Faiz Haizat Raih Emas di Kejohanan Para Dunia

Atlet para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas dengan catatan masa 58.14 saat di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi acara 400 meter T38 lelaki pada 14 Februari 2024. Kredit – https://www.youtube.com/@DCSSmedia

Pingat emas ke-3 buat kem olahraga para negara telah dihadiahkan oleh Muhammad Faiz Haizat Rosdi bagi acara 400 meter T38(Kecacatan Intelektual) pada hari kedua Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 yang berlangsung selama empat hari di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Muhammad Faiz Haizat Rosdi muncul juara dengan catatan masa 56.84 saat untuk menafikan Andreas Beros dari Cyprus yang meraih pingat perak dengan catatan masa 58.14 saat manakala pingat gangsa milik pelari dari Croatia Antonio Kosmat dengan catatan masa 59.46 saat.

Atlet para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas dengan catatan masa 58.14 saat di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi acara 400 meter T38 lelaki pada 14 Februari 2024. Kredit – https://www.youtube.com/@DCSSmedia
Pelari kelahiran Batu Kurau, Perak Muhammad Faiz Haizat Rosdi mencipta sensasi penganjuran Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi acara 400 meter T38 lelaki untuk meraih pingat emas dengan catatan masa 58.14 saat sekaligus menafikan Andreas Beros dari Cyprus untuk di tempat kedua dan ketiga milik pelari Croatia Antonio Kosmat dengan catatan masa 59.46 saat. Kredit – https://www.youtube.com/@DCSSmedia

Perkembangan semasa ini secara tidak rasmi meletakkan Muhammad Faiz Haizat Rosdi untuk berada di dalam kelompok 5 terpantas dunia bagi kategori T38 berdasarkan rekod badan induk dunia sukan Para semasa di mana ketika ini rekod catatan masa 57.83 saat milik pelari dari Thailand Amornthep Phonpanna yang berada di tangga ke-4 dunia.

Untuk rekod Muhammad Faiz Haizat Rosdi juga pemenang pingat perak bagi acara 800 meter T37/38 dan pingat gangsa bagi acara 1500 meter T37/38 sewaktu penampilan pertama di pentas antarabangsa untuk beraksi di Para ASEAN Solo 2022 di Surakarta, Indonesia.

Status tidak rasmi tangga kedudukan dunia meletakkan atlet para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi berada di tangga ke-4 dunia bagi acara 400 meter T38 Olahraga Para Dunia setelah meraih catatan masa 56.84 saat untuk merangkul pingat emas Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 14 Februari 2024. Berdasarkan rekod semasa, tangga ke-4 dunia milik pelari Thailand Amornthep Phonpanna dengan catatan masa 57.83 saat. Kredit – https://www.paralympic.org/athletics/rankings
Atlet para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas dengan catatan masa 58.14 saat di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi acara 400 meter T38 lelaki pada 14 Februari 2024. Kredit – https://www.youtube.com/@DCSSmedia

Seterusnya penampilan di Para ASEAN Cambodia 2023 berjaya meraih pingat perak bagi acara 800 meter dan pingat gangsa bagi acara 1500 meter.

Manakala di pentas Para Sukan Malaysia(SUKMA Kuala Lumpur 2022), Muhammad Faiz Haizat Rosdi mencipta sensasi penganjuran untuk meraih 3 pingat emas bagi acara 400 meter, 800 meter dan 1500 meter.

Pelari yang kini berusia 27 tahun berasal dari Batu Kurau, Perak ini juga merupakan penerima imbuhan terbanyak di bawah Skim Insentif Sukan Perak sebanyak RM 15,000.00 setelah meraih tiga pingat emas dalam temasya Para SUKMA Perak 2018 yang lalu.

MIRC 2024 Kembali Warnai Arena Perlumbaan Rali Tanah Air

Kejuaraan Rali Antarabangsa Malaysia 2024 (MIRC 2024) mempertaruhkan 4 pusingan perlumbaan rali melibatkan 4 negeri selaku tuan rumah yang menyasarkan penyertaan dari pelumba-pelumba rali antarabangsa. Kredit Foto – Facebook Malaysia International Rally Championship 2024.

Lembaran tahun 2024 bakal menjadi keterujaan buat komuniti sukan permotoran jentera rali tanah air setelah diumumkan Kejuaraan Rali Antarabangsa Malaysia 2024 (MIRC 2024) untuk kembali mewarnai arena sukan permotoran lasak setelah 5 tahun sepi tanpa sebarang penganjuran perlumbaan.

