BIDONG BIG BIKE TRAIL CHALLENGE TERENGGANU 2025 TARIK PENYERTAAN ANTARABANGSA

Penganjuran sulung Bidong Big Bike Trail Challenge Terengganu 2025 mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan berjaya menarik penyertaan seramai 46 pelumba dari dalam dan luar negara yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 18 Mei 2025.

Perlumbaan lasak motosikal berkuasa tinggi Bidong Big Bike Trail Challenge Terengganu 2025(Bidong Big Bike Challenge 2025) di litar Terengganu International Endurance Park(TIEP) mencipta penanda aras tersendiri setelah menarik penyertaan dari Thailand dan Singapura dan seluruh negara bagi edisi sulung penganjuran seumpama ini di Terengganu.

Menurut Mohd Jabbarizzat Ramli selaku pengarah perlumbaan Bidong Big Bike Challenge 2025 menjelaskan litar di Lembah Bidong,Setiu ini mempunyai cabaran yang tersendiri berbanding di lain-lain tempat dalam negara.





Pengarah Perlumbaan Mohd Jabbarizzat Ramli sewaktu menyampaikan taklimat perlumbaan kepada peserta-peserta Bidong Big Bike Trail Challenge Terengganu 2025 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 18 Mei 2025.
Pengarah perlumbaan Mohd Jabbarizzat Ramli(kiri) bersama Tengku Khairul Tengku A Rahman selaku pengarah teknikal dan keputusan sewaktu menerangkan sistem keputusan perlumbaan Bidong Big Bike Challenge 2025 kepada peserta di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu.

Situasi cabaran permukaan berpasir, berbatu krikel mahupun perlu menempuhi halangan-halangan semula jadi seperti laluan berlopak air dan berdebu dalam cuaca panas ekstrem menjadi tambah nilai buat penganjur untuk memilih Lembah Bidong di Setiu ini sebagai litar perlumbaan motosikal lasak.

”Bentuk muka bumi di litar TIEP ini adalah taruhan utama penganjuran kali pertama ini semperna sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu di Lembah Bidong ini.

Bidong Big Bike Trail Challenge Terengganu 2025 mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan berjaya menarik penyertaan seramai 46 pelumba dari dalam dan luar negara yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 18 Mei 2025.
Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar(mengibarkan bendera) membuat perlepasan ‘flag off’ kepada pelumba-pelumba Bidong Big Bike Trail Challenge Terengganu 2025 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 18 Mei 2025.
Pelumba dari Kedah Azaruddin mempertaruhkan jentera Honda Africa Twin bagi kategori Class A Bidong Big Bike Trail Challenge Terengganu 2025 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 18 Mei 2025.
Pelumba tuan rumah Mohd Ikhwan bersama jentera Yamaha Tanare 660 bagi kategori Class C Bidong Big Bike Challenge 2025 sewaktu menempuhi cabaran berpasir di litar Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 18 Mei 2025.
Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu menjadi venue perlumbaan lasak motosikal berkuasa tinggi Bidong Big Bike Trail Challenge Terengganu 2025 yang mempertaruhkan jarak perlumbaan sejauh 67KM menempuhi pelbagai corak muka bumi dan cuaca ekstrem di sini.

“Bermula dari cabaran ‘Prologue’ untuk perlumbaan sejauh 3KM di mana setiap pelumba perlu mendapat catatan masa terbaik untuk mendapat tempat dalam perlepasan perlumbaan seterusnya di litar utama yang menjadi tumpuan sebenar perlumbaan ini. Secara keseluruhan sejauh 67KM perlu ditamatkan oleh setiap pelumba di sini.” ujar Mohd Jabbarizzat Ramli yang sinonim dengan penganjuran sukan permotoran lasak dalam negara.

Pengarah Teknikal dan Sistem Keputusan Tengku Khairul Tengku A Rahman(kiri) sewaktu membuat semakan catatan masa pelumba Bidong Big Bike Trail Challenge Terengganu 2025 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 18 Mei 2025.

Perlumbaan motosikal lasak berkuasa tinggi edisi pertama di Terengganu ini telah menerima penyertaan seramai 46 pelumba dari dalam negara dan luar negara di mana seorang pelumba dari Thailand dan 5 pelumba dari Singapura. Manakala bagi pelumba tuan rumah seramai 5 pelumba.

“Bagi edisi pertama kali ini sebenarnya kami terpaksa menghadkan jumlah penyertaan bagi memastikan penganjuran perlumbaan ini berjalan lancar. Namun saya tetap teruja dengan kehadiran pelumba-pelumba yang sanggup menempuhi perjalanan jauh untuk sampai ke sini.

“3 kategori perlumbaan dipertandingkan di sini iaitu Class A bagi jentera melebihi 1000cc, Class B bagi jentera 600cc sehingga 999cc dan Class C bagi jentera melebihi 650cc.” ujar Tengku Khairul Tengku A Rahman selaku Pengarah Teknikal dan Keputusan Bidong Big Bike Challenge 2025 ini.

SUKAN ASIA TENGGARA 2025 KE-33
SEA GAMES THAILAND 2025
9 DISEMBER 2025

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

may, 2025

02mayalldayPELAYARAN: 11th PERLIS OPEN REGATTA 2025

09mayalldayJCM Basikal Lebuhraya(Road Race) Siri 2/2025

29mayalldayPELAYARAN: T-SAIL CUP 2025 SIRI 2

29mayalldayKEJOHANAN BERBASIKAL LEBUH RAYA KEBANGSAAN 2025

X