june, 2023

02junalldayTi-SAIL CUP PRIX L02/2023

more

Event Details

Warna-warni kalendar sukan pelayaran bagi tahun 2023 mencipta sensasi penganjuran tersendiri di mana dua penganjuran akan diadakan di perairan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan Tasik Puteri, Dungun yang mempertaruhkan kategori Optimist, ILCA7, ILCA6, ILCA4, Int 420, Int 470, Windsurfing: Techno 293, RS: One, Raceboard Junior Rig dan Hansa Access 2.3.

Menambah menarik perlumbaan melibatkan bot bagi kategori Hansa Access 2.3 ini akan menjadi tumpuan utama di mana merupakan acara pelibatan atlet-atlet orang kurang upaya(OKU).

4 siri penganjuran perlumbaan sukan perahu layar akan diadakan sepanjang tahun ini di mana Kejohanan Jemputan Terengganu Cabaran Monsoon(Terengganu Invitation Monsoon Challenge) menjadi acara penutup tirai bagi tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 28 sehingga 31 Disember 2023 bertempat di Duyong Marina Resorts, Kuala Terengganu.

Time

june 2 (Friday) - 6 (Tuesday)

Location

Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun

X