019 nanti melibatkan beberapa venue pertandingan sekitar negeri ini yang akan diputuskan nanti.
Penganjuran kali ini juga turut menerima suntikan dana RM 1 juta dari pihak Kerajaan Negeri Terengganu sebagai usaha menggalakkan golongan belia khususnya membudayakan aktiviti bersukan.
Penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) melibatkan beberapa acara sukan seperti bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan sebagainya.
Pemilihan atlet dalam setiap acara sukan akan bermula di peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebelum layak ke peringkat Dewan Undangan Negeri(DUN) sebelum terpilih untuk mara ke peringkat daerah.
Menambah menarik penganjuran temasya sukan ini juga akan sepenuhnya mematuhi syariah yang pertama kali diadakan di mana turut bercadang menjemput negeri Kelantan dan Pahang sebagai kontijen jemputan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu – YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah . Kredit Foto – Teganukita.net
“Untuk tahun ini, ia akan berlangsung pada 5 hingga 9 September dan merupakan pertandingan sukan dwi tahunan yang kita buat untuk Terengganu. Ini bermakna pada 2019 kita akan jayakan untuk SUTERA dan tahun 2020 bagi SUKMA. Begitulah seterusnya, ia akan bergilir. SUTERA 2019 juga akan menjadi sukan patuh syariah pertama yang diadakan dan kita akan berusaha untuk menjayakannya sebaik mungkin,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman.
Aksi pemain Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT); Nur Syuhada Suhaimi(kiri) sewaktu mengasak ke kubu lawan yang cuba dihalang oleh pemain Liaoning Infinite Space HC; Liu Hui di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 19 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) meneruskan dominasi dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 setelah berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Liaoning Infinite Space HC(LISHC) berkeputusan 04 berbalas 02 di laman sendiri. Reputasi gah pasukan lawan selaku juara Liga China 2018 menjadi sebutan antara pasukan pilihan untuk kejuaraan ini ternyata mampu dikekang oleh pasukan tuan rumah sekaligus memberi cabaran sebenar.
Awal permainan, pasukan LISHC yang dibarisi beberapa pemain berpengalaman besar sama ada di pentas Piala Dunia mahupun Olimpik bermain dalam tempo pantas sedikit sebanyak memberi tekanan kepada tuan rumah.
Chen Yiming berjaya mencuri gol pembukaan perlawanan hasil dari gol padang pada minit ke-5 memaksa pasukan tuan rumah melakukan pertukaran taktikal seawal minit ke-7 permainan. Setelah Tuan Nur Hidayah, Irene Hussin dan dua kudrat import Jaspreet Kaur dan Jaswinder Kaur dimasukkan kini TLHT mula mengawal permainan.
Pemain import dari India; Jaswinder Kaur mencipta sensasi buat peminat Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) setelah berjaya mencipta hatrik sewaktu bertemu pasukan Liaoning Infinite Space HC(LISHC) di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 19 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pemain import dari India; Jaswinder Kaur ternyata menceriakan para peminat di Stadium Hoki Batu Buruk setelah berhempas pulas untuk mendapatkan gol pertama pasukan tuan rumah di minit ke-15 hasil dari gol padang. Selang 12 minit kemudian, Jaswinder Kaur yang mula mendapat rentak sekali lagi memberi kejutan untuk ledakan gol padang ke dalam gawang lawan. Asakan demi asakan diterima pasukan pelawat memaksa untuk menyimpan satu kad hijau yang dihadiahkan kepada Li Yuqi sebelum berakhirnya suku kedua perlawanan.
Sebaik mula suku ketiga perlawanan, pasukan tuan rumah diuji pantas dengan ledakan gol pukulan sudut penalti menjadikan keputusan semasa terikat dua sama. LISHC merupakan kelab dari China yang pertama kali dijemput untuk memberi saingan dalam liga ini mula mengandakan serangan dan tempo permainan memaksa pemain tuan rumah untuk terus bertahan.
