Liga Super 2021: Terengganu FC Tamat Musim 4 Teratas

Aksi pemain-pemain Terengganu FC sewaktu sesi latihan terakhir menjelang pertemuan di laman lawan menentang Penang FC bagi aksi perlawanan penutup Liga Super musim ini. David da Silva(tiga dari kiri) merupakan pemain import TFC paling banyak menerima kritikan oleh peminat pada musim ini. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Musim pertama sejak pasukan bola sepak Terengganu diswastakan, Terengganu FC(TFC) sekadar berada di tempat keempat pasukan teratas setelah menempuh 22 perlawanan untuk menamatkan kempen Liga Super musim ini. TFC yang dilihat cemerlang diawal musim untuk berada di tangga kedua liga gagal untuk mengekalkan momentum walaupun berpeluang untuk mendahului Johor Darul Ta’zim(JDT) selaku pendahulu liga ketika itu dan kini sekali lagi telah bergelar juara pada musim ini.

Pada perlawanan akhir musim ini TFC selaku pasukan pelawat gagal memanfaatkan 10 kudrat lawan tuan rumah bertemu Penang FC berkeputusan 2-2 sekaligus meranapkan peluang terakhir untuk berkongsi kedudukan liga dengan tuan rumah di tangga ke-3. Pada perlawanan itu, pemain Penang FC Abdul Latiff Suhaimi telah dilayankan kad merah seawal minit ke 13 permainan separuh masa pertama setelah menjatuhkan David Da Silva di dalam kotak penalti. Manakala peluang sepakan penalti dibazirkan sebegitu sahaja oleh David Da Silva untuk dinafikan oleh penjaga gol Penang, Samuel Somerville. Terdahulu TFC telah mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut sebelum mencatatkan keputusan seri pada perlawanan penutup musim ini.





Kredit – Malaysianfootballleague.com

Namun begitu untuk berada di tangga ke-4 buat TFC juga ibarat ‘menumpang tuah’ kekalahan Selangor FC setelah dinafikan oleh PJ City FC. Sekiranya keputusan perlawanan akhir musim memihak buat Selangor FC, sudah pasti TFC menamatkan musim ini di tangga kedudukan ke-5 liga.

‘Win Back Mission’ yang menjadi azimat keramat membuka musim buat TFC untuk meletakkan pasukan bola sepak nombor satu negara dan pengurusan pasukan terbaik di rantau ini masih belum terkubur di mana TFC perlu buktikan pada saingan seterusnya perebutan Piala Malaysia sekaligus merebut tiket ke Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan. Sekiranya penganjuran Piala Malaysia sekali lagi dibatalkan seperti musim lalu, maka TFC terpaksa menggunakan tangkal azimat ‘Win Back Mission’ pada musim-musim seterusnya.

Aksi perlawanan terakhir buat Terengganu FC untuk menamatkan saingan Liga Super 2021 berada di tangga kedudukan ke-4 musim ini.

 

Senarai pemain-pemain bagi pertembungan aksi terakhir Liga Super 2021 di antara Terengganu FC menentang Penang FC pada 12 September 2021.

Berikut rumusan perlawanan yang dikeluarkan di laman rasmi TerengganuFC.com

RUMUSAN PERLAWANAN PENANG FC vs TERENGGANU FC
SEPTEMBER 13 2021  1224AM

Perlawanan terkahir Liga Super 2021 yang membabitkan pasukan Penang FC selaku tuan rumah berdepan kunjungan Terengganu FC bagi merebut tempat kedua dan ketiga Liga Super bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan KDA FC yang berdepan Melaka United. Permainan yang agak laju dari kedua-dua pasukan.

TFC mendapat peluang awal apabila larian David Da Silva melepasi benteng pertahanan namun bentehan dari belakang Latif Suhaimi memberikan penalti kepada TFC dan Latif dilayangkan kad merah seawal minit ke-14. Penalti yang diambil oleh penyerang TFC tersebut, David Da Silva tidak mendatangkan masalah kepada penjaga gol Penang FC untuk menampan keluar.

Tidak lama kemudian, TFC mendapat sepakan penjuru yang diambil oleh Lee Tuck, disempurnakan oleh ketua pasukan, Argim Redzovic dengan tandukan tepat ke gawang gol. Memasuki minit ke-40, Penang FC berjaya menyamakan kedudukan hasil set piece menarik gerakan dari bawah dan Sheridden Bobovev berada dalam kedudukan terbaik untuk menghabiskan bola ke gawang gol. Memasuki masa tambahan separuh masa pertama, Penang FC sekali lagi berjaya menghasilkan gol kedua mereka melalui tandukan Cassagrande, taman separuh masa Penang FC berada di hadapan dengan dua gol berbalas satu.

Memasuki babak kedua, perlawanan sedikit perlahan. TFC jelas tidak menemui rentak permainan apabila beberapa lorongan dan hantaran tidak tepat dan hilang bola begitu sahaja. Namun pada minit-minit akhir permainan, Lee Tuck berjaya membuat beberapa sepakan ke arah gol, namun tidak berhasil untuk menjaringkan gol penyamaan. Memasuki minit ke-72, Lee Tuck sekali lagi melepaskan sepakan ke arah gol dan kali ini berjaya melepasi penjaga gol sekali gus memberikan semangat kepada rakan pasukan untuk mencari gol kemenangan.

5 minit masa tambahan diberikan pengadil, beberapa aksi panas terjadi diakhir permainan. Perlawanan berkahir dan memaksa kedua-dua pasukan berkongsi mata. Penang FC 2 – 2 Terengganu FC.

 

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X