Habib Haroon Belum Putus Untuk Bersama TFC

Kapten pasukan Terengganu FC Habib Haroon sewaktu memanas badan sebelum aksi perlawanan ke-3 peringkat kumpulan Piala AFC 2023 bermula untuk bertemu pasukan dari Indonesia; Bali United FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Terengganu pada 13 Disember 2023. Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Masa depan kapten Terengganu FC (TFC), Habib Haroon, masih samar sama ada kekal bersama naib juara Piala Malaysia itu atau sebaliknya untuk saingan musim depan.

Pemain tengah berusia 23 tahun itu sedang menimbang beberapa perkara sebelum menerima tawaran lanjutan kontrak daripada TFC yang masih menagih khidmatnya.

Dalam masa sama Habib mengakui turut dirisik kelab tempatan selain pasukan luar negara termasuk dari negaranya dalam Liga Bahrain, Oman dan Arab Saudi.

“Pihak pengurusan ada menawarkan lanjutan kontrak yang akan tamat hujung bulan ini tetapi saya masih memikirkannya dan belum membuat sebarang keputusan.

“Kelab dari Indonesia juga ada menyatakan minat jadi saya sedang meneliti dari semua sudut untuk menentukan pasukan yang akan diwakili pada musim depan.

“Secara peribadi hati saya berat untuk meninggalkan TFC dan 70 peratus saya fikir mahu kekal kerana Terengganu adalah rumah kedua dan selesa di sini.

“Tetapi dalam bola sepak kadang-kadang perubahan boleh berlaku,” katanya kepada pemberita.

Sejak menyertai TFC pada 2021, Habib menjadi nadi skuad Peteh di posisi tengah muncul naib juara Liga Super dan Piala FA pada 2022 sebelum beraksi di pentas akhir Piala Malaysia, minggu lalu.

Masa depannya menjadi perbualan setelah dilaporkan tidak berpuas hati dikeluarkan ketika TFC memburu gol penyamaan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), 8 Disember lalu.

Habib kemudian hilang lilitan kapten pada pertemuan Piala AFC menentang Bali United, Rabu lalu, dengan tanggungjawab itu sebaliknya diberikan kepada pemain sayap, Sony Norde.

Tomislav Steinbruckner memulakan karier pertama bersama Terengganu FC(TFC) sejak diswastakan sebagai entiti sebagai sendirian berhad selaku Pengarah Teknikal pada Mac 2022 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan bagi mengantikan Nafuzi Zain untuk saingan kempen musim 2023. – Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

“Memang saya menukar kapten ekoran insiden itu, dia (Habib) tidak sepatutnya bertindak demikian namun kami berbincang mengenainya dan semuanya baik,” kata pengendali, Tomislav Steinbruckner.

Nasib Ketua Jurulatih Tomislav Steinbruckner Menjadi Perhatian Peminat

Ketua jurulatih Terengganu FC(TFC) bagi musim 2023 ini, Tomislav Steinbruckner yang kini berusia 56 tahun berasal dari Croatia. Pada musim lalu sewaktu TFC di bawah kendalian ketua jurulatih Nafuzi Zain, Tomislav Steinbruckner telah dilantik selaku pengarah teknikal TFC malah pada tahun 2015 beliau juga merupakan ketua jurulatih T-Team. Tomislav Steinbruckner ditawarkan kontrak selaku ketua jurulatih pasukan selama satu musim yang akan berakhir pada 31 Disember 2023. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Masa depan pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner, sama ada kekal melatih kelab itu atau sebaliknya akan menjadi perhatian menuju penutup tirai tahun ini.

Prestasi hambar kedudukan keenam Liga Super yang berbaki satu perlawanan selain sekadar mara ke separuh akhir Piala FA menyaksikan jurulatih berusia 57 tahun itu gagal menepati sasaran dilletakkan.

Kekalahan di final Piala Malaysia, Jumaat lalu, pula melengkapkan kekecewaan TFC tatkala peluang melepasi peringkat kumpula Piala AFC tampak semakin pudar kecuali keajaiban berlaku.

Bagaimanapun beberapa kelab penyokong menyifatkan Steinbruckner wajar diberi peluang untuk kekal membimbing TFC pada 2024 bagi meneruskan kesinambungan dari musim ini.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak TFC, Mohd. Isa Che Ariffin, berkata, sentuhan pengendali berasal Croatia itu tetap ditagih dengan syarat membawa masuk tonggak tempatan dan import lebih berkualiti.

Ujarnya, Steinbruckner berjaya membawa TFC ke pentas akhir Piala Malaysia dalam musim pertamanya bersama kelab itu dan separuh akhir Piala FA dengan pilihan pemain yang terhad.

“Dengan membawa masuk pemain lebih berkualiti dan bukan sekadar pelengkap, kami yakin Steinbruckner boleh membentuk sebuah pasukan mantap berbanding yang sedia ada.

“Gugurkan pemain import yang sekadar menjadi ‘penumpang’ dalam pasukan dan cari pengganti yang mampu menyumbang keepada pasukan termasuk tonggak tempatan.

“Daripada awang import yang ada, hanya Ivan Mamut, Habib Haroon dan Nurillo Tukhtasinov wajar dikekalkan selain pemain tempatan diketuai Shahrul Nizam Roshasni,,” katanya sewaktu ditemui.

Nada sama turut disuarakan Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak dan Futsal Terengganu, Mohd. Juslihadi Mohamad, yang menyifatkan Steinbruckner berada dalam kelas tersendiri musim ini.

Katanya, Steinbruckner memiliki falsafah bola sepak tersendiri selain berani meletakkan kepercayaan kepada ramai pemain muda TFC dalam kesebelasan utamanya.

“Dengan bajet yang mungkin berkurang pada 2024, TFC perlu mendapatkan tonggak import yang benar-benar berkualiti kerana kami tidak mahu mereka sekadar tangkap muat seperti tahun ini.

“Kurangkan pengambilan awang import yang tidak berfungsi sebaliknya fokus menambah kekuatan seimbang di bangku simpanan agar pasukan ada barisan 23 pemain yang handal,” katanya.

Piala Malaysia 2023: Penyokong Mahukan Perlawanan Berkualiti

Barisan penyokong Terengganu FC(TFC) dari Kampung Wakaf Dua, Bukit Payung kini dalam persediaan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 9 Disember 2023 ini. Kredit Foto – Agensi

Jangan rosakkan kualiti perlawanan denga mutu pengadilan yang buruk, cukup padang saja yang buruk, itu harapan penyokong Terengganu FC (TFC) menjelang final Piala Malaysia, malam ini.

Salah seorang penyokong, Muda Mat Ali, 62, berkata, penyokong kedua-dua pasukan mahu menyaksikan perlawanan menarik sambil diadili pegawai perlawanan yang berkelayakan.

Menurut Muda, penyokong TFC membawa harapan besar dari jauh untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jelasnya, pengadil tidak seharusnya mencuri perhatian dengan membunuh kerancakan permainan apatah lagi tiada teknologi video bantuan pengadil (VAR) seperti dirancang Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

 Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

“Penyokong boleh terima apa jua keputusan sama ada kalah atau menang kerana itu adat pertandingan namun kami datang dari jauh mahu menyaksikan 90 minit yang berkualiti.

“Tanpa bantuan teknologi VAR, tugas lebih berat menanti pegawai terutama perlawanan akhir dan sebagai penyokong, saya harap pengadil tidak berat sebelah kepada mana-mana pasukan” katanya.

Dia ditemui bersama hampir 150 penyokong TFC dari Kampung Wakaf Dua dekat Bukit Payung, Marang, semalam, sebelum bertolak ke ibu negara bagi memberi sokongan kepada skuad Sang Penyu.

Muda menjelaskan, pihaknya akan hadir dengan bertemakan kain batik sebagai kelainan dan memeriahkan suasana perlawanan akhir bersama beberapa kelab penyokong yang lain.

Katanya yang juga penyokong tegar TFC, kunjungan ke stadium keramat negara itu merupakan acara wajib penduduk kampung berkenaan setiap kali pasukan Sang Penyu melangkah ke final.

“Tema kain batik untuk disarung bersama jersi juga memang menjadi identiti kami sebagai tanda sokongan kepada negeri kesayangan dengan harapan dapat membawa pulang trofi Piala Malaysia.

