SUKMA 2020: Persiapan Pasukan Ragbi Mengikut Fasa

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Berbaki kurang dari 7 bulan lagi menjelang penganjuran sukan dwi tahunan edisi ke-20 temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020, persiapan skuad ragbi 7 sepasukan lelaki dan wanita negeri Terengganu kini bakal memasuki fasa seterusnya seperti mana yang telah dirancang bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu yang menjadi teras bagi sebarang program persiapan pembangunan dan persiapan pasukan menjadi penanda aras terbaik buat kontijen buat negeri Terengganu untuk berentap dalam pelbagai kejohanan bertaraf tinggi.

Pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu skuad persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 di bawah kendalian ketua jurulatih Izaimi Zainuddin sewaktu berentap di Kejohanan Johor 7s 2019 yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Simpang Renggam, Johor. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Sebanyak 3 fasa persediaan pasukan menjadi kerangka bagi sepanjang program persediaan pasukan ragbi negeri Terengganu iaitu fasa persediaan, fasa pra pertandingan dan fasa pertandingan. Fasa persediaan melibatkan proses awal pembentukan pasukan di mana untuk mengenal pasti bakat-bakat atlet anak jati negeri Terengganu untuk diserap ke dalam pasukan bagi menjalani latihan sepenuh masa. Program latihan tidak hanya didedahkan pada corak latihan taktikal dan kekuatan fizikal daripada tenaga jurulatih semata-mata malah turut melibatkan elemen sains sukan yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu.





Izaimi Zainuddin merupakan ketua jurulatih pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu dalam misi ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020. Beliau telah membimbing pasukan persiapan SUKMA ini sejak 2017 di mana sebelum ini turut pernah membimbing pasukan kebangsaan skuad bawah 20 tahun dan 19 tahun. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kini pasukan ragbi lelaki berada dalam fasa pra pertandingan. Kita mencari pertandingan peringkat senior di mana matlamat utamanya untuk mematangkan pemain dan menambah keyakinan untuk bersedia hadapi pertandingan bawah 21 tahun di SUKMA nanti. Kemenangan bukan sesuatu yang kita hendak capai ketika ini. Keyakinan diri pemain dan tahap penguasaan permainan menjadi keutamaan buat masa sekarang.”; ujar Izaimi Zainuddin selaku ketua jurulatih pasukan ragbi lelaki ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti.

Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain merupakan ketua jurulatih pasukan ragbi wanita negeri Terengganu dalam misi ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020. Beliau juga merupakan bekas jurulatih bagi pasukan ragbi lelaki dan wanita Serdang Angels yang berpusat di Universiti Putra Malaysia. Anak jati Besut ini turut pernah menggalas tanggungjawab selaku bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi di University Games Russia 2014, Asian University Games Singapore 2015, Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Pasukan ragbi wanita ini baru ditubuhkan pada April lalu yang dibarisi oleh anak jati kelahiran negeri ini yang langsung tidak mengenali sukan ragbi. Mengutip pengalaman yang amat berharga pada penyertaan kejohanan pertama kali pada Julai lalu walaupun tewas dalam semua perlawanan namun hari ini kita boleh lihat berada di tahap yang amat memberansangkan bagi fasa pertama ini. Pada fasa kedua menyasarkan jumlah pemain adalah seramai 18 atlet di mana sehingga kini pasukan ragbi wanita ini hanya seramai 17 atlet. Oleh itu pemilihan atlet untuk membentuk pasukan masih dibuka kepada mereka yang layak.” ujar anak jati Besut; Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain yang menggalas tanggungjawab bermula pada 1 April 2019 sebagai ketua jurulatih untuk membentuk pasukan sulung ragbi wanita negeri Terengganu dalam misi ke temasya SUKMA Johor 2020.

Pasukan ragbi wanita skuad persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 menutup kalendar 2019 dengan penuh bermakna apabila pasukan yang baru ditubuhkan pada April 2019 ini telah merangkul juara Plate menewaskan pasukan RMP Lady Blues yang dibarisi oleh anggota Polis Diraja Malaysia sepenuh masa di Kejohanan Johor 7s 2019 yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Simpang Renggam, Johor. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Fasa pra pertandingan adalah program latihan melibatkan pendedahan situasi sebenar pertandingan di mana kedua-dua pasukan ragbi ini akan dihantar untuk menyertai beberapa kejohanan berprestasi tinggi yang telah dikenal pasti. Pemilihan kejohanan berprestasi tinggi menjadi penanda aras terbaik buat pasukan bagi mengenal pasti sebarang kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum menjelang kejohanan yang sebenar. Berbaki tiga bulan terakhir sebelum penganjuran SUKMA Johor 2020 merupakan fasa terakhir dalam persiapan pasukan ini iaitu fasa pertandingan. Fasa pertandingan adalah memberi fokus untuk mengekalkan prestasi pasukan ditahap optimum setelah menerima pendedahan hasil dari fasa pra pertandingan sebelum itu.

Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu
Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Untuk rekod, terkini Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu yang telah dirangka sejak 10 tahun lalu telah dikemaskini pada Julai lalu bagi perancangan tahun 2021 sehingga 2030. Kemaskini terkini adalah memfokuskan pada 43 jenis sukan yang ada di negeri Terengganu di mana berlainan sepenuhnya berbanding pelan terdahulu yang memfokuskan keseluruhan sukan.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X