GG 4×4 BAWA NAMA TERENGGANU KE PENTAS KEJUARAAN ANTARABANGSA RAINFOREST CHALLENGE GRAND FINAL 2025

Pengarah Tourism Terengganu Hilman Hajijan (tengah berbaju batik) sewaktu menyempurnakan majlis ‘flag-off’ pasukan GG 4×4 yang akan berentap dalam kejuaraan antarabangsa Rainforest Challenge(RFC Grand Final 2025) di Selangor dan Kelantan bermula pada hujung minggu ini.

Pasukan jentera lasak 4×4 dari Terengganu, GG 4×4 bakal mencuri tumpuan di pentas kejuaraan antarabangsa Rainforest Challenge Grand Final 2025(RFC Grand Final 2025) untuk turut sama berentap bersama pasukan-pasukan ternama tempatan dan luar negara yang bermula di Sungai Buluh, Selangor pada hujung minggu ini sebelum mengakhirinya di hutan belantara Gua Musang, Kelantan pada Disember nanti.

Pasukan kerdil yang berpangkalan dari kampung Binjai Bongkok, Bukit Payung, Marang ini mempertaruhkan jentera berusia hampir separuh tahun Land Rover Defender Series 3 88 yang dipacu oleh gandingan Tengku Khairul Tengku A Rahman sebagai pemandu pasukan dan juruarah Muhamad Nasrul Aiman Mohd Azili bagi memburu kejuaraan penuh berprestij ini.





engku Khairul A Rahman(kiri) bersama juruarah Muhamad Nasrul Aiman Mohd Azili bersama jentera pasukan GG 4×4 dalam misi memburu podium Rainforest Challenge(RFC Grand Final 2025) yang bermula pada hujung minggu ini dan berakhir pada Disember nanti.

“Kami hanya pasukan kerdil di mana rata-rata ahli pasukan ini bukanlah berstatus profesional mahupun sepenuh masa namun kami tetap yakin mampu untuk hadir memberi cabaran kepada pelumba-pelumba antarabangsa yang turut sama memburu kejuaraan di sini.

“Kami mengambil peluang ini di mana Malaysia selaku tuan rumah bagi siri akhir perlumbaan RFC ini di mana sudah tentu cabaran bentuk muka bumi menjadi kelebihan buat pasukan-pasukan tempatan berentap. Namun situasi cuaca tidak menentu ketika ini bakal memberi peluang sama rata buat setiap pasukan bertanding,” kata Tengku Khairul Tengku A Rahman yang membuat penampilan kedua sebagai pelumba di pentas kejuaraan antarabangsa ini.

Land Rover Defender Series 3 88 menjadi jentera taruhan pasukan GG 4×4 dari Terengganu bagi memburu podium kejuaraan edisi ke-29 Rainforest Challenge(RFC Grand Final 2025) yang bermula pada hujung minggu ini dan berakhir pada Disember nanti.

Manakala bagi juruarah Muhamad Nasrul Aiman Mohd Azili yang baru berusia 22 tahun meletakkan faktor usia bukan penghalang untuk turut sama membantu pasukan untuk memburu podium bagi sukan lasak ini.

“Ini adalah penampilan pertama saya sebagai jurupandu di pentas RFC ini, sudah tentu perasaan berdebar itu tetap ada untuk bersaing dengan mereka yang lebih banyak pengalaman berbanding saya di pentas antarabangsa ini.

“Saya hadir mempertaruhkan pengalaman saya selama ini untuk bermula dari bawah bersama pasukan sehinggalah kali ini diberi kepercayaan, saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan ini dan saya juga ingin berterima kasih kepada pengurusan pasukan yang memberi peluang serta kepercayaan ini.,” berkata Muhamad Nasrul Aiman Mohd Azili.

Misi memburu podium di pentas antarabangsa ini turut mendapat perhatian oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu(Tourism Terengganu) sebagai usaha untuk mengangkat sukan permotoran sebagai salah satu produk pelancongan negeri ini.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Hilman Hajijan menyempurnakan majlis ‘flag-off’ pasukan GG 4×4 yang telah berlangsung di pejabatnya di Duyong Marina & Resort Pulau Duyong pada 25 November 2025. Kredit Foto – Facebook Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

“Sukan permotoran mempunyai prospek yang seharusnya dijadikan salah satu produk pelancongan di negeri ini apatah lagi dengan penyertaan pasukan-pasukan dari negeri ini ke pentas antarabangsa mampu menjadi duta pelancongan negeri sebagai usaha menarik lebih ramai kehadiran pelancong khususnya pada tahun hadapan semperna Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Sudah tentu usaha ini tidak hanya ekslusif kepada kami sebagai pemegang taruh utama pelancongan negeri, melalui kerjasama strategik dengan lain-lain pihak termasuk pasukan GG 4×4 ini mampu untuk diterjemahkan dalam pulangan pelaburan buat setiap pihak,” ujar pengarah Tourism Terengganu Hilman Hajijan yang ditemui sewaktu majlis meraikan pasukan GG 4×4 yang telah berlangsung di perkarangan bangunan Tourism Terengganu, Pulau Duyong.

Rainforest Challenge yang kini memasuki edisi penganjuran tahun ke-29 sejak 1997 merupakan siri perlumbaan jentera lasak pacuan empat roda paling berprestij di peringkat antarabangsa setelah lebih dari 30 negara telah menjadi tuan rumah.

Sepanjang tahun ini, Turkeye, Jepun, Colombia, Poland dan India merupakan di antara negara yang menjadi tuan rumah dan seterusnya Malaysia menjadi destinasi terakhir bagi setiap pelumba untuk menamatkan kejuaraan musim ini.

Cabaran pertama perlumbaan dijadualkan bermula pada Sabtu ini bagi acara ‘Prologue SS’ bertempat di Lembah Peladang Agro Park, Sungai Buloh, Selangor sebelum menempuhi perjalanan ke Gua Musang, Kelantan pada 1 Disember nanti.

 

SUKAN ASIA TENGGARA 2025 KE-33
SEA GAMES THAILAND 2025
9 DISEMBER 2025

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

december, 2025

26decalldayPELAYARAN: T-SAIL CUP 2025 SIRI 4

27decalldayMIRC RALLY CHAMPIONSHIP 2025 - PUSINGAN KE-4

X