“Memang kelebihan jelas memihak JDT namun pasukan ‘adik’ iaitu TFC II sudah membuktikan pasukan ‘underdog’ juga boleh muncul juara setelah mengalahkan JDT II dalam final Piala MFL,” katanya.

Akhir Piala Malaysia: “Turun tanpa tekanan” – Ketua Jurulatih TFC

Tomislav Steinbruckner memulakan karier pertama bersama Terengganu FC(TFC) sejak diswastakan sebagai entiti sebagai sendirian berhad selaku Pengarah Teknikal pada Mac 2022 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan bagi mengantikan Nafuzi Zain untuk saingan kempen musim 2023. – Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Terengganu FC (TFC) memasang tekad untuk memberikan tentangan sengit kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Ketua jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner, berkata, beliau mahu skuad Penyu turun dengan rentak positif bagi menyekat kemaraan JDT yang memburu kejuaraan ‘quadruple’ buat tahun kedua berturut-turut.

“Kami akan turun tanpa sebarang tekanan kerana di atas kertas, kelebihan jelas memihak JDT. Jika mereka membariskan pasukan kedua sekalipun, masih terlalu kuat untuk pihak lawan.

“Namun kami tetap ada motivasi dan tahu ‘ramuan’ yang diperlukan untuk melakar kejutan, malah tiada istilah mustahil dalam kamus bola sepak saya,” katanya sewaktu ditemui pada hari ini.

Kem TFC diraikan dalam majlis ringkas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebelum berlepas ke ibu negara dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim.

Ketua Jurulatih Terengganu FC Tomislav Steinbruckner. Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Tambah Steinbruckner lagi, tempoh 20 minit pertama Jumaat nanti akan menjadi antara faktor paling penting untuk melihat sama ada TFC mampu menyekat kemaraan JDT atau sebaliknya.

Katanya, Sang Penyu perlu tampil lebih garang dan tidak membenarkan penguasaan bola didominasi JDT terutama bahagian tengah yang menjadi ‘enjin’ kedua-dua pasukan.

“Pemain-pemain harus bermain agresif dari awal permainan kerana TFC mahukan sesuatu daripada perlawanan ini dan tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan lawan.

“Mungkin dibantu sedikit faktor tuah dan nasib yang menyebelahi kami, pelbagai kemungkinan boleh berlaku malah kami bersedia jika berlanjutan ke masa tambahan atau penalti,” katanya.

Liga Super 2023: Sabah Musnahkan TFC Di Laman Sendiri

Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Sabah ‘memusnahkan’ kami dengan corak permainan tersusun sejak minit pertama, itu reaksi awal jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner setelah dijinakkan 0-4, malam tadi.

Malah jurulatih berasal Croatia itu bagaikan hilang kata-kata menyaksikan aksi longlai anak-anak buahnya sambil mengakui TFC tewas di tangan pasukan lawan yang lebih baik.

Menurut Steinbruckner, antara punca kekalahan itu adalah faktor krisis kecederaan dialami TFC memaksa beliau merombak kesebelasan utama terutama benteng pertahanan.

“Pihak lawan lebih pantas dalam setiap perebutan, malah melakukan gerakan lebih baik berbanding kami menyebabkan TFC tewas penguasaan bola, saya tidak boleh berkata apa-apa malam ini (semalam).

“Ini persembahan paling buruk TFC dan selepas membuat pertukaran pada babak kedua, kelebihan masih milik Sabah dengan kualiti pemain simpanan memisahkan kami,” katanya kepada pemberita.

Pada perlawanan itu, TFC tumpas empat gop tanpa balas di tangan Sabah hasil voli menarik Ramon Machado minit keenam, Sadiil Ramdani (m-29), Miguel Cifuentes (m-40) dan Jefri Firdaus Chew (m-48).

TFC bagaimanapum turun tanpa tonggak pertahanan antaranya Azam Azmi Murad, Shahrul Nizam Roshasni dan Alif Zakaria sambil pemain sayap, Norhakim Hassan menjadi ‘bidan terjun’ di posisi bek kanan.

“Malam ini (semalam) menunjukkan mereka penting kepada pasukan saya, namun ia tidak boleh dijadikan alasan punca kami mudah ditundukkan di laman sendiri tetapi saya kecewa,” katanya.

Sabri Abas Dilantik CEO Baharu Terengganu Football Club Sdn. Bhd.

Mohd Sabri Abas dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd setelah diumumkan secara rasmi pada 9 Oktober 2023 bagi mengantikan Ab Rasid Jusoh yang melaksanakan tugas tersebut sejak Oktober 2020. Terdahulu Mohd Sabri Abas merupakan Ketua Pegawai Operasi(COO) yang pertama sejak TFC diswastakan bermula pada tahun 2020 yang juga menyaksikan AB Rasid Jusoh selaku CEO pertama pasukan bola sepak Terengganu ini. Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Perkembangan terkini sebuah entiti pasukan bola sepak Terengganu yang berdaftar sebagai sendirian berhad sejak pada tahun 2020 menyaksikan Mohd Sabri Abas kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) baharu seperti mana diumumkan secara rasmi pada 9 Oktober 2023 lalu. Sabri Abas yang memulakan karier sebagai Ketua Pegawai Operasi(COO) di awal penubuhan Terengganu Football Club (TFC) Sdn. Bhd. mengantikan Ab Rasid Jusoh setelah menjawat jawatan selaku CEO sejak Oktober 2020 lalu.

Dalam satu kenyataan pada 8 Oktober 2023, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishammuddin Abdul Karim menjelaskan walaupun pasukan bola sepak Terengganu FC telah diswastakan namun ianya masih menerima sumber kewangan terbesar dari pihak kerajaan negeri meletakkan situasi secara lazim untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ada dari kumpulan pegawai tadbir negeri Terengganu.

Ab Rasid Jusoh yang juga merupakan penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu kini dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan) di mana terdahulu sebelum menjawat sebagai CEO pasukan bola sepak ini beliau merupakan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Begitu juga dengan Mohd Sabri Abas adalah merupakan penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu di mana terdahulu sebelum menyertai TFC merupakan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Walaupun masih berbaki beberapa aksi perlawanan domestik dan aksi tumpuan perlawanan antarabangsa peringkat kumpulan di pentas Piala Asia merupakan di antara sisa-sisa momentum musim ini yang perlu diselesaikan oleh Mohd Sabri Abas sebagai bekalan percaturan hala tuju pasukan untuk musim hadapan yang dilihat lebih mencabar.

Hishamuddin Abdul Karim Kembali Terajui PBSNT Sebagai Presiden

Hishamuddin Abdul Karim dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) berkuat kuasa pada 8 Oktober 2023 bagi mengantikan Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu. Keputusan itu diputuskan sendiri oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang merujuk pada Statut PBSNT yang memberi kuasa kepada Presiden untuk memilih penganti. Untuk rekod, Hishamuddin Abdul Karim juga merupakan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu bagi penggal 2023-2027.- Kredit Foto – https://www.facebook.com/profile.php?id=100092671772786

Setelah membuat keputusan mengejut untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden I Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) pada 1 Januari 2021 lalu, kini Hishamuddin Abdul Karim kembali untuk menerajui badan induk sukan bola sepak negeri ini sebagai Presiden berkuat kuasa pada 8 Oktober 2023.

Lantikan ini telah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Kali 1/2023 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu setelah merujuk kepada Status PBSNT di mana Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Presiden PBSNT terdahulu mempunyai hak untuk memilih mana-mana individu selaku peneraju badan induk ini.

Perkembangan ini dilihat bakal memberi perubahan besar pada jajaran baharu perkembangan sukan bola sepak sama ada dari peringkat akar umbi yang menjadi tanggungjawab hakiki PBSNT sehingga percaturan pasukan Terengganu FC(TFC) yang diurus sepenuhnya di bawah entiti swasta Terengganu Football Club Sdn. Bhd(TFC Sdn. Bhd.) di mana jawatan selaku Presiden PBSNT juga diberi kuasa sebagai pemegang taruh utama selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TFC Sdn. Bhd. Seterusnya sudah pasti beberapa rombakan akan berlaku sama dalam masa terdekat dan sudah pasti tumpuan adalah berarah pada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) TFC yang kini menjadi perbualan hangat di platform-platform media sosial.

