Pemenang Pingat Emas SUKMA Sarawak 2024 Raih Slot LTDL 2024

Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi(kanan) bersama pasukan berstatus benua Hengxiang Cycling yang berpangkalan di Shandong, China untuk penampilan pertama beliau di perlumbaan Le Tour De Langkawi(LTDL 2024). Kredit Foto – Fiz Said – instagram.com/fizsaid

Pemenang pingat emas Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) di Kuching pada Ogos lalu, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi kini mendapat kepercayaan pasukan antarabangsa berstatus benua Hengxiang Cycling yang berpangkalan di Shandong, China untuk memburu podium di pentas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang dijadualkan pada Ahad ini.

Perkembangan semasa buat anak jati Kemaman, Terengganu untuk pertama kali beraksi di pentas antarabangsa merupakan platform terbaik buat pelumba yang kini berusia 20 tahun untuk melebarkan kariernya sebagai pelumba profesional tempatan setaraf dengan lain-lain pelumba muda dari luar negara yang kian mendapat perhatian pasukan-pasukan ternama dunia.

Anak jati Kemaman, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi membuat penampilan pertama di perlumbaan Le Tour De Langkawi(LTDL 2024) bersama pasukan berstatus benua Hengxiang Cycling yang berpangkalan di Shandong, China. Kredit Foto – instagram.com/iqbaldnial.__

“Syukur Alhamdullilah karier saya sebagai pelumba tidak terhenti di SUKMA Sarawak 2024 di mana kini saya diberi peluang bersama pasukan antarabangsa berstatus benua dari China untuk kejuaraan LTDL 2024 ini di mana ianya merupakan penampilan pertama saya di pentas ini.

“Sudah tentu jika ditanya pada mana-mana pelumba sama ada pelumba tempatan mahupun di luar sana menyasarkan untuk layak menyertai perlumbaan Le Tour De France ataupun Olimpik menjadi matlamat utama sebagai pelumba basikal profesional. Namun terlebih dahulu saya perlu buktikan sesuatu di pentas kejuaraan yang berprestij dan bertaraf antarabangsa seperti LTDL ini dalam usaha merealisasikan impian saya untuk pergi lebih jauh.

“Cabaran kali ini sudah tentu amat berbeza dan amat besar untuk dibandingkan dengan pencapaian di SUKMA Sarawak 2024 lalu atau di mana-mana perlumbaan berstatus kebangsaan sebelum ini. Saya tidak boleh jadikan pencapaian selama ini sebagai zon selesa bagi mencuri tumpuan untuk meraih slot ke pentas antarabangsa mahupun bersama pasukan profesional ternama di dunia.

“Secara peribadi saya perlu berterima kasih kepada ketua jurulatih Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan bersama Anuar Manan yang membuka pintu kepada saya untuk bersama pasukan Hengxiang Cycling di mana usaha ini telah bermula sejak Februari tahun ini.

Pelumba kelahiran Kemaman, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi mencipta sensasi tersendiri di pentas Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) setelah meraih 2 pingat emas dan 1 pingat perak untuk kontijen Terengganu. Kredit Foto – Fiz Said – instagram.com/fizsaid

“Begitu juga kejayaan-kejayaan yang diraih sebelum ini sudah tentu saya perlu berterima kasih kepada jurulatih-jurulatih lain yang telah membentuk saya sejak kecil sebagai pelumba profesional sehingga ke hari ini.

“Juga segala peluang dan ruang yang telah diberikan oleh MSNT(Majlis Sukan Negeri Terengganu) sewaktu persediaan ke pentas SUKMA. Tanpa jurulatih-jurulatih dan MSNT sudah tentu saya tidak berada di mana saya berada sekarang ini. Pada kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan kepada kedua ibu bapa saya yang tidak putus menberi restu dan sokongan sejak saya kecil lagi untuk bergelar pelumba profesional. Satu perjalanan yang jauh untuk saya.” ujar pelumba Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi yang telah bermula seawal usia 13 tahun menyertai pasukan berbasikal Terengganu di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Anak jati Kemaman, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi memulakan karier sebagai pelumba basikal seawal di usia 13 tahun bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk persediaan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA). Kredit Foto – Fiz Said – instagram.com/fizsaid
Pelumba Terengganu Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi berusia 20 tahun(Lahir pada 9 May 2004) telah meraih 2 pingat emas dan 1 pingat perak di pentas Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). 2 pingat emas diraih dalam acara berbasikal lepas beramai-ramai berpasukan dan lepas beramai-ramai perseorangan manakalan 1 pingat perak bagi acara perlumbaan kriterium. Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my

Untuk rekod, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi bersama rakan sepasukan telah mencipta sensasi tersendiri pada temasya SUKMA Sarawak 2024 untuk meraih 4 pingat emas dan 1 pingat perak sekaligus membantu kontijen Terengganu Darul Iman untuk muncul juara keseluruhan bagi acara berbasikal ketika itu.

SUKMA SARAWAK 2024: TERENGGANU CIPTA SEJARAH RANGKUL PINGAT PERTAMA SEJAK PENYERTAAN TAMATKAN ACARA TERJUN DI TEMPAT KE-3 TERBAIK KESELURUHAN

Atlet terjun Terengganu Ikmal Abror Ibrahim(kiri) dan Muhammad Haris Mohd Rezal(dua dari kiri) meraih pingat perak bagi acara terjun 3 meter papal anjal seirama SUKMA Sarawak 2024 pada 21 Ogos 2024 bertempat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya sekaligus melakar sejarah untuk pertama kali menghadiahkan kutipan pingat buat kontijen Terengganu sejak pertama kali menyertai acara ini pada SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – Unit Komunikasi Awam Sarawak UKAS

Skuad akuatik kontijen Terengganu di temasya Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) mencipta sejarah tersendiri untuk pertama kali merangkul pingat dalam sejarah penyertaan oleh kontijen ini setelah menamatkan saingan selama 5 hari pemburuan pingat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya.

Menamatkan acara terjun di kedudukan tempat ke-3 keseluruhan dan tempat ke-9 untuk keseluruhan acara akuatik untuk beradadi dalam kelompok 10 terbaik di antara negeri-negeri yang mengambil bahagian bagi edisi penganjuran SUKMA ke-21 ini merupakan satu penanda aras baharu buat kontijen dari pantai timur ini.

Pingat perak itu diraih oleh penerjun Terengganu Ikmal Abror Ibrahim bersama rakan sepasukan Muhammad Haris Mohd Rezal dalam acara terjun 3 meter papan anjal seirama lelaki Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) pada 21 Ogos 2024 bertempat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya. Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my

5 pingat dari acara terjun sepenuhnya itu adalah di mana 2 pingat perak telah disumbangkan oleh penerjun Uzlifatil Jannah Ashraf bagi acara 1 meter papan anjal wanita dan Ikmal Abror Ibrahim bersama Muhammad Haris Mohd Rezal bagi acara 3 meter papan anjal seirama lelaki manakala 3 pingat gangsa diraih oleh Ilyssa Ixora Imran bersama Uzlifatil Jannah Ashraf dalam acara 10 meter platform seirama wanita, Muhammad Haziq Muizzudin Mohd Asri bersama Uzlifatil Jannah Ashraf bagi acara 3 meter papan anjal seirama campuran dan juga pingat gangsa oleh Muhammad Haris Mohd Rezal bagi acara terjun 1 meter papan anjal lelaki.

Skuad akuatik kontijen Terengganu menamatkan acara terjun Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) untuk berada di tempat ke-3 keseluruhan dengan 5 pingat keseluruhan meliputi 2 pingat perak dan 3 gangsa. Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my
Skuad akuatik kontijen Terengganu berjaya menempatkan di dalam kelompok 10 pasukan terbaik bagi semua disiplin acara akuatik Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) untuk berada di tangga ke-9 kedudukan daripada 15 pasukan bertanding. Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my

Terengganu turut mempertaruhkan dua perenang untuk berentap bagi acara renang di mana menyaksikan Abdul Karim Jaafar Azhar yang berusia 16 tahun(lahir pada 15 Oktober 2008) berjaya melepasi saringan kelayakan untuk layak ke pusingan akhir bagi acara renang 100M gaya kuak kupu-kupu dan renang 100m gaya kuak lentang.

Manakala perenang wanita mempertaruhkan perenang E Mun Hayley yang kini berusia 18 tahun (29 May 2006) turut melepasi saringan kelayakkan ke peringkat akhir bagi acara renang 800M gaya bebas dan 1500M gaya bebas.

Skuad akuatik kontijen Terengganu menghantar seramai 8 penyertaan atlet 6 darinya merupakan atlet bagi acara terjun dan 2 atlet untuk acara renang bagi perebutan pingat Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) untuk 5 hari pertandingan bermula pada 19 Ogos 2024 sehingga 23 Ogos 2024 bertempat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya. Kredit Foto – https://rs.sukmasarawak2024.my

Walaupun kedua-dua perenang bagi acara tersebut tidak meraih sebarang podium namun kredit seharusnya diberikan sebagai penghargaan di atas komitmen untuk menyertai program latihan bagi menghadapi temasya sukan terbesar dalam negara ini.

Untuk rekod, Terengganu tidak mempunyai fasiliti yang lengkap bagi program latihan sukan akuatik di mana memaksa sebahagian perenang-perenang memberi komitmen untuk berlatih dan bersekolah luar dari negeri negeri ini malah ada yang sanggup bersekolah sejauh di negeri Sabah.

Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya merupakan venue rasmi bagi Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) menyaksikan skuad terjun Terengganu pertama kali melakar sejarah untuh meraih pingat sejak pertama kali bertanding di pentas SUKMA pada 2018 di Perak. Kredit Foto – ASIANA/Kamarul Akhir

Sukan akuatik yang dipertandingkan di pentas SUKMA ini merupakan antara acara yang menawarkan jumlah punggutan pingat yang besar berbanding lain-lain acara sukan di mana sekurang-kurangnya 45 pingat untuk setiap warna menjadi taruhan. Pada SUKMA Sarawak 2024 ini mempertaruhkan 53 pingat untuk setiap warna sekaligus kita boleh melihat dominasi oleh negeri-negeri yang mendominasi tempat tiga teratas kedudukan kutipan pingat secara keseluruhan.

Oleh itu bermula seawal pada 2017, pemegang taruh utama kontijen Terengganu mula memberi fokus untuk mencungkil bakat-bakat baru anak jati negeri Terengganu untuk merebut sebarang pingat dari mana-mana venue akuatik di pentas SUKMA ini.

