Liga Hoki Malaysia: Cabaran Bermula Untuk THT

Terengganu Hockey Team perlu mempertahankan selaku pendahulu tangga kedudukkan Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Aksi perlawanan kedua memburu kejuaraan Liga Hoki Malaysia bagi Terengganu Hockey Team (THT) selaku pendahulu liga untuk bertemu juara Piala Sumbangsih 2021, UniKL bakal menjadi cabaran sebenar buat gergasi hoki pantai timur nanti. Terdahulu dalam perlawanan pembukaan menjadi aksi pemanas badan THT setelah membelasah 11-00 pendatang baharu dari Sabah yang hadir membariskan sebahagian besar pemain program pembangunan.

UniKL yang meletakkan misi untuk menyapu ketiga-tiga piala musim ini baru menyelesai misi pertama mereka untuk kembali merangkul Piala Sumbangsih buat musim kedua setelah menewaskan TNB berkeputusan 4-3 menerusi penentuan penalti shootout setelah terikat 0-0 sepanjang 60 minit permainan.





Menurut ketua jurulatih THT, K Rajan melihat perlawanan kedua ini merupakan perlawanan yang amat penting buat setiap pasukan dalam membuat percaturan sepanjang musim untuk mendahului kedudukan tangga liga. Walaupun kini THT di puncak liga namun kutipan mata hasil dari perlawanan pertama itu mampu dipintas oleh lain-lain pasukan yang mempunyai bekalan mata sekiranya THT gagal menambah mata dalam aksi kedua perlawanan nanti.

K. Rajan(tengah) dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

“Ketika menentang Sabah, kita dapat 11 pukulan sudut penalti (PC), hanya dua gol berjaya dijaringkan. Jika menentang UniKL. Kita tidak akan dapat banyak PC tetapi apa yang kita dapat, kita perlu jaringkanlah.

“Bagi saya, peluang dengan UniKL adalah 50 – 50, mereka ada peluang untuk menang, kita juga ada peluang yang sama untuk menang . Siapa yang dapat manfaatkan peluang untuk jaringkan gol, akan menang,’ujar K Rajan.

K Rajan juga turut mengulas bahawa tempoh rehat selama dua hari setelah beraksi menentang Sabah pada 11 Mac lepas bukan suatu kelebihan buat pasukan. Sebaliknya menjadi kekurangan buat pasukan kerana tidak dapat mengutip pengalaman perlawanan sebelum bertemu UniKL yang menjadi perlawanan penting.

UniKL hadir dengan reputasi sebagai penyandang juara liga dan juara Piala TNB musim lalu serta terkini menewaskan TNB dalam saingan piala Sumbangsih sudah pasti tidak akan menjanjikan satu perlawanan mudah buat THT untuk mengutip mata kedudukan liga. Pada musim lalu, UniKL juga turut telah merampas Piala Sumbangsih dari THT yang berkeputusan 3-2.

Pemain senior juga bekas pemain kebangsaan Mohd Fitri Saari galas tanggungjawab selaku kapten Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Manakala Mohd Fitri Saari yang masih memikul tanggungjawab selaku kapten musim ini turut mengesa agar THT mampu untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan mudah seperti mana berlaku sewaktu menentang Sabah terdahulu. Kesilapan tersebut bakal menghukum pasukan untuk memberi tekanan kepada UniKL nanti.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

june, 2024

02junalldayKejuaraan Ragbi Asia 15s (Lelaki) 2024: Korea Selatan vs Malaysia

02jun5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs AKADEMI HOKI MBPJ

08junalldayKejuaraan Ragbi Asia 15s (Lelaki) 2024: Malaysia vs Hong Kong

09jun5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSBJ THUNDERBOLTS

21junalldayKejuaraan Ragbi Asia 15s (Lelaki) 2024: UAE vs Malaysia

29jun8:00 pm10:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: AKHIR

X