Terdahulu, Hishamuddin Abdul Karim memulakan karier beliau sebagai pemegang taruh bola sepak Terenganu setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden I PBSNT pada Ogos 2018 di mana ketika itu juga beliau menjawat jawatan di dalam Kerajaan Negeri Terengganu selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu. Setelah melakukan beberapa penstrukturan di dalam pasukan dan TFC mula selesa sebagai satu jenama pasukan bola sepak yang setanding dengan beberapa pasukan ternama lain, Hishamuddin Abdul Karim membuat kejutan untuk meletakkan jawatan di dalam PBSNT sebelum musim 2021 bermula.

Profil Hishamuddin Abdul Karim yang dikeluarkan sewaktu kempen Pilihanraya Negeri 2023(PRU DUN 15). Kini Hishamuddin Abdul Karim mengalas tanggungjawab lebih besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu. Kredit Foto – https://www.facebook.com/ustazhak

Pada satu kenyataan kepada pemberita, rentetan perletakan jawatan itu beliau menyatakan ada pihak menganggap jawatan yang disandang di dalam PBSNT merupakan batu loncatan untuk membina pengaruh politik. Oleh itu Hishamuddin Abdul Karim mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan bagi memberi fokus sepenuhnya tanggungjawab hakiki sebagai wakil rakyat sekaligus memberi peluang kepada mana-mana individu yang lebih layak untuk memegang jawatan itu. Untuk rekod, seperti mana termaktub di dalam statut PBSNT, jawatan Timbalan Presiden I PBSNT merupakan jawatan khas yang boleh dilantik oleh Presiden PBSNT. Manakala jawatan Presiden PBSNT merupakan jawatan yang tidak dipertandingkan kerana dikhaskan kepada sesiapa yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.

Hishamuddin Abdul Karim(tiga dari kiri) selaku Timbalan Presiden I PBSNT ketika itu merupakan individu penting untuk menyakinkan entiti telekomunikasi selaku penaja utama pasukan TFC setelah mementerai kontrak perjanjian penajaan telah berlangsung di di Pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada 31 Oktober 2019. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Walaupun kini Hishamuddin Abdul Karim juga mengalas tanggungjawab lebih besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu dilihat sebagai individu berkaliber untuk menentukan hala tuju sukan bola sepak negeri ini di mana sewaktu menyandang Timbalan Presiden PBSNT beliau merupakan individu yang membuka pintu kemasukkan penaja-penaja besar kepada pasukan yang baru diswastakan dan juga memainkan peranan penting dalam proses baik bulih Stadium Sultan Zainal Abidin(SSZA) dengan melakukan beberapa rundingan bersama pakar dari luar negara. Malah mungkin banyak lagi perkara-perkara yang tidak dikongsikan secara peribadi kepada PenyuSukan dalam usaha beliau untuk memartabatkan perkembangan sukan dalam negeri Terengganu.

Liga Super: Tommy Pertahan Keputusan Rombakan Pemain

Tomislav Steinbruckner memulakan karier pertama bersama Terengganu FC(TFC) sejak diswastakan sebagai entiti sebagai sendirian berhad selaku Pengarah Teknikal pada Mac 2022 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan bagi mengantikan Nafuzi Zain untuk saingan kempen musim 2023. – Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner, mempertahankan tindakan merombak kesebelasan utama Sang Penyu meskipun diaibkan 0-4 oleh Selangor, malam tadi.

Malah beliau menyifatkan barisan pemain diturunkan sudah memberi persembahan 100 peratus dengan lima pertukaran dibuat pada kesebelasan utama bertemu The Red Giant.

Menurut Tomislav, bukan kekalahan itu yang menjadi kebimbangan sebaliknya tahap kecederaan beberapa pemain tonggak menjelang aksi Kumpulan G Piala AFC pada Rabu nanti.

Bercakap kepada media, pengendali berasal Croatia itu mengakui keutamaan kini lebih terarah kepada Piala AFC berbanding Liga Super selain separuh akhir Piala Malaysia bertemu KL City FC.

Selangor FC hadir selaku pasukan pelawat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menafikan Terengganu FC 4-0 bagi aksi Liga Super pada 29 September 2023. Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

“Saya tidak boleh berasa marah dengan aksi (semalam) memandangkan turun tanpa tonggak antaranya Sony Norde, Engku Nur Shakir Engku Yacob, penjaga gol, Mohd. Suhaimi Husin dan beberapa lagi.

“Gol kedua dan keempat Selangor mungkin terlalu mudah terhasil dan boleh dielakkan namun pemain-pemain telah cuba memberikan prsembahan terbaik mereka di atas padang.

“Tahniah kepada Selangor, mereka memang layak memenangi perlawanan ini. Apa yang saya lihat, TFC mula hilang keyakinan selepas dibolosi gol pertama,” katanya sewaktu ditemui.

Menurut Steinbruckner, beliau berharap isu kecederaan pemain utamanya dapat diatasi sebelum ke Indonesia bagi menurunkan pasukan terbaik memburu kemenangan kedua di pentas Asia.

“Kepadatan jadual ialah cabaran yang harus ditempuhi, jadi kami perlu memilih untuk member keutamaan antara Liga Super, Piala Malaysia atau Piala AFC,’ ujarnya.

Aksi Pemain Terengganu FC Ivan Mamut Tendang Tiang Bendera

Lihat sepenuhnya – https://youtu.be/y_WK1b2oy4o

Aksi penyerang Terengganu FC(TFC) juga merupakan import dari Crotia, Ivan Mamut menendang tiang bendera setelah menjaringkan gol ke-2 milik TFC pada minit ke-41 separuh masa pertama permainan bagi saingan suku akhir Piala FA 2023 bertemu Kelantan FC pada 27 Mei 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus. Setelah menafikan Kelantan FC berkesudahan 4-2 di laman sendiri kini TFC mara ke pusingan separuh akhir untuk bertemu KL City.

Ucapan Perwakilan Kongres Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu 2022

Pada Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu(PBSNT) 2022, perwakilan daripada salah satu ahli gabungan PBSNT kembali membangkitkan cadangan yang telah dikemukakan pada kongres terdahulu di mana meohon untuk turut diberi keistimewaan untuk turut sama menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Terengganu FC(TFC) khususnya di laman sendiri.

Selain itu juga perwakilan turut menyentuh tentang sumbangan kewangan dari badan induk negeri kepada ahli-ahli gabungan yang terdiri daripada persatuan-persatuan bolasepak di peringkat daerah di mana hanya menerima sebanyak RM 10,000.00 bagi tahun 2021 dan 2022. Turut difahamkan bahawa pasukan Tajin City FC dari Hulu Terengganu telah membelanjakan hampir RM 60,000.00 untuk menyertai liga Terengganu Football League(TFL) yang pertama kali dianjurkan oleh PBSNT pada tahun lalu.

Perwakilan juga memberi bayangan bahawa kemungkinan banyak pasukan-pasukan tidak dapat meneruskan aksi untuk musim seterusnya berikutan kekangan kewangan.

Kongress Tahunan PBSNT 2022 telah berlangsung pada 26 Disember 2022 lepas bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu telah dihadiri oleh Presiden PBSNT Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu.

Untuk rekod, PBSNT mempunyai 10 ahli gabungan yang terdiri daripada Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu, Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Nerus, Persatuan Bolasepak Daerah Setiu, Persatuan Bolasepak Daerah Besut, Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu, Persatuan Bolasepak Daerah Marang, Persatuan Bolasepak Daerah Dungun, Persatuan Bolasepak Daerah Kemaman, Persatuan Bolasepak Melayu Terengganu dan Persatuan Pengadil Bolasepak Negeri Terengganu.

Habib Haroon Tolak Tawaran Untuk Kekal Bersama TFC

Habib Haroon. Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Pemain import, Habib Haroon, sanggup menolak tawaran lumayan daripada beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M) untuk terus menyarung jersi Terengganu FC (TFC), musim depan.

Menurut tonggak kelahiran Bahrain itu, keputusan kekal di bumi Terengganu adalah keputusan yang mudah selain didorong kepercayaan daripada jurulatih, pihak pengurusan dan penyokong.

Habib juga tidak mahu melepaskan peluang membuat penampilan dalam Piala AFC selepas menjadi tunjang utama TFC musim ini dengan tiga gol dalam Liga Super.