Ikmal Abror Ibrahim, Mohammad Haziq Muizuddin Mohd Asri dan Nur Aiman Daniel Azman adalah di antara 5 perintis pertama skuad terjun yang telah dicungkil sewaktu program pencarian bakat pada tahun 2017 di mana dua daripadanya telah menarik diri untuk meneruskan program latihan. Mohammad Haziq Muizuddin Mohd Asri pada ketika itu berusia 8 tahun merupakan di antara paling muda layak dalam skuad persiapan sukan terjun ini.

Pada tahun 2018 bermula satu perjalanan jauh buat perintis pertama skuad terjun untuk berlatih selama 5 bulan di China yang melibatkan perbelanjaan besar yang ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) selaku pemegang taruh utama.

Manakala Muhammad Arfa Zikry Muhammad dan Muhammad Aeriel Riezqi Abdullah seawal usia 11 tahun merupakan pelapis muda yang dicungkil pada tahun 2023 di mana ke semuanya atlet-atlet ini merupakan anak jati dari Pulau Perhentian sepenuhnya.

SUKMA SARAWAK 2024: TERENGGANU MAKES HISTORY WITH FIRST MEDAL, THIRD OVERALL IN DIVING

The Pandelela Rinong Aquatic Centre in Petra Jaya served as the official venue for the Sarawak 2024 Malaysia Games (SUKMA). It witnessed the Terengganu diving squad making history by securing medals for the first time since their debut at SUKMA in 2018 in Perak. Photo Credit – ASIANA/Kamarul Akhir

The Terengganu aquatics contingent at the Sarawak 2024 Malaysia Games (SUKMA) has etched its own place in history by securing medals for the first time in the team’s participation since SUKMA Perak 2018. After a grueling five-day medal hunt at the Pandelela Rinong Aquatic Center in Petra Jaya, Terengganu emerged with a remarkable achievement.

In the diving events, Terengganu secured third place overall and ninth place in the overall aquatics events, placing them among the top 10 states participating in the 21st edition of SUKMA. This milestone marks a new era for the East Coast contingent.

The Terengganu aquatic contingent squad concluded the diving events at the Malaysia Games (SUKMA Sarawak 2024) in an overall third place, securing a total of 5 medals—2 silver and 3 bronze. Credit – https://rs.sukmasarawak2024.my
Divers Ikmal Abror Ibrahim (left) and Muhammad Haris Mohd Rezal (second from left) of Terengganu clinched the silver medal in the synchronized 3-meter springboard diving event at the Sarawak 2024 Malaysia Games (SUKMA). The historic achievement took place on August 21, 2024, at the Pandelela Rinong Aquatic Centre in Petra Jaya. This marks the first time Terengganu has secured a medal since their debut at SUKMA Perak 2018. Photo credit: Sarawak Public Communication Unit (UKAS).

The diving events yielded a total of five medals. Uzlifatil Jannah Ashraf contributed two silver medals in the women’s 1-meter springboard event, while Ikmal Abror Ibrahim and Muhammad Haris Mohd Rezal secured silver in the synchronized men’s 3-meter springboard.

Additionally, Ilyssa Ixora Imran and Uzlifatil Jannah Ashraf clinched three bronze medals in the women’s synchronized 10-meter platform, and Muhammad Haziq Muizzudin Mohd Asri and Uzlifatil Jannah Ashraf earned bronze in the mixed synchronized 3-meter springboard. Muhammad Haris Mohd Rezal also secured bronze in the men’s 1-meter springboard.

The Terengganu aquatic contingent squad successfully secured the 9th position out of 15 competing teams in all aquatic disciplines at the Malaysia Games (SUKMA Sarawak 2024). Credit – https://rs.sukmasarawak2024.my

Terengganu also fielded two swimmers in the swimming events. Abdul Karim Jaafar Azhar, aged 16 (born on October 15, 2008), successfully qualified for the finals in the 100m butterfly and 100m backstroke. Meanwhile, female swimmer E Mun Hayley, now 18 (born on May 29, 2006), advanced to the finals in the 800m freestyle and 1500m freestyle.

Although neither swimmer reached the podium, their commitment to training and representing Terengganu in the country’s premier sporting event deserves recognition.

It’s worth noting that Terengganu lacks comprehensive aquatic training facilities, leading some swimmers to train and study outside the state, with some even attending schools as far away as Sabah.

Aquatics, a medal-rich discipline, offers substantial opportunities for podium finishes. SUKMA Sarawak 2024 features a total of 53 medals up for grabs in aquatic events, making it one of the most competitive sports categories. The dominance of certain states in the overall medal tally is evident, with at least 45 medals at stake for each color.

The Terengganu aquatic contingent squad is sending a total of 8 athlete entries, with 6 of them participating in diving events and 2 athletes competing in swimming events for the Malaysia Games (SUKMA Sarawak 2024) at the Pandelela Rinong Aquatic Center in Petra Jaya. Credit – https://rs.sukmasarawak2024.my

Since 2017, Terengganu’s primary focus has been unearthing local talent to compete in aquatic venues at SUKMA. Pioneers like Ikmal Abror Ibrahim, Mohammad Haziq Muizuddin Mohd Asri, and Nur Aiman Daniel Azman were among the first five divers identified during talent scouting in 2017. While two of them withdrew from the training program, Mohammad Haziq Muizuddin Mohd Asri, then just 8 years old, stood out as one of the youngest qualifiers in the preparatory diving squad.

In 2018, the first batch of divers embarked on an extensive five-month training journey in China, fully funded by the Terengganu State Sports Council (MSNT), the main sponsor.

Additionally, young talents like Muhammad Arfa Zikry Muhammad and Muhammad Aeriel Riezqi Abdullah, both aged 11, were identified in 2023, further strengthening Terengganu’s diving prospects.

SUKMA SARAWAK 2024: KEPUTUSAN RAGBI 7’S

Acara ragbi 7 sepasukan Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) berlangsung selama 4 hari pertandingan bermula pada 19 Ogos 2024 sehingga 22 Ogos 2024 bertempat di Stadium Miri, Sarawak.

Berikut keputusan bagi semua perlawanan melibatkan kontijen Terengganu.

PERINGKAT KUMPULAN
LELAKI

#1 – TERENGGANU vs Sarawak 07-05
#2 – Johor vs TERENGGANU 14-07
#3 – Pahang vs TERENGGANU 21-21

WANITA
#1 – TERENGGANU vs Sabah 14-07
#2 – Selangor vs TERENGGANU 32-07
#3 – TERENGGANU vs Wilayah Persekutuan 22-00
#4 – TERENGGANU vs Pahang 38-00

Pasukan ragbi lelaki Terengganu telah menamatkan aksi peringkat kumpulan di tangga kedudukkan kedua sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir perebutan pingat Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my
Pasukan ragbi wanita Terengganu telah menamatkan aksi peringkat kumpulan di tangga kedudukkan kedua sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir perebutan pingat Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my


PERINGKAT AKHIR

LELAKI
SUKU AKHIR – TERENGGANU vs KELANTAN 24-12
SEPARUH AKHIR – TERENGGANU vs Wilayah Persekutuan 07-05
PINGAT EMAS – TERENGGANU vs Johor 00-29

WANITA
SUKU AKHIR – TERENGGANU vs Johor 24-10
SEPARUH AKHIR – TERENGGANU vs SARAWAK 0-5
PINGAT GANGSA – TERENGGANU vs Sabah 17-05

Senarai nama pemain-pemain ragbi lelaki Terengganu dan Johor yang mara peringkat akhir perebutan pingat emas Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my
Senarai nama pemain-pemain ragbi wanita Terengganu dan Sabah yang mara peringkat akhir perebutan pingat gangsa Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my

SUKMA SARAWAK 2024: SKUAD RAGBI PERBAIKI REKOD RAIH PERAK & GANGSA

Setelah berentap selama 4 hari berturut-turut di Stadium Miri, walaupun perit untuk Terengganu menerima hakikat terlepas sasaran pingat emas namun ianya masih boleh untuk dibanggakan dengan pencapaian pingat perak oleh pasukan lelaki dan gangsa bagi pasukan wanita pada temasya Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) edisi kali ini.

Pencapaian ini meletakkan satu penanda aras besar buat skuad ragbi negeri Terengganu di mana telah memperbaiki rekod pencapaian berbanding edisi lalu di mana kedua-dua pasukan ini telah dinoktahkan awal untuk berakhir di tempat ke-8 SUKMA MSN 2022.

“Sewaktu SUKMA MSN 2022, perit buat kami untuk terpaksa akur dinoktahkan di tempat ke-8 dari 12 pasukan bertanding walaupun kami hadir selaku pasukan pilihan ketika itu.

“Pada SUKMA Sarawak ini, sememangnya kami meletakkan sasaran yang tinggi untuk layak ke penentuan akhir berada di dalam kumpulan maut dengan 3 kemenangan dan 1 kekalahan sebelum ke pusingan penentuan kalah mati. Namun tuah tidak menyebelahi kami setelah tewas tipis dengan hanya satu jatuhan try oleh pasukan tuan rumah pada penentuan separuh akhir. Seterusnya kami perlu bermatian untuk menewaskan Sabah berkeputusan 17 berbalas 5 bagi perebutan pingat gangsa.

“Walaubagaimanapun kami tetap berbangga dengan pingat gangsa ini di mana kami memperbaiki rekod pencapaian pada edisi lalu yang agak teruk buat pasukan wanita ini.” ujar ketua jurulatih ragbi wanita Terengganu Mohammad Nasharuddin Ismail yang mula membentuk pasukan ragbi wanita Terengganu sejak 2020.

Manakala pasukan ragbi lelaki Terengganu menepati sasaran untuk meraih pingat perak setelah hadir selaku finalis SUKMA Sarawak 2024 bertemu Johor yang meraih pingat emas berkeputusan 29-00.

SUKMA SARAWAK 2024: TERENGGANU TAMATKAN ACARA BERBASIKAL SELAKU JUARA KESELURUHAN

Datuk Razali Idris yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu Darul Iman(berdiri dua dari kanan) turut sama berkampung memberi sokongan bersama skuad berbasikal Terengganu Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) sepanjang hari perlumbaan di Bukit Siol DBKU, Petra Jaya, Sarawak. Kredit Foto – Facebook.com/satu.islam.37

Kem berbasikal Terengganu hari ini melabuhkan tirai pemburuan pingat Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) dengan penuh bergaya setelah merangkul 5 pingat emas, 3 pingat perak dan 4 pingat gangsa untuk menghimpunkan keseluruhan sebanyak 12 pingat di bumi Kenyalang ini.

