Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XX, MSN 2022 yang telah berlangsung pada 2 Julai di Dewan Banquet, Casa 4, Majlis Sukan Negara memutuskan 14 acara sukan digugurkan sepenuhnya untuk tidak dipertandingkan pada Sukan Malaysia(SUKMA 2022) yang dijadualkan untuk berlangsung pada 16 sehingga 24 September 2022 ini.
Sukan terjun mendominasi jumlah acara terbanyak yang digugurkan iaitu 6 acara tanpa dipertandingkan sepenuhnya atau digabungkan dalam mana-mana acara.
Selain dari itu, beberapa acara sukan telah diputuskan untuk digabungkan atau perubahan kategori yang dipertandingkan.
SUKMA 2022 SENARAI ACARA DIGUGURKAN | |||
---|---|---|---|
1 | TERJUN | WANITA | 1M PAPAN ANJAL |
2 | TERJUN | WANITA | 3M PAPAN ANJAL |
3 | TERJUN | WANITA | PLATFORM |
4 | TERJUN | WANITA | 3M PAPAN ANJAL SEIRAMA |
5 | TERJUN | WANITA | PLATFORM SEIRAMA |
6 | TERJUN | LELAKI | PLATFORM SEIRAMA |
7 | KARATE | WANITA | KATA BERPASUKAN |
8 | OLAHRAGA | WANITA | 10,000M JALAN KAKI |
9 | KANU | LELAKI | POLO 5 ON 5 |
10 | KANU | WANITA | POLO 5 ON 5 |
11 | TINJU | LELAKI | SUPER HEAVYWEIGHT: 92KG DAN KEATAS |
12 | ANGKAT BERAT | WANITA | TIDAK MELEBIHI 71 KG |
13 | ANGKAT BERAT | WANITA | TIDAK MELEBIHI 76 KG |
14 | JUDO | WANITA | NAGE-NO-KATA |
SUKMA 2022 SENARAI ACARA DIGABUNGKAN | |||
---|---|---|---|
1 | ANGKAT BERAT | LELAKI | TIDAK MELEBIHI 102 KG, TIDAK MELEBIHI 109 KG DAN MELEBIHI 109 KG MENJADI MELEBIHI 96 KG |
2 | ANGKAT BERAT | WANITA | TIDAK MELEBIHI 87 KG DAN MELEBIHI 87 KG MENJADI MELEBIHI 81 KG |
3 | JUDO | WANITA | TIDAK MELEBIHI 78 KG DAN MELEBIHI 78 KG MENJADI MELEBIHI 70 KG |
SUKMA 2022 SENARAI ACARA DIGUGURKAN DAN PERUBAHAN KATEGORI | |||
---|---|---|---|
1 | JUDO | WANITA | TIDAK MELEBIHI 44 KG DIGUGURKAN DAN BERTANDING DALAM KATEGORI TIDAK MELEBIHI 48 KG |
2 | JUDO | WANITA | TIDAK MELEBIHI 63 KG DIGUGURKAN DAN BERTANDING DALAM KATEGORI TIDAK MELEBIHI 70 KG |