Deruan ombak ganas sewaktu musim angin monsun timur laut di perairan negeri Terengganu ini bakal menjadi pentas penentu kejuaraan Ombak Challenge yang kini memasuki edisi ke-5 penganjuran. Kayak jenis ‘dancer classic perception’ menjadi taruhan perlumbaan untuk membelah ombak bagi dayungan sejauh 300 meter bagi perebutan podium sebelum bergelar juara.
Tiga kategori yang dipertaruhkan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Berpasukan(relay) menjadi acara tumpuan yang menawarkan hadiah terbesar berupa wang tunai sebanyak RM 5 ribu ringgit keseluruhan bakal menanti buat juara musim ini. Menambah menarik tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan kepada setiap peserta bagi memburu kejuaraan sukan lasak berkayak ini.
Selain itu setiap peserta juga dipelawa untuk membuat latihan awal yang bermula sejak 2 Disember sehingga 22 Disember ini sebelum hari perlumbaan sebenar berlangsung. Penganjuran yang akan berlangsung selama dua hari pada 23 & 24 Disember 2022 ini bertempat di Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
011 100 95663 Majoe
013 950 6077 Hakimi
atau lawati laman Facebook rasmi Persatuan Kanu Negeri Terengganu –
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0236HcGCpX15BHEyx9LMxt3CfXdXbAMEDbzf26PnBJoPtKPqudURqmnoJxstVpprwul&id=100057297526606