Pencapaian ini sekaligus meletakkan Terengganu selaku juara keseluruhan acara berbasikal bagi edisi ke-21 yang telah berlangsung selama 8 hari melibatkan 3 disiplin acara perlumbaan dari dua venue pertandingan dalam bahagian Kuching.

Skuad berbasikal Terengganu ‘Hanelang Bangkit 2024’ muncul juara keseluruhan acara berbasikal Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) setelah meraih 5 pingat emas, 3 pingat perak dan 4 pingat gangsa yang menghimpunkan keseluruhan sebanyak 12 pingat untuk mendahului kutipan pingat keseluruhan kontijen bertanding sekaligus meletakkan skuad berbasikal kontijen Terengganu selaku juara keseluruhan SUKMA Sarawak 2024 edisi ke-21 yang telah berlangsung selama 8 hari perlumbaan bertempat di 3 venue perlumbaan iaitu Jalan Tun Adenan Satem, Kuching dan Politeknik Kuching bagi acara melibatkan jentera berbasikal lebuhraya manakala bagi basikal lasak BMX dan MTB bertempat di Bukit Siol, Jalan Samariang, Kuching. Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my

“Terbukti Terengganu masih kekal selaku kuasa besar sukan berbasikal di mana kita boleh lihat sepanjang 8 hari perlumbaan ini kita hampir mendominasi ke semua podium bagi acara yang dipertandingkan.

“Namun kejayaan ini bukan hadir dalam tempoh yang singkat di mana setiap pemegang taruh sama ada Majlis Sukan Negeri Terengganu, barisan kejurulatihan malah ibu bapa kepada atlet itu sendiri yang turut sama membentuk acuan buat mereka yang bertanding di sini.

“Seterusnya saya amat mengharapkan momentum kemenangan ini tidak berakhir di sini sahaja khususnya atlet-atlet yang membuat penampilan terakhir berikutan faktor usia yang menjadi syarat pertandingan di pentas SUKMA ini.

Datuk Razali Idris yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu Darul Iman(berdiri tiga dari kanan) turut dilantik sebagai bapa angkat skuad berbasikal Terengganu yang cemerlang meraih punggutan pingat terbanyak buat kontijen Terengganu pada temasya SUKMA Sarawak 2024. Kredit Foto – Facebook.com/satu.islam.37
Datuk Razali Idris yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu Darul Iman(berdiri tiga dari kanan) turut dilantik sebagai bapa angkat skuad berbasikal Terengganu Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) diberi penghormatan untuk turut sama membuat perlepasan pelumba-pelumba di Bukit Siol DBKU, Petra Jaya, Sarawak. Kredit Foto – Facebook.com/satu.islam.37

“Oleh itu saya mengharapkan semoga atlet-atlet ini mendapat tempat sebagai atlet kebangsaan atau paling kurang berada di dalam kem atlet pelapis kebangsaan.” ujar Datuk Razali Idris selaku pemegang taruh utama skuad berbasikal Terengganu di SUKMA Sarawak 2024 ini.

Untuk rekod, 5 pingat emas telah disumbangkan dari skuad berbasikal lebuhraya lelaki dan BMX lelaki dan 3 pingat perak diraih dari acara kriterium lelaki, down hill individu lelaki dan cross country olympic(XCO) lelaki manakala 4 pingat gangsa dari skuad berbasikal lebuhraya wanita, BMX lelaki dan juga cross country olympic(XCO).

Kedah hadir selaku pasukan berbasikal kedua terbanyak meraih pungutan pingat SUKMA Sarawak 2024 dengan 5 pingat emas, 3 perak dan 2 gangsa menhimpunkan keseluruhan sebanyak 10 pingat manakala Perak dengan 10 pungutan pingat untuk berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.

SUKMA SARAWAK 2024: TERENGGANU PERTAHAN EMAS BMX

Terkini kem berbasikal Terengganu berjaya mempertahakan pingat emas di pentas SUKMA setelag meraih 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa bagi acara BMX Lelaki yang telah berlangsung di litar BMX Bukit Siol DBKU, Petra pada 19 Ogos 2024.

Kem BMX Hanelang Bangkit menceriakan kontijen Terengganu hari ini setelah berjaya mempertahankan pingat emas yang pernah dimenangi pada edisi 2022 lalu setelah pelumba BMX Terengganu Amer Akhbar Anuar dinobatkan juara bagi kategori BMX lelaki dengan catatan masa 00:35.556 di litar BMX Bukit Siol DBKU, Petra Jaya hari ini.

Menambah menarik, pelumba muda Terengganu yang kian meningkat naik Wan Muhammad Izzat Wan Mohd Baihaki menepati sasaran kontijen Hanelang Bangkit untuk meraih pingat gangsa dengan catatan masa 00:36.477 di belakang pelumba Kedah Darwish Putra Mohd Sanusi yang meraih pingat perak dengan catatan masa 00:36.427.

“Alhamdullilah buat pasukan BMX Terengganu yang berjaya mempertahankan pingat emas dan menepati sasaran untuk pingat gangsa bagi kategori lelaki.

“Walaupun cuaca menyebelahi kita seperti mana yang diharapkan namun tiada rezeki buat kami untuk melihat pelumba senior wanita kami untuk menaiki podium berikutan terlibat di dalam kemalangan sewaktu perlumbaan peringkat akhir.” ujar ketua jurulatih BMX Terengganu Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti yang telah bersama Terengganu sejak 2009.

Pemenang pingat gangsa bagi acara BMX Lelaki Wan Muhammad Izzat Wan Mohd Baihaki, Presiden Persatuan Lumba Basikal Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli, pemenang pingat emas Amer Akhbar Anuar sebaik sahaja selesai majlis penyampaian pingat SUKMA Sarawak 2024 yang berlangsung di litar BMX Bukit Siol DBKU, Petra Jaya pada 19 Ogos 2024.

Manakala buat pemenang pingat emas BMX SUKMA Sarawak 2024 Amer Akhbar Anuar menzahirkan tanda bersyukur kerana dapat menghadiahkan pingat emas terakhir buat Terengganu sebelum menamatkan kariernya di pentas SUKMA.

“Ini adalah penampilan terakhir saya di pentas SUKMA dan secara tidak langsung saya memperbaiki rekod saya di mana pada SUKMA MSN 2022 lalu saya meraih pingat perak.

“Untuk di SUKMA Sarawak ini, tekanan mula dirasai sejak sesi kelayakan masa kelmarin di mana jurang masa yang kecil di antara saya dan pelumba Kedah yang meraih perak hari ini. Begitu juga pada saingan separuh akhir pada awal pagi tadi namun Alhamdullilah akhirnya saya dapat menghadiahkan emas buat Terengganu.

“Saya berbangga dengan rakan pasukan saya yang berjaya meraih pingat gangsa hari ini di mana sememangnya itu sasaran yang diletakkan kepada Izzat. Beliau adalah pelumba muda dalam pasukan kami dan saya amat mengharapkan dia dapat meneruskan legasi pasukan BMX Terengganu ini pada SUKMA seterusnya.” ujar Amer Akhbar Anuar yang telah membuat dua kali penampilan di pentas SUKMA.

Seterusnya kem berbasikal Hanelang Bangkit akan memberi fokus punggutan pingat bagi acara basikal lasak MTB yang dijadualkan pada Rabu ini(21 Ogos 2024) yang mempertaruhkan 3 acara bertempat di litar MTB Bukit Siol DBKU, Petra Jaya.

Untuk rekod sehingga kini kem berbasikal Terengganu telah meraih 5 pingat emas, 1 pingat perak dan 3 gangsa sekaligus membantua kontijen Hanelang Bangkit di landasan terbaik untuk kembali dinobatkan selaku juara keseluruhan pada temasya SUKMA Sarawak 2024 ini.

SUKMA SARAWAK 2024: SKUAD RAGBI TERENGGANU PERLU KERJA KERAS


Skuad ragbi lelaki dan wanita Hanelang Bangkit masing-masing beraksi cemerlang dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan untuk menyaksikan pasukan ragbi wanita Terengganu meraih kemenangan pertama dengan menewaskan Sabah berkeputusan 14 berbalas 7 manakala pasukan lelaki Hanelang Bangkit berjaya menafikan pasukan tuan rumah dengan keputusan tipis 7 berbalas 5 di Stadium Miri, Sarawak.

Namun situasi berbeza pada perlawanan kedua buat kedua-dua pasukan dari pantai timur ini setelah dinafikan oleh Selangor berkeputusan 32 berbalas 7 bagi acara berpasukan wanita manakala pasukan lelaki terpaksa akur kepada Johor yang berjurang 1 try dan 1 conversion untuk menoktahkan perlawanan berkesudahan 14 berbalas 7.

Pasukan ragbi wanita Terengganu telah diundi di dalam kumpulan F bersama-sama Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sabah untuk merebut kejuaraan Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) yang berlangsung bermula pada 19 Ogos sehingga 21 Ogos 2024 bertempat di Stadium Miri, Sarawak. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu

“Alhamdullilah tamat perlawanan hari pertama buat kami, tiada sebarang kecederaan serius di mana kami mampu untuk menurunkan ke semua pemain-pemain kami bagi perlawanan esok.

“Keputusan pada hari ini sudah tentu memaksa kami untuk bekerja keras bagi menamatkan perlawanan peringkat kumpulan untuk mencari slot ke penentuan akhir kejuaraan SUKMA Sarawak ini.

“Percaturan taktikal amat penting untuk menentukan tidak bertemu pasukan lawan yang lebih hebat daripada kami di peringkat suku akhir dan separuh akhir mampu memberi kelebihan buat kami untuk mara ke peringkat akhir.

“Namun sebelum itu kami perlu bekerja keras untuk meraih kemenangan di mana pasukan lelaki perlu menang ke atas Pahang dan pasukan wanita juga perlu meraih kemenangan baki perlawanan agar selesa untuk mara ke pusingan akhir nanti.” ujar pengurus pasukan Enche Mohd Amirul Mukminin Sulaiman.

Pada aksi kedua peringkat kumpulan yang dijadualkan berlangsung esok, pasukan ragbi perempuan Terengganu dijadual untuk bertemu Wilayah Persekutuan pada jam 1109 pagi manakala bagi pasukan lelaki Terengganu pada jam 1218 tengah hari bertempat di Stadium Miri, Sarawak.