“Sebaik jurulatih (Tomislav Steinbruckner) menyatakan masih mahukan khidmat saya bagi membentuk pasukan 2023, saya tidak berfikir panjang untuk terus kekal bersama TFC.

“Lagipun saya sangat selesa berada di kelab ini terutama melihat kepercayaan diberikan pengurusan dan penyokong yang sangat luar biasa. Jadi saya mahu membalasnya dengan aksi lebih baik.

“Walaupun ada beberapa tawaran menarik daripada kelab Liga M yang lain serta kelab luar negara, saya gembira di TFC,” jelasnya yang menyambung kontrak selama setahun sehingga Disember 2023.

Pemain kelahiran Bahrain itu merupakan awang import tunggal dikekalkan TFC setelah Pape Diakite, Manuel Ott, Petrus Shitembi, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche digugurkan daripada pasukan.

Musim ini, Habib bergandingan mantap bersama Ott dan Shitembi di bahagian tengah sekaligus membantu TFC muncul naib juara Liga Super, Piala FA dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Nasib Pemain Import TFC Masih Samar

Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Status pemain import Terengganu FC (TFC), Argzim Redzovic, Luke Woodland dan Jordan Mintah bersama pasukan itu musim depan tetap 50-50 meskipun masih berbaki kontrak setahun.

Dengan hanya beraksi untuk TFC II dalam Liga Premier musim ini, nasib tiga pemain terbabit untuk kekal nampak tipis masing-masing bergelut dengan masalah prestasi dan kecergasan.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, mengakui belum membuat keputusan mengenai masa depan tiga pemain itu sama ada dapat memikat hatinya untuk berada dalam skuad.

Tomislav Steinbruckner memulakan karier pertama bersama Terengganu FC(TFC) sejak diswastakan sebagai entiti sebagai sendirian berhad selaku Pengarah Teknikal pada Mac 2022 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan bagi mengantikan Nafuzi Zain untuk saingan kempen musim 2023. – Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Menurut Steinbruckner, fokus utama kini adalah mencari pengganti kepada Pape Diakite, Manuel Ott, Petrus Shitembi, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche yang tidak lagi bersama TFC.

“Itu adalah tugas pertama sebaik saya dilantik ketua jurulatih yang baharu kerana TFC kehilangan majoriti tonggak import serta tempatan termasuk Faisal Abdul Halim.

“Woodland, Redzovic dan Mintah masih terikat kontrak dan saya akan lihat situasi itu. Namun sebagai ketua jurulatih, saya mahu pemain yang sesuai dengan gaya bola sepak kami.

“Jika mendapatkan penyerang baharu, situasi pasti sukar buat Mintah. Belum pasti lagi sama ada dia akan kekal, dipinjamkan atau ditamatkan kontrak,” katanya ketika ditemui.

Setakat ini hanya pemain tengah Bahrain, Habib Haroon disahkan kekal selain kehadiran bekas tonggak Melaka United, Sony Norde bagi memperkuatkan jentera serangan TFC.

Julai lalu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan format baharu Liga Super 2023 dengan membenarkan sehingga sembilan pemain import melibatkan semua pasukan bertanding.

Namun peraturan pemain import di tengah padang masih kekal dengan lima pemain termasuk seorang Asia dan seorang Asean manakala seorang lagi di bangku simpanan.

“Dengan penstrukturan semula Liga Super, akan ada pertambahan pasukan dan jumlah perlawanan. Piala AFC pula bermula September dan ditambah Piala FA serta Piala Malaysia.

“Kami memerlukan skuad yang betul-betul bersedia menghadapi musim 2023 dan tugas pertama saya adalah mendapatkan pemain baharu yang lebih baik,” tegas Steinbruckner.

TFC Lantik Tomislav Steinbruckner Sebagai Ketua Jurulatih Bermula Musim 2023

Ketua Jurulatih Terengganu FC Tomislav Steinbruckner. Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu

Jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner sah dilantik selaku pengendali baharu Terengganu FC (TFC) bagi menghadapi saingan musim depan.

Ketua Pegawak Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh, berkata, perlantikan bekas jurulatih T-Team itu dibuat untuk tempoh setahun sehingga Disember 2023.

Menurut beliau, Steinbruckner yang juga pemegang lesen jurulatih UEFA Pro adalah individu paling layak mengisi kekosongan ditinggalkan Nafuzi Zain.

“Sejak menjadi pengarah teknikal TFC musim ini, beliau telah membuat analisis terhadap kekuatan pasukan dan kualiti barisan pemain sedia ada.

“Meskipun menyedari cabaran getir untuk melatih TFC, kami optimis Steinbruckner mampu membawa pasukan ini ke tahap lebih baik dalam kempen domestik dan Asia tahun depan.

“Dengan pengalaman yang ada juga beliau diyakini tidak ada masalah untuk memberi khidmat terbaik kepada kelab,” katanya pada majlis memperkenalkan jurulatih di sini, hari ini.

Untuk rekod, Steinbruckner, 56, pernah membimbing kelab Croatia, NK Novigrad, NK Orsijek dan Bijelo Brdo selain turut membawa T-Team meraih tempat ketiga Liga Premier pada 2015.

Sah! Nafuzi Zain Tolak Kontrak TFC Musim 2023

Pada satu sidang media majlis penajaan musim 2023, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh mengesahkan bahawa Nafuzi Zain secara rasminya telah menolak surat tawaran lanjutan kontrak selama setahun sebagai ketua jurulatih pasukan TFC bagi musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh sewaktu menyempurnakan majlis penajaan oleh kumpulan Terengganu Inc bernilai RM1.6 juta kepada TFC bagi musim 2023 yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 15 November 2022.

“Kita menerima surat jawapan daripada ketua jurulatih kita pada 0447 petang kelmarin(14 November 2022) di mana dalam surat tersebut beliau tidak bersetuju untuk menyambung kontrak yang telah ditawarkan.

“Dalam perbincangan kita bersama dengan ahli lembaga pengarah(TFC Sdn Bhd), tiada sebarang perubahan ditetapkan di mana di mana Nafuzi Zain masih lagi menerima gaji dari pasukan oleh itu tiada sebab untuk dia direhatkan pada sebarang baki perlawanan yang ada.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh.

Ab Rasid Jusoh juga turut menjelaskan sebarang keputusan untuk menerima ketua jurulatih baharu akan ditentukan setelah pasukan menamatkan aksi pada musim ini

Real Chukai FC Lengkapkan Prospektus Penajaan Pasukan 2023

Kelab Bola Sepak Real Chukai (“Real Chukai”) baru-baru ini telah menyelesaikan pembangunan prospektus penajaan mereka untuk musim 2023.

Ahli lembaga pengarah kelab telah sebulat suara meluluskan prospektus penajaan ini yang turut dibangunkan bersama dengan bantuan dari Linda Workroom.

CEO Real Chukai, Ammirul Hakim Osman ketika ditemui berkata,

“ Ini adalah langkah pertama dalam proses ini. Sekarang kita hanya menunggu laporan audit kewangan kelab bagi tahun 2022 dimana kita akan sertakan didalam prospektus ini. Walaubagaimanapun ini adalah langkah penting bagi persediaan awal Real Chukai untuk memancing penajaan untuk musim hadapan 2023.

Saya turut berterima kasih kepada Muhammad Yunus (Linda Workroom) selaku orang penting dalam membantu kami menyiapkan prospektus penajaan ini tepat pada waktunya untuk EISKL 2022.”

Real Chukai dijangka akan mengambil bahagian di Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022. University College TATI (“UCTATI”) dan Voltra telah menyatakan minat mereka untuk melanjutkan penajaan mereka sehingga 2023. Wakil Voltra dan UCTATI dikatakan telah
bertemu dengan pegawai eksekutif Real Chukai dengan perjanjian penajaan yang akan dimuktamadkan pada bulan ini.

Real Chukai mengalu-alukan bakal rakan kongsi dan penaja untuk melawat mereka di ekspo itu yang dijadualkan pada Khamis ini (06 Oktober 2022) hingga Ahad (09 Oktober 2022).

“10 Tahun Tidak Pernah Layak Peringkat Akhir Piala Belia” – Bahazenan Osman

Pada perlawanan separuh akhir Piala Belia 2022 peringkat pertama yang telah berlangsung pada 7 Ogos lalu, Sri Pahang FC yang hadir pasukan bukan pilihan musim ini membuat kejutan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk menewaskan pasukan tuan rumah Terengganu FC IV(TFC IV) berkeputusan 5-1.