Semangat juang tinggi ingin mendahului perlawanan dengan pantas akhirnya menghukum pasukan lawan di mana TLHT berjaya menambah jaringan gol hasil dari pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jaswinder Kaur pada minit ke-39 sekaligus mencipta hatrik. Juliani Mohamad Din menambah duka LISHC di bawah bimbingan Gao Lihua selaku pemenang pingat perak Olimpik Beijing 2008 apabila berjaya menebuk gawang lawan melalui pukulan sudut penalti sekaligus memberi kelebihan kepada TLHT untuk mendahului keputusan 04-02 hingga tamat perlawanan.
Iman Gobinathan Abdullah selaku ketua jurulatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) untuk saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 yang telah bermula pada 10 Januari 2019 lalu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Cuaca panas memberi kelebihan buat pasukan kami untuk menentang pasukan terkuat dalam liga ini. Pemain TLHT mengambil kelebihan ini untuk memberi tekanan sekaligus bermain seperti mana dirancang. Walaupun mendominasi permainan hanya dengan 4 gol ianya sesuatu yang cukup bagus untuk saya di mana bukannya mudah untuk menjaringkan gol bertemu pasukan ini. Kami juga turut menerima tekanan hingga melakukan kesilapan walaubagaimana pun mereka sudah lakukan yang terbaik.”; ujar Iman Gobinathan Abdullah selaku ketua jurulatih TLHT yang berasal dari Perak ini.
Pada cabaran seterusnya setelah berehat selama satu hari, TLHT dijaduakan selaku pasukan pelawat bertemu KL Wipers pada 21 Januari 2019 bertempat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Untuk rekod, pasukan KL Wipers telah mencatat kekalahan dalam kesemua perlawanan yang disertai setakat ini. Manakala bagi pasukan TLHT kini berada di tangga pertama kedudukan semasa carta Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 dengan 12 kutipan mata. Menambah menarik pasukan lelaki THT juga turut mengungguli untuk berada di carta teratas kedudukan semasa liga.
Gol pertama buat pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-7 perlawanan melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Juara Piala Sumbangsih 2019 ; Pasukan Hoki Terengganu(THT) kini berjaya mengutip 7 mata keseluruhan setelah mengharungi 3 perlawanan untuk berada di tangga teratas semasa Liga Hoki Malaysia 2019. 3 mata penuh liga terkini telah berjaya dikutip setelah menewaskan pasukan Nurinsafi/Kedah Hockey berkesudahan 06-01 di laman sendiri.
Untuk perlawanan ke-3 buat pasukan THT ini, gandingan pemain import Korea Selatan berjaya mencipta sensasi perlawanan di laman sendiri setelah 3 jaringan gol disumbangkan oleh Jung Manjae dan 2 jaringan gol pukulan sudut penalti sepenuhnya dari Jang Jonghyun.
Kredit – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Gol pertama buat pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-7 melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun. Peminat yang hadir ke Stadium Hoki Batu Buruk juga tidak dikecewakan dengan persembahan pemain tempatan di mana Faizal Saari turut berjaya meraih 1 gol padang di minit-minit akhir permainan. Untuk rekod sehingga kini, Faizal Saari telah berjaya mengutip 4 jaringan gol(termasuk jaringan shoot out dalam perlawanan pembukaan untuk Piala Sumbangsih 2019) bagi 3 perlawanan yang telah disertai.
Pasukan Hoki Terengganu Terengganu(THT) berada di tangga teratas semasa Liga Hoki Malaysia 2019 setelah mengharungi 3 perlawanan berkongsi kedudukan bersama pasukan UniKL. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Manakala bagi pasukan pelawat, Joel Samuel Van Huizen berjaya mencuri satu gol padang untuk dibawa pulang pada minit ke-9 permainan sedikit sebanyak dapat menembus kehampaan setelah pasukan Nurinsafi/Kedah Hockey turut tewas tanpa sebarang balasan dalam pertemuan sebelum ini menentang pasukan TNB. Sehingga kini pasukan Nurinsafi/Kedah Hockey masih belum meraih sebarang kemenangan setelah mengharungi 3 perlawanan untuk musim ini.
