Kuala Terengganu Buka Tirai Perlumbaan Vios Challenge Musim Ke-2

Kuala Terengganu menjadi pilihan untuk membuka kalendar festival perlumbaan Vios Challenge musim kedua ini pada 3 & 4 Ogos 2018. Kredit Foto - https://toyota.com.my/tgrmalaysia
Kuala Terengganu menjadi pilihan untuk membuka kalendar festival perlumbaan Vios Challenge musim kedua ini pada 3 & 4 Ogos 2018. Kredit Foto – https://toyota.com.my/tgrmalaysia

TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Racing Festival musim ke-2 menjadikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebagai venue pembuka kalendar perlumbaan mereka yang akan berlansung pada 3 & 4 Ogos 2018 nanti. 3 kategori perlumbaan Vios Challenge iaitu Promotional Class, Sporting Class dan Super Sporting Class bakal menjadi acara utama sepanjang festival ini berlansung di mana selain pelumba selebriti turut beraksi adalah pelumba profesional tempatan. Diana Danielle, Nabila Razali, Akim Ahmad, Nabil Ahmad, Aiman Tino, Wany Hasrita, Shukri Yahaya, Khai Bahar, Shawn Lee dan Janna Nick antara pelumba – pelumba selebriti yang bakal beraksi.

Barisan pelumba yang akan berentap dalam Vios Challenge musim kedua ini. Kredit Foto - https://toyota.com.my/tgrmalaysia
Barisan pelumba yang akan berentap dalam Vios Challenge musim kedua ini. Kredit Foto – https://toyota.com.my/tgrmalaysia

Walaupun dibarisi oleh pelumba selebriti namun pihak penganjur tetap mengikut segala peraturan perlumbaan yang dikelola oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan di bawah pengawasan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Ini meletakkan satu penanda aras untuk memastikan perlumbaan ini bukan sekadar pertunjukkan hiburan semata-mata. Semua para pelumba dalam setiap kategori perlumbaan akan memandu kereta model Vios disamping perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak Toyota Racing Development (TRD). Tiada sebarang modifikasi tambahan dibenarkan kecuali yang dibekalkan oleh pihak TRD dan apa yang menarik semuanya menggunakan enjin asal keluaran model Vios ini.





Kawasan meletak kenderaan yang disediakan untuk pengunjung pelumbaan Vios Challenge musim kedua ini pada 3 & 4 Ogos 2018. Kredit Foto – https://toyota.com.my/tgrmalaysia

Selain acara perlumbaan Vios Challenge Race turut bakal berlansung adalah pameran kenderaan, sesi ramah mesra peminat bersama pelumba, cabutan bertuah, program hiburan kekeluargaan dan lain-lain lagi acara menarik untuk orang ramai. Tiada sebarang tiket dikenakan kepada pengunjung oleh sedemikian para pengunjung dikehendaki meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan untuk mengelak kesesakan.

Festival perlumbaan ini dianjurkan oleh UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) selaku pengedar, pemasang & pengeksport sah kenderaan Toyota di Malaysia.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

november, 2024

01novalldayTerengganu 4x4 Rainforest Challenge 2024

15novalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Pertama

X