Menambah menarik, Bahazenan Osman selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC menjelaskan bahawa telah 10 tahun pasukan belia yang membawa nama Pahang tidak mara ke pusingan akhir kempen Piala Belia.

Terkini setelah menamatkan perlawanan timbal balik, walaupun berkeputusan 3-1 memihak pada TFC IV namun ianya masih tidak memadai untuk menghalang Sri Pahang FC ke perlawanan akhir Piala Belia 2022 dengan kemenangan agregat 6-4.

Sri Pahang FC akan bertemu Selangor FC bagi perlawanan timbal balik penamat kempen Piala Belia musim ini yang dijadualkan berlangsung pada 19 & 26 Ogos ini.

#PialaBelia #PialaBelia2022 #TerengganuFCIV #TFCIV #TerengganuFA #SriPahangFC #PahangFA #BolaSepak #StadiumSultanIsmailNasiruddinShah #KualaTerengganu

Separuh Akhir Piala Belia 2022: Tok Gajah ‘Terpijak’ Penyu

Saingan kempen Piala Belia 2022 kini memasuki saingan peringkat separuh akhir di mana dua perlawanan telah berlangsung melibatkan pasukan Terengganu FC IV(TFC IV) bertemu Sri Pahang FC dan Selangor FC bertemu PJ City FC.

Pada aksi perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan dari pantai timur, Sri Pahang FC hadir selaku pasukan bukan pilihan bagi saingan musim ini membuat kejutan besar untuk menafikan TFC IV berkeputusan 5-1 di laman sendiri.

Bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah bermula garang untuk mendominasi kawalan bola namun tersentap setelah jaringan pembukaan berjaya disempurnakan oleh kapten pasukan Tok Gajah Muhammad Amirul Razali pada minit ke-9 permainan.

Menambah tekanan buat tuan rumah, selang 16 minit kemudiaan kealpaan penjaga gol TFC IV untuk meninggalkan kawasan gawang dihukum oleh pemain sayap pasukan pelawat Muhammad Khafii Abdul Majib hasil dari jaringan mudah untuk gol ke-2 milik pasukan.

Kapten Sri Pahang Muhammad Amirul Haikal Razali(jersi kuning tiga dari kiri) menyumbang dua gol pada perlawanan separuh akhir Piala Belia 2022 untuk menafikan Terengganu FC IV(TFC IV) 5-1 di laman sendiri yang telah berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 7 Ogos 2022.

Rentak permainan yang kian dikuasai oleh Tok Gajah terus mencipta jurang untuk menambah gol ke-3 di minit ke-38 separuh masa pertama yang dicipta oleh Muhammad Alif Irfan Norsafidahlan.

Situasi yang merobek emosi pemain-pemain TFC IV hadir selaku pasukan pilihan setelah menjuarai peringkat kumpulan tumpuan menjadi kelebihan buat Sri Pahang untuk terus berpesta menambah gol ke-4 perlawanan pada minit ke-56 sekaligus menjadi jaringan ke-2 peribadi berturut-turut pada separuh masa pertama ini buat kapten pasukan Muhammad Amirul Haikal Razali.

Bersambung pada babak separuh masa kedua permainan, aksi kedua-dua pasukan dilihat seimbang apabila pasukan tuan rumah mampu untuk kembali memberi fokus sekaligus berjaya mendapat jaringan gol pertama milik tuan rumah pada minit ke-70 yang disempurnakan oleh Muhammad Iman Zaidi Sulong.

Rentak TFC IV yang kelihatan terdesak untuk mengejar baki-baki minit permainan untuk merapatkan jurang sekali lagi menghukum skuad penyu ini setelah pemain gantian Abdul Rahman Hasmadi menyumbang gol ke-5 buat Sri Pahang kembali menceriakan barisan penyokong yang hadir.
Jaringan itu juga sekaligus menjadi gol penamat perlawanan meletakkan Sri Pahang kini berada di momentum terbaik bagi kempen Piala Belia musim ini.

Ketua jurulatih Sri Pahang skuad Piala Belia – Bahazenan Osman.

“Hampir 10 tahun saya rasa Pahang tidak pernah layak walaupun untuk mara ke peringkat akhir saingan Piala Belia ini. Alhamdullilah, hari ini para pemain telah mencipta satu sejarah untuk pasukan Sri Pahang walaupun kami tidak menjangkakan untuk berada di sini.” ujar ketua jurulatih Sri Pahang Bahazenan Osman yang ditemui PenyuSukan sejurus tamat permainan.

Seterusnya aksi perlawanan timbal balik separuh akhir kempen Piala Belia 2022 untuk perebutan layak ke pusingan akhir buat kedua-dua pasukan ini dijadualkan pada 14 Ogos nanti bertempat di Bandar Muadzam Shah.


Lihat sepenuhnya – https://youtu.be/s_R5MDMWUus

‘Bertapa Susahnya Untuk Kita Jaringkan Gol’ – Nafuzi Zain

Reaksi ketua jurulatih Terengganu FC(TFC) Nafuzi Zain setelah menewaskan Kuala Lumpur City 2-0 dalam perlawanan di laman sendiri pada 18 Jun 2022 sekaligus lompat naik 5 anak tangga Liga Super 2022.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut yang diraih oleh skuad Penyu ini dengan kedudukan semasa berada di tangga ke-6 kedudukan Liga Super dengan jurang 4 mata di belakang KL City FC yang kekal dikedudukan ke-5 dengan 13 mata.

‘The Rhinos’ UniSZA Tempah Tiket Separuh Akhir Liga IPT

Aksi pemain jersi bernombor 18 Muhammad Al-Aqib Zulkifli setelah menjaringkan gol di minit ke-77 separuh masa kedua permainan sekaligus mengikat keputusan seri 1-1 untuk mengheret UPM ke penentuan sepakan penalti Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) yang telah berlangsung di padang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak pada 14 Jun 2022.

Pasukan bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) yang dijenamakan sebagai ‘The Rhinos’ kini berada di landasan terbaik untuk menterjemah sasaran mereka musim ini bagi membawa pulang Piala Menteri Pengajian Tinggi dalam kempen Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) yang telah tertunda sejak 2 tahun lalu berikutan situasi pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.

Sasaran tekad itu telah dimuktamadkan lebih awal demi menamatkan kemarau selama 6 tahun untuk perebutan trofi paling berprestij di pentas IPT setelah kali terakhir ‘The Rhinos’ dinobatkan juara pada tahun 2016.

Dalam usaha untuk memperkuatkan pasukan, ‘The Rhinos’ juga telah membuat pelaburan untuk melantik bekas pemain kebangsaan pasca 2003-2005 yang juga pemilik lesen kejurulatihan Diploma A, Mohd Norhisham Hassan selaku ketua jurulatih.

Persiapan rapi di awal musim memperlihatkan aksi ‘The Rhinos’ berjaya mengekalkan prestasi konsisten dengan catatan rekod tanpa kalah bagi ke semua aksi perlawanan di peringkat kumpulan sebelum layak untuk melangkah ke pusingan suku akhir ini.

Ketua Jurulatih pasukan bola sepak UniSZA; Mohd Norhisham Hassan merupakan bekas pemain kebangsaan pasca 2003-2005 yang juga pernah mewakili pasukan Terengganu ke pentas Liga Super dan Liga Perdana pada 2002 sehingga 2007 kini merupakan jurulatih bertauliah yang mempunyai lesen kejurulatihan Diploma A.

“Syukur Alhamdullilah kami mampu menang dengan UPM ini momentum terbaik buat UniSZA untuk mara ke perlawanan akhir setelah 6 tahun kami kemarau kejuaraan begitu juga 2 tahun tiada sebarang perlawanan kompetitif buat kami. Rata-rata pemain ‘The Rhinos’ adalah pemain yang pertama kali beraksi untuk saingan kejohanan piala menteri ini ianya satu platform terbaik buat kami di peringkat IPT ini.” ujar Ketua jurulatih Mohd Norhisham Hassan yang ditemui PenyuSukan sejurus tamat perlawanan.

