Atlet para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas dengan catatan masa 58.14 saat di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi acara 400 meter T38 lelaki pada 14 Februari 2024. Kredit – https://www.youtube.com/@DCSSmedia
Pingat emas ke-3 buat kem olahraga para negara telah dihadiahkan oleh Muhammad Faiz Haizat Rosdi bagi acara 400 meter T38(Kecacatan Intelektual) pada hari kedua Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 yang berlangsung selama empat hari di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Muhammad Faiz Haizat Rosdi muncul juara dengan catatan masa 56.84 saat untuk menafikan Andreas Beros dari Cyprus yang meraih pingat perak dengan catatan masa 58.14 saat manakala pingat gangsa milik pelari dari Croatia Antonio Kosmat dengan catatan masa 59.46 saat.
Atlet para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas dengan catatan masa 58.14 saat di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi acara 400 meter T38 lelaki pada 14 Februari 2024. Kredit – https://www.youtube.com/@DCSSmedia
Pelari kelahiran Batu Kurau, Perak Muhammad Faiz Haizat Rosdi mencipta sensasi penganjuran Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi acara 400 meter T38 lelaki untuk meraih pingat emas dengan catatan masa 58.14 saat sekaligus menafikan Andreas Beros dari Cyprus untuk di tempat kedua dan ketiga milik pelari Croatia Antonio Kosmat dengan catatan masa 59.46 saat. Kredit – https://www.youtube.com/@DCSSmedia
Perkembangan semasa ini secara tidak rasmi meletakkan Muhammad Faiz Haizat Rosdi untuk berada di dalam kelompok 5 terpantas dunia bagi kategori T38 berdasarkan rekod badan induk dunia sukan Para semasa di mana ketika ini rekod catatan masa 57.83 saat milik pelari dari Thailand Amornthep Phonpanna yang berada di tangga ke-4 dunia.
Untuk rekod Muhammad Faiz Haizat Rosdi juga pemenang pingat perak bagi acara 800 meter T37/38 dan pingat gangsa bagi acara 1500 meter T37/38 sewaktu penampilan pertama di pentas antarabangsa untuk beraksi di Para ASEAN Solo 2022 di Surakarta, Indonesia.
Status tidak rasmi tangga kedudukan dunia meletakkan atlet para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi berada di tangga ke-4 dunia bagi acara 400 meter T38 Olahraga Para Dunia setelah meraih catatan masa 56.84 saat untuk merangkul pingat emas Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 14 Februari 2024. Berdasarkan rekod semasa, tangga ke-4 dunia milik pelari Thailand Amornthep Phonpanna dengan catatan masa 57.83 saat. Kredit – https://www.paralympic.org/athletics/rankings
Atlet para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas dengan catatan masa 58.14 saat di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi acara 400 meter T38 lelaki pada 14 Februari 2024. Kredit – https://www.youtube.com/@DCSSmedia
Seterusnya penampilan di Para ASEAN Cambodia 2023 berjaya meraih pingat perak bagi acara 800 meter dan pingat gangsa bagi acara 1500 meter.
Manakala di pentas Para Sukan Malaysia(SUKMA Kuala Lumpur 2022), Muhammad Faiz Haizat Rosdi mencipta sensasi penganjuran untuk meraih 3 pingat emas bagi acara 400 meter, 800 meter dan 1500 meter.
Pelari yang kini berusia 27 tahun berasal dari Batu Kurau, Perak ini juga merupakan penerima imbuhan terbanyak di bawah Skim Insentif Sukan Perak sebanyak RM 15,000.00 setelah meraih tiga pingat emas dalam temasya Para SUKMA Perak 2018 yang lalu.
Skuad 4 x 100 m Lari Berganti Wanita Terengganu Hanelang turut meraih pingat emas buat kontijen negeri Terengganu dengan catatan masa 47.010 . Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018
Kem olahraga kontijen Terengganu Hanelang akhirnya menutup tirai kejohanan dengan kutipan empat pingat emas dan empat pingat gangsa sepanjang 4 hari kejohanan bermula pada 17 September hingga 20 September 2018 bagi acara balapan dan padang yang telah berlansung di Stadium Perak, Ipoh. Walaubagaimanapun satu rekod kejohanan telah diperbaharui oleh pelari pecut Azreen Nabila binti Alias mencipta sensasi penganjuran temasya SUKMA Perak 2018 sekaligus berjaya meletakkan penanda aras terkini buat sukan ini.
Pingat emas pertama dalam kejohanan balapan buat kontijen negeri Terengganu ini sekaligus mengemaskini rekod kejohanan yang telah ditempa oleh Azreen Nabila dalam acara 100 meter wanita yang telah berlansung pada hari kedua kejohanan. Dua lagi pingat gangsa telah disumbang oleh Muhammad Zulfiqar bin Ismail yang beraksi dalam acara 100 meter lelaki dengan catatan masa 10.460 dan Tuan Juliana binti Tuan Hassan bagi acara lompat tinggi wanita.
Catatan masa 24.760 saat dalam acara wanita 200 meter akhir milik pelari Terengganu Hanelang Azreen Nabila muncul juara sekali gus berjaya menafikan pelari Perak; Shereen Samson Vallabouy(kiri) dan Chelsea Cassionpea Evali Bopulas dari Sabah. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018
Kuartet Terengganu Hanelang lelaki dan wanita bagi acara 4 x 100m Lari Berganti juga turut menceriakan kem olahraga kontijen negeri Terengganu apabila berjaya seiring untuk meraih pingat emas. Bagi acara 400m Lari Berpagar Lelaki Akhir, Ruslem Zikry Putra bin Roseli telah menyumbangkan pingat gangsa menutup pungutan pingat di hari ke-3 kejohanan.
Hari terakhir kejohanan bagi acara balapan dan padang ini, Azreen Nabila binti Alias kembali mencipta sensasi apabila menambah kutipan pingat emas buat kontijen negeri ini setelah mengungguli acara 200 meter wanita akhir. Skuad Terengganu Hanelang bagi acara 4 x 400m Lari Berganti Lelaki juga turut tidak ketinggalan untuk meraih pingat gangsa dengan catatan masa 03:15.480 .
[metaslider id=”1167″]
PINGAT EMAS
100m Wanita – Azreen Nabila binti Alias
4 x 100 m Lari Berganti Lelaki
4 x 100 m Lari Berganti Wanita
200m Wanita – Azreen Nabila binti Alias
PINGAT GANGSA
100m Lelaki – Muhammad Zulfiqar bin Ismail
Lompat Tinggi Wanita – Tuan Juliana binti Tuan Hassan
400 m Lari Berpagar Lelaki – Ruslem Zikry Putra bin Roseli
4 x 400m Lari Berganti Lelaki
Muat turun keputusan rasmi: *Pungutan pingat oleh atlet negeri Terengganu sahaja
Reaksi pelari pecut Terengganu; Azreen Nabila setelah memecah rekod kejohanan yang berusia 10 tahun dengan catatan masa 11.81 saat dalam acara 100 meter wanita di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018
Pelari pecut Terengganu Hanelang; Azreen Nabila binti Alias memberi kejutan berganda setelah berjaya memecahkan rekod berusia 10 tahun setelah mengungguli acara 100 meter wanita di Stadium Perak, Ipoh hari ini. Perbezaan 00.01 saat menjadi ukuran buat pelari pecut berusia 18 tahun ini untuk meleburkan rekod milik Siti Fatima Mohamad 11.82 saat yang dicipta sewaktu SUKMA Terengganu 2008 edisi ke-12.
