SMK Jenagor Teruja Menjadi Pilihan Pencarian Atlet

SMK Jenagor julung kali menerima kunjungan dari pihak Persatuan Judo Terengganu(TEJA)
SMK Jenagor julung kali menerima kunjungan dari pihak Persatuan Judo Terengganu(TEJA). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Sebuah sekolah yang terletak di pedalaman daerah Hulu Terengganu amat teruja apabila menerima kunjungan oleh Persatuan Judo Terengganu(TEJA) dalam program pencarian bakat baru-baru ini. Sesuatu yang tidak pernah dijangkakan oleh pihak sekolah. Sekolah yang terletak di Jalan Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud berhampiran Tasik Kenyir ini amat jarang diperkatakan namun sebenarnya tersimpan ramai bakat-bakat baru dalam arena sukan yang mampu diketengahkan.

Untuk rekod, kunjungan pihak TEJA merupakan kunjungan kali kedua di kalangan pihak persatuan sukan negeri untuk mencari bakat baharu. Sebelum ini pasukan bola baling telah mengadakan program yang sama di mana pelajar sekolah ini berjaya terpilih sehingga ke peringkat mewakili negeri ini dan turut mewakili negara. Malah perkembangan terkini turut membanggakan apabila dua pelajar sekolah ini telah terpilih untuk mewakili pasukan bola tampar yang bakal beraksi di Sukan Malaysia(SUKMA) Perak nanti.





Hampir seramai 200 pelajar SMK Jenagor telah hadir untuk melihat demonstrasi sukan judo ini.
Hampir seramai 200 pelajar SMK Jenagor telah hadir untuk melihat demonstrasi sukan judo ini. Foto Kredit – PenyuSukan.com

Walaupun pencapaian akademik di sekolah ini tidak seperti mana sekolah di bandar namun kejayaan membudayakan aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah ini wajar dipuji. Budaya ini secara tidak lansung mampu untuk menggalakkan para pelajar di luar sana untuk hadir ke sekolah di samping menjauhkan mereka dari aktivit-aktiviti yang tidak sihat. Kehadiran pihak berkenaan untuk mencungkil bakat di sini dilihat mampu untuk memberi masa depan yang cerah buat mereka. Sekolah ini juga turut diperkasakan oleh beberapa guru yang penuh berpengalaman di peringkat tinggi dalam bidang sukan masing-masing seperti bola tampar, bola baling dan olahraga.

“Setinggi-tinggi terima kasih dari pihak sekolah diucapkan kepada pihak TEJA kerana memberi kepercayaan kepada pihak sekolah. Tiada apa yang termampu dari kami selaku guru di sini untuk membalas jasa pihak persatuan, cukup buat kami untuk melihat para pelajar di pendalaman ini gembira dengan ruang dan peluang yang diberikan.” ujar Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jenagor yang juga merupakan jurulatih & naib pengerusi Persatuan Bola Tampar Daerah Hulu Terengganu; Che Abdullah Bin Che Husain.

Che Abdullah Bin Che Husain merupakan guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jenagor turut kini menyandang jawatan naib pengerusi Persatuan Bola Tampar Daerah Hulu Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Che Abdullah Bin Che Husain merupakan guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jenagor turut kini menyandang jawatan naib pengerusi Persatuan Bola Tampar Daerah Hulu Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Anak jati Kuala Besut yang berusia 53 tahun ini juga turut memuji pihak TEJA mencungkil bakat di sekolah ini oleh kerana sukan judo sememangnya teramat asing bagi sekolah di pedalamanan ini. Program ini secara tidak lansung memberi pendedahan baru kepada para pelajar dan mungkin pihak sekolah sendiri mampu untuk mewujudkan satu pasukan judo untuk bersaing di peringkat lebih tinggi. Guru ini meletakkan harapan semoga kejayaan para atlet yang berasal dari sekolah ini mampu menjadi satu ikon contoh kepada para pelajar generasi seterusnya di sekolah ini.

[metaslider id=”314″]

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X