Menambah prestij perlumbaan berstatus antarabangsa yang mendapat pengiktirafan daripada badan induk sukan permotoran tanah air Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia(KBS) ini menjangkakan penyertaan pelumba-pelumba rali dari China, Thailand dan Indonesia untuk memberi cabaran kepada pelumba-pelumba tempatan yang kian menyinar di rantau ini.

Tirai perlumbaan bagi pusingan pertama yang berlangsung selama tiga hari perlumbaan di Kuantan, Pahang pada 8 Mac sehingga 10 Mac 2024 sebelum menuju ke destinasi pusingan kedua perlumbaan di Melaka pada 7 Jun sehingga 9 Jun 2024.

Kejuaraan Rali Antarabangsa Malaysia 2024 (MIRC 2024) mempertaruhkan 4 pusingan perlumbaan rali melibatkan 4 negeri selaku tuan rumah. Kredit Foto – Facebook Malaysia International Rally Championship 2024

Johor menjadi destinasi perlumbaan bagi pusingan ketiga perlumbaan rali yang dijadualkan pada 6 September sehingga 8 September 2024 sebelum Perlis menjadi destinasi terakhir untuk menutup tirai perlumbaan yang dijadualkan pada 6 Disember sehingga 8 Disember 2024 nanti.

Kejuaraan perlumbaan rali MIRC 2024 yang dianjurkan oleh Millennium Motorsport Adventure Club (MMAC) diketuai oleh Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan Abdul Latif memberi gambaran penganjuran perlumbaan kali ini adalah berbeza berbanding lain-lain penganjuran terdahulu di mana turut berlangsung adalah pelbagai acara sampingan berbentuk karnival sebagai usaha untuk menarik kehadiran orang ramai merasai pengalaman sukan perlumbaan lasak ini.

Untuk rekod, kali terakhir penganjuran perlumbaan kereta rali dalam negara adalah pada perlumbaan Tri Nation Sprint Rally yang hanya disertai sebanyak 12 jentera lumba telah berlangsung pada 23 Mac sehingga 24 Mac 2019 di Tanamera, Sungai Buluh. Pada tahun itu juga, perlumbaan tahunan Kejuaraan Rali Malaysia(MRC) turut terhenti berikutan masalah kewangan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

012 242 2784  Azmeer Yusri
016 333 8261  Dinie Nazmie

atau lawati Facebook Malaysia International Rally Championship 2024

Program Infak Mohon Sumbangan Kepada Pelumba Cilik Qabil Irfan Azlan Ke Pentas Dunia

Penyu Sukan bersama-sama beberapa entiti rakan media di dalam Terengganu menganjurkan program infak cuci kubur sebagai usaha untuk mencari sumbangan dana bagi pelumba cilik Qabil Irfan Azlan yang akan berentap di pentas dunia kejuaraan FIM MiniGP World Series di Valencia, Sepanyol pada 19 November sehingga 23 November 2023 nanti.

Penyu Sukan bersama beberapa entiti lain akan turut serta untuk menyertai program membersih kubur Jalan Pusara(Tanah Perkuburan Islam Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu) yang akan bermula seawal jam 0900 pagi(11 November 2023) sebagai salah satu usaha untuk mencari sumbangan bagi pelumba cilik anak Terengganu – Qabil Irfan Azlan untuk berentap di pentas dunia FIM MINIGP WORLD SERIES 2023 di Valencia, Sepanyal yang akan berlangsung pada 19 sehingga 23 November 2023 ini.

Semua dijemput untuk turut sama bergotong royong membersih kubur Jalan Pusara, Kuala Terengganu di mana Penyu Sukan menyediakan 10 liter petrol dan tali mesin rumput kepada sesiapa yang hadir dengan mesin rumput.

 

Sebarang sumbangan wang tunai mohon disampaikan kepada bapa Qabil Irfan (017-952 1002 / https://www.facebook.com/lan.jawa.54) ke akaun:

𝗕𝗮𝗻𝗸: 𝗖𝗜𝗠𝗕
𝗡𝗼. 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻: 𝟳𝟲𝟭𝟲 𝟮𝟴𝟴𝟲 𝟮𝟬
𝗣𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮: 𝗔𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻

Apa termampu dari kami untuk memberi sokongan kepada pelumba cilik Qabil Irfan Azlan yang membawa nama Terengganu ke pentas dunia!

X