Ketua jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), I. Vikneswaran. Kredit – PenyuSukan.com
“Pemain telah menunjukkan satu corak pemainan yang baik hari ini di mana kami mencuba taktikal yang baru dan pemain berjaya untuk menerapkan taktikal tersebut pada aksi hari ini dengan hasil yang telah dicapai.
“Cuma apa yang saya mahukan ialah penambahbaikan dari satu perlawanan ke perlawanan seterusnya kerana ia merupakan satu proses yang akan terus dijalani.
“Berada di kedudukan teratas liga dengan kemenangan hari ini bagi saya ia hanya kedudukan semasa dan saya mahu pemain kekal fokus dengan apa yang kami mahu lakukan kerana apa yang penting adalah kedudukan di penghujung liga nanti,” ujar Ketua Jurulatih; I Vikneswaran kepada pemberita.
Pemain UniKL meraikan jaringan ketika menentang TNB dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019 di laman sendiri bertempat Stadium Tengku Abdullah pada 18 Januari 2019. Kredit Foto – Agensi
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas seteru utama Liga Perdana, TNB, hari ini. Kemenangan itu pastinya cukup istimewa kerana ini kali pertama UniKL beraksi di venue milik mereka sendiri iaitu Stadium Tengku Abdullah, Bangi.
Bagaimanapun ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj mengakui sedikit kecewa dengan prestasi pemainnya di suku pertama.
Ketua jurulatih pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Arul Selvaraj membawa cabaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam Liga Hoki Malaysia 2019 untuk tahun ke-8 sejak 2012. Kredit Foto – Facebook.com/UNIKL-Hockey-129889753477/
“Barisan pemain saya memberi banyak ruang kepada pemain TNB di suku pertama. Tetapi rentak perlawanan berbeza di suku kedua apabila pemain mula beraksi dengan baik termasuk sangat berdisiplin ketika bertahan.
“Barisan pemain import terutamanya mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan mereka tidak berasa tertekan meskipun pada satu ketika kita ketinggalan. Saya juga memuji barisan pemain muda seperti Muhamad Hafiz Zainol dan Faridzul Afiq kerana sering memberi tekanan kepada pihak lawan.
“Sudah tentu kemenangan ini juga cukup bermakna kerana kali pertama kita beraksi di halaman sendiri. Tahniah kepada pihak pengurusan UniKL yang berjaya merealisasikan impian ini,” katanya.
TNB bermula baik apabila di depan pada minit ke-8 selepas pemain muda, Syarman Mat Tee memanfaatkan peluang situasi kelam kabut dalam kawasan D.
Gol awal itu nyata memberi lebih keyakinan kepada TNB yang dilihat terus melakukan asakan bertali arus namun beberapa cubaan terbaik mereka gagal disempurnakan dengan baik. UniKL berpeluang untuk menyamakan kedudukan apabila memperoleh pukulan sudut penalti di awal separuh masa kedua tetapi ia disia-siakan begitu saja.
Nik Aiman Nik Rozemi hampir menambah gol kedua untuk TNB namun tolakannya pada minit ke-32 berjaya ditampan penjaga gol UniKL, David Harte.
UniKL terus mensia-siakan peluang selepas itu termasuk dua pukulan sudut penalti. Gol yang ditunggu-tunggu UniKL akhirnya terhasil juga selepas Muhammad Razie Abd Rahim menyempurnakan tolakan Martijn Havenga minit ke-42 untuk kedudukan terikat 1-1.
Kedua-dua pasukan kemudian dilihat saling memberi tekanan untuk mencari gol kemenangan di suku keempat.
Havenga akhirnya melegakan kem UniKL apabila menyumbang gol kedua selepas melakukan tolakan rendah menerusi pukulan sudut penalti minit ke-53.
Hafiz yang bersendirian dalam kawasan D TNB mengukuhkan kedudukan UniKL apabila menyumbat gol ketiga minit ke-57 selepas menerima hantaran dari jauh.