NATIONAL 7S 2024: PENCAPAIAN PASUKAN TERENGGANU

Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2024) menyaksikan Terengganu Darul Iman sebagai tuan rumah buat pertama kali mempertaruhkan Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail sebagai venue rasmi kejohanan paling berprestij dalam negara sejak dipertandingkan bermula pada 1988. Stadium ragbi yang pertama kali dibina di negeri Terengganu ini telah dimasyhurkan dengan penuh gilang gemilang oleh Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 November 2021 setelah selesai dinaik taraf.





Sebanyak empat kategori dipertandingkan, iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Lelaki Bawah 21 Tahun, dan Wanita Bawah 21 Tahun di mana Terengganu hanya menghantar penyertaan bagi tiga pasukan sahaja untuk berentap bagi kategori Lelaki Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun, dan Wanita Bawah 21 Tahun.

Sebanyak 36 pasukan untuk berentap di dalam 4 kategori yang dipertandingkan bagi edisi Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Senarai nama pasukan Terengganu bagi tiga kategori Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team

Selaku tuan rumah Terengganu hadir dengan misi besar buat setiap pasukan bertanding di mana pasukan lelaki senior hadir selaku penyandang juara kali ketiga berturut-turut bagi tiga edisi terdahulu pada 2019,2022 dan 2023 yang ke semuanya telah berlangsung di Stadium Ragbi Perak, Ipoh. Untuk rekod, tiada penganjuran diadakan pada tahun 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19.

Begitu juga buat pasukan ragbi wanita Terengganu bagi kategori Wanita Bawah 21 Tahun yang juga merupakan pasukan persiapan ke pentas Sukan Malaysia (SUKMA Sarawak 2024), adalah penyandang juara berganda setelah meraih kejuaraan pada edisi 2022 dan 2023.

Manakala pasukan ragbi lelaki Terengganu yang juga pasukan persiapan SUKMA Sarawak 2024 hadir dengan reputasi finalis Lelaki Bawah 21 Tahun edisi lalu yang dinafikan oleh Johor ketika itu. Momentum pasukan lelaki ini bermula setelah muncul juara Plate pada edisi 2022 di Ipoh.

Keputusan setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu bagi kategori Lelaki Terbuka Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Pasukan lelaki Terengganu catat rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan di peringkat kumpulan bagi kategori Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) telah diundi bersama pasukan Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team

Namun bagi edisi 2024 kali ini, pasukan Lelaki Terbuka Terengganu terpaksa menerima kejutan di laman sendiri setelah gagal mempertahankan kejuaraan ‘triple champion’ setelah terkandas  di penentuan suku akhir yang berkeputusan 14-10 sekaligus memberi peluang buat Selangor untuk terus mara ke pusingan seterusnya.  Berbaki dua perlawanan sebelum menoktahkan perjuangan skuad senior Terengganu musim ini, Terengganu membelasah Sarawak berkeputusan 33-7 pada perlawanan penentuan tempat ke-5 – ke-8 namun tewas pada perlawanan terakhir buat pasukan setelah dinafikan oleh Perak dalam perlawanan penentuan tempat ke-5 & ke-6 yang berakhir dengan keputusan 21-10.

Keputusan setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu bagi kategori Wanita Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Pasukan wanita Terengganu catat rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan bagi kategori Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) telah diundi bersama pasukan Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team

Walaubagaimanapun, pasukan tuan rumah tetap boleh berbangga dengan pencapaian pasukan ragbi wanita bawah 21 tahun yang berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut sejak edisi 2022. Terdahulu pasukan ragbi wanita Terengganu di bawah kendalian Nasaruddin Ismail yang juga merupakan bekas kapten pasukan 15 sebelah Malaysia di mana penampilan terakhir beliau adalah di pentas Kejuaraan Ragbi Asia 2024 berjaya mencatatkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan untuk berentap bersama Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan.

Pada peringkat suku akhir, pasukan wanita ini beraksi garang untuk menewaskan Perak yang berkesudahan 22 tanpa balasan dan terpaksa berusaha keras untuk menewaskan Johor yang berkesudahan 14-12 bagi aksi separuh akhir. Akhirnya, kejuaraan ternoktah milik pasukan ragbi wanita Terengganu setelah menewaskan Selangor 17-0 di pusingan akhir. Untuk rekod, pasukan wanita Terengganu mencatatkan kemenangan terbesar sepanjang kejohanan sewaktu bertemu Negeri Sembilan di peringkat kumpulan dengan keputusan 53-0.

Keputusan setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu bagi kategori Lelaki Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Pasukan lelaki Terengganu catat 2 kemenangan dan 1 kalah dalam 3 perlawanan di peringkat kumpulan bagi kategori Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) telah diundi bersama pasukan Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team

Selain itu, pasukan ragbi Lelaki Bawah 21 Tahun tuan rumah turut kembali mencipta sensasi penganjuran untuk sekali lagi mengulangi perlawanan finalis edisi lalu untuk bertemu Johor di pusingan akhir kejuaraan kali ini. Pertemuan kedua-dua pasukan ini lebih menarik kerana mereka diundi dalam kumpulan yang sama. Terengganu mencatatkan satu kekalahan di peringkat kumpulan, dinafikan oleh Johor. Di pusingan akhir, Terengganu terpaksa akur kepada Johor yang dinobatkan juara berganda dengan keputusan 26-12.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

september, 2024

28aug(aug 28)12:00 am08sep(sep 8)12:00 amParalimpik Paris 2024

01sepalldayKejohanan Tour Gateh D'Tranung 3.0 2024

06sepalldayKejohanan Lawn Bowls Bawah 25 Tahun Kebangsaan

07sepalldayKejuaraan Ragbi Piala Agong 2024

22sepalldayPara SUKMA XXI Sarawak 2024

29sep(sep 29)12:00 am06oct(oct 6)12:00 amTour de Langkawi (LTDL) 2024

X