Lihat sepenuhnya di Youtube – https://youtu.be/szgYp6idg1A?si=HlvuLqtd11mIWA95
Terengganu International Endurance Park(TEIP) yang terletak di Lembah Bidong, Setiu sekali lagi menjadi destinasi penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Terbuka Piala Ketua Polis Negara 2025 yang berjaya menarik penyertaan seramai 226 peserta dari dalam dan luar negara.
Prestij kejuaraan kuda lasak ini juga menyaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain bersama pasukan Unit Berkuda PDRM untuk berentap memberi cabaran bagi kategori CEN 40KM.
Menambah debaran, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut mencemar duli untuk berentap bersama pasukan Royal Terengganu Endurance Stable(RTES) sekaligus memberi cabaran sengit buat ke semua 75 peserta bagi kategori CEN 40KM di Lembah Bidong ini.
Majlis perlepasan bagi kategori CEN 40KM ini telah disempurnakan Menteri Besar Ir Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 6.45 pagi 22 Februari 2025.
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 Februari 2025 lalu turut menarik penyertaan antarabangsa dari Hong Kong, Indonesia, Singapura, Bangladesh, Thailand dan India.
Pada penganjuran kali ini sebanyak 8 kategori menjadi taruhan iaitu CEI 2* CIM 120KM, CEIYJ1*, CEI 1* 100KM, CEN 80KM, CEN 40KM termasuk beberapa acara sampingan seperti VIP Ride 15KM, Barrel Race dan Musical Chair Ride.