Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu Capai Matlamat

Program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu turut menghimpunkan agensi-agensi berkaitan dan penggiat sukan elektronik untuk mendapat gambaran tepat tentang sukan ini yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu turut menghimpunkan agensi-agensi berkaitan dan penggiat sukan elektronik untuk mendapat gambaran tepat tentang sukan ini yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Penganjuran sulung ‘Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu’ capai matlamat setelah menerima 100 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, penggiat dan peminat sukan elektronik di negeri ini. Bengkel berlansung seharian bermula seawal 0830 pagi dan telah berakhir pada jam 0530 petang bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu merupakan anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu(JBSNT) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu). Persatuan Sukan Elektronik Malaysia(ESM) selaku badan induk yang mengawal selia sukan elektronik di peringkat kebangsaan juga turut serta di dalam program ini.

Program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu turut menghimpunkan agensi-agensi berkaitan dan penggiat sukan elektronik untuk mendapat gambaran tepat tentang sukan ini yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto - Facebook.com/esmterengganu
Program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu turut menghimpunkan agensi-agensi berkaitan dan penggiat sukan elektronik untuk mendapat gambaran tepat tentang sukan ini yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Sebanyak 4 slot telah diketengahkan sepanjang bengkel penuh berinformasi yang disampaikan oleh pihak penganjur meliputi topik perbincangan budaya sihat sukan elektronik, kerjaya & masa depan atlet, pembangunan & pengurusan badan sukan elektronik serta demonstrasi sukan ini kepada agensi berkaitan. Perbincangan secara dua hala turut memberi ruang kepada peserta khususnya dari pihak agensi kerajaan bertukar pendapat untuk mendapat gambaran penuh tentang sukan ini yang sering disalah tafsir. Kesempatan ini juga turut memberi peluang dan ruang kepada para penggiat sukan ini tentang peraturan-peraturan yang perlu dituruti agar tidak timbul kesulitan dengan agensi kerajaan terbabit.





Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin(duduk berkemeja biru) turut meluangkan masa untuk mencuba sukan elektronik di program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin(duduk berkemeja biru) turut meluangkan masa untuk mencuba sukan elektronik di program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Program sulung ini telah disempurnakan dengan kehadiran oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Penolong Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu Pn Noorul Husna Bt A Rashid secara tidak lansung mengambarkan sukan elektronik ini mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri Terengganu dan pihak jabatan untuk pembangunan belia negeri ini. Kehadiran En Rini Bin Ramli selaku Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia ke negeri Terengganu juga secara tidak lansung memperlihatkan hubungan yang baik di antara persatuan negeri ini dengan badan induk kebangsaan demi kemajuan sukan elektronik ini.

Duduk dari kiri - Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu); Encik Latif Ibrahim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia; En Rini Bin Ramli. Berdiri dari kiri - Pegawai Pembangunan Sukan dan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Fais Bin Haji Mohd Sendek, Bendahari Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu; Encik Afiqi; Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Pn Noorul Husna Bt A Rashid, Naib Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu; Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah dan pemilik studio sukan elektronik - Gamecca; Nazmi. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Duduk dari kiri – Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu); Encik Latif Ibrahim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia; En Rini Bin Ramli. Berdiri dari kiri – Pegawai Pembangunan Sukan dan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Fais Bin Haji Mohd Sendek, Bendahari Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu; Encik Afiqi; Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Pn Noorul Husna Bt A Rashid, Naib Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu; Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah dan pemilik studio sukan elektronik – Gamecca; Nazmi. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Pertama sekali kita(kerajaan negeri) memfokuskan kepada proses pengenalan sukan ini di kalangan belia-belia di negeri Terengganu. Walaupun perkembangan sukan elektronik di negeri ini masih baru namun di peringkat persatuan merupakan di antara persatuan sukan yang aktif di negeri ini. Selain dari aktiviti bersukan, pengisian program dan peluang kerjaya mahupun bentuk perniagaan kepada para belia seharusnya diberi perhatian. Sebarang usaha dari pelbagai pihak yang memberi manfaat kepada belia amat dialu-alukan dan di pihak kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk membantu.”; ujar YB Ustaz Hishamuddin; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.

Pemilik Ikan Masin Studio yang beroperasi di Kuala Terengganu; Kevin Ng di antara peserta program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pemilik Ikan Masin Studio yang beroperasi di Kuala Terengganu; Kevin Ng di antara peserta program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Bengkel ini satu platform yang teramat bagus bagi kami selaku pengiat sukan elektronik khususnya di negeri pantai timur ini. Ianya satu peluang bagi kami mengenali individu-individu penting dalam pembangunan sukan ini agar pasukan kami bergerak maju. Bengkel ini juga turut memberi gambaran jelas untuk kami beroperasi agar tidak timbul sebarang masalah dengan agensi-agensi penguatkuasa berkaitan.”; ujar peserta bengkel Kevin Ng yang merupakan pemilik Ikan Masin Studio yang beroperasi di Kuala Terengganu. Ikan Masin Studio merupakan satu ‘studio’ yang menyediakan platform untuk penggiat sukan elektronik di mana turut mempunyai pasukan sendiri untuk menyertai sebarang kejohanan yang dianjurkan.

Bengkel ini juga turut mendapat sokongan padu dari penggiat-penggiat sukan elektronik seluruh negeri Terengganu iaitu KuppyStation, Playhard, Gamecca dan Gamerster yang telah sekian lama mencorak perkembangan sukan ini. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang sukan ini boleh menghubungi pihak ESM Terengganu selaku badan pengawal selia sukan elektronik negeri Terengganu di laman Facebook – https://www.facebook.com/esmterengganu.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

november, 2024

01novalldayTerengganu 4x4 Rainforest Challenge 2024

15novalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Pertama

X