Pasukan ragbi lelaki Terengganu telah diundi di dalam kumpulan C bersama-sama Pahang, Johor dan pasukan tuan rumah SUKMA Sarawak 2024. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu

KEPUTUSAN HARI PERTAMA RAGBI SUKMA SARAWAK 2024
*Melibatkan pasukan Terengganu sahaja

WANITA
TERENGGANU vs SABAH 14-07
SELANGOR vs TERENGGANU 32-07

LELAKI
TERENGGANU vs SARAWAK 07-05
JOHOR vs TERENGGANU 14-07

SUKMA 2024: PELUMBA BMX HANELANG BANGKIT TEMPAH SLOT AKHIR

Ketua jurulatih BMX Terengganu Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti(kiri bertopi hitam) bersama ahli pasukan sewaktu sesi kelayakan masa bagi acara berbasikal BMX SUKMA Sarawak 2024 di di Bukit Siol DBKU, Petra Jaya pada 18 Ogos 2024. Kredit Foto – Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu

Setelah kem berbasikal lebuhraya Hanelang Bangkit melabuhkan tirai dengan penuh bergaya dengan 4 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 gangsa sekaligus mendominasi keseluruhan pingat bagi acara tersebut, kini tumpuan beralih pada acara basikal lasak(BMX) menyaksikan pelumba-pelumba lelaki dan wanita Terengganu melepasi sesi kelayakan masa sekaligus meraih slot akhir pemburuan pingat bermula hari ini.

Pelumba BMX Terengganu Amer Akhbar Anuar yang juga merupakan juara bertahan edisi lalu menepati ramalan untuk meraih ditempat pertama sesi kelayakan masa dengan catatan masa terpantas 00:37.925 untuk jarak kayuhan sejauh 390 meter.

Turut mara ke penentuan separuh akhir nanti adalah rakan sepasukan Wan Muhammad Izzat Wan Mohd Baihaki di tempat ketiga manakala Siti Nurliana Muhamad Nazri menjadi pelumba tunggal wanita Terengganu untuk meneruskan misi ‘Hanelang Bangkit 2024’ di bumi Kenyalang ini.

Untuk rekod, pada temasya Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) edisi ke-21 ini adalah merupakan penampilan terakhir bagi pelumba Amer Akhbar Anuar dan Siti Nurliana Muhamad Nazri.

Barisan pelumba-pelumba BMX Terengganu bersama ketua jurulatih BMX Terengganu Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti(Dari kiri barisan hadapan berbaju hitam) setelah sesi kelayakan masa bagi acara berbasikal BMX SUKMA Sarawak 2024 di di Bukit Siol DBKU, Petra Jaya pada 18 Ogos 2024. Kredit Foto – Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu

“Alhamdullilah seorang pelumba wanita Terengganu iaitu Siti Nurliana Muhamad Nazri layak untuk ke peringkat akhir manakala dua pelumba lelaki iaitu Amer Akhbar Anuar akan mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada 2022 lalu dan pelumba muda Wan Muhammad Izzat Wan Mohd Baihaki akan bersama-sama berlumba bagi penentuan separuh akhir esok.

“Melihat pada keputusan ujian masa, kita boleh lihat saingan sengit dari pelumba-pelumba negeri lain untuk memburu podium dengan jurang masa begitu sedikit namun saya yakin dengan pelumba-pelumba Terengganu ini untuk kembali menaiki podium.

“Cuma saya mengharapkan agar cuaca yang lebih baik, sekiranya hujan lebat sudah tentu menjadi cabaran berganda buat pelumba-pelumba Terengganu malah pelumba-pelumba lain juga.” ujar Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti yang telah membimbing skuadi BMX Terengganu sejak 2009.

Sebanyak 2 pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita ditawarkan bagi acara ini yang dijadualkan untuk berlangsung selama sehari bertempat di Bukit Siol DBKU, Petra Jaya.

SUKMA SARAWAK 2024: SKUAD MENEMBAK ‘HANELANG BANGKIT’ HADIAHKAN BONUS BUAT KONTIJEN TERENGGANU

Hadir selaku pasukan bukan pilihan dengan mempertaruhkan sebahagian besar muka-muka baru untuk pertama kali beraksi di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) kali ini ternyata mencipta kejutan tersendiri buat skuad menembak ‘Hanelang Bangkit’ yang meraih 3 pingat perak pada hari pertama pertandingan di Lapang Sasar Menembak Petra Jaya, Kuching.

Menambah kejutan, tiada sebarang sasaran pingat diletakkan bagi acara 50M Rifle 3 Posisi Berpasukan Wanita namun trio penembak wanita Terengganu yang dibarisi Nur Hanisah Adibah Zakaria, Nuradanee Qaisara dan Wan Nur Alyasha Humaira Muhammad Zahurin tekad untuk menghadiahkan pingat perak buat kontijen Terengganu yang kini dalam misi untuk kembali dinobatkan selaku juara keseluruhan. Keputusan ini sekaligus menafikan Selangor di tempat ketiga yang hadir selaku pasukan pilihan manakala Negeri Sembilan meraih pingat emas bagi acara berpasukan wanita ini.

“Saya amat terkejut dengan ketiga-tiga penembak wanita Terengganu yang menghadiahkan pingat perak pada hari pertama pertandingan. Sesungguhnya satu keputusan di luar jangka di mana sebenarnya tiada sebarang sasaran pingat diletakkan kepada mereka bagi acara 50 meter rifle 3 posisi berpasukan ini.

“Untuk SUKMA kali ini, kami tidak meletakkan sasaran awal yang tinggi memandangkan rata-rata penembak wanita Terengganu ini adalah muka-muka baru di pentas SUKMA kecuali Nur Hanisah Adibah Zakaria yang membuat penampilan terakhir bersama Terengganu.

“Walaubagaimanapun kami masih berbaki 4 hari pertandingan lagi oleh itu saya berharap dengan keputusan hari ini mereka dapat terus mengekalkan momentum menaiki podium sehingga hari terakhir pertandingan nanti.” ujar Najihah Alias yang menggalas tanggungjawab selaku jurulatih wanita penembak Terengganu sejak 2011.

Begitu juga buat pasukan lelaki yang dibarisi oleh penembak Azrin Sallehin, Banin Al Ghazali Ahmad Badrul dan Muhammad Shah Badli Mohd Shahrizal diletakkan sasaran awal bagi pingat gangsa namun beraksi cemerlang setelah meraih pingat perak bagi acara 25M Standard Pistol Berpasukan Lelaki yang berlangsung pada sebelah petang. Trio penembak lelaki ‘Hanelang Bangkit’ ini juga turut berjaya menafikan Selangor di tempat ketiga manakala pingat emas milik trio penembak dari Pahang.

Banin Al Ghazali Ahmad Badrul juga turut cemerlang menambah punggutan pingat dengan meraih pingat perak bagi acara individu lelaki 25M Standard Pistol sekaligus memecah dominasi podium yang menyaksikan pingat emas dan gangsa dirangkul oleh penembak Pahang.

Manakala buat ketua jurulatih skuad menembak Terengganu, Ahadi Othman menjelaskan bahawa pada edisi kali ini sememangnya tidak meletakkan sasaran pungutan pingat yang tinggi memandangkan pasukannya masih dalam fasa awal program pelapis atlet menembak.

“Sebenarnya kami menyasarkan momentum punggutan pingat pada edisi penganjuran SUKMA akan datang, namun dengan perkembangan semasa ini ianya memberi satu penanda aras terbaik bagi program pembangunan sukan menembak di Terengganu yang masih di peringkat fasa awal.

“Dapat menafikan beberapa negeri kuasa besar sukan menembak yang mempunyai program pembangunan dan pendedahan kejohanan yang lebih baik dari kami ianya satu bonus buat kami malah buat kontijen Terengganu juga.” berkata ketua jurulatih Ahadi Othman.

SUKMA SARAWAK 2024: PENEMBAK TERENGGANU BANIN AL GHAZALI AHMAD BADRUL RAIH PINGAT PERAK ACARA PISTOL

Lihat sepenuhnya di Youtube – https://youtu.be/ziu5WkbolzA

Penembak Terengganu Banin Al Ghazali Ahmad Badrul cemerlang menambah punggutan pingat dengan meraih pingat perak bagi acara individu lelaki 25M Standard Pistol sekaligus memecah dominasi podium yang menyaksikan pingat emas dan gangsa dirangkul oleh penembak Pahang.

#SUKMASarawak2024 #HanelangBangkit2024 #ShootingTerengganu #MenembakTerengganu #MajlisSukanNegeriTerengganu #MSNTerengganu

SUKMA SARAWAK 2024: ‘SELAMAT SULTAN’ BERKUMANDANG DI BUMI KENYALANG

Lihat sepenuhnya di Youtube – https://youtu.be/8YQPoUHYJ_0

Lagu negeri Terengganu ‘Selamat Sultan’ berkumandang di bumi Kenyalang sewaktu majlis perasmian perkampungan sukan SUKMA Sarawak 2024 yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2024 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS), Kota Samarahan.

Untuk rekod, UNIMAS yang turut dilengkapi dengan fasiliti klinik, kafe,dobi, wifi dan lain-lain kemudahan merupakan perkampungan sukan terbesar di antara 33 penempatan kontijen bertanding yang disediakan oleh tuan rumah mampu untuk menempatkan 4,800 atlet dan pegawai pasukan. Seramai 300 petugas telah ditempatkan di perkampungan sukan UNIMAS sebagai usaha untuk membantu kelancaran penganjuran temasya sukan terbesar dalam negara ini yang secara rasmi membuka tirai pada 17 Ogos sehingga 24 Ogos 2024 ini melibatkan 9 daerah di dalam negeri Sarawak sebagai venue pertandingan.

Manakala buat kontijen Terengganu telah tiba lebih awal untuk berkampung di Sarawak hadir dengan misi penting ‘Hanelang Bangkit 2024’ untuk kembali memburu juara keseluruhan dengan mempertaruhkan 568 atlet untuk berentap di dalam 36 jenis sukan yang melibatkan 340 acara yang dipertandingkan.

SUKMA 2024: JURANG 1 GOL BUAT JUARA BERTAHAN

Skuad bola sepak lelaki kontijen Terengganu hadir selaku juara bertahan di pentas temasya SUKMA Sarawak 2024. Kredit Foto – Facebook B20 Piala Presiden Terengganu

Skuad bola sepak kontijen Terengganu hadir dengan reputasi besar selaku juara bertahan bermula dengan langkah kiri setelah tewas 0-1 dinafikan Johor dalam aksi perlawanan pertama peringkat kumpulan Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) yang telah berlangsung di Stadium Zaidi Adruce, Sibu.

Setelah terikat seri tanpa jaringan buat kedua-dua pasukan pada babak separuh masa pertama, akhirnya gol pertama milik pasukan Johor yang disempurnakan melalui tandukan oleh kapten pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri pada minit ke-60 permainan.

