Menjelang penganjurang temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2020) di Johor pada Julai nanti, Majlis Sukan Negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk mengadakan program memberi kesedaran dan pendidikan awal tentang isu semasa anti-doping di kalangan para atlet-atlet negeri ini.
Inisiatif penting ini dilihat tepat memandangkan pada temasya SUKMA 2020 nanti melibatkan penyertaan atlet-atlet muda di bawah usia 21 tahun yang berpotensi tinggi untuk tertedah di dalam kontroversi anti-doping. Kurang pengetahuan atau tidak mengambil berat dalam setiap pemakanan tambahan mahupun ubat-ubatan kosmetik sering menjadi kesilapan terbesar di kalangan atlet-atlet muda masa kini.
Program yang dianjurkan oleh Unit Fisioterapi Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama Agensi Anti-Doping Malaysia(ADAMAS) serta Kementerian Belia dan Sukan ini juga turut menerangkan hak-hak dan tanggungjawab sebagai atlet profesional dalam memberi kerjasama dengan agensi berkaitan.
Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pemegang taruh dan pelabur terbesar untuk misi mempertahakan kejuaraan di pentas SUKMA ini sudah pasti tidak rela mencalar imej untuk memulangkan sebarang kutipan pingat yang dirangkul cemerlang.
“Sebenarnya atlet itu sendiri tidak sedar tentang penggunaan itu tetapi dipengaruhi oleh orang-orang luar contoh sukan punya komuniti itu sendiri. Kita tak nak benda itu berleluasa, kita amik pendekatan bagi education bagi awareness juga bagi jalan untuk bagaimana mereka hendak tahu apa safe untuk diaorang apa yang tidak safe untuk diaorang.”; ujar Nur Izzati Shahira Che Mohd Azmi selaku Ketua Unit Fisioterapi Majlis Sukan Negeri Terengganu.
“Dalam program ini saya harap semua generasi akan datang ataupun budak SUKMA, dia akan tahu bahawa sekarang kita sedia maklum sudah ramai atlet-atlet Malaysia atau pun atlet negeri sudah terlibat dalam doping. Kita harap dengan program macam ini, budak-budak semua atau atlet-atlet SUKMA semua dapat manfaat dan tidak terlibat dalam kes anti-doping.”; berkata bekas kapten hoki kebangsaan Mohd Shahrun Nabil Abdullah yang kini membimbing pasukan hoki wanita ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti.