STL 2022: Terengganu Turtles Sahkan Berentap

Barisan pemain-pemain dan pengurusan pasukan Terengganu Turtles bersama barisan penaja membawa misi untuk muncul juara Divisyen 1 Liga Sepak Takraw 2022 yang dijadualkan bermula pada 1 Februari 2022. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam

Pasukan sepak takraw profesional dari pantai timur, Terengganu Turtles mengesahkan untuk berentap dalam saingan musim baru Divisyen 1 Kejohanan Liga Sepaktakraw(STL 2022) yang dijadualkan bermula pada 1 Februari sehingga 6 Februari nanti bertempat di Stadium Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Saingan musim ini di bawah kendalian lagenda sepak takraw tanah air, Mohd Futra Abd Ghani selaku ketua jurulatih akan mempertaruhkan bekas tekong kebangsaan, Izurin Refin dan perejam berpengalaman Mohd Kamal Alfiza Shafie bersama lima pemain lain untuk memperkukuhkan pasukan.





Juga khidmat apit kanan import dari Thailand, Sarayut Suksen turut tersenarai melengkapkan pasukan musim ini namun masih menunggu kata putus dari penganjur sama ada membenarkan penglibatan kudrat import berikutan kemelut di antara Persatuan Sepaktakraw Malaysia(PSM) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) yang belum berkesudahan.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sewaktu majlis memperkenalkan barisan pemain Terengganu Turtles untuk saingan Liga Sepak Takraw (STL 2022) bersama barisan penaja yang telah berlangsung di Permai Hotel, Kuala Terengganu pada 2 Januari 2022. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam

Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman meletakkan sasaran buat Terengganu Turtles untuk muncul juara Divisyen 1 pada musim ini bagi memperbaiki rekod pencapaian musim lalu. Sasaran nekad ini juga untuk membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh barisan penaja-penaja musim ini di mana sewaktu ketika pandemik COVID-19 memberi cabaran besar dalam mencari penajaan.

“Sokongan oleh pihak penaja-penaja yang memberi sumbangan, bukan sahaja sumbangan wang ringgit tapi juga sumbangan dari penggunaan kenderaan, tenaga dan pelbagai lagi. InsyAllah. Saya juga dapat lihat pemain-pemain Terengganu Turtles untuk saingan STL musim ini ini adalah pemain-pemain muda yang masih muda namun tetap berpengalaman untuk bersaing.”, ujar Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman kepada PenyuSukan.com

Majlis ringkas memperkenalkan barisan penaja dan pemain musim ini telah berlangsung di Permai Hotel, Kuala Terengganu pada 2 Januari 2022 yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah(dua dari kiri) bersama barisan-barisan penaja. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam

Terengganu Turtles melalui Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu menerima tajaan tunai terbesar bernilai RM 10,000.00 dari Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(KETENGAH) sekaligus meletakkan entiti perlaburan ini berstatus penaja utama musim ini. Selain itu turut menerima beberapa tajaan tunai termasuk barangan dan perkhidmatan dari beberapa penaja lain.

Liga Sepak Takraw (STL 2022) mempertaruhkan tiga kejuaraan iaitu liga Premier, liga Division 1 dan Piala Juara-Juara di mana liga Premier membuka gelanggan musim ini pada 7 Januari 2022. Kemuncak kejuaraan bagi perebutan Piala Juara-Juara dijadualkan berakhir pada 26 Mac 2022. Kredit Foto – https://www.facebook.com/sepaktakrawleague

SENARAI NAMA PENGURUSAN TERENGGANU TURTLES LIGA SEPAK TAKRAW STL 2022

  SENARAI NAMA PENGURUSAN TERENGGANU TURTLES
LIGA SEPAK TAKRAW STL 2022
  BIL  
  JAWATAN/POSISI  
  NAMA  
  PASUKAN TERDAHULU/MAJIKAN  
  1.  PENGURUS  WAN SHAHRUL NIZAM WAN SHAFI’I
  KETENGAH
  2.  KETUA JURULATIH  MOHD FUTRA ABD GHANI
  TERENGGANU TURTLES
  3.  PEN. JURULATIH  MOHD FAISAL MUHAMAD
  SEKOLAH SUKAN TERENGGANU
  SENARAI NAMA PEMAIN TERENGGANU TURTLES
  BIL  
  JAWATAN/POSISI  
  NAMA  
  PASUKAN TERDAHULU/MAJIKAN  
  UMUR  
  1.  TEKONG  IZURIN REFIN
  PAHANG MAMMOTH
  31 TAHUN
  2.  TEKONG  MUHAMMAD AMAR ROSLAN
  TERENGGANU TURTLESH
  19 TAHUN
  3.  APIT KANAN  SARAYUT SUKSEN
  –
  21 TAHUN
  4.  APIT KANAN  ALIF MURSHID RUSLI
  TERENGGANU TURTLES
  23 TAHUN
  5.  APIT KIRI  MUHAMMAD AFIF JAZIMIN ZAINAL ABIDIN
  TERENGGANU TURTLES
  20 TAHUN
  6.  APIT KIRI  MUHAMMAD HASMADI WAHAB
  TERENGGANU TURTLES
  23 TAHUN
  7.  APIT KANAN  MOHD KAMAL ALFIZA SHAFIE
  PAHANG MAMMOTH
  31 TAHUN
  8.  APIT KANAN  MUHAMMAD IZZAT SHAHIR ROSLI
  SUKMA TERENGGANU
  23 TAHUN
SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

may, 2024

02mayalldaySEA 7's Singapore 2024

22mayalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Fours Terengganu

24may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSTMI THUNDERBOLTS

26may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSBJ JUNIOR

X