Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/-244nnber90
Kejuaraan ragbi 15 sepasukan Majlis Sukan Sekolah Terengganu – MSST yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 27 Julai sehingga 29 Julai 2023 lalu di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.
Menyaksikan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus dinobatkan selaku juara setelah menafikan Majlis Sukan Sekolah Daerah Besut berkeputusan 2019 pada satu perlawanan penuh dramatik untuk menutup tirai edisi penganjuran kali ini.
Menurut pengurus pasukan MSSD Kuala Nerus, Mohd Nazrin Dasir berkata persiapan pasukannya hanya sempat dilakukan dalam tempoh kurang dua minggu sebelum kejohanan.
Kemenangan ini sesungguhnya amat bermakna buat dirinya dan seluruh barisan pengurusan pasukan dan pemain-pemain mereka untuk kembali muncul juara setelah kali terakhir bergelar juara pada tahun 2017.
Mewakili pemegang taruh utama penganjuran berprestij ini iaitu Majlis Sukan Sekolah Terengganu(MSST), Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, (Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz menzahirkan bahawa kualiti penganjuran dan kualiti setiap pasukan yang bertanding pada edisi kali ini adalah lebih baik berbanding edisi-edisi lalu.
Perkembangan ini memberi satu penanda aras baharu buat program pembangunan sukan ragbi di kalangan murid-murid sekolah khususnya di peringkat akar umbi mampu untuk menjadikan negeri Terengganu selaku kuasa besar sukan ragbi pada masa hadapan.
Situasi ini secara tidak langsung mampu diterjemahkan dengan sasaran untuk mara ke pusingan akhir pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia – MSSM 2023 yang akan berlangsung pada Ogos nanti di Kota Bharu, Kelantan.