PIALA AGONG 2024: TERENGGANU MARA SEPARUH AKHIR TEWASKAN ATM


Skuad ragbi 15 sepasukan Terengganu kian menghampiri pemburuan kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke-40 musim ini setelah membenam Angkatan Tentera Malaysia(ATM) pada penentuan suku akhir yang berkeputusan 39-29.

Beraksi di laman sendiri bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, pasukan tuan rumah berjaya meraih 3 mata pertama melalui tendangan penalti yang disempurnakan oleh Mohamad Faris Pead di minit ke-12 separuh masa permainan.





Aksi pemain locks Terengganu Muhammad Sameer Muhammad Sani Surinder berjaya mendapatkan jatuhan try pada minit ke-21 separuh masa pertama penentuan suku akhir Piala Agong 2024 edisi ke-40 bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM) yang telah berlangsung di Stadium Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2024.

Terengganu yang terus mendominasi penguasaan padang menambah 7 mata lagi melalui jatuhan try oleh Muhammad Hasif Sharifuddin dan tendangan conversion sekali lagi oleh Mohamad Faris Pead di minit ke-17 sekaligus mendahului permainan dengan keputusan semasa 10-00.

Perebutan ‘tiket sehala’ untuk melangkah ke penentuan separuh akhir kian sengit apabila menyaksikan kedua-dua pasukan meraih kad kuning serentak diminit ke-21 memaksa pemain setiap pasukan untuk memanaskan kerusi sinbin selama 10 minit di luar padang.

Aksi scrum sewaktu perlawanan Terenganu bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM) bagi penentuan suku akhir Piala Agong 2024 edisi-40 pada 12 Oktober 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Aksi pemain prop Azam Fakhrullah Abd Razak(dua dari kanan) sewaktu perlawanan suku akhir Piala Agong 2024 bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM)) membuat penampilan buat kali ke-8 bersama Terengganu di pentas kejuaraan Piala Agong sejak 2015 di mana ketika itu berusia 17 tahun.

Namun momentum Terengganu tidak terbantut begitu sahaja apabila berjaya menambah 14 mata manakala ATM hanya 8 mata untuk menamatkan separuh masa pertama memihak kepada tuan rumah berkeputusan 24-08.

Babak separuh masa kedua menyaksikan ATM melakukan pertukaran taktikal dengan memasukkan sebahagian besar pemain-pemain simpanan mereka memaksa Terengganu untuk bekerja keras menahan asakan demi asakan sehinggakan bolos 21 mata melalui 3 jatuhan try dan 3 tendangan conversion untuk merapatkan jurang keputusan semasa.

Terengganu terus selesa mendahului perlawanan dengan tambahan 15 mata sehingga tamat perlawanan berkeputusan 39-29 untuk menafikan ATM sekaligus memperbaiki rekod pencapaian musim lalu dengan menempah tiket ke penentuan separuh akhir kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke-40 ini.

Seterusnya Terengganu akan meneruskan kempen kejuaraan musim ini bagi aksi penentuan separuh akhir bertemu Polis Diraja Malaysia(PDRM) yang dijadualkan pada 19 Oktober 2024 nanti bertempat di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor.

Terengganu(jersi hitam putih) tewaskan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) berkeputusan 39-29 bagi aksi penentuan suku akhir Piala Agong 2024 edisi-40 pada 12 Oktober 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Untuk rekod, pada musim lalu Terengganu terkandas pada penentuan suku akhir yang hanya berjurang 1 try oleh Polis Diraja Malaysia yang juga merupakan juara musim lalu.

Kali terakhir Terengganu merangkul kejuaraan Piala Agong adalah pada edisi ke-37 di tahun 2019 setelah menewaskan Sabah pada perlawanan penentuan akhir yang berkeputusan 25-24 ketika itu.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

november, 2024

01novalldayTerengganu 4x4 Rainforest Challenge 2024

15novalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Pertama

X