Bekas pelajar Sekolah Sukan Negeri Terengganu SMK Bukit Nenas yang juga atlet kebangsaan ini telah berjaya menafikan dua pelari dari Sabah di mana perbezaan 0.36 saat di hadapan untuk menewaskan Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (12.170 saat) yang merangkul pingat perak dan pingat gangsa milik Ikma Syaffiera Duris (12.280 saat). Manakala rakan sepasukan Siti Norzullaika binti Ramli menamatkan saingan di tempat ke-9 dengan catatan masa 12.670 saat.
Kejayaan merangkul pingat emas ini juga turut menceriakan kem kontijen Terengganu Hanelang apabila menjadi penyumbang tunggal pingat emas dalam acara olahraga ini untuk hari ke-11 penganjuran SUKMA Perak 2018 yang telah bermula sejak 8 September 2018.
Rekod pencapaian terdahulu yang diraih oleh pelari Azreen Nabila binti Alias tersimpan kemas dalam laman web badan induk dunia sukan olahraga(International Association of Athletics Federations). Kredit – www.iaaf.org
Kejayaan memecahkan rekod yang tersimpan rapi selama 10 tahun sememangnya sesuatu yang tidak diduga oleh beliau di mana hanya menyasarkan sekadar pingat emas untuk acara ini bagi memperbaiki pencapaian pingat perak dalam edisi SUKMA Sarawak 2016 lalu. Sebelum ini dalam kejohanan olahraga Kuala Lumpur ASEAN School Games 2018 yang telah berlansung pada Julai lalu, Azreen Nabila memperolehi pingat gangsa dengan catatan masa 12.29 saat di mana pingat emas dirangkul oleh pelari Indonesia Jeany Nuraini Amelia Agreta dengan catatan masa 12.05 saat.
Keputusan Olahraga Wanita 100m Akhir SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Stadium Perak Ipoh. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Untuk rekod, penyandang rekod baharu ini juga turut pernah terpilih untuk membarisi pasukan kebangsaan kuartet 4x100m di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang lalu.
Aksi pelari pecut Terengganu; Azreen Nabila(lima dari kiri) mendahului larian dengan catatan masa 11.81 saat mengungguli acara 100 meter wanita sekali gus berjaya memperbaharui rekod kejohanan yang berusia 10 tahun di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018
Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(berdiri-tiga dari kiri) menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018 yang telah berlansung di Wisma Darul Iman.
Singapore, Thailand, Somalia, Yemen, United Kingdom, India, China dan New Zealand di antara negara-negara yang telah mengesahkan untuk memberi cabaran dalam Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018(LAJSM2018). Penganjuran yang pertama kali diadakan pada tahun 2009 saban tahun kian berjaya untuk menarik atlet-atlet antarabangsa sekaligus memberi satu penanda aras kepada penganjuran sukan ini. Pada tahun ini pihak penganjur mensasarkan sebanyak 50,000 penyertaan yang akan berlumpa pada 8 September nanti.
Persatuan Olahraga Amator Terengganu (POAT) sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu untuk penganjuran ini setelah berbuat sedemikian pada edisi lalu. Bertemakan “Vacay-Run” yang secara tidak lansung mempromosikan industri perlancongan sukan di negeri ini menjadikan ianya satu pentas terbaik bagi tuan rumah.
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018(LAJSM2018).
Acara yang menawarkan ganjaran wang tunai sebagai hadiah kemenangan ini menawarkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer, 21 kilometer, 12 kilometer, 5 kilometer dan 3 kilometer atau lebih dikenali sebagai ‘Fun Run’. Perlepasan bagi semua kategori akan bermula pada jam 1201 tengah malam dan dijangka berakhir pada jam 1000 pagi di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Orang ramai khususnya pengguna jalanraya diingatkan supaya dapat memberi kerjasama kepada para atlet yang bertanding. Untuk makluman pengguna jalanraya, Jambatan Sultan Mahmud tidak ditutup di mana jalanraya pada tahun ini berkonsep ‘Contra Lane’. Sepanjang acara berlansung, pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Terengganu akan turut serta membantu demi keselamatan dan keselesaan pelbagai pihak.