Karamjit Singh Terpantas Hari Pertama Kejuaraan Rali Terengganu 2018

Aksi pelumba berpengalaman besar dalam sukan perlumbaan rali; Karamjit Singh dan penunjuk arah Daveender Singh membuktikan jentera Proton Gen 2 dari MRU Motorsports Team mampu mencatat masa terpantas dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Aksi pelumba berpengalaman besar dalam sukan perlumbaan rali; Karamjit Singh dan penunjuk arah Daveender Singh membuktikan jentera Proton Gen 2 dari MRU Motorsports Team mampu mencatat masa terpantas dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

2018 Malaysian Rally Championship Rali Terengganu 2018 - LogoPelumba penuh berpengalaman Karamjit Singh bersama penunjuk arah Daveender Singh dari pasukan MRU Motorsports mencatat masa terpantas keseluruhan pada hari pertama Kejuaraan Rali Terengganu 2018 dengan catatan masa 23 minit 58 saat. Karamjit yang mendapat jolokkan ‘Flying Sikh’ mencipta sensasi perlumbaan hari pertama bersama kudrat jentera pacuan 4 roda(4WD) Proton Gen 2 setelah berjaya menafikan jentera-jentera Subaru Impreza yang berada di tempat kedua dan ketiga terpantas.

Tempat kedua terpantas berjaya dicipta oleh rakan sepasukan iaitu pelumba dari Indonesia; Rachmat dan Donny Wardono yang ketinggalan 1 minit 40 saat. Manakala tempat ketiga oleh pelumba persendirian Sutan Mustaffa Salihin bersama Amiruddin Baharun dengan catatan masa 28 minit 38 saat untuk perlumbaan kategori P12 (2000cc ke atas) ini. Untuk rekod, pada kejuaraan di Terengganu ini merupakan pertama kali buat pelumba Sutan Mustaffa Salihin beraksi dalam kategori 4WD sejak pertama kali berlumba di pentas Kejuaraan Rali Malaysia pada 2001.





Hari pertama perlumbaan Rali Terengganu 2018 menyaksikan pelbagai kesukaran bentuk muka bumi yang ditempuhi oleh pelumba. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Hari pertama perlumbaan Rali Terengganu 2018 menyaksikan pelbagai kesukaran bentuk muka bumi yang ditempuhi oleh pelumba. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Cabaran hari pertama perlumbaan ini mempertaruhkan 4 peringkat cabaran pelbagai bentuk muka bumi di Terengganu International Endurance Park (TIEP) yang pertama kali dianjurkan perlumbaan sukan bermotor di Lembah Bidong, Setiu ini. Namun di peringkat akhir cabaran hari pertama, perlumbaan terpaksa dihentikan disebabkan beberapa jentera pelumba telah terkandas dalam lumpur.

Cuaca buruk musim hujan monsun pantai sebelum perlumbaan bermula telah menyebakan beberapa litar cabaran dibanjiri air. Oleh yang sedemikian pihak penganjur terpaksa memendekkan jarak perlumbaan dan menambah 3 peringkat cabaran yang perlu ditempuhi pada hari kedua perlumbaan.

Seramai 56 pelumba termasuk penyertaan dari negara Indonesia dan Jepun melibatkan keseluruhan 28 buah jentera perlumbaan menyertai perlumbaan ini bermula pada 14 hingga 15 Disember 2018. TIEP yang sinonim dengan venue penganjuran sukan berkuda lasak kini pertama kali menjadi venue penganjuran untuk sukan lain.

Aksi pelumba anak jati Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki dan Amir Izham Abd Aziz bersama jentera Proton Satria dari pasukan OTFT Rally Team sewaktu melepasi peringkat halangan di tepi pantai dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Aksi pelumba anak jati Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki dan Amir Izham Abd Aziz bersama jentera Proton Satria dari pasukan OTFT Rally Team sewaktu melepasi peringkat halangan di tepi pantai dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Selain lokasi yang terletak berhampiran dengan pantai, pelbagai bentuk muka bumi seperti kawasan berpaya, tanah gambut dan jalan bertar di antara cabaran yang menanti. Terengganu menjadi destinasi terakhir menutup tirai kalendar perlumbaan untuk tahun ini setelah dua siri perlumbaan telah berlansung di Johor dan Perlis. Kali terakhir perlumbaan rali diadakan di negeri ini adalah pada tahun 2010 yang telah berlansung di ladang TDM Berhad, Sungai Tong.

 

Rally of Terengganu 2018

Leg 1 Highlights

Posted by Malaysianrally on Friday, 14 December 2018

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

november, 2024

01novalldayTerengganu 4x4 Rainforest Challenge 2024

15novalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Pertama

X