Skuad bola sepak lelaki kontijen Terengganu hadir selaku juara bertahan untuk kembali merebut pingat emas temasya Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). Kredit Foto – Facebook – FA of Sarawak

Jaringan itu juga kekal sehingga tamat permainan untuk menoktahkan Terengganu terlepas 3 mata perlawanan pertama bagi saingan peringkat kumpulan ini.

Seterusnya Terengganu dibawah kendalian ketua jurulatih Subri Sulong dijadualkan untuk bertemu Sabah pada 16 Ogos ini sekaligus menjadi misi wajib menang sekiranya ingin kekal terus mara ke pusingan peringkat akhir kejuaraan. Pada temasya sukan terbesar tanah air edisi ke-21 kali ini, Terengganu telah diundi di dalam kumpulan bersama Johor dan Sabah.

Untuk rekod pada penganjuran SUKMA MSN 2022 lalu, Johor tersingkir di peringkat suku akhir setelah dinafikan Wilayah Persekutuan pada penentuan penalti 5-4 setelah terikat 1-1 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Manakala ketika itu Terengganu telah mencipta kejutan sekaligus menamatkan penantian selama 12 tahun untuk skuad bola sepak merangkul pingat emas ‘ibu segala pingat’ setelah menewaskan Pulau Pinang berkesudahan 2-0 pada perlawanan akhir SUKMA edisi ke-20 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur ketika itu.

JUMLAH INSENTIF SUKMA KEPADA ATLET KONTIJEN TERENGGANU

Berikut adalah jumlah insentif kemenangan Sukan Malaysia(SUKMA) bagi pemenang-pemenang pingat oleh atlet kontijen Terengganu sejak edisi SUKMA Terengganu 2008 sehingga SUKMA MSN 2022.

TAHUNINSENTIF PINGAT
2008PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00

TAMBAHAN:
a) Sebuah motosikal kepada atlet kanu daripada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
b) RM 100,000.00 kepada Persatuan Kanu Terengganu bagi punggutan 14 pingat emas.
c) Menyertai Sukan Arafura di Australia kepada semua pemenang pingat emas.
2010PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00

TAMBAHAN:
a) Seutas jam dihadiahkan kepada atlet kanu Terengganu daripada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
b) Pemenang-pemenang pingat emas ditaja menyaksikan Sukan Asia di China.
2012PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00

TAMBAHAN:
a) Pemenang pingat emas, perak dan gangsa ditaja untuk menunaikan umrah.
2013PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00
2014PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00
2016PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00

TAMBAHAN:
a) Sebuah van untuk pasukan berbasikal Terengganu.
2018PINGAT EMAS: RM 3000.00
PINGAT PERAK: RM 2000.00
PINGAT GANGSA: RM 1000.00

TAMBAHAN:
a) 2 atlet cemerlang ditaja untuk menunaikan umrah.
2022PINGAT EMAS: RM 3,500.00
PINGAT PERAK: RM 2,500.00
PINGAT GANGSA: RM 1,500.00
Perbandingan jumlah insentif Sukan Malaysia(SUKMA) yang diberikan kepada pemenang-pemenang pingat kontijen Terengganu bagi edisi penganjuran SUKMA 2008 sehingga SUKMA 2022. Kredit – Unit Korporat & Komunikasi Majlis Sukan Negeri Terengganu

INSENTIF SUKMA SARAWAK 2024: “GANJARAN LEBIH BAIK” – MB TERENGGANU

Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 membawa misi ‘Hanelang Bangkit 2024′ untuk kembali memburu selaku juara keseluruhan dengan sasaran 76 pingat emas, 36 pingat perak dan 106 pingat gangsa menghimpunkan 218 pingat keseluruhan. DARI KIRI – Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nara Setia Dato’ Zulkifli Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merangkap Bapa Angkap Sukan Pencak Silat Kontijen Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah, Ketua Kontijen Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pembangunan) yang juga merupakan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu(UPEN) Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya.Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

“Kalau bersungguh bertanding dan kita menjadi juara, insyAllah ganjarannya lebih baik dari tahun yang sebelum ini.” , demikian janji yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sewaktu hadir menyampaikan amatnya kepada kontijen Terengganu sewaktu ke Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang berlangsung penuh gemilang di Wisma Darul Iman pada hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan bagi edisi temasya Sukan Malaysia (SUKMA Sarawak 2024) kali ini mengambil pendekatan berbeza berbanding edisi-edisi terdahulu untuk tidak menyatakan jumlah nilai insentif yang ditawarkan namun tetap berjanji insentif itu tetap akan diberikan dan lebih baik berbanding edisi SUKMA terdahulu kepada setiap atlet yang layak.

Pasukan ragbi lelaki kontijen Terengganu SUKMA Sarawak 2024 mengambil peluang untuk bergambar bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sewaktu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 31 Julai 2024. Kredit Foto – Media MB Terengganu

Untuk rekod sejak 2008 sehingga edisi lalu bagi penganjuran temasya SUKMA MSN 2022, insentif terbesar pernah diberikan kepada pemenang pingat adalah sewaktu SUKMA Terengganu 2008 sehingga SUKMA Sarawak 2016 di mana ketika itu sebanyak RM 5000.00 kepada pemenang pingat emas, RM3000.00 bagi pemenang pingat perak dan RM2000.00 bagi pemenang pingat gangsa.

Bermula pada SUKMA Perak 2018 hanya sebanyak RM 3000.00 diberikan kepada pemenang pingat emas, RM 2000.00 bagi pemenang pingat perak dan RM 1000.00 bagi pemenang pingat gangsa.

Sebagai usaha untuk menyemarakkan lagi semangat juang buat setiap atlet yang bertanding di Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) nanti, Menteri Besar Terengganu ini juga memaklumkan untuk turut hadir melihat sendiri atlet mahupun pasukan negeri ini berentap di venue-venue pertandingan.

Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 31 Julai 2024. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 31 Julai 2024. Kredit Foto – Media MB Terengganu

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga turut berkongsi pandangan di hadapan semua atlet yang hadir ke majlis itu bahawa saingan hebat untuk kembali muncul selaku juara keseluruhan bakal dicabar hebat oleh kontijen tuan rumah itu sendiri dan juga kontijen Johor yang dilihat membuat persiapan lebih hebat berbanding edisi-edisi terdahulu.

Begitu juga kontijen seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan dilihat mampu menjadi batu penghalang buat Terengganu yang hadir dengan misi ‘Hanelang Bangkit 2024’ untuk memperbaiki pencapaian lalu setelah gagal untuk mempertahankan selaku penyandang juara keseluruhan yang dirampas oleh Johor.

Barisan atlet-atlet wanita kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 sewaktu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 31 Julai 2024. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu<

Pada SUKMA MSN 2022, kontijen Terengganu menutup tirai temasya sukan terbesar dalam negara dengan punggutan pingat 64 emas, 49 perak dan 56 gansa di belakang Johor dengan punggutan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.

Temasya SUKMA Sarawak 2024 edisi ke-21 ini akan membuka tirai kejuaraan bermula pada 17 Ogos nanti sehingga 24 Ogos 2024 di mana venue-venue kejohanan melibatkan keseluruhan 9 daerah dalam negeri itu yang kali terakhir menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2016.

Untuk rekod penganjuran, bagi edisi kali ini Sarawak mempertaruhkan jumlah pertandingan tertinggi dalam sejarah sejak tahun 1986 di mana menyaksikan 488 acara dari 37 jenis sukan yang dipertandingkan sekaligus mengatasi rekod penganjuran edisi lalu SUKMA MSN 2022 yang mempertaruhkan 426 acara.

TERIMA KASIH PASUKAN HOKI TERENGGANU SKUAD SUKMA SARAWAK 2024


Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/uFWk–x4SQc

Kelmarin berpeluang menerima jemputan dari barisan jurulatih skuad SUKMA Sarawak 2024 untuk hadir ke Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk bagi menyaksikan perlawanan persahabatan di antara pasukan yang kini dalam misi ke Sukan Malaysia (SUKMA Sarawak 2024) nanti.

Penghormatan yang besar apabila disapa baik oleh pemain-pemain hoki wanita Terengganu yang rata-rata mereka ini adalah di peringkat umur ‘adik-adik’ setulus hati menzahirkan tanda terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh Penyu Sukan selama ini.

Ianya satu penghargaan yang amat besar buat kami untuk rasa dihargai di bumi Terengganu ini. Jarang-jarang berlaku.

Atas dasar tanggungjawab sosial kepada adik-adik atlet sukan Terengganu, selagi berkemampuan buat Penyu Sukan untuk hadir berhujan berpanas memberi sokongan sudah pasti kami akan hadir walaupun ianya berstatus perlawanan persahabatan mahupun sekadar rutin latihan biasa.

Turut kelihatan adalah kehadiran atlet-atlet sukan ragbi Terengganu yang turut hadir di atas dasar silaturahim memberi sokongan akrab kepada pasukan hoki wanita ini bagi aksi persahabatan menentang pasukan hoki skuad SUKMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ianya satu perkembangan positif walaupun berlainan disiplin sukan namun hubungan silaturahim atas dasar semangat kesukanan dilihat mampu memberi impak yang besar untuk memburu podium mahupun membina sahsiah jati diri buat setiap atlet untuk hidup bermasyarakat.

Begitu juga dengan kehadiran peminat-peminat hoki tempatan dan juga mungkin sanak saudara ahli keluarga yang turut sama memberi sokongan secara tidak langsung ianya merupakan sokongan moral yang besar yang diperlukan oleh setiap barisan atlet ini.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada barisan kejurulatihan hoki Terengganu skuad SUKMA Sarawak 2024 di atas jemputan kelmarin dan juga hubungan silaturahim yang telah terbina selama ini.

Bersama kita doakan semoga pasukan hoki Terengganu mencipta kejutan di Sarawak nanti sekaligus mengangkat martabat sukan hoki di bumi Terengganu

SUKMA 2024: Latihan Intensif Buka Tirai Musim Baru Kem Berbasikal Lebuh Raya Terengganu

Skuad berbasikal lebuh raya Terengganu membuka kalendar program latihan bagi tahun 2024 dengan menjalani penilaian kecergasan oleh pegawai Bahagian Teknologi Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu di Makmal Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 9 Januari 2024.

Skuad berbasikal lebuh raya Terengganu yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) pada Ogos nanti membuka kalendar latihan musim baru bagi tahun ini dengan perancangan program latihan yang lebih intensif dan berimpak tinggi berbanding musim lalu.