Terkini pada perlawanan suku akhir yang telah berlangsung di padang UniSZA, pasukan tuan rumah berjaya menafikan Universiti Putra Malaysia(UPM) yang hadir selaku pasukan pilihan dalam penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 walaupun setelah tambahan masa diberikan.

Ketua Jurulatih pasukan bola sepak UniSZA; Mohd Norhisham Hassan(dua dari kiri) merupakan bekas pemain kebangsaan pasca 2003-2005 yang juga pernah mewakili pasukan Terengganu ke pentas Liga Super dan Liga Perdana pada 2002 sehingga 2007 kini merupakan jurulatih bertauliah yang mempunyai lesen kejurulatihan Diploma A.

Seterusnya bagi aksi penentuan separuh akhir, pasukan IPT tunggal dari pantai timur ini dijadualkan bertandang ke tempat lawan untuk bertemu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPMN) pada Selasa nanti.

Pasukan yang layak untuk mara ke perlawanan akhir nanti dijadualkan pada 5 Julai nanti sekaligus melabuhkan tirai penganjuran Kejuaraan Liga IPT musim ini.

Keputusan rasmi aksi suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) di antara pasukan ‘The Rhinos’ UniSZA setelah menafikan UPM yang kini dalam misi perebutan trofi Piala Menteri Pengajian Tinggi yang telah berlangsung di padang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak pada 14 Jun 2022.

 

Senarai penuh nama-nama pemain bagi setiap pasukan yang berentap dalam aksi suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) bagi perebutan trofi Piala Menteri Pengajian Tinggi yang telah berlangsung di padang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak pada 14 Jun 2022.

‘The Rhinos’ Sasar Julang Piala Menteri Pengajian Tinggi

‘The Rhino’ merupakan pasukan bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin telah ditubuhkan pada 22 Januari 2011 untuk saingan pertama mereka dalam kempen kelayakkan Divisyen 2 Liga Bola Sepak IPT ketika itu. Kredit Foto – https://www.facebook.com/PusatSukanUniSZA

Skuad bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) mempertaruhkan hampir 90 peratus muka baharu bagi menghadapi Piala Menteri Pengajian Tinggi yang bermula 6 Jun ini.

Pengurus pasukan, Muzafar Mohd. Din, berkata, situasi itu bagaimanapun enggan dijadikan alasan oleh skuad The Rhinos untuk merebut trofi berkenaan yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2016.

Menurut Muzafar, persediaan rapi diketuai jurulatih, Mohd. Norhisham Hassan sejak awal tahun ini turut membuktikan hasrat skuad bola sepak Unisza menamatkan kemarau kejuaraan selama enam tahun.

“Daripada 25 pemain yang dibawa, hanya tiga yang pernah bersama pasukan pada edisi terakhir 2019 namun kekurangan pengalaman tidak akan mematahan moral barisan pemain.

“Pihak pengurusan meletakkan sasaran juara dan Unisza sendiri satu nama yang besar pernah menjuarai Divisyen Satu Liga IPT dan Piala MASUM pada 2015, Piala Menteri Pengajian Tinggi pada 2016 serta naib juara Piala Sumbangsih 2017.

“Kami akan bertarung habis-habisan walaupun bukan berstatus bintang seperti beberapa pasukan yang dibarisi pemain negara,” jelasnya selepas Majlis Memperkenalkan Penaja di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, skuad bola sepak Unisza yang diwakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Hafiz Yusoff menerima suntikan tajaan RM20,000 bagi persediaan sepak mula kejohanan.

Sebanyak 12 pasukan bertanding dan dibahagikan empat kumpulan dengan Unisza diundi bersama UiTM Perlis serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam Kumpulan C.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dengan dua pasukan teratas kumpulan layak ke suku akhir.

Liga M3 Real Chukai FC vs PIB FC – Aksi Jaringan Pembukaan


Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/4Ar5qS8jaDk

Aksi jaringan sulung pasukan Persada Intergriti Bersatu Football Club(PIB FC) oleh Muhammad Fa’es Hafize Mohd Fadzil seawal minit ke-9 permainan sewaktu bertemu pasukan tuan rumah Real Chukai FC pada perlawanan ke-6 Liga Amatur Malaysia(Liga M3) di Stadium Mak Chili pada 7 Mei 2022.

Keputusan penuh berkesudahan 2-1 memihak pada pasukan pelawat PIB FC manakala jaringan dari Real Chukai FC hadir di minit ke-53 permainan melalui Mohammad Amir Ashraf Hussin.

Jurang 1 Gol Buat Real Chukai FC

Dua gol milik pasukan pelawat Persada Intergriti Bersatu Football Club (PIB FC) di mana 1 gol dijaringkan oleh Muhammad Fa’es Mohd Fadzil manakala 1 gol lagi hasil kesilapan jaringan sendiri oleh Real Chukai FC pada minit ke 64 permainan. 1 gol milik Real Chukai FC melalui tendangan penalti yang disempurnakan oleh Mohammad Amir AShraf Hussin pada minit 53 permainan di Mini Stadium Mak Chili, Kemaman pada 7 Mei 2022.

Setelah tertangguh selama 1 bulan tanpa sebarang perlawanan, kini pentas perebutan kejuaraan Liga M3 kembali beraksi dengan menyaksikan 7 perlawanan melibatkan kumpulan A dan kumpulan B di venue masing-masing yang telah berlangsung kelmarin.

Bertempat di padang sintetik Stadium Mak Cili, Kemaman menyaksikan pasukan tuan rumah Real Chukai FC gagal untuk menambah mata liga setelah dinafikan oleh pasukan pelawat Persada Intergriti Bersatu Football Club (PIB FC) berkesudahan 2-1 sekaligus mengutip 3 mata untuk memperkukuh tangga kedudukan kedua Kumpulan B.

Real Chukai FC gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri setelah dinafikan oleh Persada Intergriti Bersatu Football Club (PIB FC) berkesudahan 1-2 di Mini Stadium Mak Chili, Kemaman pada 7 Mei 2022.

 

Persada Intergriti Bersatu Football Club (PIB FC) hadir selaku pasukan pelawat bagi aksi perlawanan ke-6 Liga Amatur Malaysia yang dijenamakan sebagai Liga M3 Malaysia untuk menafikan Real Chukai FC berkesudahan 2-1 di Mini Stadium Mak Chili, Kemaman pada 7 Mei 2022.

Jaringan sulung perlawanan seawal minit ke-9 separuh masa pertama permainan oleh pasukan pelawat menerusi Muhammad Fa’es Hafize Mohd Fadzil memecah kebuntuan setelah kedua-dua pasukan tercari-cari rentak untuk penguasaan perlawanan.

Kesilapan PIB FC untuk penguasaan momentum pada babak separuh masa kedua mengundang padah apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah yang disempurnakan oleh Mohammad Amir Ashraf Hussin sekali gus mengikat keputusan 1 sama di minit ke-53 permainan. Namun selang 11 minit kemudian Mohd Zahieruddin Zakaria menghukum pasukan tuan rumah dengan kesilapan jaringan gol sendiri di minit ke-64 sekaligus memberi kelebihan buat PIB FC untuk mendahului permainan 2-1.

Keghairahan pasukan pelawat untuk terus merobek gol lawan sekali lagi dihukum dengan layangan kad merah di minit ke-85 kepada Muhammad Fa’es Hafize Mohd Fadzil setelah menyimpan dua kad kuning gagal dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Real Chukai FC sehingga tamat permainan.

Ketua Jurulatih PIB FC K Ramachandran

“3 mata amat bermakna buat kami hadir selaku pasukan pelawat memandangan persediaan pasukan amat singkat memandang ketika suasana Aidilfitri ketika ini. Namun untuk fokus seterusnya banyak perkara yang perlu kami selesaikan.. kad merah milik kami pada perlawanan ini bukan suatu perkara yang boleh diambil ringan untuk percaturan pasukan bagi perlawanan seterusnya. Walaupun beraksi kurang seorang pemain, kredit harus diberikan pada pemain saya yang berjaya mengekalkan komunikasi dalam padang yang baik untuk meraih kemenangan hari ini. Bukan satu kemenangan mudah buat kami untuk beraksi di pandang sintetik ini.”, ujar K. Ramachandran selaku ketua jurulatih PIB FC yang ditemui PenyuSukan.com.

