RFC GRAND FINAL 2025: GG 4X4 TERUS GASAK BELANTARA GUA MUSANG

Land Rover Defender Series 3 88 yang berusia hampir separuh abad menjadi taruhan buat pasukan dari Terengganu, GG 4×4 untuk memburu kejuaraan Rainforest Challenge Grand Final 2025 yang akan berakhir pada 10 Disember ini.

Setelah berkampung hampir seminggu di dalam hutan belantara kini hanya berbaki 3 hari lagi cabaran perlumbaan yang perlu ditempuhi oleh GG 4×4 untuk menamatkan keseluruhan 40 peringkat cabaran(SS) di Gua Musang, Kelantan yang telah bermula sejak 2 Disember lalu.

Mempertaruhkan jentera Land Rover Defender Series 3 88 berusia hampir separuh abad ternyata bukan halangan besar untuk turut sama berentap dengan lain-lain jentera lawan yang lebih bertenaga dan berteknologi terkini untuk merebut kejuaraan bertaraf antarabangsa ini.





Azili Safeei yang juga merupakan bekas pelumba Rainforest Challenge kini galas tanggungjawab selaku pengurus pasukan GG 4×4.

“Sehingga kini, hanya sekali sahaja kami terpaksa akur untuk ‘DNS’ di SS16 disebabkan masalah teknikal pada jentera lumba kami. Satu rekod yang kami masih boleh berpuas hati setakat ini oleh kerana terdapat beberapa pasukan lain turut mengalami masalah yang lebih teruk dari kami.

“Motivasi pasukan masih berada di tahap terbaik khususnya mekanik-mekanik kami yang mampu untuk berhempas pulas memperbaiki kerosakkan dalam situasi serba kekurangan di luar jangkaan.

Pasukan sokongan teknikal GG 4×4 yang dibarisi oleh mekanik-mekanik muda berpengalaman besar menjadi tambah nilai buat pasukan yang mempertaruhkan jentera Land Rover Defender Series 3 88.

“Walaupun sedemikian, kami tetap berbangga dengan jentera tua pasukan yang masih di dalam momentum untuk kejuaraan musim ini. Melihat pada situasi semasa, kami mempunyai peluang untuk menaiki podium nanti,” ujar ujar Azili Safeei selaku pengurus pasukan yang berpangkalan dari Marang, Terengganu ini.

Tambahnya lagi, sehingga kini peluang masih sama rata buat setiap pasukan bertanding walaupun faktor cuaca bakal memberi cabaran berganda di dalam hutan belantara itu nanti.

Gua Musang, Kelantan merupakan destinasi terakhir siri perlumbaan Rainforest Challenge Grand Final 2025 yang akan melabuhkan tirai pada 10 Disember 2025.

Selain pasukan-pasukan tempatan, turut hadir memberi cabaran adalah pasukan antarabangsa dari Rusia, Poland dan Latvia yang menghimpunkan keseluruhan 22 jentera pasukan.

RFC Grand Final 2025 yang dijadualkan melabuhkan tirai pada 10 Disember 2025 nanti merupakan siri terakhir perlumbaan lasak jentera 4×4 bagi musim ini setelah berlangsung di beberapa negara benua sepanjang tahun ini.

SUKAN ASIA TENGGARA 2025 KE-33
SEA GAMES THAILAND 2025
9 DISEMBER 2025

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

december, 2025

26decalldayPELAYARAN: T-SAIL CUP 2025 SIRI 4

27decalldayMIRC RALLY CHAMPIONSHIP 2025 - PUSINGAN KE-4

X