Beberapa pendekatan baharu dalam program latihan telah ditambah baik termasuk memanfaatkan sepenuhnya elemen sains sukan sama ada dari segi penggunaan teknologi mahupun aspek pemakanan berbanding kaedah konvesional yang menekankan aspek kudrat mahupun kekuatan sepenuhnya seseorang atlet itu sendiri.

Pembantu jurulatih berbasikal lebuh raya Terengganu Rashidee Adam Zafary(dua dari kiri) memantau prestasi semasa pelumba Muhammad Afiq Iskandar Hasyim(kiri) dan Mohamad ‘Afi Danial Ramli(kanan) sewaktu menjalani latihan di di Makmal Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 9 Januari 2024.
Dari kiri – Ketua jurulatih berbasikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan, jurulatih berbasikal Terengganu Anuar Manan, pelumba Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Fisiologi Senam) Bahagian Teknologi Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu Amirul Haqim Mohamad Zali dan pelumba Mohd Aiman Haikal Khairul sewaktu menjalani latihan di di Makmal Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 9 Januari 2024.
Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Fisiologi Senam) Bahagian Teknologi Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu Amirul Haqim Mohamad Zali(kiri) sewaktu penilaian pelumba Mohamad ‘Afi Danial Ramli ketika menjalani latihan di di Makmal Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 9 Januari 2024.

Walaupun tempoh masa masih panjang untuk berbaki kurang dari 8 bulan sebelum SUKMA Sarawak 2024 membuka tirai, kem berbasikal lebuh raya Terengganu ini turut dahagakan pendedahan melalui penyertaan-penyertaan perlumbaan berprestij sama ada di dalam mahupun luar negara untuk menimba pengalaman dan memperbaiki kelemahan pasukan.

Menurut jurulatih berbasikal lebuh raya Terengganu yang juga bekas pelumba profilik negara, Anuar Manan memberi gambaran bahawa pasukannya akan menjalani program latihan beraltitud tinggi di luar negara sebelum tirai perlumbaan SUKMA 2024 bermula nanti.

Jurulatih berbasikal Terengganu Anuar Manan(kiri) sewaktu memantau prestasi pelumba Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi sewaktu menjalani penilaian kecergasan oleh pegawai Bahagian Teknologi Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu di Makmal Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 9 Januari 2024.

“Kualiti penganjuran perlumbaan di pentas SUKMA masa ini khususnya saingan pasukan lawan daripada beberapa negeri  dilihat kian meningkat berbanding dahulu di mana saya juga turut pernah berlumba ketika itu. Kita boleh lihat rata-rata kelajuan masing-masing sewaktu berlumba pun kayuhan mereka semakin laju sehingga boleh mencecah kelajuan pelumba-pelumba yang lebih profesional.

“Oleh itu kami bersama barisan kejurulatihan membuat perancangan yang lebih intensif berbanding musim lalu iaitu pada tahun lepas. Sudah tentu kami akan memanfaatkan segala elemen-elemen yang menjadi tambah nilai seperti sains sukan bagi sepanjang program latihan berlangsung sebelum SUKMA Sarawak 2024 nanti.

“Sebelum SUKMA Sarawak 2024 ini juga kami merancang untuk menyertai lebih banyak perlumbaan-perlumbaan yang berprestij sama ada di dalam negara mahupun luar negara agar pelumba-pelumba kami mendapat pendedahan yang lebih kompetitif dan berprestasi tinggi. Namun semua ini tetap bergantung pada status kewangan bagi perbelanjaan pasukan daripada pemegang taruh di mana pada tahun 2024 ini kami menjangkakan tahun yang sukar buat semua pasukan yang kini dalam persediaan ke Sarawak nanti.” ujar Anuar Manan yang kini memasuki tahun ketiga dilantik sebagai jurulatih oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Pada temasya SUKMA 2024 di Sarawak ini juga menjadi pentas penampilan terakhir buat kuartet pelumba muda Terengganu kini bertekad untuk kembali membuat kejutan sekaligus memperbaiki rekod pencapaian di pentas penganjuran sukan terbesar dalam negara ini.

Dari kiri – Mohamad Aiman Haiqal Mohammad Khairul, Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi, Mohamad ‘Afi Danial Ramli dan Muhammad Afiq Iskandar Hasyim merupakan di antara barisan pelumba basikal Terengganu yang akan membuat penampilan terakhir di pentas Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) di Sarawak Ogos nanti.

“Penganjuran SUKMA di Sarawak pada tahun ini adalah penampilan terakhir dalam acara berbasikal lebuh raya buat kami berempat jadi sudah pasti kami ingin memperbaiki rekod pencapaian pada SUKMA dua tahun lepas.

“Sasaran peribadi kami sudah tentu pingat emas di Sarawak nanti yang sekian lama kami telah idamkan. Namun banyak perkara yang perlu kami lakukan dan korbankan untuk kejayaan itu. Sudah tentu saingan dari pelumba-pelumba negeri lain kita boleh lihat mereka juga bekerja keras untuk merebut pingat.

“Kami amat mengharapkan sebelum SUKMA nanti kami dapat menyertai mana-mana perlumbaan yang berprestasi tinggi khususnya bersaing dengan pelumba-pelumba dari luar negara. Tidak bermaksud kualiti perlumbaan di dalam negara ini tidak mencabar cuma kami memerlukan cabaran dan saingan taktikal yang lebih tinggi.

“Berdasarkan pengalaman berlumba di luar negara sebelum ini, bentuk muka bumi dan ketinggian altitud di luar negara yang berbeza berbanding di sini memberi prestasi yang ketara buat kami apabila pulang untuk berlatih mahupun berlumba di dalam negara.” berkata Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi yang akan membuat penampilan terakhir di SUKMA Sarawak 2024 nanti.

Ketua jurulatih berbasikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan(kiri) bersama Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Fisiologi Senam) Bahagian Teknologi Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu Amirul Haqim Mohamad Zali(kanan) sewaktu penilaian pelumba menjalani latihan di di Makmal Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 9 Januari 2024.

Untuk rekod, pada penganjuran SUKMA 2022 di ibu negara, kem berbasikal lebuh raya Terengganu berjaya memungut  6 pingat emas, 6 pingat perak dan 3 pingat gangsa sekaligus menghimpunkan keseluruhan pingat sebanyak 64 pingat emas, 49 pingat perak dan 55 pingat gangsa buat kontijen dari pantai timur ini untuk berada di belakang kontijen Johor selaku juara keseluruhan SUKMA 2022 ketika itu.

SUKMA 2024: Skuad Pelayaran Sarawak Tekad Hadiahkan Emas Pertama Buat Tuan Rumah

Ketua jurulatih skuad pelayaran Sarawak Bintara Muda PPP(B) Jamil Ali(empat dari kiri) bersama atlet pelayaran Sarawak Syahzhroul Aiman Rozaiman(tiga dari kiri bertopi biru) sewaktu hadir ke Pusat Latihan Pelayaran Negeri Terengganu, Pulau Duyong di Kuala Nerus bagi program latihan bersama skuad pelayaran negeri Terengganu.

Skuad pelayaran tuan rumah Sukan Malaysia(SUKMA 2024) yang dijadualkan membuka tirai penganjuran di Sarawak pada Ogos nanti kini dalam momentum persiapan yang terbaik untuk menghadiahkan pingat emas pertama di Bumi Kenyalang.

Hasil program pembangunan sukan pelayaran secara komprehensif sejak tujuh tahun lalu di bawah kendalian ketua jurulatih Jamil Ali mula meletakkan Sarawak kini di antara lima teratas kuasa sukan pelayaran tanah air sama ada di pentas SUKMA mahupun lain-lain kejuaraan peringkat kebangsaan.

Mengulas lanjut, Bintara Muda (Bersara) Jamil Ali yang juga merupakan bekas atlet kebangsaan pada tahun 1980an optimis dengan sasaran awal yang diletakkan sekiranya atlet-atlet negeri ini terus menimba pendedahan perlumbaan berprestasi tinggi sepanjang tahun ini sehingga gelanggang SUKMA 2024 dibuka nanti.

Ketua jurulatih skuad pelayaran Sarawak Bintara Muda PPP(B) Jamil Ali(kanan) sewaktu hadir ke Pusat Latihan Pelayaran Negeri Terengganu, Pulau Duyong di Kuala Nerus bagi program latihan bersama skuad pelayaran negeri Terengganu.

Beliau yang telah menamatkan perkhidmatan bersama Tentera Laut diRaja Malaysia(TLDM) juga merupakan bekas atlet kebangsaan yang pernah beraksi sebanyak 3 kali di pentas temasya Sukan SEA pada tahun 1983 di Singapura, 1985 di Bangkok dan pada tahun 1989 telah menghadiahkan pingat emas buat negara yang menjadi tuan rumah ketika itu tidak menolak skuad pelayaran Sarawak bakal membuat kejutan dalam beberapa kategori acara bot yang sering didominasi oleh Terengganu sebagai pesaing utama nanti.

“Misi skuad pelayaran Sarawak bagi SUKMA pada tahun ini sangat-sangat penting buat kami untuk meraih pingat emas yang pertama di negeri sendiri sejak sejarah penganjuran SUKMA sekaligus untuk memperbaiki rekod kami setelah menjadi tuan rumah pada 2016 lalu. Setelah tujuh tahun saya sebagai jurulatih mencurahkan segala-gala yang ada dari saya kepada anak didik saya di dalam skuad pelayaran ini, saya amat berharap agar mereka dapat buktikan sesuatu.

“Kita boleh lihat skuad pelayaran Sarawak kini berada di dalam landasan terbaik bagi persiapan ke SUKMA 2024 begitu juga momentum yang kian meningkat naik sejak dari beberapa penganjuran SUKMA terdahulu di mana pada hari ini boleh kita katakan Sarawak merupakan antara lima kuasa besar sukan pelayaran tanah air.

“Namun kita tidak boleh sentiasa selesa dan leka dengan perkembangsan semasa selagi pingat emas tidak dicapai di Sarawak nanti. Tidak dinafikan lain-lain negeri juga kian meningkat naik malas ada di antara negeri itu sebelum ini bukanlah di antara pencabar sukan pelayaran namun kita boleh lihat kemampuan mereka amat berbeza dalam misi mereka ke Sarawak nanti.” ujar ketua jurulatih pelayaran negeri Sarawak yang ditemui sewaktu menjalani program latihan bersama skuad pelayaran Terengganu di Pusat Latihan Pelayaran Negeri Terengganu, Pulau Duyong.