Anak jati Terengganu yang juga pemegang lesen A kejurulatihan, Mohd Nik galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih Real Chukai FC yang beraksi dalam Liga M3 2022 bagi musim ini.

“Perlawanan ke-6 buat kami ini memperlihatkan kedua-dua pasukan menunjukkan satu permainan yang bagus untuk beraksi di atas padang sintetik ini dan kekalahan kita hari ini tidak dinafikan..kelebihan buat pasukan pelawat yang memiliki ketinggian fizikal pemain berbanding kita. 4 perlawanan seterusnya adalah 4 pasukan teratas di kedudukan liga.. ke semua perlawanan itu di laman kami sendiri. Jadi kami perlu fokus untuk kekal mengutip mata untuk mara ke pusingan akhir.”, ulas Mohd Nik yang baru mengalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih Real Chukai FC.

Liga M3 musim ini yang telah membuka tirai kejuaraan pada awal Februari lalu melibatkan 20 pasukan yang berentap dalam dua kumpulan sebelum melangkah ke peringkat akhir pada Ogos nanti. Seterusnya perlawanan akhir penentuan kejuaraan bakal untuk melabuh tirai musim ini dijadualkan pada September depan. Lima pasukan di kedudukan teratas musim ini bakal meraih slot Liga Perdana pada musim hadapan.

 

Keputusan rasmi perlawanan Liga M3 2022 di antara Real Chukai FC menentang PIB FC berkesudahan 1-2 di Mini Stadium Mak Chili, Kemaman pada 7 Mei 2022.

Senarai Penuh Pemain-Pemain Terengganu FC 2022

Barisan pemain-pemain Terengganu FC bagi musim 2022 yang hadir ke padang bagi menjalani program latihan pasukan pada 21 Januari 2022 di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Berikut adalah senarai penuh nama pemain-pemain Terengganu FC(TFC) bagi musim 2022 seperti mana yang telah dikeluarkan oleh pengurusan TFC pada 15 Januari 2022.

BILNAMAJAWATANNRIC/ PASSPORT PEMAIN
1MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIMPEMAIN010529-11-0699
2MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKARPEMAIN960420-11-5401
3MOHD SUHAIMI HUSINPEMAIN940809-11-5129
4MUHAMAD HAFIZAL MOHAMAD @ ALIASPEMAIN930121-11-5535
5MUHAMMAD AZALINULLAH MOHAMMED ALIASPEMAIN960319-14-5243
6MUHAMAD SHARIN SAPIENPEMAIN940412-11-5243
7MOHAMMAD RAHMAT MAKASUFPEMAIN970928-11-5XXX
8MOHD SHAMIRZA YUSOFFPEMAIN890607-11-5XXX
9MUHAMMAD ZUASYRAF BIN ZULKIEFLEPEMAIN960427-11-5XXX
10MUHAMMAD HAIRIEY HAKIM BIN MAMATPEMAIN000114-11-0XXX
11ENGKU MUHAMMAD NUR SHAKIR BIN ENGKU YACOBPEMAIN981016-11-5XXX
12MOHD FAIZ BIN MOHD NASIRPEMAIN920721-03-5XXX
13MUHAMMAD SYAFIK BIN ISMAILPEMAIN000301-11-0XXX
14MUHAMMAD AZAM BIN AZMI MURADPEMAIN010212-07-0XXX
15MUHAMMAD AZARUL NAZARITH BIN AZHARPEMAIN980702-14-6XXX
16MUHAMAD SHAHRUL NIZAM BIN ROS HASNIPEMAIN980525-03-5XXX
17MOHAMAD ARIF BIN MOHAMED ANWARPEMAIN950314-14-5XXX
18MUHAMMAD ADIB BIN ZAINUDINPEMAIN950215-01-6XXX
19MUHAMAD FAISAL BIN ABDUL HALIMPEMAIN980107-07-5XXX
20NIK AKIF SYAHIRAN BIN NIK MATPEMAIN990511-03-6XXX
21MOHAMAD HAKIMI BIN ABDULLAHPEMAIN981109-03-5XXX
22MANUEL GELITO OTTPEMAINP31187XXX
23TCHETCHE HERMANN BRICE KIPREPEMAIN20AD78XXX
24HABIB HAROON HAROON SAEEDPEMAIN2989XXX
25PAPE ABDOULAYE DIAKITEPEMAINA02716XXX
26KPAH SEAN SHERMANPEMAINPP0093XXX
27REDZOVIC ARGIMPEMAINN51AU7XXX
28JORDAN MINTAHPEMAING1893XXX
29LUKE WOODLANDPEMAIN
21MOHAMAD HAKIMI BIN ABDULLAHPEMAIN981109-03-5XXX
22MANUEL GELITO OTTPEMAINP3118XXXX
23TCHETCHE HERMANN BRICE KIPREPEMAIN20AD7XXXX
24HABIB HAROON HAROON SAEEDPEMAIN298XXXX
25PAPE ABDOULAYE DIAKITEPEMAINA0271XXXX
26KPAH SEAN SHERMANPEMAINPP009XXXX
27REDZOVIC ARGIMPEMAINN51AUXXXX
28JORDAN MINTAHPEMAING189XXXX
29LUKE WOODLANDPEMAIN

Liga Semi Pro Pendedahan Buat Pengadil Terengganu

Barisan pengadil-pengadil bola sepak yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) akan diberi ruang sepenuhnya untuk mengendalikan Liga Bola Sepak Semi Pro Terengganu yang dirancangkan akan bermula seawal suku pertama tahun hadapan.

Perancangan ini secara tidak langsung bakal memberi pendedahan buat pelapis-pelapis pengadil di negeri ini sebelum beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Situasi ini secara tidak langsung mengukuhkan hala tuju Persatuan Pengadil Bola Sepak Negeri Terengganu yang kini secara rasmi telah diterima sebagai ahli gabungan PBSNT.

Liga Semi Pro Warnai Kancah Bola Sepak Terengganu

Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong(kanan) bersama YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil merangkap Setiausaha Agung PBSNT sewaktu sidang media Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021.

Demi memperkasakan perkembangan sukan bola sepak negeri Terengganu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) kini hampir muktamad untuk menganjurkan kejuaraan Liga Bola Sepak Semi Pro Terengganu seawal suku pertama tahun hadapan.

Keputusan ini telah diputuskan sebulat suara dalam Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung selama sehari di Kuala Nerus dilihat sebagai keputusan yang amat dinanti-nantikan oleh para pemain tempatan mahupun penyokong selama ini. Penganjuran ini juga dilihat sebagai serampang dua mata untuk memberi ruang kepada barisan pengadil tempatan bagi menimba pengalaman sebelum ke pentas yang lebih tinggi lagi.

Sepak mula yang dijangka pada Mac nanti, sehingga kini difahamkan pasukan-pasukan yang mewakili ahli-ahli gabungan badan induk sukan bola sepak negeri ini termasuk dua pasukan jemputan telah bersedia untuk beraksi.

“Kita hendak setiap ahli gabungan iaitu 10 ahli gabungan mempunyai kelab sendiri. Kelab ini akan menjadi hati kepada peminat bola sepak daerah masing-masing. Syarat kita utama sekali kita betul-betul mahukan berstatus semi pro. Ianya memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan yang tidak terpilih di pentas tertinggi untuk beraksi sama sebagai punca pendapatan.” ujar Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong merangkap Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MFL.

Melalui satu sekretariat yang akan ditubuhkan untuk menguruskan penganjuran ini nanti, akan diputuskan sama ada status pemain import akan dibenarkan atau sebaliknya. Walaupunbagaimanapun, menurut Timbalan Presiden PBSNT ini lagi bahawa tujuan utama penganjuran ini adalah untuk mengutamakan pemain-pemain anak negeri Terengganu namun tetap tidak menolak untuk sebarang penambahbaikan penganjuran sekiranya setiap pasukan mampu untuk berbuat sedemikian.

Marzuki Sulong juga turut menzahirkan bawaha pasukan yang muncul juara nanti diberi peluang dan ruang oleh badan induk kebangsaan FAM untuk mewakili Terengganu beraksi di pentas kejuaraan Liga M3.

