Majlis perlancaran pasukan elit sepak takraw yang diberi nama Terengganu Young Turtles telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim.
Terengganu Young Turtles telah ditubuhkan pada 4 Februari 2019 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu(PSNT). Lima pemain yang terdiri dari pasukan Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 telah dipilih untuk sertai pasukan elit ini.
Pasukan ini menyasarkan hanya menyertai sebarang kejohanan terbuka bertaraf elit yang tidak disertai oleh sebarang pasukan persiapan sepak takraw SUKMA Terengganu sama ada di peringkat negeri mahupaun antarabangsa.
Artikel Berkaitan:
- Ketua JurulatihTerengganu Young Turtles - Mohd Futra… Video
- Haluan Terkini Takraw Terengganu Sepak Takraw
- Terengganu Young Turtles: Skuad Elit Takraw SUKMA 2020 Semasa
- RM3000 Menanti Juara Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Sepak Takraw
Powered by Contextual Related Posts