Liga Hoki: Jadual Padat Perah Kudrat THT

Jadual padat berbanding edisi lalu menjadi cabaran bagi Liga Hoki Malaysia musim ini.

Cabaran kempen Liga Hoki Malaysia(LHM) musim ini yang lebih singkat bakal menyaksikan setiap pasukan akan dikerah untuk berentap padat merebut kejuaraan. Terengganu Hockey Team(THT) yang tidak mempertaruhkan kudrat pemain import sudah tentu perlu bergantung sepenuhnya pada aksi pemain-pemain berpengalaman untuk memperbaiki rekod edisi lalu.

Kalendar penganjuran LHM yang akan berlangsung selama 21 hari keseluruhan melibatkan 7 perlawanan peringkat awal yang perlu diharungi oleh THT. Sepanjang 7 perlawanan tersebut hanya 1 perlawanan memberi waktu rehat selama dua hari sebelum perlawanan seterusnya manakala selebihnya hanya mempunyai sehari selepas perlawanan untuk berehat dan mengatur percaturan bagi perlawanan seterusnya. Tempoh pendek waktu rehat ini juga dilihat mampu untuk mengundang risiko kecederaan pemain yang akan menjejaskan pasukan untuk menamatkan saingan liga ini nanti.





Pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun yang juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pembangunan bagi Program Pembangunan Hoki Negara(NHDP). Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Tidak dinafikan risiko kecederaan pada pasukan untuk berentap dalam jadual yang padat. Dalam seminggu ada 3 perlawanan yang perlu ditempuhi. Namun kita telah melakukan perbincangan bersama pegawai fisioterapi kami untuk mengatasi isu ini. Begitu juga perbincangan bersama pengurusan pasukan bagi percaturan pemain setiap perlawanan yang perlu dilakukan dalam usaha pasukan sentiasa mampu beraksi sehingga tamat musim.” ujar pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun kepada PenyuSukan.com

Situasi tidak menentu bagi musim ini yang menganggu persiapan pasukan juga memaksa THT hanya menyasarkan salah satu piala kejuaraan untuk di bawa pulang sekaligus memperbaiki rekod musim lalu tanpa sebarang piala walaupun bergelar finalis Piala TNB dan Piala Sumbangsih.

K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Terengganu Hockey Team

“Program latihan bagi musim ini tidak dapat dilakukan dalam jangka masa yang panjang.. seperti mana lain-lain pasukan juga di mana hanya dengan latihan yang singkat dan beberapa perlawanan persahabatan mampu untuk dilakukan. Pada hari ini juga kita berjaya menghimpunkan ke semua pemain THT termasuk mereka yang baru tamat perintah kuarantin berikutan jangkitan COVID-19.”, ujar K. Rajan selaku ketua jurulatih THT bagi musim ini.

Pada musim ini sebanyak 8 pasukan hoki lelaki dan 6 pasukan wanita akan bersaing untuk merebut piala masing-masing seperti mana musim lalu. Walaubagaimanapun pasukan hoki lelaki dan wanita Hockademy KL tidak dapat membuat penampilan kedua pada musim ini begitu juga Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang tidak dapat menghantar pasukan.

Penganjuran edisi ke-34 ini juga turut memberi kelainan yang tersendiri di mana mempertaruhkan format kejohanan liga satu pusingan dan semua perlawanan dipertandingkan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tanpa kehadiran penonton berikutan prosedur operasi standar (SOP) yang diperketatkan sepanjang pandemik COVID-19 yang belum bernoktah.

JADUAL PERLAWANAN LIGA HOKI MALAYSIA 2021
*Jadual perlawanan melibatkan pasukan THT sahaja & semua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

11 Mac 2021 0600 Petang
SABAH vs TERENGGANU HOCKEY TEAM

14 Mac 2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI KUALA LUMPUR

16 Mac 2021 0800 Malam
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

18 Mac 2021 0800 Malam
MAYBANK vs TERENGGANU HOCKEY TEAM

21 Mac 2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs TNB THUNDERBOLTS

23 Mac 2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs NURINSAFI HT

25 Mac 2021 0800 Malam
TNB vs TERENGGANU HOCKEY TEAM

28 Mac 2021 0800 Malam
SEPARUH AKHIR – PUSINGAN PERTAMA

31 Mac 2021 0800 Malam
SEPARUH AKHIR – PUSINGAN KEDUA

3 APRIL 2021 0830 Malam
AKHIR

Muat turun jadual penuh Liga Hoki Malaysia 2021 – Jadual Liga Hoki Malaysia 2021

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X