Pelari pecut Terengganu Hanelang; Azreen Nabila binti Alias memberi kejutan berganda setelah berjaya memecahkan rekod berusia 10 tahun setelah mengungguli acara 100 meter wanita di Stadium Perak, Ipoh hari ini. Perbezaan 00.01 saat menjadi ukuran buat pelari pecut berusia 18 tahun ini untuk meleburkan rekod milik Siti Fatima Mohamad 11.82 saat yang dicipta sewaktu SUKMA Terengganu 2008 edisi ke-12.
Bekas pelajar Sekolah Sukan Negeri Terengganu SMK Bukit Nenas yang juga atlet kebangsaan ini telah berjaya menafikan dua pelari dari Sabah di mana perbezaan 0.36 saat di hadapan untuk menewaskan Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (12.170 saat) yang merangkul pingat perak dan pingat gangsa milik Ikma Syaffiera Duris (12.280 saat). Manakala rakan sepasukan Siti Norzullaika binti Ramli menamatkan saingan di tempat ke-9 dengan catatan masa 12.670 saat.
Kejayaan merangkul pingat emas ini juga turut menceriakan kem kontijen Terengganu Hanelang apabila menjadi penyumbang tunggal pingat emas dalam acara olahraga ini untuk hari ke-11 penganjuran SUKMA Perak 2018 yang telah bermula sejak 8 September 2018.
Kejayaan memecahkan rekod yang tersimpan rapi selama 10 tahun sememangnya sesuatu yang tidak diduga oleh beliau di mana hanya menyasarkan sekadar pingat emas untuk acara ini bagi memperbaiki pencapaian pingat perak dalam edisi SUKMA Sarawak 2016 lalu. Sebelum ini dalam kejohanan olahraga Kuala Lumpur ASEAN School Games 2018 yang telah berlansung pada Julai lalu, Azreen Nabila memperolehi pingat gangsa dengan catatan masa 12.29 saat di mana pingat emas dirangkul oleh pelari Indonesia Jeany Nuraini Amelia Agreta dengan catatan masa 12.05 saat.
Untuk rekod, penyandang rekod baharu ini juga turut pernah terpilih untuk membarisi pasukan kebangsaan kuartet 4x100m di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang lalu.
Muat turun keputusan rasmi:
Olahraga 100 meter Wanita Akhir – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180918-KeputusanSUKMAPerak2018-KeputusanOlahraga-Wanita100mAkhir.pdf