Jurang 2 Gol Perlawanan Ke-2 Buat THT

Aksi pemain Terengganu Hockey Team(THT) Ismail Abu(kiri) bersama Shello Silverius(kanan) sewaktu aksi kedua perlawanan Liga Hoki Malaysia 2021 memihak kepada UniKL berkesudahan 02-04 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Terengganu Hockey Team(THT) yang bangkit di suku akhir permainan bagi aksi kedua perlawanan Liga Hoki Malaysia 2021(LHM 2021) menentang UniKL sekurang-kurangnya mampu kembali memberi tekanan untuk perolehi dua gol setelah ketinggalan 4-0 pada minit suku akhir permainan. Keputusan yang memihak kepada penyandang juara Piala Sumbangsih musim ini tidak dapat dinafikan untuk berkesudahan dengan 4 gol milik UniKL.

Ketinggalan 4-0 sehingga suku akhir permainan memaksa pasukan kendalian K Rajan perlu merombak taktikal bagi mencari kesilapan pihak lawan sekaligus memberi tekanan untuk mengubah momentum permainan.





Penyerang profilik Terengganu Hockey Team(THT) Faizal Saari(kir) galas tanggungjawab selaku kapten bagi aksi kedua perlawanan Liga Hoki Malaysia 2021 memihak kepada UniKL berkesudahan 02-04 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Tekanan kian beralih pada pasukan lawan namun beberapa peluang terlepas begitu sahaja tanpa penyudah yang tajam. Namun sewaktu masa perlawanan kian suntuk di minit ke-51, Mohamad Akhimullah Anuar Esook berjaya memecah kebuntuan dengan memperolehi gol sulung buat THT hasil dari komitmen jitu jentera pukulan sudut penalti.

Pemain Terengganu Hockey Team(THT) Muhammad Arif Syafie Ishak(jersi merah) sewaktu cuba mencuri bola daripada pemain UniKL Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul dalam aksi kedua perlawanan Liga Hoki Malaysia 2021 memihak kepada UniKL berkesudahan 02-04 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Walaupun mendahului permainanan dengan selesa 04-01 namun UniKL mula bertambah tekanan sehingga dihukum oleh pengadil berikutan beberapa kesilapan mudah di hadapan gawang sendiri. Situasi ini sekali lagi memihak kepada THT menambah jaringan gol melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Arif Syafie Ishak di minit ke-53 permainan.

K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

“Walaupun tewas 4-3 di mana ketinggalan 3-0 untuk separuh masa pertama, kita tetap bangkit di suku akhir permainan dan berjaya memperolehi 2 gol. Kita banyak kesilapan dan akan diperbaiki setelah melihat rakaman video perlawanan ini.”, ujar ketua jurulatih THT K Rajan sejurus tamat permainan.

Seterusnya THT dijadualkan untuk bertemu Universiti Teknologi Mara(UiTM) bagi aksi ketiga kempen LHM 2021 pada 16 Mac jam 0800 malam nanti.

Penganjuran LHM 2021 yang kini masuk edisi ke-34 ini mempertaruhkan format kejohanan liga satu pusingan dan semua perlawanan dipertandingkan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tanpa kehadiran penonton berikutan prosedur operasi standar (SOP) yang diperketatkan sepanjang pandemik COVID-19 yang belum bernoktah.

KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2021
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIKL  02-04

JARINGAN
UNIKL – Muhammad Razie Abd Rahim (Sudut Penalti Minit Ke-13)
UNIKL – Pavandip Singh a/l Gurdip Singh (Sudut Penalti Minit Ke-26)
UNIKL – Muhammad Razie Abd Rahim (Sudut Penalti Minit Ke-35)
UNIKL – Mohamad Sukri Abdul Mutalib (Gol Padang Minit Ke-42)
THT – Mohamad Akhimullah Anuar Esook (Sudut Penalti Minit Ke-51)
THT – Muhammad Arif Syafie Ishak (Sudut Penalti Minit Ke-53)

Terengganu Hockey Team(THT) jatuh 3 anak tangga untuk berada di tangga kedudukan ke-4 setelah tewas 4-2 kepada UniKL pada aksi kedua perlawanan Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X