Liga Hoki Malaysia 2020 yang bakal membuka tirai pada 10 Januari 2020 ini memperlihatkan penyertaan sebanyak 14 pasukan sahaja yang terdiri dari 8 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita. Pendatang baharu; HOCKADEMY KL yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman turut menghantar dua pasukan untuk merebut kejuaraan bagi kategori lelaki dan wanita.
Untuk musim ini sekali lagi hanya aksi peringkat kumpulan Premier untuk kategori lelaki dipertandingkan seperti mana musim lalu. 8 pasukan lelaki berentap berbanding musim lalu hanya 7 penyertaan untuk kempen LHM 2019. Pada edisi musim 2018 menyaksikan penyertaan sebanyak 19 pasukan lelaki untuk berentap dalam kumpulan Premier, Divisyen 1 dan Divisyen 2.
Bagi kategori wanita, Sabah merupakan pasukan baharu yang pertama kali cipta sejarah untuk turut menyertai saingan Liga Hoki Wanita Malaysia bagi mengutip pengalaman dalam persediaan pasukan ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti .
Manakala pasukan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail(SSTMI), Liaoning Infinite Space Hc (LISHC) dan KL WIPERS antara pasukan wanita yang tidak meneruskan perjuangan bagi musim ini.
Liga Hoki Malaysia 2020 melibatkan 60 perlawanan bagi pasukan lelaki dan 34 perlawanan bagi pasukan wanita menjadikan keseluruhan sebanyak 94 pertandingkan berlangsung.
Pusingan kedua Liga Hoki Malaysia 2020 bagi Divisyen Premier dan Wanita peringkat separuh akhir dijadualkan bakal bermula pada 19 Februari 2020 dan perlawanan akhir bakal berentap pada 22 Februari 2020.
Muat turun jadual penuh Liga Hoki Malaysia 2020:
a) Jadual Liga Hoki Malaysia 2020 (Lelaki)
b) Jadual Liga Hoki Malaysia 2020 (Wanita)