Persatuan Kanu Negeri Terengganu Terus Dinamik

Persatuan Kanu Negeri Terengganu tetap meneruskan rutin latihan & program pembangunan sehingga ke hari ini. Kredit Foto - Facebook.com/Persatuan-Kanu-Negeri-Terengganu-211893535550334/
Persatuan Kanu Negeri Terengganu tetap meneruskan rutin latihan & program pembangunan sehingga ke hari ini. Kredit Foto – Facebook.com/Persatuan-Kanu-Negeri-Terengganu-211893535550334/

Persatuan Kanu Negeri Terengganu kini melangkah usia ke 25 tahun setelah ditubuhkan pada 23 Jun 1993 dan terus dinamik walaupun menempuh pelbagai cabaran perit getir. Sehingga ke hari ini masih terus giat melatih anak-anak Terengganu untuk memberi peluang kepada mereka untuk bertanding di peringkat lebih tinggi. Untuk rekod, sehingga ke hari ini seramai 62 atlet terdiri dari 42 atlet lelaki dan 20 atlet wanita bernaung di bawah persatuan ini yang sentiasa dahagakan untuk menyertai sebarang kejohanan yang bakal dianjurkan.

Kejayaan demi kejayaan meraih sejumlah besar pungutan pingat di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) ini meletakkan pasukan negeri ini menjadi satu kuasa besar di negara ini. Kali terakhir pasukan ini beraksi di pentas SUKMA adalah pada tahun SUKMA Perlis 2014 meraih 14 pingat emas dan 8 pingat perak. Manakala bagi penganjuran SUKMA 2016 di Sarawak dan SUKMA 2018 di Perak, sukan ini tidak dipertandingkan. Walaupun sebanyak dua edisi penganjuran SUKMA yakni hampir empat tahun tidak dipertandingkan, persatuan ini tetap meneruskan rutin latihan dan program pembangunan bertempat di Kuala Ibai dan Pulau Kekabu, Marang sejak sekian lama.





Persatuan Kanu Negeri Terengganu tetap meneruskan program pembangunan dan latihan sehingga ke hari ini walaupun tidak dipertandingkan di peringkat Sukan Malaysia(SUKMA).
Persatuan Kanu Negeri Terengganu tetap meneruskan program pembangunan dan latihan sehingga ke hari ini walaupun tidak dipertandingkan di peringkat Sukan Malaysia(SUKMA). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Persatuan yang dikemudikan oleh Encik Dzulkafli Abas selaku presiden turut terus aktif saban tahun menganjurkan beberapa kursus kejurulatihan dan beberapa kursus lain berkaitan sukan ini. Malah turut berjaya dalam beberapa penganjuran yang kini menjadi acara tahunan mula menarik penyertaan ramai seperti Regatta Sprint 200m Kebangsaan dan Monsoon Cup Ombak Challenge.

“Sukan ini amat berpotensi namun tersekat kerana sukan ini bukanlah sukan teras dan berada di kategori B di peringkat kebangsaan. Malah untuk negeri Terengganu ini juga kita mempunyai kelengkapan fasiliti dan program pembangunan yang cukup bagus untuk membentuk satu pasukan yang terbaik”, ujar Dzulkafli Abas, Persatuan Kanu Negeri Terengganu yang ditemuramah tentang masa depan sukan ini.

Kemudahan & fasiliti milik Persatuan Kanu Negeri Terengganu sehingga kini masih terjaga rapi dan sentiasa bersedia untuk beraksi dalam sebarang kejohanan.
Kemudahan milik Persatuan Kanu Negeri Terengganu sehingga kini masih terjaga rapi dan sentiasa bersedia untuk beraksi dalam sebarang kejohanan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Dzulkafli Abas juga turut menzahirkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) yang sehingga kini terus memberi sokongan padu khususnya dalam bantuan kewangan walaupun sukan ini kian suram setelah tidak dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2016 dan SUKMA Perak pada tahun ini. Bantuan kewangan dari MSNT juga turut meliputi elaun jurulatih-jurulatih sejak mula persatuan ini ditubuhkan sehingga kini secara tidak lansung memastikan program pembangunan berterusan.

Hasrat MSNT agar persatuan negeri ini terus menguasai kedudukan di peringkat kebangsaan dengan program pembangunan dan persiapan atlet tetap diteruskan untuk persiapan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Inisiatif ini secara tidak lansung memberi peluang kepada Persatuan Kanu Negeri Terengganu untuk terus beraksi dalam beberapa kejohanan di dalam negara mahupun di luar negara walaupun tidak dipertandingkan di peringkat kebangsaan khususnya temasya SUKMA.

Rumah kelab milik Persatuan Kanu Negeri Terengganu yang terletak di muara Kuala Ibai merupakan kawasan strategik untuk program persatuan mahupun aktiviti riadah untuk orang ramai.
Rumah kelab milik Persatuan Kanu Negeri Terengganu yang terletak di muara Kuala Ibai merupakan kawasan strategik untuk program persatuan mahupun aktiviti riadah untuk orang ramai. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Berbanding dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia, sudah pasti apabila sukan ini tidak dipertandingkan di peringkat SUKMA maka persatuan sukan kanu di negeri terbabit pasti akan terencat kerana kekangan kewangan dan hala tuju yang kelam. Malah terdapat jurulatih – jurulatih dari beberapa negeri yang pernah menyumbang tenaga sewaktu persedian pasukan untuk edisi SUKMA terdahulu telah diberhentikan kerja kerana persatuan negeri tidak mampu untuk menampung kos operasi.

Sehingga kini hanya negeri Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dilaporkan masih aktif meneruskan program sukan ini. Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai kelengkapan fasiliti sukan kanu bertaraf dunia. Johor pula kini giat memperkasakan persatuan kanu mereka dalam rangka persiapan menjadi tuan rumah dalam penganjuran SUKMA pada tahun 2020 nanti.

Persatuan Kanu Negeri Terengganu turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk menggunakan kemudahan di sini dengan kadar bayaran serendah RM5. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Persatuan ini juga sentiasa mengalu-alukan kepada orang ramai untuk turut serta menggunakan kemudahan kenu di pusat latihan dengan kadar bayaran RM5 seorang yang akan dimasukkan ke dalam tabung persatuan bermula pada jam 0530 petang sehingga 0700 petang. Oleh yang sedemikian dengan pendekatan ini wajar tidak dilepaskan khususnya para ibubapa untuk memberi pendedahan aktiviti sihat ini kepada anak-anak.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X