Kongres PBSNT 2021: Kuasa Mutlak Menteri Besar Pilih Presiden

Barisan ahli tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) yang hadir ke Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021. Kredit Foto – Facebook.com/pbsnt.official

Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) 2021 yang telah berlangsung selama sehari menghimpunkan 10 ahli gabungan telah sebulat suara bersetuju untuk mengemaskini perlembagaan badan induk sukan bola sepak negeri khususnya dalam memperkasakan peranan dan kuasa jawatan presiden yang telah dilantik.

Keputusan yang berkuat kuasa hari ini dilihat menjadi pemangkin untuk memacu hala tuju persatuan yang lebih jitu dalam pengurusan sukan bola sepak negeri khususnya bagi program pembangunan peringkat akar umbi. Terdahulu seperti mana menurut perlembagaan PBSNT, jawatan presiden PBSNT dikhaskan secara automatik kepada sesiapan sahaja yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. Situasi ini dilihat oleh sebahagian ahli perwakilan seharusnya perlu melantik sesiapa sahaja yang layak dan mampu untuk memberi perhatian sepenuhnya dalam bidang kuasa pengurusan persatuan.

Kini melalui perlembagaan PBSNT yang diperbaharui akan memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar sama ada untuk terus kekal memegang jawatan atau berhak melantik sesiapa sahaja yang layak sebagai presiden bagi menerajui pucuk pimpinan badan induk sukan bola sepak negeri ini.

Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong(kanan) bersama YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil merangkap Setiausaha Agung PBSNT sewaktu sidang media Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021.

“Kita mempertahankan dan kita memberi ruang lagi kepada MB, contohnya MB sibuk. Dia ada seseorang yang pada hematnya yang boleh membantu persatuan maka dia hendak bagi jawatan presiden kepada orang itu pun boleh. Kalau dulu presiden itu dia kena pegang dan dia hanya hanya ada kuasa untuk melantik seorang timbalan. Sekarang ada dua. Terserah kepada dia. Itu keputusan ahli-ahli gabungan. Kita memberi kuasa penuh kepada YAB yang kita sayang ini supaya demi pembangunan bolasepak dia pikir dia teliti dia kaji kepada siapa jawatan itu dia hendak beri.”, ujar Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong kepada PenyuSukan.com

Barisan ahli tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) bersama seluruh ahli gabungan yang hadir ke Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021. Kredit Foto – Facebook.com/pbsnt.official

Pada kongres tahunan yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus turut menyampaikan serahan replika cek sumbangan tunai kepada Suhaimi Mat Hassan yang telah berkhidmat selaku pengadil Fifa Beach Soccer World Cup 2021 di Moscow, Rusia dan pasukan Mark Less Komi yang telah menjuarai Piala Beach Soccer AFC di Thailand pada tahun ini. Turut menerima replika cek sumbangan tunai adalah ahli-ahli gabungan bernilai RM 20,000.00 bagi setiap penerima. Walaubagaimanapun, Presiden PBSNT merangkap Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak hadir sewaktu kongres ini berlangsung.

Tentatif Kongres Biasa Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021.

TFC Dikompaun Gagal Patuhi SOP Penganjuran

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dato’ Dr. Hjh Kasemani Embong bertarikh 25 November 2021.

KENYATAAN AKHBAR
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
TERENGGANU

KEGAGALAN MEMATUHI SOP SEMASA PENGANJURAN PERLAWANAN BOLA SEPAK

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merujuk isu berkaitan pelanggaran SOP semasa perlawanan bola sepak di antara Terengganu FC dan Johor Darul Takzim FC pada 22.11.2021, 8.00 malam hingga 11.00 malam, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus. Pihak JKNT telah menjalankan siasatan lanjut berkaitan isu ini.

Hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati pihak Pengurusan Terengganu FC selaku tuan rumah perlawanan telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

1. Menghadkan bilangan penonton seramai 20,000 (42.6%) orang dari kapasiti sebenar penonton iaitu 47,500 orang.
2. Menyediakan QR Code Mysejahtera, pengambilan suhu dan menyediakan hand sanitizer sebelum memasuki stadium.
3. Membenarkan penonton yang lengkap vaksin sahaja yang boleh memasuki stadium.
4. Menyediakan pasukan kawalan keselamatan seramai 430 orang yang terdiri dari agensi PDRM, RELA, APM, Pertugas Keselamatan Pintu Masuk dan Pertugas Kompleks Sukan.
5. Mewajibkan semua penonton memakai pelitup muka sepanjang perlawanan berlangsung.

Walau bagaimanapun pihak penganjur gagal memastikan pematuhan protokol am dalam pengurusan penonton dan penyokong (penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna) semasa perlawanan berlangsung. Justeru, sejumlah dua (2) kompaun telah dikeluarkan iaitu satu (1) kepada Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (1263131-P) (tuan rumah) dengan nilai RM 10,000.00 dan satu (1) lagi kepada Malaysia Football League (MFL) (penganjur) dengan nilai RM 10,000.00 di bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Setiap individu dikehendaki memainkan peranan dalam memastikan diri masing-masing tidak mendapat jangkitan dan tidak menjangkiti orang lain. Ia adalah penting bagi mencegah berlakunya penularan jangkitan COVID-19 seperti dalam kalangan ahli keluarga, komuniti dan tempat kerja. Selain daripada mendapatkan imunisasi yang lengkap dan dos penggalak bagi mereka yang layak, langkah-langkah pencegahan kesihatan awam asas seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan, pematuhan SOP yang ditetapkan adalah amat penting. Pihak JKNT akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya bagi memastikan pematuhan SOP dipatuhi sebarang aktiviti yang melibatkan tumpuan ramai.

DATO’ DR. HJH KASEMANI BT EMBONG
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU

25 NOVEMBER 2021

Piala Malaysia: Aksi Kumpulan B Menanti Terengganu

Terengganu FC diundi untuk berentap di dalam Kumpulan B bagi saingan merebut kejuaraan Piala Malaysia yang kini berusia 100 tahun penganjuran. Kredit Foto – Facebook.com/malaysianfootballleague

Ulang tahun penganjuran Piala Malaysia buat kali ke-100 pada musim ini menyaksikan Terengganu FC diundi di dalam Kumpulan B untuk berentap di peringkat kumpulan bersama Selangor FC dan Perak FC yang telah mengesahkan slot. Slot terakhir kumpulan ini bakal diisi oleh pasukan tempat ke-3 Liga Premier setelah melabuh tirai nanti.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan Terengganu mara ke perlawanan akhir pada 2018 namun dinafikan kejuaraan melalui penentuan sepakan penalti 4-1 memihak kepada Perak setelah terikat keputusan seri 3-3. Terengganu melakar sejarah untuk dinobatkan selaku juara buat pertama kali pada tahun 2001 untuk menewaskan Perak berkeputusan 2-1.

Sejarah perebutan trofi Piala Malaysia bermula dengan penganjuran Piala Malaya pada tahun 1920 di mana ketika itu disertai oleh negeri-negeri Tanah Melayu. Pada 1942 sehingga 1947 penganjuran dihentikan berikutan Tanah Melayu turut menerima tempias bencana perang dunia ketika itu. Pada 2020, perebutan kejuaraan sekali lagi terencat setelah dibatalkan penganjuran berikutan pandemik COVID-19. Kredit Foto – Facebook.com/malaysianfootballleague

ANTARA PERISTIWA MENARIK SEJARAH PIALA MALAYSIA

a) Edisi pertama Piala Malaya dipertandingkan pada 1921.
b) Format pertandingan juara zon utara dan zon selatan layak ke perlawanan akhir.
c) Pada tahun 1933, Piala Malaya ditukar nama pada Piala HMS Malaya semperna nama kapal perang Inggeris HMS Malaya.
d) Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 sehingga 1947.
e) Pada tahun 1967, Piala HMS Malaya telah digantikan dengan Piala Malaysia.
f) Sabah sertai kejuaraan Piala Malaysia pada 1974 manakala Sarawak pada 1978. Sabah melakar sejarah selaku naib juara pada 1996, 2002 dan 2003. Manakala Sarawak turut pernah dinobatkan selaku naib juara pada 1999.
g) Bermula pada tahun 1982, format liga diperkenalkan bagi menentukan pasukan ke perlawanan akhir.
h) Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang menyertai Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan.
j) Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat pada 16 pasukan.
k) Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003.
l) Pada tahun 2020, Piala Malaysia sekali lagi telah dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

X