THT Kenduri Gol 11-0 Buka Tirai LHM 2021

Aksi penyerang pasukan Terengganu Hockey Team (THT) Faizal Saari(kanan) sewaktu membelasah Sabah 11-00 dalam perlawanan pembukaan kempen Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil pada 11 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Gergasi hoki pantai timur, Terengganu Hockey Team(THT) membuka tirai kempen Liga Hoki Malaysia 2021 edisi ke-34 dengan membelasah pendatang baharu Sabah pada perlawanan pertama buat mereka berkesudahan 11 gol tanpa balasan.

Penyerang profilik THT, Faizal Saari yang baru selesai menjalani kuarantin jangkitan COVID-19 berjaya mengekalkan momentum untuk menyumbang 4 gol sepanjang aksi 60 minit perlawanan. Pukulan penalti Faizal Saari seawal minit ketiga suku pertama permainan menjadi gol sulung perlawanan milik THT.





Seminit setelah jaringan gol padang oleh Mohamad Akhimullah Anuar Esook, pemain tengah Shello Silverius yang pertama kali beraksi bersama THT turut membuat kejutan kepada pasukan negeri kelahirannya dengan menambah bekalan dua gol sekaligus membantu pasukan untuk mendahului perlawanan 4-0 sebelum dihentikan pada separuh masa pertama.

K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Terengganu Hockey Team

“Kita menang berapa banyak jaringan pun itu adalah usaha komitmen sepenuhnya oleh pasukan. Tiada sesiapa menjadi ‘bintang’ dalam pasukan. Saya juga amat berpuas hati dengan pemain-pemain muda yang beraksi bagus pada perlawanan pertama ini. Kita akan terus perbaiki permainan seterusnya.”, ujar ketua jurulatih THT K Rajan.

Hasil jaringan gol melalui pukulan sudut penalti pertama buat THT mula hadir pada separuh masa kedua perlawanan yang disempurnakan oleh Muhammad Arif Syafie Ishak di minit ke-34.

Sabah yang kian tersentak terus dikejutkan dengan deretan gol oleh Faizal Saari pada minit ke-40 melalui pukulan sudut penalti dan seterusnya selang seminit perlawanan melalui terjahan gol padang.

Aksi kapten pasukan Terengganu Hockey Team (THT) Fitri Saari(kanan) sewaktu membelasah Sabah 11-00 dalam perlawanan pembukaan kempen Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil pada 11 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

“Walaupun kita menang 11-00 tetapi banyak yang perlu kita perbaiki khususnya dari segi pukulan penalti yang memang agak kurang memuaskan pada hari ini. Kita kena kaji balik untuk perlawanan seterusnya.” berkata Faizal Saari yang masih menggalas tanggungjawab selaku kapten pasukan pada musim ini.

Suku akhir perlawanan yang berlangsung dalam hujan lebat menyaksikan tambahan empat jaringan gol padang telah disempurnakan oleh Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Sufi Ismat Md Rohulamin, Faizal Shaari dan Nukman Hakim Mohammad sekaligus menamatkan perlawanan penuh bergaya bagi aksi pertama musim ini.

Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Kemenangan ini sekaligus menjadi bekalan mata liga sebelum beraksi sengit pada perlawanan seterusnya untuk bertemu penyandang juara liga dan Piala TNB yang dijadualkan pada 17 Mac nanti. Perlawanan ini juga merupakan pertemuan kembali finalis musim lalu untuk merebut Piala TNB di mana UniKL menafikan THT berkesudahan 2-1.

Terengganu Hockey Team(THT) mendahului tangga kedudukan teratas dengan kutipan 3 mata pertama setelah membelasah Sabah 11-00 dalam perlawanan pembukaan Liga Hoki Malaysia 2021 pada 11 Mac 2021. Sebanyak 3 perlawanan pertama telah berlangsung pada hari pembukaan liga musim ini. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

december, 2023

01decalldayKejuaraan Lawan Pedang Antarabangsa MFF Edisi Ke-2

28decalldayTerengganu Invitation Monsoon Challenge-TI-SAIL CUP PRIX L4/2023

X