Harrif Salleh Buka Podium Musim 2018 Untuk TSG

Mohd Harrif Salleh buka podium pertama buat Terengganu Cycling Team (TSG) untuk musim 2018 di Tour of Sharjah. Kredit Foto - Instagram.com/harrif_saleh
Mohd Harrif Salleh buka podium pertama buat Terengganu Cycling Team (TSG) untuk musim 2018 di Tour of Sharjah. Kredit Foto – Instagram.com/harrif_saleh

Pelumba senior Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Salleh akhirnya membuka podium pertama dalam perlumbaan sulung musim 2018 ini setelah meraih tempat ke-3 dalam perlumbaan peringkat ke-2 Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kejayaan berjaya dirangkul setelah menafikan peluang pelumba muda Itali; Luca Pacioni dari pasukan Wilier Triestina–Selle Italia yang berakhir di tempat ke-4.

Kejayaan podium ini sekali gus memberi kejutan setelah beliau sekadar meraih tempat ke-91 malah tercorot di kalangan pelumba TSG dalam perlumbaan ujian masa perseorangan di hari pertama perlumbaan.





Kayuhan sejauh 151.56km untuk peringkat ke-2 bermula dari Al Batayeh Cultural Center dan berakhir di Al Malaiha Sports Center turut menyaksikan pelumba muda TSG; Irwandie Lakasek meletakkan diri tempat ke-15 setelah bersaing bersama 108 pelumba professional.

Irwandie juga turut berjaya mencuri mata perlumbaan di tempat ke-2 dalam saingan ‘King of the Mountains'(KOM) setelah bersaing dengan pelumba pasukan tuan rumah; Essaïd Abelouache yang berada di tempat ke-3 manakala Ken-Levi Eikeland menjuarai saingan ini.

Manakala dua pelumba tempatan TSG lain iaitu Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 dan Mohd Zamri Saleh di tempat ke-56. Bagi pelumba kelahiran Mongolia; Maral-erdene Batmunkh yang kini tahun ke-3 bersama pasukan TSG berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-59.

Keadaan basikal pelumba Terengganu Cycling Team; Drew Morey setelah terlibat kemalangan dalam perlubaan di peringkat kedua Tour of Sharjah. Kredit - Facebook.com/terengganucyclingteamTSG
Keadaan basikal pelumba Terengganu Cycling Team; Drew Morey setelah terlibat kemalangan dalam perlubaan di peringkat kedua Tour of Sharjah. Kredit – Facebook.com/terengganucyclingteamTSG

Pelumba harapan TSG kelahiran Australia; Drew Morey pula gagal untuk mencuri jersi kuning(kategori pendahulu keseluruhan) setelah mengalami kecederaan akibat kemalangan dalam perlubaan di peringkat kedua.

Perlumbaan Tour of Sharjah ini menjadi perlumbaan pembuka tirai 2018 di dalam kalendar UCI untuk siri jelajah Asia.

 

Keputusan Perlumbaan Peringkat Ke-2 Tour of Sharjah 2018 *Pasukan Terengganu Cycling Team sahaja. Kredit - Procyclingstats.com
Keputusan Perlumbaan Peringkat Ke-2 Tour of Sharjah 2018 *Pasukan Terengganu Cycling Team sahaja. Kredit – Procyclingstats.com
SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X