Pusat Pelayaran Negeri Terengganu beroperasi di Duyong Marina Resort yang terletak di dalam muara sungai Terengganu yang dilindungi dengan benteng pemecah ombak menjadi faktor terbaik sebagai medan program pembangunan sukan pelayaran di negeri ini.
Cabaran perlumbaan sukan pelayaran sewaktu situasi cuaca tidak menentu monsoon timur laut atau musim tengkujuh di perairan negeri Terengganu ketika ini memberi tambah nilai terbaik buat penganjur Terengganu Monsoon Challenge 2023(TMC 2023)
Pusat Pelayaran Negeri Terengganu terletak di Duyong Marina Resort merupakan pusat operasi bagi skuad pelayaran Terengganu khususnya bagi persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA). Terletak di dalam muara sungai Terengganu yang dilindungi dengan benteng pemecah ombak menjadi faktor terbaik sebagai medan program pembangunan sukan pelayaran di negeri ini.

Manakala buat atlet kelahiran Miri, Sarawak Syahzhroul Aiman Rozaiman bertekad untuk menghadiahkan pingat emas buat negeri kelahiranya pada penampilan terakhirnya di pentas temasya SUKMA ini.

Dari kiri – Muhammad Yusuf Abdullah, Syahzhroul Aiman Rozaiman dan Muhammad Amirul Aqmal Aslan merupakan di antara atlet pelayaran Sarawak sewaktu hadir ke Pusat Pelayaran Negeri Terengganu yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Nerus untuk program latihan bersama pasukan pelayaran Terengganu bagi persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2024) di Sarawak pada Ogos nanti.

“Secara peribadi ianya penampilan terakhir saya di pentas SUKMA dan saya agak beremosi untuk menghadiahkan pingat emas di negeri kelahiran saya sendiri. Saya yakin dapat mengulangi kejayaan saya sewaktu penampilan terdahulu di SUKMA Perak 2018 untuk meraih dua pingat emas.

“Untuk itu sepanjang tahun ini sebelum SUKMA 2024 bermula saya perlu mengandakan segala usaha saya dan menimba pengalaman sebanyak mungkin sama ada membuat program latihan bersama lain-lain negeri atau menyertai sebarang perlumbaan yang berprestasi tinggi.

“Pendedahan untuk menyertai mana-mana perlumbaan yang berprestij amat penting untuk saya menguji kemampuan sendiri begitu juga mengutip pengalaman untuk berlayar di mana-mana perairan yang berbeza secara tidak langsung mampu untuk saya memperbaiki kelemahan saya sendiri.” ujar atlet pelayaran Syahzhroul Aiman Rozaiman yang kini berusia 21 tahun turut bercita-cita untuk menjadi jurulatih pelayaran negeri Sarawak.

Pasukan pelayaran negeri Sarawak ini ditemui Penyu Sukan sewaktu hadir berkampung di perairan Pulau Duyung, Kuala Nerus untuk program latihan berprestasi tinggi  sewaktu musim tengkujuh bersama pasukan pelayaran negeri Terengganu.

SUKMA 2024: Skuad Pelayaran Sarawak ‘Bertapa’ Di Pulau Duyong

Pusat Pelayaran Negeri Terengganu yang terletak di dalam muara sungai Terengganu yang dilindungi dengan benteng pemecah ombak menjadi faktor terbaik sebagai medan program pembangunan sukan pelayaran di negeri ini.

Situasi cuaca ekstrem dan arus ganas di perairan negeri Terengganu sewaktu musim tengkujuh monsun timur laut sering kali menjadi pilihan buat beberapa pasukan pelayaran dalam dan luar negara untuk hadir menjalankan program latihan berprestasi tinggi sebelum beraksi di pentas kejuaraan sebenar.

Terkini, pasukan pelayaran tuan rumah temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2024) yang akan membuka tirai di Sarawak pada Ogos nanti mengambil kesempatan ini untuk berkampung selama empat hari di perairan Pulau Duyung, Kuala Nerus bagi menjalani latihan intensif bersama pasukan pelayaran Terengganu yang juga merupakan seteru utama mereka di pentas SUKMA nanti.

Pusat Pelayaran Negeri Terengganu terletak di Duyong Marina Resort yang mula beroperasi sejak 2011 merupakan fasiliti program pembangunan dan latihan sukan pelayaran khususnya bagi persiapan pasukan Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA). Terdahulu, Pusat Pelayaran Negeri Terengganu bertapak di pantai Penarik, Setiu sewaktu persediaan Terengganu menjadi tuan rumah SUKMA 2008.
Pusat Pelayaran Negeri Terengganu beroperasi di Duyong Marina Resort yang terletak di dalam muara sungai Terengganu yang dilindungi dengan benteng pemecah ombak menjadi faktor terbaik sebagai medan program pembangunan sukan pelayaran di negeri ini.
Cabaran perlumbaan sukan pelayaran sewaktu situasi cuaca tidak menentu monsoon timur laut atau musim tengkujuh di perairan negeri Terengganu ketika ini memberi tambah nilai terbaik buat penganjur Terengganu Monsoon Challenge 2023(TMC 2023)
Pusat Pelayaran Negeri Terengganu terletak di Duyong Marina Resort merupakan pusat operasi bagi skuad pelayaran Terengganu khususnya bagi persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA). Terletak di dalam muara sungai Terengganu yang dilindungi dengan benteng pemecah ombak menjadi faktor terbaik sebagai medan program pembangunan sukan pelayaran di negeri ini.

Pasukan pelayaran Sarawak yang kini di bawah kendalian ketua jurulatih Bintara Muda PPP(B) Jamil Ali sejak 2017 berkata walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh namun peluang setahun sekali ketika musim tengkujuh di negeri Terengganu ini seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin memandangkan tempoh persediaan pasukan yang kian pendek.

Beliau yang telah menamatkan perkhidmatan bersama Tentera Laut diRaja Malaysia(TLDM) dan juga merupakan bekas atlet kebangsaan yang pernah beraksi sebanyak 3 kali di pentas temasya Sukan SEA pada tahun 1983 di Singapura, 1985 di Bangkok dan pada tahun 1989 telah menghadiahkan pingat emas buat negara yang menjadi tuan rumah ketika itu menegaskan perlunya atlet-atlet pelayaran negeri Sarawak menimba sebanyak pendedahan untuk berlayar dalam pelbagai cuaca, rintangan angin dan arus yang tidak menentu agar dapat memperbaiki kelemahan masing-masing.

Menambah cabaran besar buat keseluruhan pasukan ini, sudah tentu selaku tuan rumah penganjuran SUKMA 2024 edisi ke-21 memaksa mereka untuk berhempas-pulas memastikan pingat emas pertama sepanjang sejarah penganjuran temasya sukan terbesar dalam negara ini akan diraih dengan penuh gemilang di Bumi Kenyalang nanti.

Ketua jurulatih skuad pelayaran Sarawak Bintara Muda PPP(B) Jamil Ali merupakan bekas atlet kebangsaan yang pernah menghadiahkan pingat emas buat negara yang menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 1989.

“Keadaan cuaca ketika musim tengkujuh ini dengan kekuatan angin kuat yang tidak menentu ini yang kami mahupun sebab di lain-lain tempat mahupun negeri kita tidak akan dapat meraih pengalaman sedemikian. Beraksi dalam situasi tidak menentu ini sebenarnya memberi satu pengalaman berbeza berbanding rutin latihan mereka selama ini di mana situasi ini menguji kemahiran berfikir dan taktikal pelayaran yang lebih tinggi sekaligus mematangkan mereka dalam perlumbaan sebenar nanti.

“Sememangnya ianya memberi risiko keselamatan kepada mana-mana atlet-atlet pelayaran namun sukan perahu layar ini yang sentiasa menitikberatkan disiplin keselamatan dengan memakai jaket keselamatan dan lain-lain disiplin kecemasan yang menjadi sebahagian dari rutin latihan mereka selama ini.

Ketua jurulatih skuad pelayaran Sarawak Bintara Muda PPP(B) Jamil Ali(empat dari kiri) bersama atlet pelayaran Sarawak Syahzhroul Aiman Rozaiman(tiga dari kiri bertopi biru) sewaktu hadir ke Pusat Latihan Pelayaran Negeri Terengganu, Pulau Duyong di Kuala Nerus bagi program latihan bersama skuad pelayaran negeri Terengganu.

“Selain itu keadaan muara Pulau Duyong di fasiliti-fasiliti sokongan di Pusat Latihan Pelayaran Negeri Terengganu ini memberi tambah nilai untuk memberikan keselamatan sewaktu program latihan di tahap yang terbaik.” ujar ketua jurulatih pelayaran negeri Sarawak ini.

Manakala rata-rata atlet pelayaran negeri Sarawak yang ditemui mengakui program latihan sewaktu musim tengkujuh ini amat ekstem dan memberi satu peringkat cabaran yang amat tinggi buat setiap pelayar.

Dari kiri – Muhammad Yusuf Abdullah, Syahzhroul Aiman Rozaiman dan Muhammad Amirul Aqmal Aslan merupakan di antara atlet pelayaran Sarawak sewaktu hadir ke Pusat Pelayaran Negeri Terengganu yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Nerus untuk program latihan bersama pasukan pelayaran Terengganu bagi persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2024) di Sarawak pada Ogos nanti.

“Satu pengalaman yang berbeza dengan penuh cabaran yang tidak diduga buat saya selaku atlet senior sukan pelayaran Sarawak seolah-olah berada di sini untuk persiapan ke perlumbaan antarabangsa yang lebih tinggi dari penganjuran SUKMA itu sendiri.

“Sejujurnya ingin saya menzahirkan tanda terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak, Persatuan Pelayaran Negeri Sarawak dan barisan jurulatih-jurulatih kami yang memberi pendedahan untuk sejauh ini kami hadir bagi program latihan berprestasi tinggi ini.

“Pada SUKMA Sarawak 2024 nanti, sudah tentu saya bersama rakan-rakan sepasukan lain bertekad untuk bermatian-matian menghadiahkan pingat emas di negeri kelahiran sendiri malah ianya adalah penampilan terakhir saya di pentas SUKMA ini.” ujar Syahzhroul Aiman Rozaiman yang pernah menghadiahkan emas sewaktu SUKMA 2018 di Perak.

SUKMA Sarawak 2024: Kem Silat Terengganu Siap Awal

Gelanggang silat di Majlis Sukan Negeri Terengganu, Kompleks Sukan Negeri Terengganu menjadi gelanggan latihan rasmi buat pesilat-pesilat yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2024) di Sarawak yang dijadualkan pada Ogos tahun hadapan.

Penyandang juara keseluruhan silat di pentas temasya edisi lalu Sukan Malaysia(SUKMA 2023 Kuala Lumpur) setelah skuad silat Terengganu meraih 5 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa untuk membuat kejutan buat kem Terengganu Hanelang yang meletakkan sasaran awal hanya sebanyak 3 pingat emas pada temasya sukan terbesar dalam negara.

Perkembangan ini ternyata meletakkan kembali Terengganu ke penanda aras sebenar selaku kuasa besar di arena persilatan tanah air setelah suram pada edisi-edisi penganjuran temasya SUKMA terdahulu.

Namun skuad silat Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Shahrul Fahmi Abu Bakar enggan mendabik dada malah memberi dorongan pesilat-pesilatnya agar bekerja keras untuk mempertahankan kejuaraan sekaligus menghantar isyarat awal kepada negeri-negeri pesaing lain seperti Pahang dan Pulau Pinang yang sering mendominasi podium  di pentas SUKMA mahupun kejohanan-kejohanan silat peringkat kebangsaan.

Skuad silat Terengganu yang dibawah kendalian ketua jurulatih Shahrul Fahmi Abu Bakar(tengah) telah dinobatkan selaku juara keseluruhan bagi acara silat pada penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022 Kuala Lumpur) lalu.

“Pada tahun ini kita membuat persiapan lebih awal di mana pemilihan atlet untuk kem persiapan ke SUKMA 2024 telah dilakukan sejak Disember lepas. Kini kita telah memasuki fasa dua program latihan berintensiti tinggi di mana kita akan melalukan beberapa penilaian akhir untuk pemilihan atlet yang berkualiti untuk digilap sepenuhnya pada fasa akhir program latihan yang dijadualkan pada tahun hadapan.

“Kita juga turut melatih pesilat-pesilat ini untuk beraksi lebih dari satu kategori yang dipertandingkan sebagai usaha untuk memberi peluang yang lebih besar untuk kami menaiki podium nanti. Begitu juga pada tahun depan, insyAllah jika tiada sebarang halangan kami akan menghantar pesilat-pesilat kami untuk menjalani latihan sama ada di Indonesia atau Thailand di samping menyertai beberapa pertandingan di sana nanti.

“Tidak dinafikan Pahang dan Pulau Pinang merupakan di antara kuasa-kuasa besar bagi acara silat yang sering mendominasi podium di pentas SUKMA, begitu juga dengan pasukan tuan rumah yang turut telah membuat persiapan awal untuk memburu juara keseluruhan nanti dan beberapa lain-lain negeri yang kita boleh lihat mula memberi saingan di beberapa kejohanan dalam negara ketika ini.”, ujar Shahrul Fahmi Abu Bakar.

Shahrul Fahmi Abu Bakar yang juga turut dibantu oleh beberapa bekas-bekas pesilat kebangsaan yang juga anak jati Terengganu seperti Ahmad Khusairy Azhar, Wan Izzaidi Wan Ismail dan Mohd Hafiz Mahari kini kembali untuk menabur bakti di bumi kelahiran sendiri untuk kembali mengangkat martabat Terengganu selaku kuasa besar sukan silat ini.

Selain memfokuskan program-program latihan berintensiti tinggi, skuad silat Terengganu ini juga menyasarkan podium sebanyak mungkin pada tahun ini untuk menyertai setiap kejohanan-kejohanan berstatus kebangsaan mahupun sebarang penyertaan di peringkat lebih tinggi lagi sebagai pendedahan yang berkualiti buat setiap pesilat.

Hala tuju terkini ini secara tidak langsung memberi harapan cerah untuk kembali meletakkan kem silat Terengganu setanding bersama Pahang dan Pulau Pinang yang sering mendominasi podium di pentas SUKMA. Pesilat-pesilat Terengganu juga dijangka bakal menerima tentangan sengit dari tuan rumah Sarawak yang turut telah membuat persiapan awal untuk memburu juara keseluruhan nanti.

Pencarian Pelapis Baru Pasukan Ragbi Terengganu

Lembaran tahun baharu 2023 ini menjadi titik permulaan buat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) untuk mula mengatur langkah bagi persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2024) nanti untuk pencarian pelapis-pelapis baharu untuk meneruskan legasi kegemilangan sukan ragbi negeri Terengganu.

Program bagi membentuk skuad ragbi lelaki dan wanita ini memfokuskan kepada sesiapa sahaja yang berusia di bawah 21 tahun selaras dengan syarat pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur SUKMA bagi setiap atlet yang bertanding.

Selain memberi fokus pada temasya SUKMA, pasukan ragbi negeri Terengganu juga turut aktif untuk menyertai beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan mahupun lain-lain kejohanan yang dianjurkan.

Untuk rekod, pasukan ragbi wanita skuad SUKMA 2022 telah muncul juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan(7s) Kebangsaan yang telah berlangsung di Ipoh pada tahun lalu.

Bagi mereka yang berminat untuk terpilih menyertai kem latihan ini sila rujuk maklumat berikut:

PENCARIAN BAKAT BAHARU(TID)
SKUAD RAGBI LELAKI DAN WANITA BAWAH 21 TAHUN
(*Dibuka kepada peserta yang lahir pada tahun 2004-2008)

13 JAN 2023(JUMAAT)
SESI 1 – Wanita (0800 pagi sehingga 1200 tengah hari)
SESI 2 – Lelaki (0230 petang sehingga 0600 petang)

VENUE: Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Tengganu.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan – https://www.facebook.com/terengganurugby

Koleksi Baharu Kit Latihan Pasukan Pelapis Berbasikal Terengganu 2023

Entiti barisan-barisan penaja menghiasi kit latihan pasukan pelapis berbasikal Terengganu SUKMA 2024. Kredit Foto – https://www.facebook.com/syed.husin.1

Pasukan pelapis berbasikal Terengganu membuka lembaran tahun 2023 dengan kit latihan baharu dengan rekaan yang lebih bertenaga berkonsepkan jati diri ‘Terengganu Hanelang’ yang menjadi azimat sejak sekian lama.

Koleksi terbaharu ini juga turut mempamerkan entiti-entiti penaja yang masih utuh memberi kepercayaan kepada pasukan untuk bersama-sama membantu di dalam program pembangunan sukan berbasikal sekaligus mengangkat martabat sukan berbasikal negeri Terengganu yang dipacu oleh ketua jurulatih berpengalaman besar dan juga bekas jurulatih kebangsaan Syed Mohd Husaini Syed Mazlan.

Pegawai Daerah Kuala Nerus Azizi Zulkifli(kiri) yang juga merupakan di antara penggiat sukan berbasikal untuk turut sama memberi sokongan dengan menyampaikan sumbangan tajaan kepada pasukan pelapis berbasikal Terengganu yang diterima oleh ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan. Kredit Foto – https://www.facebook.com/syed.husin.1

“Setinggi-tinggi terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada barisan-barisan penaja musim ini yang memberi kepercayaan kepada pasukan pembangunan sukan berbasikal negeri Terengganu.

“Ianya satu penghormatan besar buat ke semua 30 pelumba kami yang terdiri dari bakat-bakat muda yang kini dalam persediaan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA 2024) nanti. Sudah tentu kecemerlangan program pembangunan yang telah berjalan sejak sekian lama untuk melahirkan pelumba-pelumba berkualiti yang ada sekarang ini adalah penanda aras terbaik buat pasukan ini.

“Kami hanya pasukan kerdil yang ingin melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi, rata-rata pelumba kami adalah mereka yang masih bersekolah dan masih belum bekerjaya sebagai pelumba profesional untuk menjana pendapatan tetap.

“Oleh itu sememangnya kami amat mengharapkan sumbangan dari rakan-rakan penaja demi pelumba-pelumba muda ini. Teramat terima kasih saya ucapkan.” ujar Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang telah membimbing pasukan pelapis berbasikal Terengganu selama 21 tahun sejak 2001.

AHAZ Builders Sdn. Bhd. selaku penaja utama musim ini kekal utuh untuk bersama pasukan selama 6 sejak 2018 merupakan penaja utama diikuti oleh Puncak Aqeem Restu dan Iron Metal Cyling Team(IMCT) yang masih komited untuk penajaan sejak 2020 sehingga kini.

Begitu juga Awe Awey Hardware, IKON Cafe, Shushi Steak House 808, GRB Cycling Club, Mee Celup Cycling Team(MCTT) dan Pro Apparel merupakan barisan entitit-entiti yang turut sama selaku penaja untuk merealisasikan momentum pasukan pelapis berbasikal Terengganu ini. Menambah menarik, penajaan ini juga turut mendapat perhatian Pegawai Daerah Kuala Nerus Azizi Zulkifli yang juga merupakan di antara penggiat sukan berbasikal untuk turut sama memberi sokongan.

Untuk rekod pada pentas temasya SUKMA 2022 edisi ke-20 yang lalu, pasukan berbasikal ‘Terengganu Hanelang’ terus cemerlang untuk meraih podium dengan 9 pingat emas, 12 pingat perak dan 6 pingat gangsa menjadikan keseluruhan adalah 27 jumlah pingat yang dikumpul. Menambah sensasi kejuaraan di pentas SUKMA 2022, kem berbasikal Terengganu turut dikejutkan oleh pelumba wanita Nor Aisyah Munirah Chek Ramli untuk melakar rekod kebangsaan baharu bagi acara 3KM Individu Pursuit Wanita dengan catatan masa 3 minit 47.551 saat (s).

Kini seramai 30 pelumba muda berada dalam pasukan pelapis ini yang memberi fokus sepenuhnya bagi persediaan ke pentas SUKMA 2024 nanti. Aiman Danial, Zulhilmi Zikri, Adam Razman dan Engku Mohd Najib merupakan pelumba-pelumba senior yang masih setia untuk melakar kejayaan bersama pasukan.

Produk kecemerlangan pasukan pelapis berbasikal Terengganu ini juga turut mendapat perhatian beberapa pasukan profesional di luar sana antaranya Shamir Aiman Halim dan Khie Zie Yie kini diterima untuk bersama skuad elit Terengganu Cycling Team(TSG).

Manakala 6 pelumba lagi adalah Mihd Faisal Izuddin A. Joyo, Iqbal Denial Shamsuri, Sanim Fitri Halim, Saniy Shuid, Mohd Haizam Zakaria dan Wan Ahmad Hamizan Ifwat kini berjaya untuk meneruskan kerjaya sebagai pelumba basikal di Akademi TSG sekaligus menjadi tiket sebagai pelumba profesional di pentas antarabangsa nanti.

X